Jumaat, 31 Ogos 2012
Gempa Bumi Di Filipina, Penduduk Sabah, Sarawak Diminta Jauhi Pantai
Gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter
melanda Kepulauan Filipina pada pukul 8.48 malam tadi
[akemudiannya disahkan sebagai berukuran 7.6 skala richter]
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia,
gempa bumi itu berpusat di 214 kilometer dari timur laut Surigao City,
Filipina dan 1,145 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.
Penduduk di pantai timur Sabah dan utara Sabah serta utara Sarawak
dinasihatkan supaya menjauhi kawasan pantai buat sementara waktu.
Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan
dari semasa ke semasa dan akan memaklumkan maklumat terkini
berhubung kejadian gempa bumi berkenaan
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengeluarkan amaran tsunami
kepada Indonesia, Taiwan, Jepun, Papua New Guinea dan Haiwaii.
Kemudiannya menarik balik amaran tsunami di Jepun, Taiwan dan Hawai
Tetapi amaran tsunami di Filipina dan Indonesia masih kekal.
Laman web Jabatan Meteorologi Malaysia juga melaporkan
terdapat tiga gegaran di Filipina pada malam ini
iaitu sekuat 7.9 Richter (8:48 malam), 5.2 Richter (9.14 malam)
dan 5.5 Richter (9.27 malam).
Kepada semua penduduk di kawasan pantai di Sarawak dan Sabah
Juga Trengganu diharap jauhi kawasan pantai bagi elak kejadian tak diingini.
Paling-paling pun aka nada ombak besar dan air pasang besar atau
Tiupan angin kencang huh u hu pepandai je aku kan?
Dialog Syahdu Dengan Doktor Hensem
Ekoran kisah aku TERlalu depan klinik dan singgah jumpa doktor hensem
Kata TER tersebut bermaksud “lalu secara tidak sengaja” jadi,
dah alang-alang lalu, Singgah ajelah ya jumpa doktor hensem
berikut antara dialog antara kami;
Doktor ensem: esok tak kerja, saya bagi ubat yang kuat sikit…mengantuk ni
Aku yg tak berapa lawa: tapi doctor, malam ni saya DIARAHkan untuk hadiri ambang merdeka, kalau tertidur tengah padang tu…doktor kena datang kejutkan!
Doktor ensem: Pakai baju kuning ke? Tudungpun dah kuning tu… [Oh! Dia makin hensem bila buat lawak macam tu…]
Aku yg tak berapa lawa: Belum pikir nak pakai baju warna apa, tudung kuning ni tak plan pun pakai capai aje… [masa tu aku memang bendul, tak faham maksud dia…kepala ting tong mamai dek selsema]
Doktor ensem: Saya bagi surat cinta ajelah…senang! Tak payah bawak bendera berarak tengah padang malam-malam buta. Makan dua-dua ubat ni, tarik selimut je…lagi best!
Aku yg tak berapa lawa: Terima kasih doktor..selamat hari raya
Bila balik rumah, makan ubat segala dan online seketika tunggu mengantuk
Barulah aku tahu maksud doktor ensem tu pasal “pakai baju kuning”
Itupun sebab baca amaran polis dan DBKL supaya
tak buat perhimpunan di Dataran Merdeka.
Sejak bila pulak tak boleh berhimpun di Dataran Merdeka ni?
lagi semak kepala aku nak pikir…hinggalah termengantuk
dan tidur dengan amat lena petang semalam.
ohhhhh! Ubat itu sangat POWER doktor, dah bangun pun masih mamai
kalau pergi jugak kibar bendera malam semalam
memang aku akan tertidur nyenyak atas padang
Hari ni aku hanya mampu baca entri rakan-rakan
tentang perhimpunan ambang merdeka di Dataran Merdeka semalam
kalau kawan-kawan nak tengok gambar-gambar ambang merdeka
sekitar dataran merdeka semalam bolehlah tengok di biaqpila
rakaman video ambang merdeka sekitar dataran merdeka pula di btmmari
Hari ni dah tak mau makan ubat selsema dan batuk tu lagi dah
…tidurnya macam tak sedar diri, kerja aku masih banyak belum siap ni
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Ke 55 Tahun
Walaupun pakar sejarah tersohor kata Malaysia tak pernah dijajah
dengan peliknya kita sambut hari kemerdekaan Negara pada 31 Ogos
kemudian Hari Malaysia pada 16 September…tak apa,
asal cuti aku memang suka, sambil tu dengarlah ya satu lagu ni
biasanya kita suka dengar Sudirman hj Arshad nyanyi
kali ni jom kita tengar yang original @ asli dari pencipta asalnya;
Lagu Nyanyian dan Ciptaan Ahmad CB.
