Jumaat, 12 Julai 2013

Sahur ke Tiga


Alhamdulillah, selesai juga dua hari kita jalani Ramadhan dan berkesempatan berpuasa dengan jayanya.

Hari pertama, berbukz dengan capati buatan sendiri. Pertama kali buat. Lanyak aje. Kalau tengah lapar, apapun sedap. Tak kesah. Bantai aje dengan sardin. Pertama kali masak sadin yang menjadi. Selama ni memang GAGAL memanjang je masak sardin.

Hari kedua aku ke Warta. Bayar bil bruk, kemudian beli barang basah. Dah tahu, mesti jem masa balik, terus je tapaw roti nan dengan ayam tandori yang rupanya macam puyuh. Ohhhhh! Sangat banyak perbezaan tahap kekecilannya. Keras juga. Kelmarin punya apa hu hu hul

Lepas berbuka dengan roti nan keras dan ayam tandori keras itu, tetiba terfikir...sahur nanti dengan apa? Mmmmmm baru sahur ke tiga, dah tak tahu nak sahur dengan apa hu hu hu

PsssssssT: best jugak pekena kopi masa migrin gila2 ni...lain kali nak buat lagilah hu hu hu

Pssst: Nak riak sikit...first time tulis entri tak pakai komputer hu hu hu kalau ayat lintang pukang dan salah eja merata tu, silalah maafi jari jemariku yang teramat runcing ni...nak tekan huruf lain dok pi tekan huruf lain hu hu hu



6 ulasan:

Amin A. R berkata...

Best gak kan pekena nan tandoori untuk berbuka.. Nak beli lah harini :D

azieazah berkata...

Capati buat sendirik? Dahsyat tuuuu. Lauk sardin pulak. Alahaiii... kalah ler kakakmu ini.

Tandoori? Mujur saya bukan penggemar tandoori. Kaler merah dia selalu buat saya seriau nak makan.

anyss berkata...

Amin: pastikan dah dekat nak berbuka baru pesan itu roti nan...kalau tak, liat macam getah skrap hu huhuhuhu

anyss berkata...

Azieazah: hu hu hu itu tandooori sangat mudah mau buat hu hu huhu

Unknown berkata...

dah masuk hari ke tiga kan..setakat ni beli je..tak masak pun..yg bujang sibuk masak,hehe...

anyss berkata...

Diana: daku masak sebab ----> malas nak pi bersesak bazar ramadhan hu hu huhuhu