Isnin, 31 Mac 2014

Doktor Mesti Rindu Saya Lepas Ni…


Boleh blah tak ayat tu? Hu huh u tabahlah duhai hati!

Sejak terjebak dengan slipped disc ni, agak lama juga diperlukan masa untuk pulih sepenuhnya, tetapi masalah utama aku adalah nak dapatkan MC yang panjang hingga jumpa pakar akhir bulan Mac (hari ini). Doctor pakar je boleh bagi cuti panjang…tu pun tak tahu berapa panjang dia boleh bagi. Salah hari kena renew tiap dua minggu. Tapi, itu lebih baik dari perlu ulang alik ke klinik panel atau pusat kesihatan setiap 3 hari, malah pernah juga aku perlu menunggu hingga lebih 5 jam semata-mata nak dapatkan MC.Bukan ada sesapa nak tolong hantar kan, buat ajelah sendiri. Sendiri kayuh gitu!

Mula-mula aku buat temujanji dengan pakar di HUKM…fuhhhh! Hujung bulan April baru boleh jumpa pakar, tapi pengalaman berada di HUKM sebagai pesakit memang berbeza dari semasa aku ke sana semasa bertugas. Bersembang dengan akak manis berfikiran positif antara pengalaman indah, selain bertemu encik hensem yang stress tidak mampu angkat senjata lagi.

Aku dapat MC yang agak panjang bila ke Pusat Kesihatan UKM, di Bangi yang dikhususkan kepada pelajar dan staf sahaja. Lima hari. Setiap hari Isnin aku akan pergi lagi untuk kumpul MC berkepuk-kepuk itu hingga ada ketikanya aku tengok doctor tu stress bila tengok muka aku. Aku tebalkan sahaja muka jumpa dia dan cakap terus terang yang aku perlukan MC panjang hingga jumpa pakar.

“Doktor jangan stress jumpa saya ya…” kataku satu kali bila tengok muka doctor kali tu memang stress benar. Dia tak mengaku dia stress tapi, aku tahu dia memang stress.

Sepanjang minggu aku ada rutin tertentu selain dari kutip MC. Hari Rabu akan ke Hospital Serdang buat fisioterapi, kalau rajin pergi Ceragem Bangi…tapi sekarang dah malas. Tak tahan telinga dengar suara akak tu terpekik menjerit-jerit masa beri penerangan. Bergegau anak telinga dan segala isinya huh u hu hu

“Waaaa doctor ada assistant hari ni,” kataku sebaik bagi salam. Doktor tu ketawa ceria. Anak dia tahun satu tu pulak sipu-sipu malu. Mmmmmmm mood doktor baik je hari ni, best sikit mintak MC huh u huh u

Masa doctor buat catatan dalam computer dan isi borang MC, aku sembang dengan anak perempuannya. Tanya cita-cita dia nanti nak jadi doctor ke pilot huh u hu soalan sensitif tu musim MH370 masih belum dijumpai.

“Minggu depan dah jumpa pakar kan? (hari ni lah tu!)” kata doctor.
Aku mengiakannya sambil bergurau “doktor mesti rindu saya lepas ni,” huh u hu h u dia tergelak kuat. Boleh gitu?

Tetiba dapat surat dari insurans, mahukan laporan dari klinik panel dan Pusat kesihatan sebelum aku masuk KPJ hari tu.

Ohhhhh! Kesian doktor tu…mesti stress tengok muka tak lawa aku lagi!

Ahad, 30 Mac 2014

Perempuan Tak Reti Parking Kereta?


Okeh, aku mengaku…kalau bab mengundur aku memang tak reti. Sebabnya, mata rabun. Lagipun mata aku dua-dua dok depan, dah tentulah ada masalah untuk mengundur hu h uhu cantik tak alasan?

Tapi, perlukah labelkan sebilangan perempuan yang terhegeh-hegeh parking kereta itu sampai begitu sekali? Macamlah hanya perempuan sahaja yang tak reti parking kereta. Ada jugak lelaki macho terhegeh-hegeh parking kereta dek tersangat sayangkan keretanya huh u hu

Memanglah ramai perempuan tak reti parking kereta, tapi perempuan ini buktikan bukan semua perempuan gagal parking dengan betul;



Hebat tak dia?

Masa di Paris dan Amstardam dulu, aku tersangat kagum dengan mereka parking kereta. Jarak antara kereta depan dan belakang hanya beberapa cm sahaja, kalau aku memang sah lah tak boleh parking, dah lah parking memanjang sepanjang jalan. Kalau rasa hebat sangat, cer try parking kat sana. Takat parking kat Malaysia yang besar gedabak kotak parkingnya tu…tak payah nak bangga sangat!

Sabtu, 29 Mac 2014

Shalwati Dan Azizul Raheem Dipenjarakan Di Sweden


Setelah ditahan sejak Disember lepas, akhirnya pasangan Malaysia, Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awalludin, dihukum penjara oleh Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweden bagi kesalahan mengasari serta mencabuli integriti anak-anak. Mahkamah juga memerintahkan Shalwati dan Azizul Raheem masing-masing membayar ganti rugi 67,200 SEK (RM33,900) dan 36,400 SEK (RM18,362) kepada empat anak mereka. Hukuman itu akan dipendekkan jika mereka berkelakuan baik. Aku harapkan hukuman mereka dipendekkan dan mereka dapat segera balik ke tanahair.

Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan Shalwati, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman sejak 18 Disember tahun lepas kerana didakwa memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana tidak solat.

Shalwati Norshal dijatuhi hukuman penjara selama 14 bulan kerana perlakuan kasar terhadap anak perempuannya dan anak lelaki sulungnya serta atas kesalahan menyakiti dua lagi anak lelakinya.Azizul Raheem Awalluddin pula dikenakan hukuman penjara 10 bulan kerana dia didapati bersalah mengasari tiga anak anaknya, tetapi dibebaskan daripada apa-apa kesalahan terhadap anak bongsunya. Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat memaklumkan pasangan tersebut kini dalam rayuan bagi meringankan hukuman.

