Jumaat, 21 Oktober 2016

Inti Sari Bajet 2017



Katanya, PM bakal bentangkan Bajet 2017 Berteraskan Kesejahteraan Rakyat. Sejauh mana sejahteranya tu kita rakyat yang marhaen ini kenalah tunggu ucapan Pembentangan Bajet 2017 secara langsung jam  4 petang.  Ucapan pembentangan Bajet 2017 itu akan disiarkan secara langsung menerusi Bernama News Channel dan menerusi penstriman langsung Bernama Online manakala berita mutakhir di Facebook dan Twitter Bernama. Banyak rangkaian TV dan radio pun akan siarkan secara langsung juga.

Pada 28 Januari 2016, kerajaan bertindak melakukan pengubahsuaian Bajet 2016 yang membabitkan aspek inisiatif dan peruntukan yang diluluskan Parlimen. Pastinya teruja juga nak dengar macam mana perancangan Bajet untuk tahun depan.

Bajet 2017 kali ini katanya menumpukan usaha menangani kos sara hidup khususnya aspek perumahan, makanan dan pengangkutan yang sejajar prinsip kerajaan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.  Mohlah kita nengok setakat mana rakyat marhaen macam kita di didahulukan.  Bolehlah juga kita tengok sejauh mana sangkalan PM kita bahawa bajet tahun ini akan menjadi bajet 'Pilihan Raya Umum'.

Dengar kata dalam Bajet 2017 BR1M nanti dinaikkan jumlahnya. Dengarnyalah.  Tak dengarlah pulak penjawat awam dapat berapa bulan bonus. Kalau tanya ambo, dah tentulah jawabnya setengah tahun bonus untuk penjawat awam huhuhuhu jangan kecam ambo!

Mohlah kita sama-sama tengok inti sari Bajet 2017 nanti. Mohlah kita dapatkan sendiri Teks Penuh Pembentangan Bajet 2017 yang dah tentulah boleh didownload dan muat turun dari laman web selepas pembentangan Bajet 2017 nanti.

Berikut adalah intisari Bajet 2017;


Tema Bajet 2017
Bajet 2017 bertemakan Menjamin Perpaduan & Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh.

Peruntukan Bajet 2017: RM260.8 bilion
Peruntukan Bajet 2017 berjumlah RM260.8 bilion merangkumi perbelanjaan mengurus sebanyak RM214.8 bilion, perbelanjaan pembangunan RM46 bilion. Ini tidak termasuk simpanan luar jangka sebanyak RM2 bilion.
Pertumbuhan KDNK kekal pada 6% setahun selama hampir 60 tahun berturut-turut.

Lima Prinsip dan Falsafah Kerajaan dalam Bajet 2017
1. Kerajaan yang mengutamakan kesepaduan nasional dalam pembinaan negara bangsa.
2. Kerajaan yang mementing dan memelihara kedaulatan, keluhuran perlembagaan dan undang-undang.
3. Kerajaan yang kohesif dan stabil
4. Kerajaan yang gigih berusaha dengan arah tuju yang jelas, perancangan yang sistematik.
5. Kerajaan terus berpandukan falsafah Islami yang universal sifatnya.

Penghargaan kepada 1.6 juta penjawat awam dalam Bajet 2017;
Pertama: Kemudahan Cuti Belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa juga untuk Kumpulan Pelaksana selain Kumpulan Pengurusan dan Profesional
Kedua: Pemberian Cuti Kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit & perlu dikuaratin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak 5 hari
Ketiga: Kemudahan pembiayaan untuk membeli komputer diperluaskan meliputi pembelian smartphone. Had pinjaman sehingga RM5,000 setiap 3 tahun
Keempat: Had pinjaman pembelian motosikal dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000
Kelima: Kelayakan pinjaman perumahan dinaikkan daripada serendah-rendah RM120,000 kepada RM200,000, pinjaman paling tinggi daripada RM600,000 kepada RM750,000
Keenam: Sebanyak 30,000 unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan antara RM90,000 hingga ke RM300,000
Ketujuh: Pegawai contract of service & contract for service yang akan tamat penghujung tahun ini, kerajaan melanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi
Kelapan: Satu lapisan gred baru, gred 56 antara gred 54 & JUSA C diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar & pegawai pergigian pakar
Kesembilan: Melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian & farmasi selewat-lewatnya Disember 2016