Lagu ciptaan asal berlatarkan dokumentari kemerdekaan tahun 1957.
Selamat menyambut hari Kebangsaan ya…jom!
baca balik buku sejarah…karang lupa pulak sejarah negara
walaupun dah banyak pun sejarah kena seleweng
Khamis, 30 Ogos 2012
Dataran Merdeka Di Ambang Merdeka 2012
Setiap tahun, Datararan Merdeka memang tak pernah sepi
dengan acara di ambang kemerdekaan walaupun lokasi lain juga ada
tapi kat sini sangat nostalgia betul kan?
Kat sini jugalah pelbagai acara perarakan, kesenian, hiburan
Pendek kata Dataran Merdeka memang tak sunyi dari pelbagai acara
Apa ada di Dataran Merdeka malam ni?
Dengar ceritanya kumpulan Gabungan Janji akan berhimpun
di kawasan air pancut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
pada malam ambang kemerdekaan 2012.
Sekarang ni dianggarkan lebih 5000 individu berbaju kuning
berkumpul berhampiran air pancut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
sambil meniup alat seperti digunakan oleh penyokong bola sepak di stadium.
Hu huh u mesti bising gilaaaa!
kalau nak tahu kemaskini mutakhir di Dataran Merdeka himpunan Gabungan Janji
bolehlah jengah-jengah blog mazidul...
A.Samad Said, dijangka akan membaca puisi pada jam 12 tengah malam
Dia nak baca puisi je pun, biarkan je lah
Dah habis baca, dah kering tekak…dah penat
Dia orang baliklah. Buat apa nak kepung haling segala
Itu yang jadi provokasi dan rempuhan tu
berikut adalah video Bacaan puisi oleh A.Samad Said di Dataran Merdeka
ketika sambutan ambang merdeka ke 55;
Mata dah makin tak boleh buka…nak kena landing baik punya!
Huh! Memang kuat betul ubat batuk dan selsema ni
Tak dan nak tunggu count down dah…
Selamat hari kebangsaan semua!
Pensyarah Yang Langgar Lari Teruk Dibelasah
Hari ni heboh pasal Muhdalena hadir di mahkamah pakai topeng Power Rangers
Pertama kali dalam sejarah kan?
ingat lagi kes Amukan Putrajaya? ada video amukan putrajaya ni walaupun tak jelas
Hebat betul dia…sebelum ni ramai yang tutup muka pakai tangan,
Guna kertas akhbar tapi dia dengan comelnya
Pakai topeng power ranger merah naik motor merah
Fuhhhhh! Kreatif. Lain dari lain!
Di trengganu, seorang penyarah teruk di belasah apabila
cuba melarikan diri selepas melanggar seorang penunggang motosikal.
aku tak rasa dia nak lari macam tu je
mungkin dia nak pergi terus ke balai polis
biasanya bila berlaku kemalangan macam tu, ramai yang emosi
kerap sangat dah orang yang langgar kena pukul
dah takut sangat, tu yang dia lari…
nak buat macam mana, berjaya kena haling orang ramai
kesian dia tau….hu hu hu aku bukan nak bela dia
hanya simpati je
Seorang daripada tiga suspek yang ditahan pada hujung Jun
lalu berhubung kes pemalsuan ijazah Universiti Sains Malaysia (USM),
dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan
menjual ijazah palsu pada harga RM540 dalam sindiket pemalsuan ijazah
Mengikut pertuduhan, Chuan Soon didakwa menipu Tang Yong Peng, 23,
dengan mengambil RM540 sebagai bayaran bagi mendapatkan
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dari USM
sedangkan sijil itu tidak sah laku.
Chuan Soon menghadapi satu lagi kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam
untuk pertuduhan yang sama iaitu menipu Wan Noorhafiza Wan Hussin, 23,
dengan mengambil RM14,500 sebagai bayaran mendapatkan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perakaunan (Kepujian) USM
Mmmmm banyak juga benda-benda pelik berlaku
Menjelang cuti hujung minggu yang panjang ni
Selamat hari merdeka kepada semua rakan-rakan
Mungkin ramai yang memanfaatkan hujung minggu
Untuk hadiri rumah terbuka. Selamat membesarkan pinggang!