Pengorbanan sebegini tak pernah dilakukan ibu bapa di Malaysia lagi. Dugaan sebesar ini untuk memastikan anak-anak solat perlu mereka tanggung di negara asing; dari seorang pengawai Tourism mewakili negara akhirnya ke penjara.

Semoga mereka lebih cekal harungi pahit getir kehidupan di sana. Penjara mungkin “tidak apa-apa” bagi sebilangan orang tertentu yang memilih langkah terpesong dari undang-undang manusia, namun bagi mereka sangat besar implikasinya. Mereka hampir kehilangan hak terhadap anak-anak, Alhamdulillah akhirnya anak-anak itu dapat dibawa kembali ke tanahair dan bila kembali nanti akan kehilangan kerja pula, kecuali kes mereka dianggap sebagai kes khas.

Sekalipun ramai yang menganggap hal sebegini adalah musibah, namun aku mengharapkan tersembunyi hikmah yang kita sendiri tak dapat melihat dan rasanya kecuali mereka jua adanya. Lebih utama, dah tentu Allah menyayangi mereka dengan cara yang lain. Dan aku amat percaya, mereka akan lebih menghargai sesama sendiri dengan lebih besar berbanding kita.

Sweden merupakan negara pertama di dunia yang mengharamkan tindakan memukul kanak-kanak pada 1979 dan kemudian tindakan itu turut diikuti 36 negara lain. Berikutan penahanan pasangan itu, empat anak mereka diletakkan di bawah jagaan sementara keluarga angkat bukan Islam di Sweden sebelum dibawa pulang ke Malaysia. Kini, keempat-empat anak pasangan itu diletakkan di bawah jagaan ibu saudara mereka di Wakaf Tok Wali, Melor, Kelantan.

Adakah kalian rasa kasih sayang dalam keluarga kita telah begitu mengcukupi untuk harungi kehidupan masa depan sedangkan belum diuji sebegitu rupa? Andai keluarga kita diuji sebegini, masihkah kekal teguh atau berderai jadi serpihan?

Tidakkah kalian tahu bahawa Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan berdepan dengan ujian itu?

Semoga pengorbanan mereka berbaloi.

 

Earth Hour 2014


Masa untuk padamkan penggunaan alat elektrik satu jam sahaja setahun, jom kita merenung bulan;


Selamat maju jaya

Jumaat, 28 Mac 2014

Awek Suka Melancong Tak Sikat Rambut?


Semalam baca artikel ni secara online. Terbeliak sekejab biji mata;


Apa pendapat kalian?

Aku tidak pasti dapatan kajian mana yang penulis jadikan rujukan. Tidak dinyatakan. Kalian bersetuju dengan pernyataan di bawah ini?



Aku tak nak komen lebih, sebab aku ni kan suka melancong, melencong dan berjalan…kang terlebih emosi pulak. Tapi, pernah tak kalian jumpa seorang perempuan panjat tembok besar China dengan kebarung dan kasut tumit tinggi semata-mata nak bergambar di atas sana? Supaya gambar itu kelihatan cantik, bukannya berserabai rambut tak bersikat.

Perempuan ini TERLUPA nak sikat rambut masa melancong;


Mmmmm tak pun, berbaju kurung dalam kedinginan autumn di Pulau Nami;

Ohhhh Kanda Jung Sang...akulah heroin itu!

Sekalipun hanya bersama pokok gingko, tetap nak tayang juga baju kurung biru;

Berapa lama perlu kutunggu kau kotakan janji?


Errrrr…penulis ni pernah melancong cara backpacker stail orang Malaysia ke tak ni? Nak tahu macam mana gadis jelita Malaysia mengembara di bumi asing? Ginilah gayanya:

Perut nasi...di Korea pun tetap juga nak menyantap nasi bagai...sib baik Cik Bintang ada rice cooker versi travel ya!

Ini di bumi Korea, kalau takat Aceh dan catatan tsunaminya, Bangkok, Krabi dan Phuket bagai tu…tak ada makna sangat nak berserabai sampai tak sempat sikat rambut. Aduhaiiiiii!



Ishhhh! Malas lah nak komen apa-apa hu huhu hu

Gambaran Kehidupan dalam Syurga

Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian. (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata; Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan. Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.

Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan. Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).

Dan puak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, Dan naungan yang tetap terbentang, Dan air yang sentiasa mengalir, Serta buah-buahan yang banyak, Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya, Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu, Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.


(Al-Waaqi'ah, 56; 11-41)

Khamis, 27 Mac 2014

Tak Kan Nak Kena Carut Baru Faham Kot!


Inilah jadinya bila tidak mampu mengatakan TIDAK, atau lebih tepat lagi beritahu dengan jelas dan nyata bila tidak suka sesuatu. Ya…beritahu sahaja kepada orang tu bahawa kita tak suka cara dia.

Masalahnya, macam mana caranya untuk berterus terang? Terlalu terus terang kang sentap pula. Bila berkata terlalu berlapik, apa yang nak disampaikan tidak mencapai maksud.

Orang zaman sekarang ni tak mainlah dengan ayat yang bergunga-bunga. Tapi kalau terlalu tepat mengena sasaran penggunaan perkataannya, boleh jatuh kurang ajar pula. Boleh diterjemahkan tak reti berbahasa. Lalu, bagaimana?

Sebab tu aku kelihatan macam Pukul Anak Sindir Menantu. Sebab aku tak suka lukakan hati orang, guriskan perasaan orang.

Sebab itu jugalah…aku jugak yang sering terluka. Itupun orang bukan nak sedar.

Ajarkan aku bagaimana untuk berterus terang dengan orang-orang yang tidak faham dengan pelbagai bahasa Pukul Anak Sindir Menantu ini. Komunikasi tidak berlangsung seperti sepatutnya.

Contohnya: aku memang tak suka orang suka mencarut, tetapi aku hanya mampu beritahu dia “Awak tak hensem lah bila mencarut”. Hanya setakat itu sahaja.

