Isnin, 19 Ogos 2013

Jangan Sampai Orang Yang Teraniaya Aminkan Doanya...


Zaman dah makin canggih manggih. Semua tindakan, tingkahlaku dan perbuatan kita dah tak rahsia lagi. Tampar bini dalam lif pun orang boleh tahu dan ulang tayang tengok semula. Rompak kedai serbaneka pun orang boleh kesan. Curi tudung mahal sembunyi bawah kelangkang kat butik pun orang boleh tengok satu dunia.

Yang belum ada rakaman takat ni, orang buat dan terima rasuah billion-bilion. Kalau takat seringgit dua, wat penat pasang CCTV ya dak?

Dalam kecanggihan dunia teknologi sebegitu, pernah tak kalian terfikir yang satu hari nanti, kalian melihat, mendengar dan menonton fitnah yang tidak pernah terfikir dek akal anda untuk lakukannya, tetapi itulah yang dipaparkan? Melihat dan mendengar sendiri kalian difitnah?. Apa rasa?

Diriwayatkan oleh Abu Daud, daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a bermaksud:

"Ya Allah aku berlindung kepada-Mu daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang.”




Ingatkan aku kuat. Rupanya tak sekuat mana. Menggigil seram sejuk satu badan. Hanya, belum sesak nafas je lagi…

Untungnya, semua tu keluarga aku dah tengok dulu. Aku mungkin jadi orang terakhir antara kami yang melihatnya. Alhamdulillah, Mek Ayah tak mudah latah untuk percaya walaupun ada juga yang percaya.


Komen aku: Doakan daku lebih tabah dan mampu kawal diri dari tergelincir dari jalanNya. Amin. 




Sabtu, 17 Ogos 2013

Salah Siapa Bila Anak-Anak Lupakan Orang Tua?

Ini cerita keluarga kami.

Sejak kecil aku melihat kesukaran hidup Mek ayah. Kami tak ada apa-apa. Malah, masa aku kecil dulu, ayah pernah kata yang dia “tak ada harta untuk bagi anak-anak, tapi…kalau nak belajar, ayah akan usahakan”.

Kamipun belajar. Ada yang Berjaya, ada yang kantoi tengah jalan. Adik yang bongsu pula ambil keputusan untuk jadi petani. Katanya nak teruskan legasi ayah.

Kami sentiasa ingat tentang kesukaran semasa kecil. Baju hanya bertukar setahun sekali. Hanya masa raya. Bila dah besar sedikit, ada kalanya rayapun tak ada baju baru. Hingga sekarang, aku dah terbiasa tak punya baju baru pada hari raya. Tak ada baju baru pun kami tetap beraya dengan cara kami.

Bila masing-masing dah kerja, kami cuba ubah taraf hidup kami. Kami tak mahu Mek ayah hidup susah dan banting tulang macam dulu lagi. Kami bantu sikit sorang. Masing-masing macam dah tahu apa tanggungjawab sendiri tanpa perlu diberitahu.

Mek ayah pun tak pernah minta apa-apa, tetapi kami sebagai anak akan berusaha untuk lengkapkan segala keperluan. Kalau sorang sikit, kan dah banyak. Anak-anak Mek dan ayah kan ramai. Menantu-menantu juga ramai.

Jadi, bila Mek ayah Nampak mewah dan segak bergaya…nak heran apa. Mereka kan ada 7 orang anak.

Jadinya, salah kami ke mewahkan mak bapak kami sendiri?

Bila ada anak-anak yang lupakan mak bapak…lupa mewahkan mak bapak macam kami buat, salah kami juga ke?

Bila ada anak abaikan orang tua, salah kami ke? Bila anak-anak pentingkan diri sendiri sahaja, kami juga yang salah?

Mmmmmmmmmmm latihlah anak kenal tanggungjawab, baru mereka bertanggungjawab. Diri sendiri juga kenalah bertanggungjawab, kepimpinan melalui tauladan. Baru jadi. Kalau takat jadi ketam, memang tak adalah!

 


Jumaat, 16 Ogos 2013

Ciri-ciri Orang Yang Muflis


Sempena Jumaat yang mulia, nak kongsikan kata-kata motivasi yang diberikan Doc Ensem Macham-Macham Adaaaa pagi tadi;

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu?”

Lalu jawab sahabat:

“Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta.”

Lantas Baginda s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang muflis ini. Sungguh kasihan aku dengan mereka yang muflis bukan sahaja di dunia, malah berlanjutan hingga ke akhirat. Semoga mereka ini dilimpahi taufik dan hidayah serta berkesempatan untuk kembali semula ke jalan yang lurus.

Kata Mek, biarlah hitam rupa, asalkan putih hati.

Komen aku: Mmmmmm semoga Mek bukan aje putih rupa, putih hatinya. Syukur alhamdulillah ya Allah, dahlah rupaku tak hitam (walaupun aku rasa kulitku hitam), moga-moga hatiku jua tidak ternoda diselaputi warna hitam.



Apa Nak Buat Bila Jiwa Kacau?


Semalam aku ada tulis pasal Kalau Dah Bukan Rezeki. Ya lah, kalau dah memang bukan rezeki kita, nak buat apa. Kenalah terima walaupun syahdu.

Aku selalu pun berpegangkan kepada “Kalau dah rezeki kita, memang tak ke mana…Allah dah tentukan apa yang terbaik untuk kita”. Jadi, entri semalam bukan pasal tak puas hati dengan ketentuan itu.

Hanya rasa sayu, sendu, syahdu... sebab rasa macam tak adil. Bukan tak adil dengan ketentuan ilahi, tetapi rasa tak adil dengan pertimbangan manusia. Apapun, sendu syahdu tu dahpun dibuang jauh-jauh. Dah okey pun jiwa dan minda ni. Dah sambung buat kerja semula dengan gila-gila! Gila pun tak pa!

Bawa hati seketika mengubat rasa je. Asalnya, nak pi menabung di Parkson Alamanda. Hu huh u sila jangan amalkan shopping waktu jiwa tengah kacau, kang muflis tak pepasal.

Sebenarnya malas nak keluar. Jadi, apa nak buat bila jiwa kacau? apa nak buat bila tertekan? apa nak buat untuk ubati hati sendiri?

Kalau aku, mudah je. Makan pun boleh. Main games pun boleh. Tidurpun boleh. Kalau hati sebal sangat, pergi sental bilik air dan mop satu rumah. Banyak aktiviti bermanfaat boleh dilakukan.

Jadinya, petang semalam aku mop lantai, menyapu, sental bilik air dan mandi. Kemudian main candy crush. Alhamdulillah, lega.

Sayangnya, lega itu hanya seketika. Bila adik datang, dia bawakan berita yang buatkan suhu hati melonjak 2 ribu darjah celcius. Fuhhhhh! Kalah gunung berapi!

Ketika ini, aku sangat kesian dengan ayah. Dia memang panas baran. Dia memang bengkeng. Pongoh. Gedebe. Bering. Cik Bintang kata “pendekar”. Sangat kesian dengan dia yang tengah menahan perasaan.

Dah lama ayah tak marah orang. Tak libas orang. Aku berdoa tak ada sesiapa kena libas!

PssssT: Kami sedang lalui satu ujian yang menggugat kesabaran. Aku jadi risau bila ayah marah, sebab...ayah lambat nak marah. Bila dia marah bermakna "tiada maaf bagimu".  Namun aku faham kalau ayah tidak lagi berdiam diri kerana sudah agak lama dia buat-buat tak tahu sahaja. Sabar ayah ada hadnya. Usah melampau!

Kang menyesal makan tak habis!

 





Khamis, 15 Ogos 2013

Kalau Dah Bukan Rezeki


Petang-petang hati jadi sayu...macam mendung yang tiba-tiba aje terapung di langit Bangi.

Semalam beria-ria kerja tonggang terbalik, balik jam 9.30 malam kusyuk kerja sampai lupa nak lunch, balik rumah sampung  hingga 4 pagi. Konon semangat kerja dah mari lepas lemau beberapa hari sejak Isnin.

Petang ni lemau semula. 

Rezeki memang Allah yang tentukan, namun hati...sedikit sebanyak tetap juga terasa sayu. Sebabnya mudah sahaja...daku tahu takat mana pencapaian diri, berbanding beberapa orang itu. Tak kan nak kena tunggu umur 50 baru nak dapat? Mmmmmmm nak lari pergi Bruneilah!

Namun, macam kata Cik Bintang, "Rezeki kita Allah bagi dalam macam-macam bentuk".

Ya...macam-macam bentuk. Alhamdulillah. Aku syukurinya. Tapi, hati...macam mana nak ubati ni?

Jom, makan cendol!


Rabu, 14 Ogos 2013

Tiga Beradik Hilang di Ipoh diJumpai di KL


Sekarang ni, banyak benda pelik berlaku. Macam kes ragut masa orang tengah solat tu. Pelik tak? Tak masuk akal pun ada!

