Isnin, 29 Disember 2014

Korbankan Hidup Sendiri Demi Ayah Angkat

Deng Xuefeng, tampil di acara TV China Dream Show untuk mendapatkan dana bagi menyembuhkan ayahnya yang telah lama sakit.

Deng Xuefeng adalah anak terbuang yang ditemui ayahnya di atas jerami di ladang pada waktu malam di musim sejuk. Ketika itu dia baru dilahirkan beberapa jam dan hanya memakai baju yang nipis. Ayah ini membelanya dan sanggup untuk tidak berkahwin kerana risau Deng Xuefeng dizalimi ibu tiri.

Deng Xuefeng belajar perubatan di Hunan Normal University (Hunan Shifan Daxue) dan menjadi antara pelajar cemerlang. Pada masa sama dia berkerja sambilan untuk menampung kehidupan ayahnya di kampong, yuran pengajian dankehidupannya sendiri di universiti. Walau bagaimanapun, dia sanggup berhenti belajar semata-mata nak jaga ayahnya yang masuk hospital.



Pihak universiti memanggilnya semula untuk meneruskan pengajian.

Melihat video ini buatkan aku tertanya-tanya dengan keupayaan sendiri; sampai tahap mana kemampuan aku untuk berjuang demi Mek dan ayah. Deng Xuefeng lakukan kepada ayah angkatnya tanpa pertalian darah. Kita?

Ahad, 28 Disember 2014

Pesawat Air Asia Hilang

Selagi belum jumpa, maknanya hilang.

AirAsia Indonesia mengesahkan bahawa penerbangan QZ8501 yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura gagal dihubungi oleh pusat kawalan trafik Udara pada pukul 7.24 pagi Ahad. Yaaa kejadian berlaku pagi tadi. Belum lama lagi.

Sebelum ini, Kompas.com melaporkan sebuah pesawat AisAsia yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura gagal dihubungi pada pagi Ahad. Laporan yang diterbitkan pada 9.57 pagi itu mendakwa pihak berkuasa Indonesia sedang berusaha menghubungi penerbangan QZ 8501 yang berlepas pada pukul 5.20 pagi dari Surabaya dan sepatutnya tiba di Singapura pada 7.30 pagi Ahad.

Pesawat tersebut adalah daripada jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC. Pesawat yang hilang membawa 130 penumpang dewasa, 24 kanak-kanak dan seorang bayi.

Sehubungan itu juga, AirAsia telah membuka Pusat panggilan Kecemasan untuk dihubungi oleh keluarga atau rakan penumpang iaitu ditalian +622129850801.


Disamping kita doakan penduduk dilanda banjir besar di Kelantan selamat, diberi bantuan dan diselamatkan, kita juga doakan juga pesawat air asia, anak kapal dan penumpang selamat dan dijumpai semula.

Jumaat, 26 Disember 2014

Kelantan Tenggelam



Nak tulis tajuk pun rasa semacam. Yang aku tulis ni tentang kampong halaman aku sendiri. Dan mereka, penghuninya berada dalam situasi gawat. Mudharat. Memerlukan terlalu banyak bantuan. Masih mampukah aku kata, sebenarnya ini ujian Allah? Ya, memang ujian kepada hambaNya, namun…adakah aku hanya boleh memandang tanpa buat apa-apa?


Allah memang boleh menarik balik semua kurniaannya termasuk merampas dalam kaedah menyentap begini. Siapa kita nak menafikannya? Namun, aku mengharapkan mereka yang terlibat dengan banjir besar di beberapa tempat terutama Kelantan dan Trengganu serta Pahang, Perlis dan Perak lebih tabah. Lebih kuat. Lebih kental. 


Sekarang, Gua Musang dah surut tetapi Kuala Krai pula ranap. Di Manek Urai ada ramai anak sepupuku yang yatim piatu. Tenggelam. Tempat pemindahan banjir pun hampir tenggelam, tetapi akhirnya bantuan tiba juga. 
 
Caltex di Guchil Kuala Krai...mak sedara sepupu sepapat ramai di Krai...
Di Kuala Krai itu ada mak dan pak sedara aku. Ada sepupu sepapat juga. Kaum keluarga yang masih rapat. Boleh ke nak rasa tak risau dan fikirkan langsung tentang banjir ini? Semakin hari, arus terus bergerak. Jambatan sultan Yahya pun dah tutup. Tambatan diraja akan tenggelam jua nanti. Tesco Kota Bharu sejak dua hari lepas dah penbuh air, stadium sultan muhammad ke IV juga dimasuki air teh susu.