Projek untuk rakyat di bandar dan luar bandar
1. Sebanyak 97,000 lampu jalan, 3,000 lampu LED di persimpangan jalan akan dipasang, melibatkan 7,500 kampung seluruh negara.
2. Bina & naik taraf 616km jalan kampung & jambatan bagi meningkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan & bandar dengan peruntukan RM1.2b
3. Bagi menyelenggara jalan negeri, RM4.6b disediakan kepada semua negeri di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia
4. Bina & baik pulih 17k unit rumah usang & daif di kampung terpencil & penempatan Orang Asli dengan peruntukan RM350j
5. Tingkatkan penyediaan bekalan air bersih dgn RM732j, mensasarkan 5200 rumah termasuk naik taraf sistem bekalan air FELDA
6. Menyediakan bekalan elektrik luar bandar, mensasarkan hampir 10 ribu buah rumah dengan peruntukan RM460j

BR1M 2017 dinaikkan
BR1M kepada isirumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan bawah RM3,000 dinaikkan kepada RM1, 200
BR1M kepada isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 - RM4,000 dinaikkan kepada RM900
BR1M kepada individu bujang berpendapatan bulanan bawah RM2,000 dinaikkan kepada RM450

Meningkatkan keupayaan pembeli rumah pertama
1. Kerajaan akan menyediakan tanah kerajaan yang tidak digunapakai di lokasi strategik kepada GLC dan PR1MA untuk membina lebih 30,000 rumah pada harga RM150,000 - RM300,000
2. Kerajaan akan membina 10,000 rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda yang layak dengan pekerjaan yang tetap termasuk graduan muda yang baru bekerja
3. Syarikat Perumahan Negara Berhad diperuntukkan RM200 juta untuk membina lebih 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat dengan subsidi kerajaan sehingga RM20,000 seunit

Geran untuk pemandu teksi
Bagi pemandu teksi, RM60 juta diperuntukkan untuk geran RM5,000 bagi membeli kenderaan baru & menawarkan permit teksi individu, yang memberi manfaat kepada 12,000 pemandu

'Online Connectivity' untuk anak muda
Bermula Jan 2017, fixed line broadband ditawar dengan kelajuan lebih tinggi pada harga sama. Contohnya, pelanggan 5 megabit sesaat pada harga RM149 akan mendapat 10 megabit sesaat
Dalam tempoh 2 tahun lagi, kelajuan bagi pakej ini akan ditingkatkn dua kali ganda dengan penurunan harga sehingga 50%.
Kerajaan akan melancarkan inisiatif supaya perkhidmatan jalur lebar di universiti awam ditingkatkan kepada maksimum 100 gigabit sesaat
SKMM akan menyediakan RM1 bilion supaya liputan dan kualiti jalur lebar di seluruh negara mencapai 20 megabit sesaat

Melindungi kumpulan mudah terjejas
Antara inisiatif yang disediakan:
1. Bantuan kepada keluarga miskin meliputi Bantuan Am sehingga RM300 sebulan dan Bantuan Kanak-Kanak sehingga RM450 sebulan diteruskan untuk 69,000 keluarga
2. RM424 juta disediakan untuk 120,000 warga emas
3. RM535 juta untuk hampir 150,000 OKU
4. Pelepasan GST untuk OKU berdaftar membeli peralatan bantuan


Memperkasa Bumiputera
Pertama: RM100 juta  kepada SME Bank bagi meningkatkan peluang usahawan Bumiputera
Kedua: RM100 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia bagi pelbagai program keusahawanan mereka
Ketiga: RM300 juta kepada TEKUN bagi membantu usahawan kecil memajukan perniagaan, termasuk skim baru TEMANITA, khusus untuk usahawan mikro wanita
Keempat: RM200 juta kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad bagi melaksanakan Program Pembiayaan Keusahawanan & Perintis Perniagaan
Kelima: RM120 juta kepada MARA bagi pelbagai program keusahawanan antaranya perusahaan industri halal dan pembangunan usahawan belia.


Sokongan kepada wanita berkerjaya
Pelepasan cukai baru sehingga RM1,000 bagi pembelian peralatan penyusuan ibu. Pelepasan setiap dua tahun sekali mulai tahun taksiran 2017. Pelepasan cukai sehingga RM1,000 diberi kepada pembayar cukai individu yang menghantar anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan dan pra-sekolah berdaftar mulai 2017.



Bonus Penjawat awam
Bayaran khas RM500 kepada semua penjawat awam dan RM250 kepada pesara. Bayaran pada awal Januari 2017.

Download Teks Penuh Bajet Belanjawan 2017 bagi sesiapa yang tak puas hati dengan intisari bajet 2017 di atas. Kot lah nak menelaah malam ni kan

Rakaman keseluruhan Pembentangan Belanjawan Bajet 2017 juga pun boleh tengok kat bawah ni;


Selamat menelaah.