Jumaat, 2 Ogos 2013

Menyambut Kemenangan Pada Syawal


Alhamdulillah. Sebahagian besar Ramadhan dah berjaya kita harung. Beberapa hari lagi Syawal @ Hari Raya Aidilfitri @ Hari Lebaran bakal menjelma. Suasana dan kehangatannya kian terasa. Paling rasa, jem di Jalan TAR dan jalan nak balik kampong.

Jom tengok kemeriahan raya UPIN & IPIN Aidilfitri 2011 nak sambut raya (Season 5) - Rindu Opah (EPISODE 6)



Jom kita tengok Tips dan amalan menjelang Aidilfitri, bagaimana kita nak sambut aidilfitri mengikut Islam;

Kapsul Ramadan USIM online - Sinar Aidilfitri



Berikut perkara sunat boleh dilakukan menjelang aidilfitri;
1. Bertakbir
2. Solat berjemaah
3. Hidupkan malam aidilfitri dengan takbir, tahmid
4. Mandi sunat aidilfitri
5. Rapikan diri seperti potong kuku
6. Berpakaian bersih dan cantik
7. Mewangikan diri
8. Menjamah sedikit makanan, makan kurma je pun taka pa
9. Pergi dan balik dari masjid melalui jalan yang berbeza
10. Solat sunat aidilfitri

Suasana Di Hari Raya - Asyiela Putri Azhar (Upin dan Ipin)



Sempatlah kita bersedia sementara belum datang Aidilfitri ni ya… masih belum terlambat. Kegembiraan dapat balik kampong dan sambut Aidilfitri bersama kaum keluarga, ibu bapa dan kaum kerabat akan lebih bermakna lagi kan bila kita tak lupakan tips dan amalan pada hari raya aidilfitri mengikut cara Islam.

Ustaz Azhar Idrus - Cara Menyambut Raya Mengikut Islam



Amalan beri duit raya kepada anak-anak



Aku sokong kata-kata UAI ni…patutnya kita bagi duit raya kepada orang-orang tua. Makcik-makcik, pakcik-pakcik.

Nak dengar Ustaz Kazim nyanyi lagu raya?



Mmmmmm mood raya dah datang kan? Hu hu hu


4 ulasan:

eelobor berkata...

hahaha...sedih pilu weiii beraso sebak lambak lagi kelik

mak encik | SZ berkata...

terima kasih kak anyss ...
bg link bermanfaat ni ...
maka selepas ini mari kita peruntukkan sampul khas untuk beri pada orang yang lebih memerlukan :)

anyss berkata...

Eelobor: begitulah rencam kehidupan, kadangkala kita boleh balik beraya awal dan elak jem, ada masanya, kita kena kelik lambat & masuk dalam jem, tapi kalau tak mau jem baliklah pepagi raya...jalan raya memang kita yang punya ;)

anyss berkata...

Mak encik: Sama2 kasih. Daku sebenarnya kedekut duit raya dengan anak2 buah, tetapi belikan mereka buku (padahal lagi mahal harganya dari duit raya). Lebih utamakan golongan warga emas yang serba kekurangan dengan utamakan sedara mara dulu. Semoga dengan sedikit sumbangan kita boleh ringankan beban mereka.