Kompilasi beberapa Video banjir di Kelantan 2014 termasuk tragedi menyelamat yang gagal



Selepas Kuala Krai, Pasir Mas dan Tumpat yang dah sedia tenggelam akan menerima lebih banyak kapasiti air. Lelah di hulu belum habis, pasukan penyelamat juga perlu bergerak ke hilir dan Kota Bharu pula. Dengan kemudahan yang terhad, alat perhubungan yang terhad dan keperluan asas yang terhad juga.

Video banjir di sekitar Kota Bharu pada 24 Disember 2014




Apa yang aku boleh buat di perantauan ini? Sekadar tengok FB dan komen tentang anwar Ibrahim berada di New Zealand? Najib Razak sedang main golf dengan Obama di Hawaii? Tak akan kemana semua tu. Tak ubah apa-apapun! Musim pilihanraya nanti baru ada ubah, bukan sekarang.


Selain panjatkan doa agar kaum keluarga dan sedara mara dan rakyat negeri Kelantan selamat serta tabah harungi ujian besar ini… marilah sama-sam kita bantu mereka dengan segala daya upaya yang ada. Kalau taka da heli, wang ringgit samah serial boleh hulur. Tak ada duit, kongsikan pakaian lama yang masih boleh pakai. Dermakan air bersih dan bahan makanan. Paling tak ada, siapkan tenaga untuk membantu bila semuanya telah reda nanti. Kalau itupun tak dapat bagi, tadahkan tangan kalian, hulurkan doa agar mereka tabah dan kuat, sabar dan redha jalani semua ujian perit ini.


Duhai anak Kelantan di perantauan, jom kita pakat bantu adik kakok di kampong halaman sana. Mereka sangat memerlukan bantuan kita semua. Bantuan fizikal, mental dan keprihatinan. Bantuan doa jua. Bantulah setakat yang mampu. Moh kiter!


Mualaf Berpengaruh di Dunia

Rancangan On The Spot menyenaraikan 7 orang mualaf yang menjadi pendakwah dan sangat berpengaruh di seluruh dunia, iaitu;



7 orang mualaf yang menjadi pendakwah dan sangat berpengaruh di seluruh dunia tersebut disenaraikan sebagai;

1. Bilal Philips
2. Daniel Streich
3. Shuib Webb
4. Ingrid Mattson
5. Abdullah Takawaza
6. Alexander Russel Webb
7. Malcom X


Mmmmmm kita tak setandingpun dengan mereka walaupun anuti Islam sejak nenek moyang dulu lagi.

Khamis, 25 Disember 2014

Artis Korea Tercantik Tanpa Pembedahan Plastik

Artis wanita dan lelaki dari negara korea selatan memang terkenal dengan kecantikan dan ketampananya karena melakukan pembedahan plastic. Bagi Masyarakat Korea, melakukan pembedahan plastik bagaikan pergi pusat kecantikan untuk buat facial je.

Walaupun begitu, terdapat juga artis yang tidak melakukan pembedahan plastik pun, sebaliknya mereka mempunyai kecantikan semulajadi. Memang dah asalnya cantik tampan pun, tambah make up sikit je…terus jadi mabeles huh u huh u 

Berikut adalah Video 9 orang Artis Korea Tercantik Tanpa Melakukan pembedahan Plastik.



Cantik tak mereka? Ori tuuuuuuuu!!!

Kalau nengok muka sendiri yang ori kat cermin…tambah lagi tengah-tengah malam, gamaknya kita sendiri pun boleh terkejut beruk. Beruk pun tak terkejut latah sampai lagu tu. Apa taknya…dah macam hantu kak Limah huh u h uhu hu

Rabu, 24 Disember 2014

Adab Ajak Gelfren Dating

Orang kata, kalau nak ngorat anak…kena ngorat mak bapaknya dulu. Kepada anak-anak muda yang ghairah nak ngedet anak dara orang tu, pastikan tahu adab ya. Sila jumpa mak bapak gelfren dan bagi tahu nak bawak keluar anak dia huh u huh u

Kejadian ini berlaku di Thailand. Tengoklah betapa sopan santunnya boyfren anak dia ni… minta izin bakal pak mertua nak dating dengan anak dara dia. Bakal pak mertua pulak sporting habis. Tak caya? Cer tengok;



Huh u huh u iklan tukar tayar kereta pun lawak gilerrr di Thailand. Hilang stress kan?

Selasa, 23 Disember 2014

Dating Punya Pasal

Hu huhu hu memang begini ek? Betul ke perempuan ambil masa yang lama untuk bersiap bila nak keluar? Apalagi kalau nak keluar dating hu huhu hu

Errrr cara tanya tu macam aku bukan perempuan aje kan?