Tiga beradik didapati hilang semasa berada di rumah ibu mereka di Taman Meru 2B, Ipoh petang semalam telahpun ditemui di Kuala Lumpur. Fuhhhhhhh! Jauh gila untuk budak-budak umur bawah 12 tahun!

Semalam, ibu mereka membuat laporan polis berkaitan kehilangan Sharafuddin Syazwan, 11, Syahir Syafi, 8 , dan Syauratul Syafiyah, 6, disedari ibu dan bapa kanak-kanak terbabit, Safarela Azwa Ishak, 36, dan Rizaudin Md. Zin kira-kira pukul 6.30 petang.

Menurut ibu mereka, hanya pintu pagar hadapan dalam keadaan terbuka namun tiada langsung tanda kediaman terbabit dipecah masuk. Kalau baca akhbar online lewat malam ni, ketiga-tiga kanak-kanak terbabit dah pun dijumpai di Kuala Lumpur, dan kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Pelik betul. Baca ajelah akhbar esok untuk tahu maklumat lanjut. Kepala dah penat nak fikir macam mana budak bertiga tu boleh berada di Kuala Lumpur.

Kemaskini: dijumpai di rumah Ibu saudara mangsa di Gombak.

Komen aku: mmmmm kot ya pun nak beraya dengan anak buah, tak kan tak habaq maknya...


Tengah Solatpun Kena Ragut!


Oh! Malaysiaku nan aman.

Ramadhan dah berlalu, zaman hantu setan dibelenggu dah tamat. Semuanya dah bebas lepas. Alahai!

Di Chendering, KUALA TERENGGANU, Kak Ani, 52 tahun nyaris menjadi mangsa ragut oleh penjenayah yang menutup muka dengan tuala ketika dia bersama tujuh lagi jemaah wanita sedang menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid. Diragut ketika solat? Memang melampau!

Kejadian Sabtu lalu itu berlaku jam 8.40 malam. Semasa kejadian, dia dan jemaah lain sedang bersolat di ruang solat tingkat bawah, manakala jemaah lelaki di ruang solat tingkat atas masjid. Disebabkan jemaah tidak ramai, mereka membuat satu saf sahaja dan dia berada di kedudukan paling tengah saf.

Ketika imam sedang membaca surah al-Fatihah untuk rakaat kedua, bahu sebelah kirinya dicengkam dengan kuat sebelum leher diraba oleh penjenayah yang muncul dari arah belakang. Kak Ani yang terkejut dengan situasi itu, terus memalingkan muka dan mendapati seorang lelaki bertubuh sasa yang menutup muka dengan sehelai tuala berdiri di belakangnya.

Dia menjerit sekuat hati kerana terkejut dan disebabkan jeritan itu, semua jemaah wanita terpaksa memberhentikan solat untuk membantu. Malah dua daripada mereka bertindak berani cuba mengejar penjenayah terbabit tetapi gagal.

Penjenayah yang mengenakan baju T dan berseluar jeans itu mungkin bukan sahaja berhasrat hendak meragut rantai leher dipakainya, tetapi turut mempunyai niat mengambil kesempatan untuk mencabul kerana ketika dia mencengkam bahu, perbuatan awalnya lebih kepada meraba dada sebelum bertindak menarik rantai di leher.

Komen aku: bapak setan memang dah terlepas kan?


Selasa, 13 Ogos 2013

SIAPA TAK RASA MALU? SAMPAI HATI ABE PIAT GODAM!


Jangan kata lagu-lagu melayu sahaja ada versi klasik, begitu juga lagu-lagu dikir barat. Faridah Bobby ni macam lagenda zaman mak ayah era tahun 70-an dulu. Sayangnya, teknologi waktu tu tak lah canggih mana, penyebarannya terhad. Tak macam sekarang ni kan?

Berikut antara lagu klasik yang dinyanyikan semula. Kita dengar dululah ya versi klasik bagi lagu GULA IKE PUYU… dalam bahasa melayu bakunya adalah Gulai Ikan Puyu.

GULA IKE PUYU versi FARIDAH BOBBY




GULA IKE PUYU versi MAT YEH




Bila dengar dua-dua versi ni, aku lebih suka dengar yang versi klasik. Hu hu huhu ya daku memang suka benda-benda klasik ni, maklumlah, orangnya pun dah masuk era klasik jugak kan…tapi, bagi aku, penghayatan untuk versi klasik lebih mencengkam menusuk kalbu hu huhuhu.




Ahad, 11 Ogos 2013

Jalan Memanglah Sesak, Dada Pun Sesak Juga!


Hari ini memang banyak jalan sesak. Sesak. Dan sesak. Terkemut-kemut je sepanjang beratus kilometer. Dah tentu situasi itu memang dah dijangka, sama seperti dah jangka kena bantai dengan Barcelona dalam perlawanan bola sepak persahabatan yang disiarkan secara langsung di TV3. Untungnya, tak adalah teruk sangat kena bantai macam Thailand.

Petang tadi, dada makin sesak jadinya bila Chong Wei Gagal Capai Misi, dan Tarik Diri Pada Set ketiga kejuaraan sulung di Kejohanan Badminton Dunia 2013 perlawanan akhir di Gimnasium Tianhe, kerana kecederaan. Jaguh badminton negara itu menarik diri ketika ketinggalan 17-20 pada set penentuan kepada juara bertahan, Lin Dan dari China. Pada set pertama, Chong Wei menang 21-16 namun tumpas di set kedua 13-21.

Apapun, aku sebagai anak Malaysia tetap bangga dengan usaha si ensem pemain badminton nombor satu dunia ni. Dia dah buktikan berkali-kali kemampuannya selama ini. Ini kali kedua dia tarik diri bila bertarung dengan Lin Dan.

Seminggu tak baca akhbar, tak nengok akhbar online dan tak online FB. Maklumlah, di negeri paling miskin itu…faham-faham sendirilah ya, banyak umatnya. Manalah kami mampu nak guna gajet canggih bagai ni, semuanya guna yang cap ayam punya. Jadi, tak tahu berita semasa huh u hu



Hari ni, dah tengok cerita dunia, sesak dada rasanya. Ingatkan hanya jalan je yang sesak. Kat jalan tadi ada jugak tengok status beberapa orang cerita pasal letupan bom mengorbankan seorang lelaki di Tumpat. Ingatkan dia orang buat lawak. Rupanya memang kisah benar, seorang Lelaki Maut Bila Bungkusan yang Diambil di atas bumbung MPV abang iparnya telah Meletup. Kejadian berlaku di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat Kelantan.

Hish! Seminggu dua dulu, hari-hari main tembak, bermula hari ni main letup-letup pulak ya. Hishhhh! Tak cukup dengan meriam buluh musim raya ari tu kot!

Kejadian berlaku pukul 11 pagi ketika Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, cuba mengambil bungkusan yang diletak di atas bumbung MPV milik abang iparnya. Letupan berkenaan menyebabkan mangsa cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian. dariNya kita dating, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Mohd Yusrizal yang berasal dari Kampung Kenor, Kuala Krai dan bertugas sebagai kerani di Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai, Kuala Krai, dikatakan tiba di rumah mentuanya itu malam Sabtu bagi meraikan Aidilfitri. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan berusia empat bulan.

Sementara itu abang ipar mangsa yang enggan dikenali, berkata bungkusan berwarna hitam berkenaan disedari isteri mangsa ketika membuka pintu rumah yang kemudian memaklumkan kepada mangsa. Mangsa kemudian keluar daripada rumah untuk mengambil bungkusan itu sebelum mereka terdengar bunyi letupan.



Seorang jiran, Kamaruddin Che Mat, 56, yang sedang berehat di luar rumah, berkata dia terdengar bunyi letupan kuat dari arah rumah mentua mangsa. Kalau ikut temuramah dengan jiran mangsa yang lain (perempuan) di berita TV tadi, letupan itu menyebabkan kedua-dua tangan mangsa putus dua dan hancur.

Menurut berita TV juga, satu lagi bungkusan mengandungi bahan letupan ditemui berhampiran semak dan Berjaya dimatikan oleh unit pemusnah bom jam 4 petang tadi. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Di ibu Negara pula, 100 orang Hilang Tempat Tinggal apabila 31 Rumah Setingan di Kampung Puah Bahagia, Sentul, terbakar. Bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.50 tengah malam dan 10 jentera bomba bersama 65 anggota digegas ke tempat kejadian. Usaha memadamkan api tidak dapat dilakukan dengan pantas kerana ketiadaan pili bomba di situ.

Bomba terpaksa mengambil air di kawasan perumahan Flat Bandar Baru Sentul yang jaraknya 500 meter dari tempat kejadian sebelum api berjaya dikawal sepenuhnya pada 2.30 pagi. Walaupun rumah yang terlibat hampir 100 peratus terbakar, tetapi tiada mangsa cedera dilaporkan.