Malangnya dia hanya ketawa. Kemudian terus mencarut. Berkali-kali lagi. Dan aku terpaksa dengar carutannya itu walaupun tak suka. Bila aku cuba menghindar disebabkan tak sanggup lagi dengar carutannya itu, dia tetap juga tak faham. Dia tetap juga nak mencarut depan aku.

Aku hanya risau, sampai satu tahap dia pula kena carut! Kang dia juga yang sentap.

Sebenarnya entri ini tak ada kaitan pun dengan mencarut. Hingga saat ini, apa yang aku nak tulis dalam entri ni masih belum memaknakan maksud sebenar.Gagal lagi!

Rabu, 26 Mac 2014

Tengok Muka Pun Dah Rasa Nak Lempang

Benda macam ni lah yang cuba nak elak. Bukan soal malu bila orang kata “anak sapalah tu!”, tapi layakkah dia bergelar anak? Lagi lah tak ada punya hasrat dia untuk jaga maruah bapanya sendiri.

Hanya kerana tidak memberi RM2.50 untuk membeli air batu, dia tergamak memukul bapa yang mengalami strok. Anak apakah itu? Gamaknya masa kecil dulu ayahnya itu tak pernah balun dengan penyapu lidi kot! Terlebih balun kang kata dera pulak! Ikutkan budaya melayu, sampai bilapun dok pukul anak sindir menantu je lah kot. Kot lah! Aku tak ada anak...cakap lebih kang, pelik pulak jadinya.


Nor Diana Mohamed, 30, tidak bekerja menghadapi tuduhan memukul bapanya dengan cara menampar mangsa, tahun lalu di Pintu Geng, Kota Bharu, tetapi dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan itu setelah bapa itu bersetuju kes tersebut diselesaikan menerusi permohonan maaf oleh anaknya.

Bapa malang itu memohon tarik balik laporan polis dan pertuduhan, tetapi mahkamah menolak permohonan tersebut dan membenarkan kes itu diselesaikan mengikut Seksyen 260 Kanun Tatacara Jenayah menerusi kompaun kesalahan dengan permohonan maaf oleh anaknya. Nor Diana kemudian tanpa menunjukkan sebarang emosi hanya menyatakan permohonan maaf daripada bapanya.

Kembalilah ke pangkal jalan. Tahun lepas engkau tampar bapamu yang strok, tak sempat sampai 30 tahun akan datang, anakmu pula akan buat begitu kepadamu. Ketika kamu sudah tidak berdaya untuk melawan. Bukankah hidup ini ibarat roda?


Macam budak kecil pun ada, nak beli air batu RM2.50 pun boleh paksa bapak yang bayar! Nasib baik tak melintas depan aku...nasib baik bukan aku yang jadi hakim tu. Kalau aku jadi hakimnya, aku bagi je pengalaman dia makan free kat penjara barang setahun dua. Bagi masa untuk dia berfikir.

Hishhhh! Geram betullah aku! Lagi panjang aku tulis...lagi banyak kena carut ni. Jom, pi makan donat!


Pukul Anak Sindir Menantu


Seseorang pernah berkata kepadaku “awak ni jenis orang yang suka Pukul Anak Sindir Menantu



Aku ketawa sambil berkata “bapak anak pun belum ada, nak dapat menantu sangattttt jauhnya lagi,”

Budak ensem ni balik kampung musim coti skulah hu hu huhu daku pulak yang windu rinduan hu hu hu
 Errrrr....betullah kan? kan? kan?
Eh, mana ada kaitan dengan kes dera pukul anak hu hu hu langsung tak ada kaitan!


Selasa, 25 Mac 2014

Hati Nan Terluka...


Hari ni aku berkabung…

Lena Park - Only In My Heart



Percayalah, daku tidak mungkin dapat lupakanmu
Berjanjilah…tidak akan lupaiku
Dan senyumlah…luka nan dalam ini sentiasa mengekoriku

Video Pengumuman Penerbangan MH370 Terhempas


Sidang media akhbar tergempar yang dibuat Perdana Menteri jam 10 semalam berkaitan kehilangan pesawat MH370, berikut adalah Video Pengumuman Penerbangan MH370 Terhempas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ke-17 kehilangan pesawat MH370:


Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi - PM



Alfatihah.

Isnin, 24 Mac 2014

MH370 Disahkan Terhempas Dan Tiada Penumpang Selamat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu terhempas di selatan Lautan Hindi di barat Australia.

Berdasarkan analisis baru, Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) telah menyimpulkan bahawa pesawat MH370 telah terbang di sepanjang Koridor Selatan, yang berada di tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.
Mengapa lautan segara ini? Hanya mereka yang tahu...

"Kedudukan itu jauh dari mana-mana lokasi pendaratan, dan dengan dukacita saya perlu memberitahu anda bahawa menerusi perkembangan terbaharu ini, pesawat MH370 ‘berakhir’ di selatan Lautan Hindi," katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Sidang media akhbar tergempar yang dibuat Perdana Menteri jam 10 tadi berkaitan kehilangan pesawat MH370, berikut adalah Kenyataan akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ke-17 kehilangan pesawat MH370:

24 MARCH 2014, 10PM


This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time.
Berdasarkan data "ping" dari satelit Inmersat



Para waris telah diberitahu bahawa "kita tidak dapat menolak lagi kemungkinan bahawa pesawat ini telah terhempas dan tiada penumpang yang terselamat"


DariNya kita datang, KepadaNya kita akan kembali. Salam takziah kepada ahli keluarga dan sahabat handai yang terlibat. Kami turut berdukacita dengan apa yang berlaku.


Sidang Akhbar Tergempar MH370

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan sidang akhbar tergempar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berhubung operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 pukul 10 malam ini.

Jom, pakat serbu TV…dengarnya lebih banyak objek terapung ditemui di kawasan pencarian.

Pasukan mencari antarabangsa melaporkan lebih banyak visual objek dilihat di kawasan pencarian di koridor selatan, yang mungkin berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang. Dua objek itu berwarna oren, kira-kira satu meter panjang, dan satu lagi berwarna putih dilihat oleh pesawat yang melakukan pencarian.

