Sabtu, 20 Julai 2013

Sesungguhnya Aku Hanya Manusia Biasa…


Masa berbuka puasa petang semalam, housemate aku ada Tanya “Akak tak penat ke?, akak tak ngantuk ke?”

Ikutkan hati, memanglah penat. Memang mengantuk. Hidup nak kata macam burung hantu, tak juga. Burung hantupun ada masa yang cukup untuk mencari mimpi. Namun, perjuangan ke nokhtah terakhir perlu diteruskan juga.



Ikutkan perasaan, memang dah tak nak pun buat semua benda yang remeh temah ni, tapi banyak benda kena fikir bila hati kata lelah dan tarik nafas sekejap.

Setelah berjuang dalam tempoh 2 minggu ni, akhirnya semalam dah habis daya. Lepas isyak, terus padam hilang nyawa hingga jam 5.15 pagi walaupun alarm dan on setiap setengah jam sejak jam 3 pagi.
Sempat sahur mana yang mampu capai sahaja. Dannnn….lupa nak minum air secukupnya. Alahaiiiii….dugaan Ramadhan ke 11.

PssssT: Takziah kepada SueNazri, semalam kawasan apartment kediaman mereka terbakar. Semoga semuanya baik-baik sahaja. 


Moga-moga tabah jalani ujian Ramadhan 10 ya Sue...

6 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

semoga diberi ketabahan

Hajjah Noraini @Nanie berkata...

Salam Anyss,

Moga bertabah berpuasa tanpa air secukupnya ketika sahur.

azieazah berkata...

Lain insan, lain pula dugaan dan ujian. Hanya kekuatan hati kita saja....

anyss berkata...

Sharinginfo: terima asih...moga Ramadhan lebih kuatkan kita

anyss berkata...

auntie nanie: Alhamdulillah. Bila kita tak ingatpun pasal tak cukup air tu, kita tetap berpuasa macam biasa aje pun ;)

anyss berkata...

Azieazah: apa yang jadi memang dah dirancang dengan TERbaik oleh Allah & kita mampu jalaninya. Hanya...kekuatan hati kita ada kala tak secekal mana.