Ramai yang kembali semula hari ini. Jalan raya memang sesak kalaupun tak adalah sampai tak bergerak. Itu cerita petang tadi, malam ni tak tahulah masih boleh bergerak ataupun dah terkemut-kemut berpesta lampu brek. Apapun, silalah berhati-hati di jalan raya. Nyawa itu amat berharga. Bila baca tentang bas ekspres terbalik dalam kemalangan hingga Lapan penumpang cedera, boleh bayangkan tak apa perasaan ayah bonda saudara mara di kampong halaman sana?

Sebuah bas ekspres membawa 40 penumpang dalam perjalanan dari Alor Setar, Kedah terbabas sebelum terbalik di Kilometer 52.7 Lebuhraya Utara-Selatan jam 8.15 pagi tadi. Kejadian berlaku di Kilometer 52.7 Lebuh Raya Utara-Selatan menuju ke Johor Bahru.

Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu cuba mengelak daripada melanggar sebuah kenderaan di hadapan yang berhenti secara tiba-tiba. Bas terbabit kemudian terbabas dan menggelongsor sebelum terbalik sejauh 10 meter dari jalan.

Penumpang yang cedera terdiri daripada tiga rakyat tempatan, tiga warga Myanmar dan dua rakyat Thailand, dibawa ke Hospital Kulaijaya untuk mendapat rawatan, manakala penumpang lain meneruskan perjalanan menaiki bas gantian.

Di Kilometer 26 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Kulaijaya pula dua maut dan seorang cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebatang pokok jam 12.10 tengah malam semalam.

Sepanjang perjalanan dari Ketereh ke Bangi siang tadi, ada 6 kemalangan berlaku termasuk dua kemalangan yang agak teruk. Kereta yang keras tu dah jadi macam tin milo je, kemik sana sini tak Nampak macam kereta dah. Ada yang terbabas redah rumpun buluh terperosok dalam longkang.Bila jalan dah banyak kereta, ramai orang hanya tengok aje berbanding berhenti tolong. masing-masing anggap akan ada orang lain yang tolong. Kita pulak, macam mana? Hanya perlahankan kenderaan untuk tengok dan menyumbang kepada kesesakan jalan raya hu hu hu tak betul ke apa yang aku tulis? Opssss! Ok...masih ramai insan yang prihatin sebenarnya!

Kes paling tak best adalah bila seorang Wanita cedera disimbah asid di lampu isyarat. Hish! Mai lagi dah! Seorang pejalan kaki wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Ampang, malam tadi.

Kejadian berlaku jam 11.45 malam, mangsa yang masih bujang dan berusia 31 tahun itumelecur 10 peratus di bahagian muka manakala rakan mangsa, seorang wanita, terselamat. Kedua-dua wanita itu dikatakan sedang menunggu untuk melintas di lampu isyarat itu sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang bertindak menyimbah asid ke arah mangsa.

Mmmmmm di Malaysia ni, biasanya berlaku secara bermusim. Dulu musim buang bayi. Musim kena makan dek ular sawa. Musim simbah asid. Musim tembak menembak berlanjutan hingga letup-letup bom. Mmmmm simbah simbah asid akan kembali semula ke?

Apa-apapun, Malaysia tetap antara Negara paling selamat…kata oranglah! Alhamdulillah, aku dah sampai bangi jam 4 petang tadi dengan perjalanan tahap normal. 8 Jam. Itupun sebab aku melencong ikut Felda Sungai Koyan. Jem sendat dah dekat Bentong hingga Gombak je. Mmmmm lupa pulak nak singgah beraya rumah Dato' Siti Nurhaliza dulu tadi keh keh keh.

Mmmmmmmm….seminggu tak buat entri, sekali buat huh u huhu hu



Sabtu, 10 Ogos 2013

Hari Raya Aidilfitri


Dah pun raya ke tiga ya! Errrr...entri ni berjadual ya...tak ada maknanya nak tulis entri pada musim raya ya!

Salah satu lagu raya yang macho untuk didengar, adalah suara jantannya tu adalah lagu raya M.Nasir.

SATU HARI DI HARI RAYA - M NASIR



Lagu lama Aidilfitri, sangat klasik…

NONA ASIAH & KAMSANI - AIDILFITRI



Amacam? Pernah dengar?

Jumaat, 9 Ogos 2013

Nostalgia Raya

Tiap kali lebaran, banyak lagu raya berkumandang. Namun, antara banyak lagu raya @ lebaran, aku agak suka lagu ni…jarang diputarkan dicorang radio…

Lagu Raya : Selamat Hari Raya (HQ Audio) by SUDIRMAN



Nak dengar lagu raya yang syahdu? Jommmm aku sangat suka dengar benda-benda klasik zaman ini…versi Manusia Miskin Kaya (Nona Asiah)_lagu Raya tahun 50-an



Syahdu tak?

Khamis, 8 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Alhamdulillah, setelah sebulan jalani ibadah puasa, menahan diri dari lapar dan dahaga, berjuang mengekang nafsu, tiba jua Aidilfitri untuk diraikan bersama.

Dikesempatan ini, daku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini sama ada mengenali secara individu, pernah jumpa ataupun tidak. Sama ada kalian selalu meninggalkan jejak, tinggalkan  komen ataupun hanya membaca dengan diam-diam.

Seandainya ada kata yang terkasar, ada bicara yang mengguris, mohonlah dimaafi. daku hanya insan biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kekhilafan, salah dan alpa.

Meriah Suasana Hari Raya - Siti Nurhaliza



Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Rabu, 7 Ogos 2013

Persiapan Raya


Tiap kali raya sama ada Aidilfitri atau Aidiladha, apa persiapan yang kalian buat?

Cat rumah?
Tukar langsir baru?
Sofa baru?
Bunga-bungaan baru?
Lampu kelip kelip lip lap lip lap?
Hidangan istimewa pagi raya?

Persiapan raya kami sederhana sahaja. Semua yang disenaraikan kat atas tu tak buat langsung. Guna je mana yang ada. 

Anak-anak akan belanjakan keperluan mana yang tak ada sedikit seorang. Akhirnya, seminggu raya tu sakan tetamu boleh dijamu. Sedara mara kami juga, apa salahnya merai mereka dengan lebih istimewa sikit kan?

Mmmmmmm tahun ni nak masak apa ya…spageti boleh? Ke mi hailam? Kalau malas, mehun goreng tom yam pun tak apa kan?

Sementara nak tunggu raya, kita tengoklah dulu movie raya ni ya... Misha Omar & Zahiril Adzim



Hu hu hu Cik Lina nan rupawan ;)


Selasa, 6 Ogos 2013

Sabar itu...


Mudah diucap,
Sukar untuk dibuat!

Selamat jalani Ramadhan ke 28...



Isnin, 5 Ogos 2013

Lagu Raya Versi Antarabangsa

Ni dia lagu raya versi Hindi… Eid - Mubarak song.from film Dil Pardesi Ho Gaya



Kalau nak versi yang rancak, jom kita tengok Salman Khan joget-joget pakai ketayap



Tengok je lah Gita Gutawa nyanyi, Idul Fitri aku tak mau komen banyak, kang jadi durhaka pulak ya hu hu hu




Tamil versi Eid mubarak song-album perunnal kili (by shafi patla)




Sepasang kurung biru versi ikut suka dia!



Hu hu hu hu antarabangsalah sangat kan....



Ahad, 4 Ogos 2013

Berbuka Puasa di Kampung Halaman


Asalnya, aku nak balik kampung dan mulakan puasa bersama ayah bunda, namun perancangan itu terpaksa diubah kerana banyak kekangan. Kekangan utama tentulah sebab cuti. Tahun ni aku dah guna separuh dari cuti sebelum pertengahan tahun lagi. Jadinya, kalau cuti balik kampung, paling kurang kena seminggu. Penat wooooo perjalanan 500km tu...sejak dah tua bangka menuju era senja ni, tenaga dan ketahanan pun dah makin menurun.

Nak jimat cuti, aku balik awal je. Awal pun tak adalah awal mana. Hari Ahad dah kena berkejar datang kerja.

Berbukapuasa di kampunghalaman dah tentu ada aura yang tersendiri. Ada beberapa kuihyang aku teringin sangat-sangat nak terkam makan puas-puas. Murtabak dah tentulah jadi tradisi berbuka puasa kami semenjak dua menjak ni. Akok juga. Selain itu aku mengimpikan untuk cari seri kaya. Manalah tau kan, berkat berbuka puasa dengan seki kaya berhari-hari, tetiba boleh kaya pulak kan hu hu hu hu

Mmmmmm sebenarnya semua benda nak makan. Semua benda nak cari. Dah rindu sangat nak makan macam-macam. Fuhhhhhhh! Ni gara-gara dok istiqamah dan tawaduk tidak membazir sepanjang Ramadhan gamaknya ;)

Ishhhh! suka sangat cari alasan kan!

