Rabu, 14 Ogos 2013

Tengah Solatpun Kena Ragut!


Oh! Malaysiaku nan aman.

Ramadhan dah berlalu, zaman hantu setan dibelenggu dah tamat. Semuanya dah bebas lepas. Alahai!

Di Chendering, KUALA TERENGGANU, Kak Ani, 52 tahun nyaris menjadi mangsa ragut oleh penjenayah yang menutup muka dengan tuala ketika dia bersama tujuh lagi jemaah wanita sedang menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid. Diragut ketika solat? Memang melampau!

Kejadian Sabtu lalu itu berlaku jam 8.40 malam. Semasa kejadian, dia dan jemaah lain sedang bersolat di ruang solat tingkat bawah, manakala jemaah lelaki di ruang solat tingkat atas masjid. Disebabkan jemaah tidak ramai, mereka membuat satu saf sahaja dan dia berada di kedudukan paling tengah saf.

Ketika imam sedang membaca surah al-Fatihah untuk rakaat kedua, bahu sebelah kirinya dicengkam dengan kuat sebelum leher diraba oleh penjenayah yang muncul dari arah belakang. Kak Ani yang terkejut dengan situasi itu, terus memalingkan muka dan mendapati seorang lelaki bertubuh sasa yang menutup muka dengan sehelai tuala berdiri di belakangnya.

Dia menjerit sekuat hati kerana terkejut dan disebabkan jeritan itu, semua jemaah wanita terpaksa memberhentikan solat untuk membantu. Malah dua daripada mereka bertindak berani cuba mengejar penjenayah terbabit tetapi gagal.

Penjenayah yang mengenakan baju T dan berseluar jeans itu mungkin bukan sahaja berhasrat hendak meragut rantai leher dipakainya, tetapi turut mempunyai niat mengambil kesempatan untuk mencabul kerana ketika dia mencengkam bahu, perbuatan awalnya lebih kepada meraba dada sebelum bertindak menarik rantai di leher.

Komen aku: bapak setan memang dah terlepas kan?


4 ulasan:

Suria Amanda berkata...

Ni la malaysia yg aman..jenayah di sekeliling kita...

JunAina berkata...

Menakutkan!

eelobor berkata...

komen ambo: itu hanya kes terpencil mungkin.... syukur masih lagi aman. tak suka sila cari tempat lain yg lebih aman. oh.... tidak. kih kih kih

t.a.t.a berkata...

Ada juga yang datang masjid semata nak ambil duit tabung. jangan tak percaya.