Memaparkan catatan dengan label persiapan raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label persiapan raya. Papar semua catatan

Selasa, 21 Jun 2016

Persiapan Raya yang Sederhana



Dalam kita cuba tidak membazir padabulan Ramadhan, kiranya berusaha untuk bersederhana, adakala kita terlupa pula nak bersederhana untuk persiapan raya pula.

Sebenarnya, definisi SEDERHANA itu sangat berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Sederhana bagi kita, belum tentu lagi sederhana bagi orang lain. Mungkin gaya sederhana kita itu termasuk dalam kategori mewah untuk orang lain.

Contoh mudahnya adalah: bagi kita yang biasa sediakan 10 pasang baju raya, bila tahun ni kita hanya beli 5 pasang sahaja, sudah dikira sederhana berbanding dengan Cik Ta yang sediakan 110 persalinan raya. Bagi Cik Ta pula, jumlah tersebut adalah terlalu sederhana sebab sepanjang Syawal nanti dia perlu hadiri 3-4 acara rumah terbuka, perlu jalani penggambaran sambutan raya dan sebagainya. Kalau penggambaran tu, dah tentu kena sebat 5-6 pasang kerana setiap scene kena tukar baju. Bagi Cik Ta, itu dah sederhana. Bagi kita yang hanya beraya hujung minggu sahaja ni, 10 pasang tu pun dah terlebih bajet.

Hanya kita yang tahu tahap sederhana tu takat mana. Kalau kita terpaksa buat pinjaman setiap kali ketibaan Syawal, rasanya kita dah berada di luar kemampuan diri, jadinya…silalah kaji semula. Bukan tak boleh sediakan 30 jenis kuih raya (ada orang buat sejenis kuih setiap hari bermula 1 Ramadhan), namun adakah ia sesuai? Benda makan banyak mana letak pun boleh habis. Rumah ambo yang penuh dengan budak-budak tu, ambo hanya hidang kerepek sahaja. Humban je 3 guni kerepek, habis cerita. Setiap seorang usung satu balang. Tetamu datang depa tak kacau dah sebab memasing ada balang sendiri.

Adakah setiap kali buat persediaan raya, kita perlu tukar perabut baru? Tukar langsir baru? Cat rumah baru? Jambangan bunga baru? Atau…kereta pun kena tukar baru? Tepuk dada tanya iman. Rasanya jenis mami jarum yang pergi belek langsir orang musim raya dah tak ada dah kot…ke masih ada? Mmmmmm tetiba teringat langsir rumah Mek di kampong belum bertukar sejak 10 tahun. Tiap kali raya hanya basuh dan pasang balik. Ada satu tu je pun. Raya lain kali baru tukar langsir baru, boleh? Tak sempat nak jahit lah!

Kakak ipar pernah sebut, “Bunga ni seingat kak lah…masa kak kawin dulu lagi,” huh u huhu itu bila kami putuskan untuk lupuskan beberapa jambangan bunga yang dah terlalu pudar warnanya. Ketika dialog tersebut terjadi, anak bujangnya tengah tunggu keputusan peperiksaan SPM. Ohhhh itu betul-betul marhain. Kami hanya cuci, lap habuk dan gubah semula selagi elok.

Jadinya, berapa sederhana persiapan kita, bergantung kepada definisi kita sendiri. Bagi kami, kami sudah terbiasa untuk beli sesuatu ikut keperluan. Hanya bila perlu. Itupun banyak kali jugak lajak TERbeli ikut kemahuan huhuhuhu

Rabu, 8 Jun 2016

Membazir di Bulan Ramadhan



Setiap kali tibanya Ramadhan, ramai yang menyentuh tentang pembaziran makanan. Kononnya terdapat antara kita yang mengikut nafsu bila berbelanja di Bazar Ramadhan. Maklumlah, beli makanan masa lapar, semuanya Nampak sedap. Jadi, semuanya nak borong.

Betul ke kita membazir? Sejauh mana kita membazir?

Bila kita Nampak orang beli di Bazar Ramadhan dalam plastic kecil sahaja, ada kuih 3-4 ketul, ada nasi beriani kebungkus, ada air sebungkus. Maka pada anggapan kita, dia seorang yang berjimat dan tak membazir. Betul ke?