Sabtu, 3 Ogos 2013

Balik Kampung


Hari ni, daku dah gerak balik kampong untuk habiskan baki Ramadhan bersama ayah bunda di kampong halaman, seterusnya menyambut ketibaan lebaran. Daku tinggalkan kalian dengan lagu meriah yang mengiringi perjalanan jauhku nanti.



Semoga perjalanan ini selamat tiba ke destinasi. Untuk kalian yang akan memulakan perjalanan balik kampong, tak kiralah bila rancangnya, boleh juga tengok movie di bawah. Orang nak balik kampong beraya ni hati kena cekal kan?

Nak Balik Raya



Semoga apa yang jadi kat mamat ni tak jadi kat kita. Moga selamat sampai ke kampong halaman masing-masing.

Jumaat, 2 Ogos 2013

Menyambut Kemenangan Pada Syawal


Alhamdulillah. Sebahagian besar Ramadhan dah berjaya kita harung. Beberapa hari lagi Syawal @ Hari Raya Aidilfitri @ Hari Lebaran bakal menjelma. Suasana dan kehangatannya kian terasa. Paling rasa, jem di Jalan TAR dan jalan nak balik kampong.

Jom tengok kemeriahan raya UPIN & IPIN Aidilfitri 2011 nak sambut raya (Season 5) - Rindu Opah (EPISODE 6)



Jom kita tengok Tips dan amalan menjelang Aidilfitri, bagaimana kita nak sambut aidilfitri mengikut Islam;

Kapsul Ramadan USIM online - Sinar Aidilfitri



Berikut perkara sunat boleh dilakukan menjelang aidilfitri;
1. Bertakbir
2. Solat berjemaah
3. Hidupkan malam aidilfitri dengan takbir, tahmid
4. Mandi sunat aidilfitri
5. Rapikan diri seperti potong kuku
6. Berpakaian bersih dan cantik
7. Mewangikan diri
8. Menjamah sedikit makanan, makan kurma je pun taka pa
9. Pergi dan balik dari masjid melalui jalan yang berbeza
10. Solat sunat aidilfitri

Suasana Di Hari Raya - Asyiela Putri Azhar (Upin dan Ipin)



Sempatlah kita bersedia sementara belum datang Aidilfitri ni ya… masih belum terlambat. Kegembiraan dapat balik kampong dan sambut Aidilfitri bersama kaum keluarga, ibu bapa dan kaum kerabat akan lebih bermakna lagi kan bila kita tak lupakan tips dan amalan pada hari raya aidilfitri mengikut cara Islam.

Ustaz Azhar Idrus - Cara Menyambut Raya Mengikut Islam



Amalan beri duit raya kepada anak-anak



Aku sokong kata-kata UAI ni…patutnya kita bagi duit raya kepada orang-orang tua. Makcik-makcik, pakcik-pakcik.

Nak dengar Ustaz Kazim nyanyi lagu raya?



Mmmmmm mood raya dah datang kan? Hu hu hu


Khamis, 1 Ogos 2013

Balik Raya, Apa Yang Teruja Sangat?


Bagi kami yang berasal dari negeri paling miskin itu, keterujaan untuk beraya sangat tinggi kerana perlu redah jem. 

Sejak bergerak balik dari perantauan hingga kembali semula ke negeri paling maju ni, jem itu ada di serata negeri. Itu yang malas nak gerak pergi mana-mana tu huh u hu

Aidilfitri kali ini pula, kami kena gerak ke Kuala Krai untuk meraikan seorang sepupu kami kahwin. Hadiah dah beli siap-siap di negeri paling makmur, sumbat dalam bonet…nanti bagi aje kepadanya.

Selamat pengantin baru Muni, moga kekal abadi hingga syurga.

PsssT: Raya hanya meriah bila kita dapat beraya bersama-sama orang yang kita sayang kan?


Rabu, 31 Julai 2013

Wajib Baca Untuk Pengguna Tegar WhatsApp


Kepada semua pengguna tegar aplikasi WhatsApp, silalah baca arahan terkini daripada pihak penyedia perkhidmatan;


Opsssss! Semput sat!

Selasa, 30 Julai 2013

Hari-hari Terakhir Ramadhan


Alhamdulillah, kita dah berjaya harungi Ramadhan hingga fasa ke tiga. Dah nak berlalu. Napelah sekejap sangat. Masa fasa satu, 10 hari awal dulu, perasaannya lain. Dah hari-hari terakhir ni, lain pulak rasa. Sayangnya nak lepaskan Ramadhan pergi.

Macam biasa, setiap kali raya kebelakangan ini, projek kerepek rembow akan diusahakan sama ada secara kecilan atau kesungguhan yang tinggi. Tahun ni hanya kecilan sahaja. Tak sempat nak buat promosi dan iklan tampal merata tempat. Maklumlah, tuan punya kerepek dok kalut jadi musang (bukan berbulu ayam) dan burung hantu (sentiasa berjaga siang dan malam) hingga ada ketika tertidur di lot parking hu hu hu.

bergantung kepada permintaan, kami boleh botolkan macam ni...

Walau bagaimanapun, kami bagi pihak Kerepek Rembow Kerepek Raya 2013 mengucapkan setinggi-tinggi ucapan dan penghargaan kepada Cik Puan Ayu Pemilik blog Citarasa Rinduan, yang promosikan kerepek kami ni. Rangup kriuk kriuk, rugi tak rasa hu hu hu baru nak mula memuji diri sendiri tu keh keh keh!

Biasanya tempahan untuk hamper dibuat begini...ada kampeni nak raikan pekerja dengan kerepek?


Terima kasih kepada yang buat tempahan hinggakan kami dapat haruman kerepek yang tersendiri. Satu badan bau kerepek. Sangat siksa okehhhh pada siang hari. Kalau malam hari, boleh jugak ngap ngap ngap gigit kriuk kriuk... baunya yang wangi terutama semasa di kilang buatkan hati memang rasa tak sabar untuk mengunyah.

Kami juga terima tempahan dari Kelantan. Terima kasih pembaca misteri blogku Cik Puan Siti...nanti kami akan jumpa di Ketereh bila balik Raya, dah tak jadi misteri nanti pulak (Errrr...berdebooo tau nantikan saat pertemuan indah kami tu!)

Walaupun kerepek kami selalunya buat jualan musim perayaan Aidilfitri, kadang-kadang terbabas juga jual kerepek pada Aidiladha sebab pada musim raya haji, tak banyak jualan kuih raya. Jadi permintaan untuk kerepek tu kurang sikit saingan. Macam keluarga kami di Kelate sana, Aidiladha memang meriah. Rumah kami pula menjadi tumpuan orang yang buat sembelihan korban. Jadi kerepek ni jadi penyelamat untuk banyak keadaan. Budak-budak memang suka.

Namun sekiranya ada permintaan untuk buat doorgift, kami boleh juga sediakan. Cuma, kenalah bagi tahu awal sebab kami memang tak simpan stok. Tak sempat simpan sebab kami suka mengunyah hu hu hu sila simpan gelak anda!

Penghantaran telah dibuat. Baki stok tinggal sikit je lagi...saje beli lebih sikit sebab setiap tahun, mesti akan ada order saat akhir. Minggu lepas kami ambil stok, tapi kena tunggu depan kuali sebab memang dah kehabisan. Kalau ada yang baru nak jelajah kilang kerepek hujung minggu ni, hanya orang yang bernasib baik sahaja boleh dapat. Silalah kerja keras untuk berebut tarik-tarik plastik kerepek ;) hu hu hu perumpamaan yang tak boleh blah!





Ahad, 28 Julai 2013

10 Malam Terakhir Ramadhan


Kita hanyalah insan biasa, lemah dan tiada daya upaya. Namun, tetap jua mengharapkan sesuatu yang istimewa. Apalagi istimewa itu sangat besar nilainya bak Lailatul Qadar
d
Kesungguhan ibadat di malam 10 terakhir Ramadhan Ustaz Firdaus Saad;



Amalan 10 malam akhir ramadhan yang dilakukan Rasulullah S.A.W, oleh Imam 2 Masjid Ustaz Fakhruzrazi; 



Ustaz Abu Hassan Din – Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan



Doa mustajab bulan ramadhan



Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan tahun lepas. Semoga doa rintih kita dimakbulkan. Semoga sebulan Ramadhan bersihkan hati kita seputih salju. Semoga kita menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.

Semoga kita mengekalkan kebaikan yang kita amalkan sepanjang Ramadhan.


Jumaat, 26 Julai 2013

Zakat Fitrah Dah Bayar Ke Belum?

Dah ramai sedang buat persiapan untuk menyambut lebaran @ aidilfitri yang bakal menjelang dalam dua minggu sahaja lagi. Paling tak meriahpun, sedikit sebanyak tetap akan ada juga.

