Jumaat, 16 Ogos 2013

Ciri-ciri Orang Yang Muflis


Sempena Jumaat yang mulia, nak kongsikan kata-kata motivasi yang diberikan Doc Ensem Macham-Macham Adaaaa pagi tadi;

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu?”

Lalu jawab sahabat:

“Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta.”

Lantas Baginda s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang muflis ini. Sungguh kasihan aku dengan mereka yang muflis bukan sahaja di dunia, malah berlanjutan hingga ke akhirat. Semoga mereka ini dilimpahi taufik dan hidayah serta berkesempatan untuk kembali semula ke jalan yang lurus.

Kata Mek, biarlah hitam rupa, asalkan putih hati.

Komen aku: Mmmmmm semoga Mek bukan aje putih rupa, putih hatinya. Syukur alhamdulillah ya Allah, dahlah rupaku tak hitam (walaupun aku rasa kulitku hitam), moga-moga hatiku jua tidak ternoda diselaputi warna hitam.



4 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Kita lebih selalu memikirkan tidak berharta di dunia... :(

t.a.t.a berkata...

Kadang kala kita terfikir kenapa Allah jadi kan kita macam ni. kurang cantik, kurang manis. tapi cuba kita fikir semula. kalau Allah jadikan aku cantik, mungkin aku akan lebih berbuat maksiat. tak pakai tudung, dedahkan aurat, maksiat sana sini.

makanya rela dan ikhlas la dgn segala yg berlaku dalam hidup kita.

Tie HT berkata...

bagus peringatan ni, moga Allah beri taufik dan hidayah sentiasa, aminn
selamat hari raya

eelobor berkata...

mintak di jauhkan drpd tergolong dalam golongan ini