Jumaat, 26 Julai 2013

Zakat Fitrah Dah Bayar Ke Belum?

Dah ramai sedang buat persiapan untuk menyambut lebaran @ aidilfitri yang bakal menjelang dalam dua minggu sahaja lagi. Paling tak meriahpun, sedikit sebanyak tetap akan ada juga.

Bagi keluarga kami, masing-masing akan bawak balik semua keperluan kat kampong. Walaupun begitu, Mek tetap juga sediakan apa yang patut macam ketupat, nasi impit atau nasi dagang (kalau dia larat). Kalau tak larat, dia tak buat apa-apa. Nanti pagi raya kami akan buat ala kadar sahaja. Paling malas adik akan buat nasi minyak dengan ayam masak merah. Juadah tak pernah tinggal sejak beberapa tahun ni dah tentulah kerepek raya. Kerepek ni lagi dapat sambutan berbanding kuih raya.

Bab persediaan raya tu, kami tak adalah beria sangat. Tukar langsir atau perhiasan rumah tak pernah jadi agenda wajib kami. Guna aje mana yang ada selagi elok. Begitu juga bab baju raya ke apa… bukan wajib untuk beli baru. Selalunya aku bantai je pakai baju kerja, bukan ada siapa tahupun.Tapi, yang wajib ada baju baru untuk Mek dan ayah. Biar depa pulak beraya sakan...

Gaji dah dapat kan? Dah boleh bayar zakat fitrah kan? Jommmm kita sama-sama bayar zakat. Bersedekah di bulan Ramadhan memang banyak kelebihannya, tapi zakat fitrah ni wajib tau…


Upin Ipin Bayar Zakat Fitrah





Ustaz Azhar Idrus Zakat Fitrah



Adat orang melayu masa zakat fitrah;



Bila kita kerja di negeri paling maju macam Selangor ni…bayarlah zakat di negeri maju tersebut. Janganlah pindahkan zakat tu ke negeri yang paling miskin, Kelantan.

Dulu-dulu aku saja je tak bayar zakat fitrah, nak bermanja kononnya. Nak jugak ayah yang bayar. Satu tahun tu…nama aku tertinggal dalam senarai dia orang huh u hu hambek kau!

Akhirnya aku serik. Bayar zakat fitrah siap-siap sebelum balik raya.

Kalau terlupa bayar zakat fitrah, nak buat macam mana;



Semoga zakat fitrah yang kita keluarkan tu dapat membantu golongan asnaf yang layak dan memberi kegembiraan kepada mereka. Aminnn.

Sedekah dan zakat menurut ustaz Fathul Bari;



Semoga dapat manfaat.

11 ulasan:

Amin A. R berkata...

Harap sat lagi kat mesjid ada la org kutip zakat :)

pena rozie berkata...

Huhuhu.... Belum bayar lagi.....

Yunus Badawi berkata...

Tahun lepas sehari selepas saya bayar zakat fitrah utk keluarga termasuk emak saya, beliau meninggal dunia keesokan harinya.

Tahun ini dan tahun2 akan datang, saya akan terkenang arwah emak saya setiap kali membayar fitrah.

t.a.t.a berkata...

Macam waktu imsak dan buka pula ya. Kalau nak sahur lambat, pergi negeri yang paling lewat imsak nya. Kalau nak buka cepat, pergi ke negeri Sabah atau Swak.

Tak sangka pulak fitrah ada yang buat macam tu? Kalau ada memang hampeh la. Kenapa?

Ye la, nak sangat elakkan bayar fitrah tinggi, sanggup ke Kelantan. Duit minyak lagi, tol lagi. Huh lebih tinggi dari bayar di Sgor.

eelobor berkata...

Alhamdulillah.....

anyss berkata...

Amin: Amil zakat boleh jumpa kat mana-mana je, masa soping pun boleh bayar zakat ;)

anyss berkata...

Diana: Daku bayar kat kampung sebab nak bermanja manjaan nompang orang bayar...sekarang dah bayar siap-siap sblm balik raya

anyss berkata...

Pena Rozie: Masih ada masa...
Alhamdulillah daku dah bayar masa pi soping barang keperluan. Mudah sekarang ni nak bayar zakat fitrah. Boleh jumpa amil kat soping kompleks pun

anyss berkata...

YB: syahdu nya...paling tidak, kita akan lebih mengenang arwah sekurang-kurangnya tiap kali bayar fitrah.

Moga arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman.

anyss berkata...

Tata: tak terfikirlah pulak ada orang bayar di negeri paling miskin itu sebab nak kurang jumlahnya.

Kalau macam daku, bayar di negeri paling miskin itu (pada masa itu) sebab bertangguh bayar sebelum balik kampung. Tak pasti pulak ada beza harga ke tidak, kalau beza pun macamlah banyak benar...

anyss berkata...

Eelobor: Aminnnn. Tahun ni bayar 4 nyawa kan?