Walaupun semua objek berkenaan masih belum boleh dikaitkan dengan pesawat MH370, harapnya memberi klu yang lebih banyak.

Siapa Jaga Sekarang Ni?


Hari ni hari Isnin, hari untuk aku pergi kutip MC huh u huhu tapi kisah entri ni dah lama tulis. Aku kan ada sebegitu banyak masa, jadi bank entri tu melimpah ruah hu huhu

Hari Khamis entah berapa kali khamis lepas, sebelum pergi sesi rawatan di Ceragem bangi, aku pergi cuci kereta yang sangat comot mengalahkan traktor adik di kampong. Dia punya traktor lagi berkilat dari kereta kecilku itu. Malangnya, aku sangat fobia pergi cuci kereta kerana selepas kereta aku berkilat-kilat memancarkan seri berkilauan itu, sudah pasti hujan akan turun. Dah banyak kali berlaku begitu…dan hari itu juga, hujan tetap turun, kereta itu comot semula huhuhuhuhu tetiba terkenangkan satu buku cerita yang pernah aku baca masa sekolah rendah dahulu bertajuk fakir hujan. Kalau aku cerita tentang buku cerita ni karang…dah lari tajuk tu huhuhuhuhu aku kan suka memesongkan tajuk huh u huhu

Masa dok tunggu adik tu cuci kereta, seorang pelanggan yang lain datang bersembang dengan aku. Mula-mula sembangnya tentang tongkat yang aku guna hingga melaratlah tentang sakit slipped disc ni.

Pakcik Ravi: so sekarang ni siapa jaga u kat rumah?
Aku: sendiri jaga

Dia pandang aku pelik.
Pakcik Ravi: Whylah? Mana mak u?
Aku: kampong sana…
Pakcik Ravi: Mana kampong?
Aku: Kelantan sana
Pakcik Ravi: Jauhnya…macam mana u jaga sendiri?
Aku: sendiri buatlah
Pakcik Ravi: Bolehkah?
Pakcik Ravi: Boleh aje…asalkan sendiri mahu.

Setelah itu macam-macam petua dia bagi. Jangan makan makanan sejuk, jangan mandi air sejuk, jangan angkat barang berat…jangan itu, jangan ini. Kalau ikutkan semua nasihat dia tu, maknanya aku mati kebuluran, terkedang kat katil tak bangun sebab semua benda tak boleh buat.

Terima kasih, Pakcik Ravi. Walaupun baru kenal beberapa minit, ramahnya tu jarang boleh jumpa dah zaman sekarang ni. Berbual-bual hingga kereta siap bersih macam dah kenal lama.

Bila keadaan begini, ada orang akan semakin dekat. Ada yang lain kian terasa menjauh. Namun, aku pelajari banyak makna kehidupan. Dan ini bukanlah dugaan paling getir pernah aku alami. Jadi, aku hanya perlu jalani segalanya tanpa perlu merungut apa-apa. Setiap apa yang aku alami biar sekecil-kecil perkara mengajar aku tentang sesuatu.

Bila aku tulis di blog ni bukan bermakna aku merungut. Ini adalah koleksi pengalaman yang sedang aku kumpul. Mana tahu, satu ketika nanti aku lupa…boleh kenang semula bila baca kat sini.


Ahad, 23 Mac 2014

Tunggu Umum Keputusan Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang


Hari ni berlangsungnya Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang. Masa hari penamaan calon hari tu…Bangi turut terima tempias kesesakannya.

Kali ini, menerusi Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, PKR meletakkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menentang wakil Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun.

Kepada semua pengundi, silalah tunaikan kewajipan kalian. Pilihlah calon yang reti buat kerja dan memahami masalah orang Kajang, bukan hanya turun sekali dalam masa 5 tahun sahaja. Lepas tu lesap entah kat mana, lima tahun lagi baru nampak muka semula. Gunakan kesempatan yang ada sebaiknya, nanti jangan nak menyesal pula.

Apapun, kenalah tunggu undian dikira. Malam nanti dapatlah tahu pengumuman keputusan Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang ni siapa yang menang.


KEMASKINI keputusan Pilihanraya Kecil DUN Kajang

Setelah selesai pengiraan undi bagi Pilihanraya Kecil DUN Kajang, SPR mengumumkan bahawa kerusi DUN Kajang dimenangi oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan lebih 16 ribu undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun mendapat lebih 11 ribu undi sahaja.

Tahniah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Selamat memikul amanah. Banyak perkara kami perlukan di Kajang dan kawasn sekitar ni…

Lepas ni, bolehlah pergi jumpa Datuk Seri Dr. Wan Azizah bila warga Kajang ada masalah. Mmmmm walaupun aku tak mengundi di Kajang…aku pun boleh jumpa jugak kan? 

Sabtu, 22 Mac 2014

Alamak!!! Heliza Helmi Komen Kat Blog Aku????


Aku ni tak adalah tahu sangat tentang dunia hiburan, tetapi beberapa nama yang agak biasa jadi sebutan ramai tu ada jugalah aku tahu macam si kacak Fahrin Ahmad ka, si hensem Anuar Zain ka, Abam Aaron Aziz ka, kekanda Ady Putra ka, Abam macho Johan As’ari ka huh u hu nape semuanya lelaki ni. Mana pergi artis pompuan macam Lisa Surihani ka, Erra Fazira ka, Emma Maembong ka…mmmm siapa lagi ya artis perempuan? Hu huh u huh u Nampak sangat tak tahu kan huhuhu

Takat tahu gitu-gitu ajelah pun…tapi bila tiba-tiba muncul Heliza Helmi komen kat entri blog aku…fuyooooooooooooooooooooooo!!!! Macam mimpi detim dengan Fahrin Ahmad tu! Dah penat kan mimpi jumpa Ady Putra...jumpa Fahrin Ahmad pulak ya...

Maklumlah…Heliza helmi ni memang comey pun. Sekali tengok macam anak patung pun ada. Geram sangat tengok. Untunglah sapa yang TERdetim dengan Heliza Helmi ni;


suka bila Heliza Helmi pakai warna lembut macam ni...nyata benar jelitanya! Ayu!

