Anda Juga Mungkin Berkenan

Ahad, 15 Mei 2016

Tile Jubin Murah di Bangi



Anda tengah buat renovation rumah? Tengah cari tile harga paling murah

Nak cari jubin tile murah di kawasan Bandar Baru Bangi? Hari tu berpeluang usha-usha tile murah di kawasan Bangi. Ilmu berkaitan tukang dan barang hardware ni aku agak ketinggalan sikit. Takat beli kepala paip, beli cat nak ubah warna dinding yang sejengkal biawak (rasa macam seksi pulak sebut sekangkang kera…kenapa kera itu kena kangkang? Kesian depa tau!), boleh aje singgah mana-mana hardware. 

Tapi bila kita nak beli tile atau jubin, takat 5-6 keping tak apa lagi kot. Tapi nak dapatkan dalam jumlah yang banyak sikit, nak dapat lebih banyak pilihan dan harga jubin yang sangat-sangat murah (maklumlah kita ni marhaen, mana mampu nak beli rega ratus-ratus untuk sekeping tile kan), makanya kenalah usha dua tiga tempat.

Kalau kedai/hardware yang beri diskaun sikit tu, biasanya tak banyak sangat pilihan. Ada 2-3 corak je yang boleh pilih. Dahlah benda tu akan melekat di dinding atau lantai rumah entah berapa kurun, ingat setiap hari ke boleh tukar tile? Paling tidak nak lah yang berkenan di mata sesuai dengan harga di poket. 

Bila tinggal di Bangi, kat mana jubin tile murah di Bangi ni?

Sebenarnya aku TERjumpa kedai tile ni masa pergi beli barang hardware berdekatan. Dah lalu, makanya kami masuk je tengok-tengok. Luas juga ruang pamerannya. Macam-macam jenis dan harga tile ada. Berikut antara tile comel yang murah boleh dibeli di Bangi, ada sesetengah tu boleh ambil stok terus, ada jugak yang nak kena tempah dulu;

banyak warna

nampak macam kayu. jenis panjang tapi susah nak pasang sebab kita tak mahir. orang mahir boleh je pasang hu huhuhu

macam pasang kertas dinding

giler kentang cantik...sweet je! RM23 sekeping...kalo tampal di bilik air ambo tido di bilik air, kalau tampal di dapur, ambo tidur di dapur, sebab cantik sangat. baru  berbaloi beli mahal2 untuk tiap keping huhuhuhu

ada dua tona...nak terang angkut yang atas, bawah tu lembut sikit warnanya

comel buat table top...ada bintang-bing berkerlipan, berseri-serilah dapur nanti

yang putih gading kat atas tu comel dan sweet sangat, harganya sama je dengan yang bawah.

ada corak bunga-bunga...comey letak tang dinding bilik air (sebab aku suka berangan di bilik air huhu)

dinding cenggini pun cantik juga tapi...macam penuh la pulak coraknya. Kaler gelap atas sebelah kanan tu comey

walaupun nampak kosong...comel jugak. paling murah kot yang ni

kat bawah tu depa letak plastik je, terburai plastik tu memang pecah semua

ni pun cantik

yang putih jenis kilat-kilat, coklat tu jenis kesat

rambang matalah juga nak memilihnya

harga paling murah ada kat kedai jubin ni


Berkenan tak? 

Masa balik kampong dulu lupa lah pulak nak tengok harga kat sana macam mana. Kalua tak boleh buat perbandingan harga tile di Bangi dan Kelantan. Jauh benornyaaaa nak banding huhuhuhu
Comel kan? Sweet je coraknya. Sesuai untuk dinding. Yang kosong pun banyak juga corak tile yang cantic. Geram!

Sesiapa yang nak buat istana idaman tu bolehlah pergi ke kedai ni. Aku tak dapat komesenpun bila bagi tau alamat ni, tapi rasa seronok pulak nak kongsi.Nak tahu kat mana lokasi beli jubin tile murah di Bangi dan Kajang ni?

Pergi je hala ke Hentian Kajang, jika anda dari UKM, akan jumpa kedai Jubin ni dulu sebelum jumpa Hentian Kajang. letaknya bersebelahan dengan Restoren Village View. Jika anda dari Kajang, akan jumpa Hentian Kajang dahulu, terus je ke hadapan akan jumpa Restoren Village view. Kedai Jubin murah ni terletak bersebelahan dengan restoren village view. Dari jalan pun boleh nampak;


Alamat penuhnya nanti aku tengok kat resit ya...hari ni tak bawaklah pulak resit tu. Biasanya ada aje!
Selamat beli jubin tile murah di Bangi dan Kajang!




5 ulasan:

norhidana miswan berkata...

cantik n harganya murah...
mmg paling memikat hati yg bunga2 tuh... kalu boh i ruang tamu mau berapa ribu abis utk tile je heheh... tp memikat hati btl

anyss berkata...

Norhidana: ambo pun terpikat yang tu...kalau letak kat dapur sangat2 sweet sampai sayang nak masak kot kotor corak dinding la la la bukan sebab malas masak tau!

Pembiayaan Peribadi-i KFH berkata...

Kt puchong lg murah . Super ceramic

Cik LibangLiboo berkata...

Kalau area Klang/ shah alam, boleh pergi ke kedai Jubin BMS di Jalan Bt 3, sebelah Federal Highway. Customer service mmg terbaik, especially ms Tan, pilihan tiles pun not bad..lagi2 dpt harga clearance. Recommended

noris berkata...

Ada alamat x