Selasa, 16 Julai 2013

Ingat Orang Belakang


Ni bukan pasal jangan tengok belakang ya…ini cerita tentang makan-makan!

Ohhhhh! Dah masuk bulan Ramadhan baru nak cerita pasal makan ek? Bulan ramai orang tersungkur dek nafsu makan, dok buat entri pasal makan, betul-betul menguji iman tu!

Pernah perhatikan tak situasi begini: ada makanan kegemaran kita, terus je balun sesedap rasa anak tekak tanpa peduli orang lain dah makan ke belum. Janji perut dan tekak sendiri penuh.

Kalau Mek di kampong nun di negeri paling miskin itu, tak kira apa makananpun, Mek tetap akan pesan “Ingat orang belakang!”

Maknanya mudah sahaja: berpadalah bila makan, ingat juga orang lain yang belum makan. Kalau makanan tu banyak, sama-sama boleh rasa banyak, kalau sikit sahaja maka rasalah sikit sorang.

Satu yang aku sangat kagumi Mek dalam bab makan ni, dia akan sisihkan sejumlah tertentu makanan tu untuk ayah. Tak kiralah ayah balik awal atau lambat. Dan yang disisihkan itu adalah yang terbaik.

Orang sekarang ni, berapa ramai yang masih ingat dengan orang belakang?

6 ulasan:

Amin A. R berkata...

Tapi kadang2 bila simpan kat orang belakang, tak dimakan pulak. Sayang makanan tu bila tengok tak berusik sampai ke pagi, lebih geram, dah basi.

eelobor berkata...

hehehe...kalu wak make di opis, ado jugok hok pesem lagu nim. kade2 ore lain tok make lagi, dio siak sekali nga plastik panas doh nok tapaw

pena rozie berkata...

Ramadan... belanjer pun kene berpada2 kan....

JunAina berkata...

Itulah pengikat kasih sayang depa sebenarnya, memberi penghormatan pada setiap pengorbanan suami.

azieazah berkata...

Ohhh saya tak pernah tinggalkan sisa untuk suami. Biasanya memang agih/ketepikan siap-siap. Ikut macam amalam MyNBonda. Semua tu dilihat sejak kami kecik lagi...

Lagi satu, adik beradik makan pun kena ingat orang belakang. Then beli kat bazar Ramadan pun, jangan la nak tapau segala menda, ingat orang belakang belum dapat beli lagi. Ahahaha ni kes yang balik kija lambat.

*SiRibenMerah berkata...

kalau lah ada org belakang..pasti ku simpan juga buatnya..