Sabtu, 17 Ogos 2013

Salah Siapa Bila Anak-Anak Lupakan Orang Tua?

Ini cerita keluarga kami.

Sejak kecil aku melihat kesukaran hidup Mek ayah. Kami tak ada apa-apa. Malah, masa aku kecil dulu, ayah pernah kata yang dia “tak ada harta untuk bagi anak-anak, tapi…kalau nak belajar, ayah akan usahakan”.

Kamipun belajar. Ada yang Berjaya, ada yang kantoi tengah jalan. Adik yang bongsu pula ambil keputusan untuk jadi petani. Katanya nak teruskan legasi ayah.

Kami sentiasa ingat tentang kesukaran semasa kecil. Baju hanya bertukar setahun sekali. Hanya masa raya. Bila dah besar sedikit, ada kalanya rayapun tak ada baju baru. Hingga sekarang, aku dah terbiasa tak punya baju baru pada hari raya. Tak ada baju baru pun kami tetap beraya dengan cara kami.

Bila masing-masing dah kerja, kami cuba ubah taraf hidup kami. Kami tak mahu Mek ayah hidup susah dan banting tulang macam dulu lagi. Kami bantu sikit sorang. Masing-masing macam dah tahu apa tanggungjawab sendiri tanpa perlu diberitahu.

Mek ayah pun tak pernah minta apa-apa, tetapi kami sebagai anak akan berusaha untuk lengkapkan segala keperluan. Kalau sorang sikit, kan dah banyak. Anak-anak Mek dan ayah kan ramai. Menantu-menantu juga ramai.

Jadi, bila Mek ayah Nampak mewah dan segak bergaya…nak heran apa. Mereka kan ada 7 orang anak.

Jadinya, salah kami ke mewahkan mak bapak kami sendiri?

Bila ada anak-anak yang lupakan mak bapak…lupa mewahkan mak bapak macam kami buat, salah kami juga ke?

Bila ada anak abaikan orang tua, salah kami ke? Bila anak-anak pentingkan diri sendiri sahaja, kami juga yang salah?

Mmmmmmmmmmm latihlah anak kenal tanggungjawab, baru mereka bertanggungjawab. Diri sendiri juga kenalah bertanggungjawab, kepimpinan melalui tauladan. Baru jadi. Kalau takat jadi ketam, memang tak adalah!

 


11 ulasan:

t.a.t.a berkata...

Selalu orang berkata, kau buat lah macam ni pada emak kau, esok² anak kau pulak buat kau macam ni.

Pastu terfikir balik, kenapa anak² buat emak macam ni? Haa, ni mesti dulu emak ada buat benda yang sama pada nenek kan?

Tapi biasala manusia. Benda yang berpunca silap sendiri tak pernah nak nampak.

Cetusan berkata...

satu dua sifat org tua mengalir daoam darahdagingnya. Redhoo..balasan tetap ada..tanggung sendiri

eelobor berkata...

mulut manusia suka berbicara.... Alhamdulillah anyss dapat juga mewahkan mak bapak. saya lak tak sempat nak balas budi abah sebab dia meninggal ketika saya spm. mama pula kini pun dah kira ok sket sbb anak2 semua dah bekerja. walaupun tak mewah sekurangnya takde la sempit sangat kewangannya ketika masa arwah abah mula2 meninggal dan nak membesarkan 7 orang anak yang mana 5 orang drpdnya ketika itu masih belajar

anyss berkata...

Tata: kepimpinan melalui tauladan, tapi...kesannya jangka panjang. Dah lupa baru nampak kesan tu...

Kalau cara salah yang kita ajar kepada anak-anak, hati tak carikkah bila anak buat benda yang sama? Bukankah umpama tayang semula dosa2 lalu kita?

anyss berkata...

Diana: kita pun belajar dr apa yg orang tua kita didik...kalau ada sesuatu yg kita rasa tak sesuai, usah ulangi semula bila didik anak2

anyss berkata...

ZeQ-ZeQ: ya...daku akui. Banyak perwatakan, cara berfikir dan cara hidup mek ayah ada dalam diri saya, dan...daku bangga.

Bila ada yg negatif, sila tinggalkan kerana mereka juga manusia biasa.

anyss berkata...

Eelobor: bermewah cara kami, masih lagi tidak membazir. Paling utama mereka gembira, walaupun bukan semua orang gembira dengan kegembiraan kami.



JunAina berkata...

Saya sayang mak saya. Kami hidup dari kecil dibesarkan oleh mak sebab ayah meninggal masa akak umur 2 tahun jadinya kasih kami semua tumpah kat mak. Sekarang bila anak2 dah besar kami semua akan tunaikan apa sahaja permintaan mak dia tak minta pun kami bagi jugak...:)

t.a.t.a berkata...

anyss, bila anak-anak buat mak begitu, amat sedikit si emak yg akan kenang dan muhasabah diri pasal dosa lalu. masa itu si emak akan fikir, aku sudah didik kamu org semua, masa ini la kamu org gunakan akal fikiran bagaimana nak balas jasa aku.

tapi biasanya si emak mesti akan mengharap layanan yang sepatutnya kan? cuma bergantung pada si anak untuk memberi layanan.

anyss berkata...

JunAina: gembirakan hati mak pun dapat pahala. Ada masa, bukan sebab mahal @ tidak, yang penting dia hepi kan?

anyss berkata...

Tata: sedaya upaya kita sebagai anak akan usahakan untuk laksanakan tanggungjwb. Tapi, kita juga ada tanggungjwb lain juga...anak & mak kena sama2 faham.

Byk kes saya nampak, kalau ibu bapa harapkan balasan dari anak, pasti harapan tu tak kesampaian. bila ibu bapa laksanakan didik anak sebagai tanggungjwb, ada berkat...insha allah, tak payah harapkan apa2pun, tetiba terbalas