Bagi keluarga kami, masing-masing akan bawak balik semua keperluan kat kampong. Walaupun begitu, Mek tetap juga sediakan apa yang patut macam ketupat, nasi impit atau nasi dagang (kalau dia larat). Kalau tak larat, dia tak buat apa-apa. Nanti pagi raya kami akan buat ala kadar sahaja. Paling malas adik akan buat nasi minyak dengan ayam masak merah. Juadah tak pernah tinggal sejak beberapa tahun ni dah tentulah kerepek raya. Kerepek ni lagi dapat sambutan berbanding kuih raya.

Bab persediaan raya tu, kami tak adalah beria sangat. Tukar langsir atau perhiasan rumah tak pernah jadi agenda wajib kami. Guna aje mana yang ada selagi elok. Begitu juga bab baju raya ke apa… bukan wajib untuk beli baru. Selalunya aku bantai je pakai baju kerja, bukan ada siapa tahupun.Tapi, yang wajib ada baju baru untuk Mek dan ayah. Biar depa pulak beraya sakan...

Gaji dah dapat kan? Dah boleh bayar zakat fitrah kan? Jommmm kita sama-sama bayar zakat. Bersedekah di bulan Ramadhan memang banyak kelebihannya, tapi zakat fitrah ni wajib tau…


Upin Ipin Bayar Zakat Fitrah





Ustaz Azhar Idrus Zakat Fitrah



Adat orang melayu masa zakat fitrah;



Bila kita kerja di negeri paling maju macam Selangor ni…bayarlah zakat di negeri maju tersebut. Janganlah pindahkan zakat tu ke negeri yang paling miskin, Kelantan.

Dulu-dulu aku saja je tak bayar zakat fitrah, nak bermanja kononnya. Nak jugak ayah yang bayar. Satu tahun tu…nama aku tertinggal dalam senarai dia orang huh u hu hambek kau!

Akhirnya aku serik. Bayar zakat fitrah siap-siap sebelum balik raya.

Kalau terlupa bayar zakat fitrah, nak buat macam mana;



Semoga zakat fitrah yang kita keluarkan tu dapat membantu golongan asnaf yang layak dan memberi kegembiraan kepada mereka. Aminnn.

Sedekah dan zakat menurut ustaz Fathul Bari;



Semoga dapat manfaat.

Rabu, 24 Julai 2013

Bonus Aidilfitri Vs Bayaran Khas Kewangan


Masih lagi teramat mengantuk walaupun petang tadi dah tidur mati. Nasib baik nyawa datang balik, kalau tak… tak sempat berbuka puasa.

Alhamdulillah, akhirnya teka teki dan persoalan serta pertanyaan yang berlegar-legar dalam batu jemala hamba ini terjawab sudah. Angin yang bertiup atas bumbung rumahku itu benar jua lah adanya berkata-kata. Khabar angin pemberian bantuan khas kewangan 2013 sempena aidilfitri @ bonus raya, terjawab sudah. PM dah umumkan pemberian bayaran khas kewangan sempena aidilfitri 2013.

Hari ni, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bonus sebulan gaji kepada penjawat awam negeri Selangor seramai 21,776 orang sempena Aidilfitri tahun ini, melibatkan peruntukkan RM30 juta. Bonus akan diberi selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Bonus ini diberikan kepada kakitangan tetap, kontrak dan sambilan...namun sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada penjawat awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi (bonus) setengah bulan gaji kepada penjawat awam di negeri ini.

Wow!!!!! Sebulan tu. Untung penjawat awam di negeri Selangor ya…tetiba rasa nak jadi penjawat awam negeri Selangor huh u hu kufur nikmat!

Hari ni juga PM Najib Tun Razak umumkan bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam berjumlah RM500 bagi Gred 1 hingga Gred 54 sebagai persiapan hari raya Didilfitri. Bayaran akan dibuat pada 31 Julai ini.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada pesara kerajaan sebanyak  RM250 melibatkan 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka. Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta.

Persoalan aku: bila jumlah bonus penjawat awam seMalaya hanya RM500 sahaja, adakah penjawat awam negeri Selangor tetap dapat bonus sebanyak sebulan gaji? Ohhhhh! Ada nada cemburu di situ ya…

PsssT: tengah tunggu keputusan pilihanraya kecil dun Besut ni…siapa akan jadi wakil rakyat ya?



Bila kita sendiri yang buat…


Kita marah bila orang bukan Islam buat sesuatu yang bertentangan dengan kehendak kita, sedangkan mereka bukannya faham sangatpun. Kita kata mereka tak sensitif. Kita kata mereka biadap.

Tapi, bila orang Islam sendiri yang buat, kita nak kata apa?



Apa kes ya? Kes apa lagi…kes berkaitan Empat peserta Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatalkan penyertaannya, tetapi masih juga berkeras untuk terus bertanding bagi merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini.

Kata si comel Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, (comel kan nama dia! Muka pun Allah anugerahkan comel juga), dia kecewa dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.

Wafa Johanna De Korte, 19, (Errrr…katanya mewakili melayu, ada rasa macam nama melayu tak?) turut kecewa dengan keputusan pihak penganjur yang membatalkan penyertaan mereka. Katanya “Saya terharu melihat pihak penganjur berusaha mempertahankan dan melihat potensi dalam diri kami untuk mewakili kaum Melayu di dalam pertandingan ratu cantik Malaysia”.

Errrr…maaflah ya, usah wakili daku. Tak rela ai tau! Sila Tanya Melayu yang lain, mereka sudi tak untuk diwakili anda? Kalau wakili kami dalam tadarus ka, hafazan ka...jadi Qariah ka, aku sudi wakilkan!

Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuka kertas siasatan berhubung peserta beragama Islam yang tetap berkeras bertanding merebut gelaran Miss Malaysia World 2013. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997, kerana menghina agama Islam.

Di bawah Seksyen 7, akta berkenaan, sesiapa yang didapati melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.



Fatwa mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik diwartakan pada 8 Feb 1996 mengikut Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 yang memutuskan bahawa menyertai atau menganjurkan atau menyumbang apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa bagi orang Islam.

Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) pula menasihatkan pihak Sister In Islam (SIS) agar menghentikan provokasi dan spekulasi terhadap isu fatwa pengharaman ratu cantik. Umat Islam juga dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan kenyataan seumpama itu kerana kenyataan atau alasan yang dikeluarkan adalah tidak berasas mengikut pandangan syarak dan tidak merujuk kepada undang-undang yang termaktub di dalam Perlembagaan.


Komen aku: mudah aje…kalau kita bukan pakar dalam sesuatu bidang, serahkan kepada orang yang lebih pakar. Kalau kita goreng telur pun rentung, tak payah nak komen Juara master chef. Kalau alif besar batang kelapapun kita masih langgar, tak payah nak jadi juri Akademi Al Qur’an. Kalau kita menyanyipun bak katak memanggil hujan yang tak mahu jugak turunnya, tak perlulah jadi juri Akademi Fantasia. Dok diam-diam je. Jangan malukan diri sendiri dengan ketidaktahuan dan kecetekan ilmu kita. Tak gitu? Ker lagu mana?



Selasa, 23 Julai 2013

Esok Umum Bonus Raya 2013?


Esok hari mengundi Dun Besut kan? Tak sabar nak tunggu keputusan pilihanraya Dun Besut. Tak sabar nak tahu siapa menang pilihanraya kecil dun Besut?

Aku ada dengar-dengar angin bertiup di bumbung rumah kononnya; esok PM akan umumkan pemberian bantuan khas Aidilfitri @ Bonus Raya 2013 penjawat awam dan pesara. Betul ke?

Nak tahu betul ke tidak, kenalah tunggu esok.

Kalau esok masih lagi belum umum, nak tunggu bila pulak ya?

Mmmmmmm aku belum buat persediaan raya lagi ni...banyaklah pulak perkara nak kena buat ni.

Traktor belum servis. Kerepek raya belum beli. Kad touch n go belum isi. Petrol belum isi...errrr kalau isi sekarangpun belum tentu sempat guna hingga hari balik kampung kan?



Mmmmm apa lagi belum buat ya....ya keperluan dapur belum beli. Jangan hairan, aku dah biasa beli sayur mayur, tomato bagai di Bangi kemudian angkut bawak balik kampung untuk guna. Dah balik, malas nak keluar dah. Jadi, dalam bonet traktor tu...penuh dengan macam-macam hingga adakalanya telur pun beli di bangi. Apalah sangat jika nescafe,milo, sos spagetti, sos-sos bagai...budu beli di kampung ya hu hu hu

Mmmm baju raya ayah dah beli tapi Mek punya belum lagi. Mek nak beg tangan je, baju raya dah bawak balik dua bulan lepas. Dan yang paling utama, buku-buku raya belum beli.

Hu hu hu hu jangan heran, aku tak bagi duit raya, tapi aku belikan buku-buku yang seronok dibaca untuk anak buah yang 15 orang tu. Yang tak reti baca je aku beli baju raya...kejam tak makcik depa?