Macam ni punya comey, kesian kat anak murid tau! Tak sempat hadam ilmu dok tenung cikgu jelita ;)

Bila Heliza Helmi komen kat blog aku, tahap teruja tu memang tinggi benarlah. Maklumlah dia kan orang popular. Orang lawa jelita dan rupawan. Bukan calang orang artis seorang ni, ada Ijazah Sains Pendidikan (Biologi & Kimia) dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) tu!

Jom tengok apa yang pengacara jelita Nur Heliza Helmi, anak kelahiran Kuala Terengganu pada 3 Februari 1986 ni komen…teruja tak nak tengok? Jommmmmm baca komen dia;

l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V


Kalian rasa orang se ayu serupawan Heliza Helmi sanggup ke nak guna bahasa macam ni?

Komen ini ditulis dalam entri Dana Haji Jasman.

Nak ngaku nama sendiripun takut, sanggup berselindung belakang bayang si jelita Heliza Helmi, adakah nanti maklumatnya dapat kuterima kesahihannya?




Jumaat, 21 Mac 2014

Yuran Langganan Jalur Lebar Dah Tak Ada Rebat Cukai Pendapatan?

Siapa dah isi borang cukai? siapa dah hantar borang tafsiran cukai 2013? Sekarang dah ada e-filing, sat ja kalian hantar...berdesupppp orang LHDN terima.Tapi aku masih buat secara manual. Kuno tak aku?

Semalam print borang tafsiran cukai kat laman web LHDN, kemudian bertatih isi pelan-pelan sambil pecahkan gula-gula Candy Crush.

Tetiba aku perasan dalam borang cukai pentafsiran tahun 2013, dah tak ada lagi rebat untuk penggunaan internet. Ya…rebat yuran langganan penggunaan jalur lebar dah tak ada dalam borang tafsiran cukai 2013. Ker aku yang salah tengok?

Cer habaQ, kalian perasan tak kehilangan rebat ni? Mestilah aku tertanya-tanya sebab bilnya sebeban aku simpan hu h uhu hu

Tang mana tah nak kutip rebat pengecualian cukai pendapatan ni? Bukan mudah orang bujang nak dapat rebat cukai pendapatan. Jangan ngelat bayar zakat sudahhhhh!

Kenapa Sikit Je???


Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur” (Al-Mulk, 67: 23)

Khamis, 20 Mac 2014

Mek Fobia Aku Nak Balik Kampung Naik Kapal Terbang

Mek memang jarang telefon anak-anak kecuali ada hal penting. Bagi dia dan kami juga, anak-anak yang patut telefon mereka (mek dan ayah). Bila ada miscall dari kampong, memang akan suspen.

Masa aku pergi buat fisioterapi Rabu lepas, Mek ada telefon tetapi aku tak dengar. Telefon dok dalam beg. Jadi, bila ke parking kereta, aku berhenti kat taman di halaman hospital Serdang tu seketika dan telefon Mek semula.

Suara Mek lemah je, serak dan sedikit batuk-batuk. Katanya, petang sebelum tu dia rasa nak pitam. Tahun lepas, masa dia tak sihat, aku ambil cuti dan balik seminggu. Terus je dia sihat hanya dengan aku picit-picit tiap malam dengan losyen. Tak payah jumpa doktor pun. Ayah gelakkan dia kemain masa tu.

Kali ni terasa juga nak buat begitu, orang kata terapi jiwa. Tapi dengan keadaan begini, perjalanan yang panjang untuk balik kampong akan mudaratkan aku pula. Elok-elok dah ok sikit, kang melarat lagi lama pulak. Lagi pun dah nak cuti sekolah. Kakak dan adik dah pasti akan balik kampong. Rumah tu akan riuh rendah hiburkan hati mereka. Tahan je lah hati dulu…

Kata Mek, aku boleh tompang adik yang balik kampong masa tu. Tapi, aku tak boleh duduk lama. Perjalanan panjang itu buat aku fobia sebenarnya. Sekarang ni, nak duduk 30 minitpun rasa sangat derita…mulalah gelisah nak pi baring huh u huhu macam mana nak duduk 8 jam dalam perjalanan balik kampong tu?

Aku beritahu, Raya nanti balik kampong naik kapal terbang. Mek senyap tetiba. Kemudian dia cerita tentang Penerbangan MH370 yang hilang dan masih belum lagi dijumpai itu. [Errr...tiket beli tempah lagi ni macam mana?] Barangkali Mek dah lupa pengalaman aku naik pesawat yang tergelincir di landasan dulu tu...

Aku: Kalau nak mati…mana-mana pun boleh mati. Atas katil pun mati jugak walaupun tak naik kapal terbang. Lagipun, bukan hari-hari kapal terbang MAS hilang. Dah naik bertahun-tahun pun, baru kali ni hilang...selama ni, sampai aje pun pergi mana-mana.

Nasib baik Mek boleh terima. Nasib baik kehilangan MH370 berlaku selepas Mek ayah dan pergi menunaikan haji.




Rabu, 19 Mac 2014

TRW Pray For MH370


Prihatin dengan MH370...semoga segala usaha mencari dan menyelamat dimudahkan.


Selasa, 18 Mac 2014

Nak Kena Sama Pendapat Baru Boleh Geng Ke?


Prinsip aku mudah sahaja: selagi tidak jatuh hukum “haram” makanya, kalian berhak memilih untuk tentukan apa yang kalian nak. Aku tak boleh nak kata apa. Aku tak boleh nak hukum apa.

Tapi, kalau kalian rasa nak mintak pendapat aku…silalah bagi tahu. Takat yang termampu aku akan kongsikan pandangan aku yang tak adalah terang benderang benar. Rabun dan kabur jua adanya. Namun, pendapat aku itu tidak libatkan mana-mana pihak kecuali aku sahaja.
kalau kalian tahu sukarnya mencari orang kita aniaya di padang mahsyar...usahlah aniaya orang biarpun dengan kata-kata. Kiranya dikau tetap memilih jalan itu jua, makanya...silalah cari aku antara sekian ramai makhluk allah itu, urusanku denganmu di dunia ini telah tamat. Teruskan rundingan di sana nanti.