Habis tak dia makan kuih tu? Habis tak dia makan nasi beriani tu? Habis tak dia minum air sebungkus tu? Atau bakul sampah jugak yang makan selepas kita peram dalam peti ais selama beberapa hari.

Bila kita Nampak laki bini jinjing plastic tak muat tangan, automatic mulut kita terlopong hatipun berbisik. Banyakkkkknya dia beli. Habis ke? Padahal kita tak tahu pun berapa ramai ahli keluarganya yang ada. Kalau anaknya je pun dah 8 orang, campur mak bapak dah jadi sepuluh. Kalaupun mereka beli 3 bungkus air, 3 jenis kuih dan 3 jenis lauk, memang betul ke mereka membazir? Ataukah dengan jumlah yang sebanyak itu, bila azan berkumandang sahaja…sekelip mata ghaib dari pandangan. Mak bapak hanya sempat tengok sahaja.

Persoalan membazir ke tidaknya kita setiap kali datangnya Ramadhan hanya kita sahaja yang mampu menjawab. Tak perlu menilai orang lain. 

Ambo? Berbuka puasa dengan cekodok dan air rendaman kurma (Nabez) pun dah cukup. Kata diet!!!!

Rabu, 15 Julai 2015

Persiapan Raya

Dah tentu semua dok kelam kabut sibuk dan dok berkemas melakukan persiapan raya. Mana nak kemas rumah, nak sapu sawang, nak masak bagai. Apapun yang dilakukan, semoga kemeriahan sambutan raya aidilfitri tahun ni tidak berkurang sekalipun harga petrol memang dah naik.

Tak lupa juga yang tengah bersesak tersangkut dalam kesesakan jem berbatu-batu tu, silalah tingkatkan kesabaran. Raya tanpa jem bukan raya namanya. Ya dak?



Cer tengok wajah ayah dan mak, walaupun kalut dan penat…ceria je nengokkan anak cucu dan balik. Riuh rendah!!!

Rabu, 7 Ogos 2013

Persiapan Raya


Tiap kali raya sama ada Aidilfitri atau Aidiladha, apa persiapan yang kalian buat?

Cat rumah?
Tukar langsir baru?
Sofa baru?
Bunga-bungaan baru?
Lampu kelip kelip lip lap lip lap?
Hidangan istimewa pagi raya?

Persiapan raya kami sederhana sahaja. Semua yang disenaraikan kat atas tu tak buat langsung. Guna je mana yang ada. 

Anak-anak akan belanjakan keperluan mana yang tak ada sedikit seorang. Akhirnya, seminggu raya tu sakan tetamu boleh dijamu. Sedara mara kami juga, apa salahnya merai mereka dengan lebih istimewa sikit kan?

Mmmmmmm tahun ni nak masak apa ya…spageti boleh? Ke mi hailam? Kalau malas, mehun goreng tom yam pun tak apa kan?

Sementara nak tunggu raya, kita tengoklah dulu movie raya ni ya... Misha Omar & Zahiril Adzim



Hu hu hu Cik Lina nan rupawan ;)


Rabu, 15 Ogos 2012

Aktiviti di Kampung Halaman Dah Bermula…


Semalam, sampai je rumah terus mandi manda dan
Qada tidur…fuhhhhh sangat best!
Malamnya nak online tak dapat sebab petir berdentum kilat menyabung
Guruh berdentam…akhirnya sambung tidur dengan lena
Diulit orchestra angsa dan hujan renyai…betul-betul kampong!

Hari ni, Mek kata…Jom gi rumah pakcik,
Lepas tu beli barang dapur untuk raya
Aku ok aje, bila tanya jam berapa?
Jam 8 hu huh u awal gila!
Tak apa, pergi je…aku dah jadi super bertauliah
Tiap kali balik kampong

Malam semalam lagi Mek dah melagut ke bumbung
“banyak sawang!”
Tau apa maknanya? Nak kena buang sawang dan kemas segala
Sebelum raya…jadinya, mana-mana tempat berdebu tu
Kenalah lap ya…satu rumah tu hu huh u
Itu memang nasib bagi sesiapa yang balik awal
Tahu ni aku yang kena!

Jadinya, andai entriku tak ada sepanjang tempoh 2 minggu ni
Maknanya, macam-macam benda tengah buat
Dengan cerianya…mmmm kena asah semula bakat memanjat
Errrr…nasib baik kelapa dah ada
Kalau tak kena panjat pokok kelapa huh u hu