Jadinya, kalau PM tak bagi bonus raya @ bantuan khas aidilfitri 2013, mana aku nak korek syiling? Okeh! Tabung ayam aku dah hampir penuh, tapi tabung tu kecik sangat. Dengan kenaikan harga ayam yang melambung-lambung tu, isi tabung ayam itu hanya cukup untuk beli beberapa ekor ayam sahaja hu hu hu sadis tak?

Ok...aku akan tunggu esok dengan istiqamah! Cepatlah datang esok!



Isnin, 22 Julai 2013

Dia Datang Lagi!

Ya, DIA dah datang...dia datang lagi.
Siapa? Kenapa?
Siapa lagi...jerebu!


Semalam tidur awal. Jam 11.30 malam tu memang TERsangat awal untuk aku tidur ya. Kepala ting tong berdenyut hinggakan nak main candy crush pun tak mampu nak berfikir. Jadinya, kerja skulah yang patut buat semalam tak buat langsung. Tak jeling sikitpun.

Tengah malam tersedar beberapa kali. terbatuk-batuk dada rasa berat. Nampak gayanya nak kena pergi jumpa doktor ensem jugalah ni...tiap kali jerebu, dada jadi sendat. Batuk-batuk bagai, sedangkan daku tak pernah ada sejarah athma atau tibi.


Semua gambar dalam entri ini aku ambil tengahari tadi.


Bila DIA datang lagi, aku rasa macam nak mengembara jauhtinggalkan tempat ni je...

Pergi mana tu?

Di negeri paling miskin sana tak ada jerebu teruk macam ni kot hu hu hu alasan macam best je nak balik kampung cepat ya hu hu hu

Ahad, 21 Julai 2013

Kelebihan Bersedekah Di Bulan Ramadhan



Riwayat at- Tirmidzi, Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan”.




Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

3 perkara yang boleh kita bawa pahalanya walaupun dah mati;
1. Sedekah jariah
2. Doa anak yang soleh
3. Ilmu yang dimanfaatkan

Ustaz Azhar Idrus kata, kalau nak kaya kena banyak menderma;



Peringatan untuk diri sendiri dan dikongsi bersama rakan-rakan semua sebelum Ramadhan berakhir.



Sabtu, 20 Julai 2013

Sesungguhnya Aku Hanya Manusia Biasa…


Masa berbuka puasa petang semalam, housemate aku ada Tanya “Akak tak penat ke?, akak tak ngantuk ke?”

Ikutkan hati, memanglah penat. Memang mengantuk. Hidup nak kata macam burung hantu, tak juga. Burung hantupun ada masa yang cukup untuk mencari mimpi. Namun, perjuangan ke nokhtah terakhir perlu diteruskan juga.



Ikutkan perasaan, memang dah tak nak pun buat semua benda yang remeh temah ni, tapi banyak benda kena fikir bila hati kata lelah dan tarik nafas sekejap.

Setelah berjuang dalam tempoh 2 minggu ni, akhirnya semalam dah habis daya. Lepas isyak, terus padam hilang nyawa hingga jam 5.15 pagi walaupun alarm dan on setiap setengah jam sejak jam 3 pagi.
Sempat sahur mana yang mampu capai sahaja. Dannnn….lupa nak minum air secukupnya. Alahaiiiii….dugaan Ramadhan ke 11.

PssssT: Takziah kepada SueNazri, semalam kawasan apartment kediaman mereka terbakar. Semoga semuanya baik-baik sahaja. 


Moga-moga tabah jalani ujian Ramadhan 10 ya Sue...

Jumaat, 19 Julai 2013

Pemeriksaan Kenderaan Percuma di Puspakom Sempena Aidilfitri

Setiap tahun, Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menawarkan pemeriksaan sukarela secara percuma kepada pemilik kenderaan persendirian sempena Aidilfitri. Tahun ni pemeriksaan kenderaan persendirian secara percuma tu bermula 22 Julai hingga 7 Ogos depan. Hari Isnin ni dah tu.

Pemeriksaan kenderaan percuma Puspakom itu merangkumi pengesahan identiti kenderaan, ujian pengeluaran asap, gelincir sisi, bahagian atas dan bawah kenderaan, brek, suspensi dan ketelusan cermin yang akan dijalankan oleh pemeriksa kenderaan Puspakom yang bertauliah. Lebih 150 orang pelanggan bertuah akan dipilih dan berpeluang untuk menerima hadiah saguhati yang disediakan oleh Puspakom.


Sehubungan itu, pelanggan boleh menjalani pemeriksaan percuma itu di semua cawangan Puspakom seluruh negara yang dibuka Isnin hingga Sabtu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Cawangan di Kedah, Kelantan dan Terengganu, Puspakom dibuka dari Ahad hingga Khamis mulai 8 pagi hingga 5.30 petang manakala Sabtu dari 8 pagi hingga 5 petang.

Pelanggan hanya perlu menghubungi cawangan yang ingin dikunjungi terlebih dahulu, seterusnya pelanggan akan diberi satu waktu pemeriksaan yang spesifik. Pelanggan juga boleh mendapatkan pemeriksaan percuma yang disediakan oleh perkhidmatan Unit Pemeriksaan Bergerak Puspakom iaitu pada 29 Julai dari pukul 8 pagi hingga 5 petang di Plus R&R Seremban (arah selatan) dan 30 Julai dari pukul 8 pagi hingga 5 petang di Plus R&R Dengkil (arah utara).

Hubungi talian bebas tol Puspakom 1-800-88-6927 atau melayari laman sesawang Puspakom di www.puspakom.com.my untuk maklumat lanjut.


Pejabat Puspakom Wilayah Tengah:

PUSPAKOM (HPI) Batu Caves, Selangor
PUSPAKOM (HPI) Jalan Tandang, Petaling Jaya, Selangor
PUSPAKOM (HPI) Pandan Mewah, Selangor
PUSPAKOM (HPI) Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur
PUSPAKOM Bangi, Selangor

No. 17, Jalan P10/18,
Taman Industri Selaman,
Seksyen 10,
43650 Bangi,
Selangor.
Tel: 03-8922 1325
Fax: 03-8922 3706

Inspection by Appointment

Tel : 03-8922 1325

SMS : 013-3908 808


PUSPAKOM Banting, Selangor
PUSPAKOM Cheras, Kuala Lumpur
PUSPAKOM Glenmarie, Selangor
PUSPAKOM Padang Jawa, Selangor
PUSPAKOM Shah Alam, Selangor
PUSPAKOM Sungai Besar, Selangor
PUSPAKOM Wangsa Maju, Kuala Lumpur
PUSPAKOM Seremban, Negeri Sembilan


Jom pi servis!

PsssT: dekat je pun Puspakom Bangi ni...5 minit je pun nak pergi sambil bawak kereta lenggang-lenggang kangkung huh u hu tak sampai jugak, tak tahulah aku!

Jom kita pakat pi serbu Puspakom  ramai-ramai sempena Aidilfitri ni, sangat penting untuk memastikan kenderaan dalam keadaan selamat untuk perjalanan jauh balik kampung nanti.

Komen aku: setiap tahun, Puspakom memang tawarkan khidmat pemeriksaan kenderaan percuma ni. Setiap tahun juga aku bercita-cita nak pergi, tapi setiap tahun itulah juga tak pernah jadi. Harapnya tahun ni tercapailah impian murni aku tu ya...

Syukuri Nikmat Yang Ada


Kita selalu sahaja mencari, mencari dan terus mencari mengejar apa yang tidak kita miliki hingga terlupa untuk syukuri apa yang telah ada.

Kita selalu nampak apa yang orang lain ada, hingga lupa untuk hargai apa yang kita ada.

Kita Nampak orang lain ada kereta besar, rumah besar, anak besar, isteri besar atau suami yang besar…semuanya kita Nampak hebat sahaja. Namun, kita terlupa bahawa kita dianugerahi dengan kesihatan yang baik, kelapangan minda, kegembiraan hati dan kelapangan masa. Kita bahagia tanpa keluh kesah.

Entah kenapa, kita lebih suka menjeling buah cempedak di luar pagar

Siapa Kata Dapat Bonus Raya, Padahal Tarif Letrik Yang Nak Naik


Hari ni, carian tertinggi di internet adalah tentang Wan Sakinah Ahmad Saburi, Noordayana Lokman, dan Ashraf Muslim.

Semua ni gara-gara Ashraf Muslim telahpun bernikah lagi dengan seorang wanita pernah bertugas sebagai krew penerbitan rancangan TV9 di Thailand, dua minggu lalu, tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Noordayana Lokman.

Kalau kat Facebook, tersebar merata sebuah puisi luahan perasaan Dayana mengenai isi hatinya tentang perkahwinan kedua Ashraf Muslim. Aku akui puisi berkenaan sangat menyentuh hati, namun sebenarnya ada benda lain lagi lebih menyentuh hatiku ini.