Bila tanya pendapat aku, janganlah pula nak paksa aku bersetuju dengan pendapat kalian pula. Dah tentulah ada persamaan dan perbezaan. Bila pendapat itu sama, bukan bermakna aku satu geng dengan kalian…dah tentu aku ada alasan sendiri dengan setiap pendapat itu.

Begitu juga bila pendapat kita tak sama, usah paksa aku ikut arus kalian. Aku punya alasan yang tersendiri. Bila tak sama pendapat, bukan bermakna aku tak boleh geng dengan kalian. Boleh aje. Kita hanya berbeza pendapat tetapi kita masih lagi sama-sama Islam. Tak begitu?



Isnin, 17 Mac 2014

Anak Sapalah Tu!

Kita selalu dok sebut “Anak Sapalah Tu!” tiap kali budak-budak buat perangai pelik dan memalukan. Kadang-kadang, ayat itu juga ditujukan kepada budak-budak yang hebat dan mengagumkan kita pencapaiannya.

Bila budak-budak buat perangai pelik dan memalukan, kita rasa kesian terhadap mak bapaknya. Pernah terfikir tak, sejauhmana kita sebagai anak cuba menjaga nama orang tua agar tidak ada pertanyaan “Anak Sapalah Tu!”

Mungkin had masa untuk kalian menjaga nama baik ibu bapa dan wali kalian tidak sepanjang daku. Bagi perempuan, bila dah berkahwin, kena jaga nama baik suami pula. Tanggungjawab ibu bapa dah lepas. Namun, untuk lelaki, sepanjang hayat perlu berbakti, berkhidmat dan menjaga nama baik ibu bapa mereka.

Jadi, usah salahkan daku andai tingkahku agak sedikit berbeza dengan orang lain, kerana daku masih lagi perlu menjaga nama baik ibu bapa dan waliku. Bila sesuatu perkara itu tidak disukai Mek ayah, aku berusaha untuk hindarinya. Nak tahu antaranya? Dah tentu melibatkan pergaulan dengan bukan mahram.

  1. Keluar berdua-duaan dengan lelaki yang telah beristeri (walaupun di tempat awam) tanpa ditemani oleh orang ketiga. Sebaik-baik orang ketiga itu adalah isteri lelaki berkenaan sendiri, terutama bagi yang mengaku mendapat restu isteri untuk tambah cawangan. Aku amat kagum dengan beberapa orang yang pernah berjumpa denganku termasuk untuk belanja makan yang memahami situasi ini tanpa aku nyatakan sepatahpun. Dan aku tahu, betapa budimannya mereka.
  2. Keluar lewat malam tanpa urusan yang sangat-sangat penting. Kalau sekadar untuk makan, minta maaflah. Dalam usia sebegini, daku dah malas nak keluar pada waktu sepatutnya kita dah masuk tidur. Daku bukan remaja muda belia lagi, melainkan remaja purba jua adanya.
  3. Urusan kerja melibatkan berlainan jantina aku sudahkan di tempat kerja. Biarpun dalam kes-kes tertentu perlu juga berlaku komunikasi di luar waktu kerja, namun dalam situasi yang tidak menimbulkan fitnah.
  4. Kes tuntutan insuran kesihatanku (lelaki) memerlukan agen insuran datang juga ke rumah, dan dia datang berdua. Kali kedua, dia datang seorang tetapi jiranku yang prihatin itu turut keluar rumah dan bersembang di depan pagar. Alhamdulillah, Allah telah mudahkannya. Baik tak jiranku itu?

Mungkin akan ada yang kata “makan kat kedai mamak je pun…tempat terbuka. Apa fitnahnya?” Bukan seorang dua yang berkata begitu, terutama lelaki yang telah beristeri.Barangkali mereka menganggap aku sengaja mengelak untuk keluar bertemu santai dengannya.

Ya, tempatnya sudah terbuka, tetapi tetap makan berdua kan? Bayangkan apa jadi bila isteri ternampak? Kaum keluarga isteri tertengok? Rakan-rakan sepejabatku, musuhku barangkali, tukang fitnah mungkin? Usahlah berkata “Niat kita baik…”

Ya…niat kita memang baik. Semasa Safwan membantu membawa pulang Aisyah yang tertinggal dalam perjalanan juga niatnya ikhlas. Namun Abdullah bin Ubay telah menfitnahnya hingga akhirnya turun ayat;
“Sesungguhnya, orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang daripada mereka mendapat balasan daripada dosa yang dikerjakan. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu, baginya azab yang besar,” An-Nur ayat 11.

Itu Aisyah, isteri Rasulullah. Bagaimana pula dengan daku?

Niatku hanya mahu menjaga nama baik Mek ayah. Orang nak kata jual mahal pun tak apalah. Nak kata pesen lama pun buleh jugak…ambo tak kesah pun. Asalkan Mek ayah tak rasa malu ada anak perempuan macam ambo. Aku tetap percaya kepada jodoh walaupun ada yang mulut tak ada insuran pernah kata “Awak tak akan kahwin sampai bila-bila kalau tak kahwin dengan saya”.

Mungkin ya…mungkin tidak. Semuanya urusan Allah. Aku percaya itu!

Ahad, 16 Mac 2014

JAIS Pantau Raja Bomoh Tikar Terbang


Aku memang hangin satu badan bila Raja Bomoh melakukan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, kononnya bagi membantu usaha mengesan kehilangan pesawat MH370. Tak ada maknanya! Tengok pun dah tahu dia tidak gunakan cara Islam walaupun kononnya melakukan bacaan yasin dan solat hajat. 


Bila Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaharin Mohd. Saad berkata Bomoh VIP itu bakal dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor, hati aku lega sikit. Sikit sahaja. Sebabnya, perbuatan itu meninggalkan impak yang besar.