Manalah aku tahu, aku kan tak pernah pacaran huhuh uhuhu

Jom kita tengok, apa jadi bila lelaki kena tunggu perempuan lawa bersiap untuk keluar dating;



Tunggu sampai tua ko!!!!

Hu huh u huhu walaupun hanya iklan minyak rambut sahaja, tapi kreativiti mereka memang tak boleh dinafikan. Lawak memang lawak, terkena batang hidung pun ada. Tapi, bukan semua perempuan perlukan masa yang lama untuk bersiap depan cermin. Perempuan lawa je kot!

See! Tu agenda sebenarnya. Agenda memfitnah perempuan lawa huhuhuhu sebab lelaki memang sanggup aje jadi hamba perempuan lawa. Apalagi kalau perempuan tu hebat

Hari tu entri tersalah guna syampu rambut, hari ni iklan cream rambut pulak. Tapi tetap comel iklan ni!

Isnin, 22 Disember 2014

Kisah Sedih Lelaki Jelita

Hari tu aku ada tulis entri tentang lelaki cantik dan apa berlaku bila perempuan cantik masuk tandas lelaki. Asal lelaki kacak aje, terus jadi perhatian. Kali ni, aku nak kongsikan satu kisah sedih tentang seorang lelaki jelita;



Dia memang jelita kan masa tak make up? Mmmmm lagi cantik dari artis Bollywood yang tak make up…errrrr, sebenarnya, lagi jelita dari aku huhuhu huhu

Jumaat, 19 Disember 2014

MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA

Dah lama tak mewayangkan diri kan? Serabut otak dok mengadap buku sampai naik rabun biji mata. Ada kala kena juga ubatkan jiwa dengan kisah cinta yang manis. Nak bercinta kan tadak sapa nak opssssss!!!

OFFICIAL TRAILER - MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA



Manisnya Cinta Di Cappadocia adalah buah tangan kelima Bernard Chauly, mula ditayangkan mulai 11 Disember 2014. Filem terbitan Global Station, Astro Shaw dan Red Films ini dikategorikan sebagai filem romantik komedi, diadaptasi novel Alaf 21, Anis Ayuni.

MANISNYA CINTA - OST Manisnya Cinta Di Cappadocia



Dibintangi oleh Nur Fazura, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Eja, Faizal Hussein, Ogy dll. Fazura bawakan watak utama sebagai Ifti Liyana, watak Nazmi dilakonkan Shaheizy Sam, manakala watak radio karat (Izelea) yang jadi adik Fazura dilakonkan Lisa Surihani.
lakonannya satu scene je...tapi kelakor aku nengokkan kepalanya itu huhuhuhuhu

Silalah cari sendiri kalau nak tahu sinopsis MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA, tetapi filem ini mempunyai banyak perisa; lucu dan lawak, serius, sedih. Sesiapa nak cuci mata tanpa kena tegur tu bolehlah tengok filem ni…nak ketawa terbahak-bahak pun boleh, nak rasa sweet malu-malu tucing pun bolehhhh, semuanya ada! Tak percaya? Cuba saksikan bagaimana Nazmi ajak Ifti keluar makan tengahari;

Scene manis dalam filem MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA



Sweet tak? Malu-malu kucing tak? Kalau nak gelak ketawa, boleh tengok scene Nazmi dan Ifti dating kali pertama…dahlah kereta tak ada ekon, mati tepi jalan pulak tu huh uhuhuhu betul-betul Nampak macam pemandu bas yang sengkek hu huhuhu 
entah kenapa aku nampak shahizey Sam gatai la pulak dalam pilem ni...orang lain kata romantik huhuhuh

Kalau tengok gambar-gambar comel Fazura dan Lisa Surihani bertudung dalam acara pernikahan di masjid besi Putrajaya, memang manis sesangat. Tapi scene tu kelakar sebenarnya hu huh u hu;
manis je Fazura dan Lisa Surihani bila bertudung kan...


Yang aku nak adalah sinematografinya. Itu yang utama bagi aku sebab Turki memang indah. Namun, sama seperti Instanbul Aku Datang, apa yang aku harapkan tak dapat 100 peratus. Namun, aku faham kekangan adaptasi karya dari teks ke skrip seterusnya ke layar. Hanya, aku harapkan lebih dari itu. Sebabnya mudah sahaja: Turki sangat cantik. Belum sepenuhnya keunikan dan kecantikan Turki diterjemahkan dalam karya pendek ini.