Ya…walaupun belum lagi umum bantuan kewangan @ bonus raya kepada penjawat awam secara rasmi, ke dah umum? PM dah mengumumkan ya yang kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam sebagai bonus raya menyambut Hari Raya 2013. Pesara kerajaan akan menerima bayaran khas kewangan sebanyak RM500. Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos. Alhamdulillah. Aminnnn. Boleh beli baju raya ayah, boleh beli beg raya Mek, boleh beli kerepek raya yang rangup kruk kriuk itu.Tapi kan? bukan ke tu berita tahun lepas punya? Apa daaaaaa!

Namun hatiku ter ter ter tak tau nak habaq TER apa. Yang pasti, kalau Tarif elektrik dinaikkan, maka makin papa kedanalah aku yang dah tergolong dalam kumpulan marhaen ni.

Masa kecik dulu, kami hidup di bawah aras kemiskinan di negeri paling miskin. Bila dah kerja dan bermastautin di negeri paling kaya, Selangor…nyatanya, aku masih lagi tergolong dalam golongan marhaen. Masih akan TERpeleot jatuh ke bawah aras kemiskinan bila-bila masa sahaja.

Bila harga ayam naik, kami rakyat marhaen tak makan ayam. Ikan dan makanan laut pun mahal juga, jadi makanlah sayur ye tak? Tak apa, kami akan lebih sihat bila banyak makan sayur. Kalau sayur mahal, boleh pakat ramai-ramai  makan rumput, macam kambing mbek mbek. Tapi, kalau pilih sardine pun, masih juga mahal. Harganya lebih RM3 untuk tin paling kecil, sardin jenama ayam…errrr bukan jenama menteri ayam ya. Nyatanya, nak makan sardine tin paling kecilpun makin tak mampu. Dalam tin itu paling banyak pun hanya ada 3 kerat ikan sahaja, biasanya hanya 2 potong. Sekali makan, dah habis! Tak adalah jimat manapun sebenarnya!

Bila terdapat kemungkinan tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, aku dah terbayangkan sesuatu. Perkara pertama yang akan naik adalah barang. Semua jenis barang. Letrik sama juga seperti petrol. Paling tidak petrol ada beberapa jenama. Tapi letrik…satu jenama tu aje. Tak ada sainganpun. Perniagaan monopoli! Persoalan aku, mana rasional bina bakun yang besar itu? Kemudian Murum pun dah siap bina kot…

Keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB, tetapi akan diputuskan oleh kerajaan. Mmmmmm aku terfikirkan satu benda lain lagi, tapi…biarlah berlegar dalam kepala orang aku ni je dulu. Kalau rajin aku mengomel lagi hu huhuhu.

Itulah jawapan kepada spekulasi bahawa syarikat utiliti kuasa Negara, TNB mungkin menaikkan tarif elektrik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13. Kerajaan memberikan subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan isi rumah yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 ke bawah sebulan dikecualikan daripada membayar bil. Aku pernah tulis hal ni dalam entri lepas berjudul subsidi bahan api kerajaan persekutuan.

Menurut menteri jenama elektrik "Jika semua orang aktif menggunakan tenaga elektrik dengan cara yang lebih cekap selagi mungkin, ini akan membantu mengurangkan sebarang kesan,".

Mmmmmm maknanya aku memang membazir tenagalah selama ni. Walaupun dalam rumah tak ada peti ais besar bagak hingga cecah bumbung, atau chandelier berjurai-jurai, peti TV LED LCD bagai tapi hanya cinonet remote TV rosakpun tak mampu nak tukar baru…aku masih lagi tergolong dalam kumpulan orang yang membazir.Apa tak bazirnya, dari siang ke siang tak pernah tutup lampu, tak kan nak bergelap ya dak. Namapun buat keja skulah, nak pasang lilin bagai, karang terbakooo rambut sapa nak jawab?

Komen aku: Tak boleh nak tulis lebih-lebih, kang ada pulak menteri kata “kalau tak suka, jangan dok Malaysia…nyah berambus dari Malaya ini!” Terima kasihlah kepada barisan menteri yang dipilih secara demokrasi tu ya…kalian memang prihatin pasal rakyat marhaen macam kami. 

Ohhhhh! Sangat gigih tulis entri baru pada jam 1 pagi ya...selamat bersahur! Silalah bersahur dalam cahaya lilin, romantik sikit!


Khamis, 18 Julai 2013

Mencari Lailatul Qadar


Semua orang nak cari Lailatul qadar. Ke ada yang tak nak?

Upin dan Ipin pun nak cari lailatul Qadar, apalagi kita kan? Tapi macam pelik pulak kalau sambut malam lailatul qadar dengan pasang pelita. Errrrr…tak pernah tahu pulak ada benda-benda gini huh u hu

Upin dan ipin - Lailatul qadar


Jom kita belajar dan ingat semula apa maksud malam lailatul Qadar…yang dah belajar masa sekolah dulu banyak yang dah lupa. Kita perangat balik ya…

Maksud Malam Lailatul Qadar


Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar



Jom sama-samalah kita cari malam istimewa ni…malam yang lebih baik dari seribu bulan. Doa tidak akan ditolak pada malam berbahagia ini.


Rabu, 17 Julai 2013

Orang Felda Dapat Bonus Raya


Masa warga Risda dapat duir raya, aku dah agak dah orang Felda mesti akan dapat bonus raya  juga. Maklumlah, Felda kan anak kesayangan PM kita huh u hu ada nada jeles sedikit di situ ya hu huh u 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian duit raya berjumlah RM32,313,300 kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara. Peneroka bersama Felda akan menerima RM300, peneroka tidak bersama Felda menerima RM150.

PM juga umumkan pembinaan 420 unit Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) bagi gugusan Besout dengan keluasan 19.14 hektar di samping pembinaan sebuah dewan serbaguna bernilai RM900,000 di Felda Besout 2.

Risda dah dapat duit raya, Feldapun dapat duit raya….penjawat awam dapat duit raya tak?

Semalam Cuepacs minta kerajaan mempertimbang pemberian bonus raya setengah bulan gaji kepada bonus penjawat awam sempena Aidilfitri kerana ia dapat mengurangkan beban penjawat awam membuat persiapan hari raya. Permintaan itu ekoran kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa bahawa kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus.

Hari ni PM kita yang terchenta tu kata kerajaan akan mengkaji kemungkinan memberi bonus Aidilfitri kepada penjawat awam.

Jadi, belum confirm lagi penjawat awam dapat bonus raya Aidilfitri ke tidak tahun ni. Mmmmmmm tak acilah orang Risda dapat bonus, orang Felda pun dapat bonus raya juga. 

 Nak la duit raya...baju raya ayah bonda belum beli lagi ni...sedih tak?



Robin Hood Moden…


Masih wujud rupanya Robin Hood pada zaman serba canggih manggih ni. Si perompak Robin Hood ini membuang duit rompakan untuk melarikan diri dari polis.



Macam kelakar pulak tengok video ni…memain ke apa!

Kalaulah kita ada di kawasan tu...best juga kan. Mana nak tahu duit rompak, ingatkan bagi duit raya hu hu hu hu ....Sekarang ni musim bukan je rumah mahal harga juta-juta, ayam pun mahal. Nak beli sardin cap ayam pun mahal juga...tiga ketul kecik-kecil pun harganya lebih tiga ringgit tu.

Lepas ni, jangan pulak ada golongan muda kita muflis sebab beli sardin dah lah ya...

Untunglah jadi menteri kan? Jom, makan sayur!


Selasa, 16 Julai 2013

Ingat Orang Belakang


Ni bukan pasal jangan tengok belakang ya…ini cerita tentang makan-makan!

Ohhhhh! Dah masuk bulan Ramadhan baru nak cerita pasal makan ek? Bulan ramai orang tersungkur dek nafsu makan, dok buat entri pasal makan, betul-betul menguji iman tu!

Pernah perhatikan tak situasi begini: ada makanan kegemaran kita, terus je balun sesedap rasa anak tekak tanpa peduli orang lain dah makan ke belum. Janji perut dan tekak sendiri penuh.

Kalau Mek di kampong nun di negeri paling miskin itu, tak kira apa makananpun, Mek tetap akan pesan “Ingat orang belakang!”

Maknanya mudah sahaja: berpadalah bila makan, ingat juga orang lain yang belum makan. Kalau makanan tu banyak, sama-sama boleh rasa banyak, kalau sikit sahaja maka rasalah sikit sorang.

Satu yang aku sangat kagumi Mek dalam bab makan ni, dia akan sisihkan sejumlah tertentu makanan tu untuk ayah. Tak kiralah ayah balik awal atau lambat. Dan yang disisihkan itu adalah yang terbaik.

Orang sekarang ni, berapa ramai yang masih ingat dengan orang belakang?