Bukan sahaja satu dunia ketawakan Malaysia dengan pelbagai parody, namun akan ada segelintir manusia mengatakan perkara itu tak apa. Bomoh itu boleh, tak salah. Lama-lama akan jadi budaya sedangkan hakikatnya, menduakan Allah itu syirik. Hukum syirik itu sangat berat dalam Islam, tertanggungkah bahu memikulnya?

Jika siasatan JAIS ke atas Ibrahim Mat Zin, 80, mendapati perbuatannya menyimpang daripada ajaran Islam sebenar, maka dia akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor. Tak tahulah kot ada tangan kebal boleh jadikan dia tak salah. Tak pun dia kan bomoh hebat, katanya. Kata dialah. Kalau tak hebat, mana berani dia tampar KJ macam buaya, ye tak? Hishhhhhh!
cantik tak jersi baru? TRW sokong Pray for MH370

Tak tahu nak katalah kalau melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing dan tikar terbang bersama dua biji kelapa di KLIA itu masih belum cukup untuk dikatakan salah. Kalau bab pak Brahim Bubu @ Bomoh Ibrahim Mat Zin nak tampar KJ macam tampar buaya tu bolehlah nak kata tak salahpun. Itupun kalau KJ buat donno je tak nak saman kes ugut.

Harapnya jangan hanya pantau dan siasat sahajalah ya…sila ambil tindakan. Jangan pulak nanti senyap je lepas ni.

Sabtu, 15 Mac 2014

Konsert Future Music Festival Asia dibatalkan

Akhirnya, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh membatalkan hari ketiga Konsert Future Music Festival Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil setelah enam orang maut, manakala tiga lagi masih kritikal akibat mengambil dadah methamphetamine berlebihan. Dadah ini dikenali sebagai ‘designer drug’ atau synthetic drugs dipanggil meth.

Enam orang yang meninggal dunia ketika hadiri konsert itu adalah warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Victor Wong E Hern, 26; Sabreena Kamaruddin 21; M.Suresh, 28; Syazana Sohaime, 23; dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27. Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam lingkungan umur 19 dan 27 tahun.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian, semua mangsa yang berusia 19 hingga 27 dipercayai membeli dadah jenis syabu dari luar sebelum menggunakannya untuk berhibur di dalam stadium. Hasil bedah siasat mendapati mereka terlebih mengambil dadah dan suhu badan terlalu panas.

Sepanjang konsert yang berlangsung sejak Khamis lalu, 19 ditahan kerana kesalahan mengambil dadah.

Terkini Sidang Akhbar MH370 Oleh PM Najib Razak


Laporan agensi berita luar negara (termasuk Associated Press) melaporkan Boeing 777-200ER yang dikemudi oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, 27, yang membawa 227 penumpang dan 10 anak kapal mungkin dirampas. Penyiasat telah membuat kesimpulan bahawa salah seorang juruterbang atau terdapat individu lain yang mempunyai kemahiran mengendali pesawat telah merampas penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Dalam sidang akhbar berkaitan pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama, Sepang kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya masih menyiasat kemungkinan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dirampas. Katanya, pesawat tersebut mungkin terbang sejauh Kazakhstan dan Indonesia.

usah berputus harap untuk memohon kepada Dia


Kesimpulannya: belum ada kata muktamad sama ada pesawat MH370 dirampas atau tidak. Semuanya masih lagi misteri. Masih menjadi teka teki dan tanda tanya seluruh dunia dengan misteri kehilangan MH370.

Video penuh sidang media khas operasi mencari dan menyelamat MH370 oleh Perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15/03/2014



Aku tak nak komen apa-apa, biarlah orang yang pakar buat kerja mereka. Aku tak tahu apa-apa pasal kapal terbang, jadi aku tak boleh nak cakap lebih. Mereka lebih tahu. Karang aku komen, nampak benarnya tayar kapal terbangpun aku tak pernah sentuh. Dan aku amat yakin, mereka yang berkaitan dengan kehilangan ini tak cukup tidur sejak seminggu lepas. Kalau boleh, aku nak pergi beritahu mereka setiap seorang (orang MAS, tentera Udara, darat, laut, bomba, bla bla bla …termasuk wartawan semua, TIDAK TERMASUK Bomoh VIP yang mahu menampar KJ), semoga kerja keras kalian semua diberkati dan dimudahkan Allah. Rakyat Malaysia sangat berterima kasih dengan dedikasi kalian semua. Boleh gitu?

Makin hari, aku rasa makin tawar hati nak tengok berita, baca akhbar, baca blog dan segala-galanya tentang misteri kehilangan MH370. Selain dari penat nak tapis berita mana satu yang sah, mana satu yang spekulasi, mana satu teori bagai…hati juga tak larat dah nak tengok cerita mengarut tentang Bomoh VIP pakcik Bubu, pelbagai parody, gambar-gambar pelik dan trending semasa. Belajarlah untuk sensitif dengan perasaan orang lain. Bergurau itu ada had dan batasannya...salah gurau, jadi gurau bewak. Maafkanlah hatiku ini ya…ampunilah kami.

Semoga kita tidak pernah putus harapan dan sentiasa memohon kepada Dia.




Azizul & Shalwati Tetap Akan Pulang


Sama ada perkahwinan Shamsul Yusuf dan Puteri Sarah yang amat sederhana kerana Shamsul masih lagi tak sihat angkara denggi ataupun perkahwinan Aidil Zafuan Dan Zarema Zainal yang indah gambar pra perkahwinan mereka, meriah majlis nikahnya, ternyata kedua-dua pasangan ini tenggelam dengan populariti Pakcik @ Bomoh Bubu, Bomoh VIP Malaysia dah mengamuk Bomoh Bubu mahu menampar KJ. Boleh pulak KJ permainkan Pakcik Bomoh Bubu balik hu huh uhu kelakar tahap apa tah! Adoi la! Orang kita memang suka maharaja lawak rupanya!