Ikut novel, latar tempat bukan di Cappadocia, Turki sebaliknya Mesir. Tapi atas beberapa sebab, pihak produksi memilih untuk menjalani penggambaran di Cappadocia dan Anatolia, lebih-lebih lagi Turkish Tourism memberi kerjasama erat dalam memudahkan penggambaran di sana.

Jangan Tanya tahap kepuasan aku tentang filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ni sebab apa yang aku harapkan itu berbeza dari orang lain. Namun, jika anda menginginkan satu filem cinta yang manis, bolehlah jenguk di pawagam berhampiran.

Ambo mengharapkan Cappadocia yang seindah ini dalam filem comel ni;



Apa nak buat, aya yang aku harapkan biasanya TERlebih dari apa yang orang mampu berikan. Makanya, kechiwa lah jua adanya. Mmmmm tengok ajelah si manis Fazura ni je kot;


Errrr entri ni tak berbayar, tiket pun aku tak bayar. Cik Bintang yang bayar la la la ada sesapa lagi nak belanja tengok filem Hobbit tak? Hu huhuhuhu tengah teruja ni ;)

Khamis, 18 Disember 2014

Cara Ucap Terima Kasih Kepada Pemandu Di Belakang

Biasa aku jumpa cara ucapkan terima kasih kepada pemandu kenderean berat yang bagi laluan selamat untuk kita memotong di jalan berliku dengan cara hon dua kali. Itu namanya terima kasih, abam lori.

Hari ni baru aku tahu cara orang Jepun ucap terima kasih kepada kenderaan belakang yang beri laluan kepada mereka menyelit, iaitu dengan menyalakan lampu kecemasan sebanyak dua kali. Wahhhhhh, bagus jugak kalau diamalkan di Malaysia;



Gitulah sopan santun di jalan raya namanya. Budi bahasa di jalan raya namanya. Ya dak? Mmmmmm tapi untuk kaki buli tu, ada dia heran ke semua benda ni?

Rabu, 17 Disember 2014

Anak Comel Teruja Pegang Arnab

Dari dok meraban teruja I Want To Touch Dog, baiklah buat program I Want To Touch Bugs Bunny;


Iklan yang sangat manis. Dah lama aku jumpa iklan ni, dah lama juga simpan dalam draf tak sempat publish huh u huhu tengoklah betapa caca marbanya hidup aku hinggakan nak publish pun tak sempat la la la silalah kagum dengan alasan tu!

Pertama kali main dengan arnab…comeynya dia!



Cantik kan? Comeykan budak tu? Nampak tak dia begitu teruja pegang arnab tu?

Selasa, 16 Disember 2014

Kuih Talam Sedap Dimakan



Kalau kuih talam, memang sedap dimakan. Kalau talam nekar atau lebih dikenali sebagai dulang, boleh juga diguna pakai. Tapi, kalau dah talam dua muka, apapun tak boleh!!!!

Aku memang tak bolehlah dengan orang yang bersifat talam dua muka ni. Depan kita lain, belakang kita dah tentulah lain benar. Kalau tahu ada orang jenis talam dua muka begini, aku memang akan elak diri. Tapi, biasanya….orang jenis talam dua muka ni tak akan puas hati. Tak boleh kawan dengan kita, dia akan sebarkan cerita macam-macam tentang kita yang selalunya memang dah sah-sah tak betul.

Aku pernah pun buang ramai kawan. Jadinya, takat seorang dua lagi untuk dibuang, apa ada hal. Bukan nak kata bongkak boleh hidup tanpa kawan, tapi dari dok berkawan dengan talam, baiklah aku tak ada kawan. Boleh jugak makan kuih talam sensorang tanpa kongsi dengan sesiapa. Ya dak?

Kepada si talam dua muka tu, tak payahlah sebarkan fitnah anda sebab anda akan jumpa jugak aku kat Padang Mahsyar untuk mintak maaf kan? Lagi baik hang pi cari kawan lain yang sama spesies dengan kuih talam.

Aku layan hang dengan baik, sapa suruh pi jadi kuih talam. Errrr kuih talam boleh makan…salah tu, sapa suruh jadi talam bermuka dua. Bukan boleh jual pun. Tak takut ke kena sambar api neraka dok fitnah aku?

Untunglah di dunia ni aku buat bodoh je dengan semua yang cik kak buat tu, tapi bila aku diam bukan bermakna aku seronok orang dok jaja fitnah. Biarpun aku tak harapkan kebaikan yang aku buat dibalas oleh orang itu, tapi…janganlah jadi bangsat sangat hingga madu yang diberi dibalas racun. Itu kurang ajar namanya!

