Isnin, 19 Ogos 2013

Jangan Sampai Orang Yang Teraniaya Aminkan Doanya...


Zaman dah makin canggih manggih. Semua tindakan, tingkahlaku dan perbuatan kita dah tak rahsia lagi. Tampar bini dalam lif pun orang boleh tahu dan ulang tayang tengok semula. Rompak kedai serbaneka pun orang boleh kesan. Curi tudung mahal sembunyi bawah kelangkang kat butik pun orang boleh tengok satu dunia.

Yang belum ada rakaman takat ni, orang buat dan terima rasuah billion-bilion. Kalau takat seringgit dua, wat penat pasang CCTV ya dak?

Dalam kecanggihan dunia teknologi sebegitu, pernah tak kalian terfikir yang satu hari nanti, kalian melihat, mendengar dan menonton fitnah yang tidak pernah terfikir dek akal anda untuk lakukannya, tetapi itulah yang dipaparkan? Melihat dan mendengar sendiri kalian difitnah?. Apa rasa?

Diriwayatkan oleh Abu Daud, daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a bermaksud:

"Ya Allah aku berlindung kepada-Mu daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang.”




Ingatkan aku kuat. Rupanya tak sekuat mana. Menggigil seram sejuk satu badan. Hanya, belum sesak nafas je lagi…

Untungnya, semua tu keluarga aku dah tengok dulu. Aku mungkin jadi orang terakhir antara kami yang melihatnya. Alhamdulillah, Mek Ayah tak mudah latah untuk percaya walaupun ada juga yang percaya.


Komen aku: Doakan daku lebih tabah dan mampu kawal diri dari tergelincir dari jalanNya. Amin. 




4 ulasan:

anyss berkata...

Diana: tiap entri ada cerita...bukan entri ni je ;)

JunAina berkata...

Bertabahlah. Allah menguji bermakna kita insan terpilih.

Dr K berkata...

Dari satu segi, ada hikmah nya tuhan jadikan kita dari golongan yg di aniaya..Maka kita berdoalah...Doa utk kebaikan kita...Insya Allah makbul...Jgn meminta tuhan menghukum, kerana itu kerja Nya...ni pandangan saya la..

Murni Alfathunnisa berkata...

antara doa yang dimakbulkan adalah doa2 dari orang yang teraniaya. sabar banyak-banyak...itu je yang mampu cakap. cuma..selagi bernyawa ni macam tu lah kehidupan, tak pernah lari dari sakit hati, hasad dengki dan fitnah manusia..