Ahad, 14 Julai 2013

RISDA bayar dividen RM193.5 juta


Bukan tak risau pasal harga ayam yang naik melambung sejak seminggu ni, sebelum puasa hari tu aku dah beli seekor ayam, targetnya hingga habis Ramadhan…mmmm gamaknya berjaya tak? Takat itu ajelah kemampuan aku pada bulan penuh kesederhanaan ni. Kalau membuka selera, alamat tak mampulah nak balik kampong beraya nanti.

Bukan juga tak kesah dengan ketulusan hati pasangan blogger Alvin Tan dan Vivian Lee yang gila glamer telah mencetuskan kontroversi menerusi foto dipaparkan dalam laman sosial Facebook, mengucapkan “Selamat berbuka puasa dengan Bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan” dengan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada sudut bawah kiri gambar berkenaan.

Dah timbul kontroversi, gambar tersebut digantikan dengan gambar mereka makan ketupat, rendang dan karipap dengan kapsyen baru "Nah, sila nikmati makanan halal yang sebenar sekarang,". Aku malas nak carut kat sini, tak pepasal puasa puasa siang tadi menipis, tapi kalau video sedang buat projek telanjang bulat pun depa tak malu nak tunjuk satu dunia, apalah sangat dengan gambar makan babi….eh, gambar tengah minum sup tulang babi. Gila glamer, nak buat macam mana huh u hu

Kalau kalian prihatin dan mengikuti perkembangan suasana tegang di Dataran Tahrir, pergolakan rampasan kuasa di Mesir atau ada sanak saudara kaum kerabat sedang kerja atau belajar di mesir, kepala otak mesti dok bimbang je ikuti berita dunia. Tapi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kata Semua pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Mesir berada dalam keadaan baik dengan keperluan makanan mencukupi. Ibu bapa pelajar tak perlu risau.

Tapi, dalam banyak-banyak kes, dah tentulah orang risda paling senyum lebar kerana RISDA bayar dividen RM193.5 juta untuk dividen bagi tahun 2012. Pembayaran itu melibatkan 16,080 peserta Rancangan Tanaman Baru Berkelompok (RTBB) dan 41,675 peserta Tanam Semula Komersial (TSK) di seluruh negara.

Wah! Awalnya dapat duit raya. Biasanya, setiap tahun orang-orang FELDA dapat duit raya. Tahun ni orang Felda dapat duit raya tak? Mmmmmmm macamlah aku keturunan felda huh u hu tapi, turut tumpang seronok bila ada orang dapat duit raya. Lagi seronok kalau dapat juga huh u hu ada sesapa nak bagi duit raya?


Sabtu, 13 Julai 2013

Bukan Tak Nak Sahur…


Hari ke tiga Ramadhan. Alhamdulillah, dah dua hari puasa ya…masuk hari ke tiga.

Pagi tadi hanya sahur dengan air mineral sahaja. Bukannya tak sedar, Cik Bintangpun ada kejut, tapi... mata tak boleh nak buka. Errrr lain ek? Memang lain. Dah sedar, tapi mata yang tak boleh bukak lebar-lebar, menjadikan satu kepayahan yang luar biasa pula untuk buka tutup saji dan habiskan spageti lebihan berbuka malam semalam. Boleh gitu? Boleh! Asal nak hu hu hu hu

Ada sesiapa nak resipi spageti versi pedas-pedas gitu, (musim puasa ramai orang cari resipi sedap-sedap, silalah cuba kalau nak kelainan. Tapi resipi campak-campak aje). Tekak orang Malaysia kan, mana boleh makan benda yang masam aje hu hu hu nak kena ada jugak pedas. Nasib baik tak letak belacan keh keh keh tekak aku memang tak boleh telan kalau guna resipi spageti biasa tu, mesti nak kena ubahsuai rasa spageti.

Sebenarnya masa buat entri ni, ada sesuatu yang nak tulis, tetiba…dah lupa!

Anggap ajelah semua ni gara-gara tak sahur huh u hu masih juga tak mahu terima hakikat ya, nak jugak salahkan orang lain.

Selamat berbuka puasa.


Jumaat, 12 Julai 2013

Sahur ke Tiga


Alhamdulillah, selesai juga dua hari kita jalani Ramadhan dan berkesempatan berpuasa dengan jayanya.

Hari pertama, berbukz dengan capati buatan sendiri. Pertama kali buat. Lanyak aje. Kalau tengah lapar, apapun sedap. Tak kesah. Bantai aje dengan sardin. Pertama kali masak sadin yang menjadi. Selama ni memang GAGAL memanjang je masak sardin.

Hari kedua aku ke Warta. Bayar bil bruk, kemudian beli barang basah. Dah tahu, mesti jem masa balik, terus je tapaw roti nan dengan ayam tandori yang rupanya macam puyuh. Ohhhhh! Sangat banyak perbezaan tahap kekecilannya. Keras juga. Kelmarin punya apa hu hu hul

Lepas berbuka dengan roti nan keras dan ayam tandori keras itu, tetiba terfikir...sahur nanti dengan apa? Mmmmmm baru sahur ke tiga, dah tak tahu nak sahur dengan apa hu hu hu

PsssssssT: best jugak pekena kopi masa migrin gila2 ni...lain kali nak buat lagilah hu hu hu

Pssst: Nak riak sikit...first time tulis entri tak pakai komputer hu hu hu kalau ayat lintang pukang dan salah eja merata tu, silalah maafi jari jemariku yang teramat runcing ni...nak tekan huruf lain dok pi tekan huruf lain hu hu hu



Khamis, 11 Julai 2013

Mengaut Bonanza Sepanjang Bulan Ramadhan


Jom kita mengaut bonanza sepanjang bulan Ramadhan tahun ni ya…belum tentu lagi akan jumpa semula tahun akan datang. Jom tambah ilmu dengar tazkirah Ustaz kazim Elias tentang Ramadhan;


Ramadhan Ya Ramadhan - Ustaz Kazim Elias



Apa yang mencelakakan manusia adalah;

1. kedekut
2. nafsu
3. marah
4. hasad

Puasa akan mengekang empat perkara ni.

Kalau nak tahu dengan lebih terperinci tentang Ramadhan ni, silalah dengar cerita Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Kena betul-betul kusyuk dengar sebab penerangannya sangat detail. Tak ada ruang untuk gelak dan santai dengar lagu-lagu ya…

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Apa Itu Ramadan dan Bagaimana Pensyariatannya (Part 1)




Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Apa Itu Ramadan dan Bagaimana Pensyariatannya (Part 2)




Bila Ramadhan, tak lengkap kalau tak ada terawih kan? Ini dia ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, iaitu;


Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Solat Terawih dan Perlaksanaannya (Part 1)



Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Solat Terawih dan Perlaksanaannya (Part 2)




Jom ketahui beberapa Tip solat terawih secara tertib;


Terawih, Berbuka, Sahur -Ustaz Kazim Elias




Solat terawih adalah solat berehat-rehat, relaks. Tak perlu terkejar-kejar. Kalau tak berpeluang nak tunaikan secara berjemaah di surau dan masjid tu, boleh saja buat sendiri kat rumah.


Rabu, 10 Julai 2013

Ramadhan Datang Lagi


Alhamdulillah….Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah, dapat jua kita peluang menunaikan ibadah puasa lagi tahun ni.

Alhamdulillah. Datang juga hidayah untuk kita sama-sama bergembira menunaikan ibadah puasa ni. Bukan semua orang dapat hidayah tu. Bukan semua orang seronok dengan kedatangan Ramadhan.

Maher Zain: Ramazan (Bahasa Turki) Saje je nak cari kelainan hu hu hu 



Di kesempatan ni, daku nak ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga puasa kita kali ni lebih baik dari puasa kita pada tahun-tahun lepas. Moga amalan kita tahun ni juga lebih ditingkatkan berbanding tahun-tahun lepas. Moga-moga banyak yang kita buat pada tahun ni lebih tinggi nilainya berbanding tahun-tahun lepas.

Sempena 1 Ramadhan ni juga, aku nak hebahkan bahawa kerepek Rembow Kerepek raya 2013 yang jual pelbagai jenis kerepek raya juga dah beroperasi semula. Kepada sesiapa yang merancang nak sediakan kerepek pada hari raya aidilfitri nanti, bolehlah mula buat tempahan kerepek. Silalah ke Kerepek Rembow Raya 2013 untuk tempahan, ataupun sms je terus ke 0122459477.

Tarikh akhir tempahan adalah pada 1 Ogos 2013. Silalah buat tempahan awal sebab pada minggu terakhir sebelum raya, biasanya bekalan susah nak dapat. Ada raknya aje. Kami tak bertanggungjawab kalau kejadian sebegitu yang berlaku. Lagipun, kami nak balik raya awal huh u hu

Kami menerima tempahan di kawasan sekitar Bandar baru bangi, Kajang, Bandar Seri Putra dan Nilai sahaja. Penghantaran percuma dalam kuantiti sekitar 5kg. 


Jumaat, 5 Julai 2013

Bila Hati Kehilangan Kata-kata




Apa lagi yang tinggal?