Jumaat, 5 Disember 2014

Bongkak Dengan Makanan

Bila makan secara buffet, selalu nampak tak sesetengah orang jenis punggah makanan penuh pinggan, cuit cuit dan kais kais sikit, kemudian tinggalkan dan pergi ambil makanan lain pulak. Pernah?

Aku memang hilang respek dengan orang perangai begini. Walaupun namanya buffet, ambillah takat nak makan. Jangan dok kebokbong (tamak) ambil semua banyak-banyak kemudian membazir. Kalau mampu habiskan, ambillah berapa banyak pun, aku tak kesah. Yang aku kesah adalah buang makanan. Buang rezeki.


Aku dah lama dok perati seorang rakan sekerja ni. Gitulah perangai dia. Bila acara buffet musim kena hadiri seminar, bengkel atau sewaktu dengannya, dia akan begitu. Punggah makanan sampai penuh meja. Kuis-kuis sikit sebanyak, kemudian ambil yang lain pula. Padahal yang ditinggalkan di pinggan itu, seorang makan pun boleh kenyang.



Kita mungkin mengetahui hukum hakam tentang banyak perkara, namun…kita barangkali terlupa untuk aplikasikannya dalam hidup.


Silalah jangan membazir. Janganlah buang makanan. Berapa ramai lagi manusia di muka bumi ini kekurangan makanan, sedang kita mentang-mentang dapat merasa buffet sekali sekala tu pun dah bongkak.

Bila berdepan dengan rezeki, biar tak sedap macam manapun, usahlah dihina. Kita tak pernah tahu bahagian makanan manakah yang benar-benar menjadi rizeki kita. Tiap kali nak rasa bongkak dengan makanan, aku akan selalu ingat kata-kata adik ipaQ aku yang hensem tu “Alhamdulillah, ni rezeki yang tertulis untuk kita,”

Fuhhhhhh!!! Bertuah tak aku dapat adik ipaQ sebegitu? Mmmmmm adik aku lagi bertuahlah kannnn!!!

Khamis, 4 Disember 2014

Nak Cantik Punya Pasal

Kalau masuk ke taman perumahan di Malaysia, memang sahlah tak boleh masuk. Balik kampung aku, lagi confirm tak merasa bergerak terjerumus dalam lopak banjir. Jadi perahu je lah nanti!

Nak cantik punya pasal, sanggup buat macam ni;



Kononnya jelitalah tu bila kereta rendah kan…macam kereta sport huhuhu huh u akhirnya bukan sahaja nyusahkan diri sendiri, orang lain pun susah!

Rabu, 3 Disember 2014

Pesan Anak kepada Ayah

Aku jumpa gambar ni tergantung di sebuah kedai makan di Nilai 3;

Itulah pesanan anak-anak kepada ayahnya yang merokok. Jadi, silalah jangan merokok depan anak. Jangan merokok terus lagi baik.

Khamis, 27 November 2014

Mata Sakit, Tadak Kirija…Fisabilillah!

Masa beli kepala paip kat kedai hardware, datang seorang pakcik, bukan warganegara. Mohon sumbangan fisabilillah katanya. Untuk dia makan.

“Mata sakit, tadak kerija…mau makan. Fisabilillah” katanya

Aku ni biasa rasa macam mana bila lapar, jadi bila ada orang lapar mintak bantuan kita, hati mudah tersentuh. Bukan semua orang ada pengalaman tahan perasaan berlapar. Jadinya, dah tentu tak sampai hati nak tengok keadaan begitu.

Walaupun dia bukan warganegara, tapi dia juga manusia. Jadinya, aku ajak dia ke kedai makan sebelah kedai hardware tu.

“Encik makan situ kedai…saya bayar,” kataku.

Dia tak mahu. Dia nak duit.

Minta maaflah. Tadi kata lapar…tak makan. Sekarang tak mahu pula.

Aku blah je. Maaflah. Kalau bayar harga sepinggan nasi dan air di kedai mamak tu, aku sanggup je. Tapi kalau bagi dia duit, aku tak berapa ada duit. Tak ikhlas nak bagi duit hari ni!

Selasa, 25 November 2014

Orang Kita Melayan Pelanggan



Kerap kali berlaku;

Masuk kedai sebangsa dengan kita dengan niat nak bantu bisnes mereka. Tapi tak ada siapa sudi melayan sebab kakak tak berapa lawa ni mukanya tak berapa nak kaya.

Bila masuk kedai bangsa lain, dapat layanan bukan main lagi walaupun beli kepala paip je. 

Jangan salahkan kakaklah kalau lain kali kerap masuk kedai bangsa lain itu aje.