Sekalipun Bomoh Bubu ni buat lawak dan jadi trending merata alam, hinggakan Samsung telah lancarkan permainan BOMOH dalam aplikasi adroidnya. Mmmmm ada rasa macam tersangat malu dengan satu dunia tak? Bab ni aku memang tak akan bersetuju langsung. Usahlah budayakan sangat perkara-perkara yang menjerumuskan diri ke arah syirik ni, orang yang tahu apa itu syirik akan rasa sangat kesal dengan apa yang berlaku. Yang hairannya, dia masih bebas. Malah, ada hati pulak nak tampar KJ kesayangan ramai wanita Malaysia tu.

Kehilangan MH370 telah tenggelamkan banyak perkara termasuk pilihanraya kecil Kajang, jerebu yang kian kritikal dan juga kes Azizul & Shalwati yang sebelum ini hangat diperkatakan.

Terkini, Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, pasangan suami isteri Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal itu akan dihantar pulang jika didapati tidak bersalah atau perlu menjalani hukuman jika didapati bersalah sebelum dihantar pulang tetapi semuanya akan menyekat kemasukan semula pasangan berkenaan ke Sweden selama 10 tahun. Kalau aku, tobat dah tak jejak semula. Banyak lagi negara lain di dunia ni boleh pergi.

"Namun Pendakwa Raya, Anna Arnell nampaknya 'ada melahirkan rasa simpati' dan menggambarkan pasangan itu mungkin hanya dikenakan kerja-kerja kemasyarakatan jika disabit kesalahan selepas dimaklumkan hukuman penjara akan menyebabkan pasangan itu dibuang kerja daripada perkhidmatan awam Malaysia," katanya di Mahkamah Daerah Solna, Sweden.

Kita doakan kes ini dapat diselesaikan dengan cara paling mudah. Semoga dukacita mereka menghadapi dugaan ini mendapat redha Allah dan dimudahkan segala kesulitan. Banyak pengajaran dan hikmah yang boleh kita salami bersama.

Kemaskini:

Mahkamah memerintahkan pasangan ini kekal dalam tahanan sementara menunggu keputusan perbicaraan diumumkan pada 28 Mac dengan alasan bahawa Azizul Raheem Awalluddin dan isterinya Shalwati Norshal berisiko melarikan diri. Walau bagaimanapun larangan berkomunikasi telah ditarik balik dan ini bermakna keluarga dan rakan-rakan mereka dibenarkan untuk bertemu dan bercakap dengan mereka di pusat tahanan reman.

Sweden telah mengharamkan hukuman memukul kanak-kanak sejak 1979. Azizul dan Shalwati berdepan dengan hukuman penjara sehingga enam tahun dan denda jika didapati bersalah memukul anak-anak mereka.


Jumaat, 14 Mac 2014

Dah Setahun Saya Bertongkat


Sejak pertengahan Januari, rutin aku berubah sedikit. Kalau tak pergi kutip MC, aku akan pergi buat fisioterapi sekali seminggu. Ada kala lepas fisioterapi, badan jadi lenguh-lenguh, lalu aku panggil seorang kakak tukang urut ke rumah. Kakak tu memang tahu aku ni jenis tak pernah urut, kali pertama urut ingatkan aku akan menjerit-jerit melolong hingga riuh rendah satu taman, rupanya kesakitan yang dialami menenggelamkan rasa geli itu. Urutnya itu juga hanya pinggang ke bawah sahaja, nak atasi sakit-sakit lenguh badan sahaja tanpa dia urut bahagian belakang. Karang tak pepasal cedera yang aku alami ni makin teruk pula.

Kalau ada masa senggang, aku pergi ke pusat Ceragem bangi (ini bukan promosi perkhidmatan ya), belakang rumah aje. Mereka ada katil urut yang agak selesa untukku setelah beberapa kali pergi mencubanya. Asalnya aku rasa terpaksa pergi ke sini kerana jiran sebelah rumahku yang baik itu tak pernah rasa putus asa untuk bawa aku. Pepagi buta sanggup dia telefon kejutkan aku, bawa ke pusat terapi ini juga. 

mereka bersemangat bersenam sebelum mulakan rawatan urutan

Semalam, Khamis aku luangkan masa lagi sekali ke pusat ni setelah minggu lepas tidak seharipun sempat singgah. Urutan menggunakan katil ini berlangsung selama 45 minit, tetapi masa menunggu tu lebih kurang setengah jam lebih juga kerana agak ramai pakcik makcik sedang menunggu giliran.

Semasa nak balik, aku bertembung dengan seorang lelaki yang lebih kurang baya aku juga. Dia juga bertongkat, sedang berdiri berhampiran kaunter menanti gilirannya. Kami sempat bertegur sapa dan bersembang seketika.

Ini ajelah yang boleh buat cuci mata...masa pengunjung tak ramai

Katanya, dia alami masalah saraf hingga memerlukan dia bertongkat. Lebih setahun lamanya. Bermacam cara dia buat untuk sihat semula. Air mukanya nampak redup, macam berjerebu pula. Aku boleh nampak semangatnya dah menurun. Barangkali dia datang ke pusat itu dengan harapan yang berbaki sahaja.

Sebelum turun tangga aku sempat beritahu dia “Allah sedang berikan kita pahala yang banyak dengan dugaan sebegini. Marilah sama-sama kita kutipnya dengan bersabar dan redha…”.

Biarpun dia menjawab “Insha Allah”, namun aku dapat dengar suaranya yang serak dan cuba menahan air mata yang tergenang. Tiba-tiba aku rasa sangat bersalah kerana menyentuh hatinya sedemikian rupa. Walaupun begitu, aku berharap, kata-kata itu menyuntik semangat baru untuk dia.

Ada masa kita rasa diri kita paling malang di dunia ini, sedangkan masih ada orang lain lagi mencabar ujiannya. Bertongkat kita rasa bagaikan musibah, sedangkan orang lain yang nampak sihat itu lebih menderita bila tidak mampu berkerja.

Aku fahami mengapa dia rasa down. Dia ketua keluarga, banyak perkara tidak mampu dilakukan dengan sempurna lagi bila bertongkat begitu. Aku berdoa moga-moga dia dikurniakan isteri yang penyabar dan memahami dan anak-anak yang tidak membebankan.Kalau tidak, dah tentu dia lagi rasa tertekan.