Hati-hati di jalanan ya…biasanya sepanjang Syawal
Jalan alami kesesakan luar biasa tiap hujung minggu
Dibunuh Kerat 6 Kemudian Dibakar
Berlaku di Nibung Tebal Pulau Pinang
Mangsa dibunuh, dikerat 6 kemudian dibakar bagi melupuskan bukti
mangsa dipercayai berusia 30-an ditemui hanya memakai seluar dalam
berdasarkan penemuan 3 tin minyak, kejadian itu merupakan
pembunuhan terancang
Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan mengerikan;
kepalanya terputus dipercayai dipenggal,
kedua-dua kakinya dipotong dari aras lutut
tangannya dikerat dari aras siku sebelum dibakar
di sebuah ladang kelapa sawit di Parit Paya Kemian, Jalan Sungai Kechil.Mayat yang telah dikerat itu dikumpul di dalam plastik hitam
sebelum dibawa ke lorong di sebuah ladang kelapa sawit dan dibakar
Mayat lelaki yang turut dibakar itu dipercayai berusia lingkungan 30-an
ditemui orang awam pada pukul 9.45 pagi tadi,
dipercayai meninggal dunia kira-kira tujuh jam sebelum ditemui.
tiada pengenalan diri ditemui bersama mayat kerana
hampir keseluruhan badannya terbakar kecuali kemaluan dan dua jari
orang awam yang melalui kawasan berkenaan ternampak unggun api
di tepi lorong ladang terbabit dan menghampirinya
sebelum ternampak mayat yang telah dikerat itu.
Lelaki itu dipercayai dibunuh dan mayatnya dikerat di tempat lain
sebelum dibawa ke ladang yang terletak kira-kira 50 meter
dari jalan besar untuk dilupuskan
jom cari akhbar esok untuk maklumat lanjut kes ni…
Komen aku:
serius sadis tak ada rasa kemanusiaan langsung dah sekarang ni...
SEnarai Jalan-jalan di Tutup Sekitar KL Esok
Beberapa jalan utama ditutup di sekitar Dataran Merdeka
akan ditutup secara berperingkat bermula 6 pagi
kepada kenderaan sempena perbarisan Hari Kemerdekaan pagi esok.
dan dijangka dibuka semula setelah acara selesai pada pukul 10.30 pagi.
Senarai Jalan ditutup sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan ialah
Jalan Travers, Jalan Damansara, Jalan Mahameru,
Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara), Jalan Lembah,Jalan Perdana (Masjid Negara),
Bulatan Hishamuddin,Jalan Hishamuddin, Jalan Tembusu, Jalan Cenderasari,
Jalan Kinabalu,susur Bukit Aman dan Jalan Raja.
Jalan lain yang ditutup ialah Jalan Leboh Pasar Besar, Jalan Lebuh Ampang
dan Jalan Tun Perak, Bulatan Dato Onn, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut,
Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Munsyi Abdullah,
Jalan Dang Wangi dan Jalan Mahkamah Persekutuan
Komen aku: musim 31 Ogos dan 31 Disember aku serik nak keluar ke KL
Sesak bukan main…stress! Baik aku habiskan oren ;)
PsssT:
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan membenarkan
sebarang perhimpunan yang bertentangan dengan mana-mana perundangan
terpakai di sekitar Dataran Merdeka, daripada diadakan.
Dengar ceritanya kumpulan Gabungan Janji akan berhimpun
di kawasan air pancut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
pada malam ambang kemerdekaan ini hingga tengah malam
tertanya-tanya juga, apa akan berlaku di Dataran Merdeka malam ni?
Surat Cinta Dari Doctor Hensem
Pagi tadi pergi bank untuk beberapa urusan
semua bil dan bayaran baru nak buat hari ni
walaupun gaji dah dapat sebelum raya lagi
semua ni gara-gara cuti panjang 14 hari huh u hu
tak dapek nak nolongnya!
Singgah beli makan tengahari walaupun belum sarapanpun lagi
Nasi putih, ikan kembung sekor, sup tulang semangkuk dan neskepe ais,
Dahhhhhhhhhhhhhh RM15 hengget fuyoooooooo!
Sebulan makan macam ni, cepatlah putih rambut aku!
Dah TERLALU limpas termelintas klinik, terus je singgah
Jumpa doctor hensem ambil ubat selsema dan batuk
Ohhhhhhh! Doctor tu memang awesome!
Siap bagi MC @ surat cinta untuk hari ni
suruh aku telah ubat yang boleh menyebabkan
Kemengantukan tahap dewa!
Yuuuuhaaaaa! Dapat MC tak payah pergi berembun malam ni!
Opssss! Aku dapat arahan suruh pergi kibar bendera
memalam buta malam ni…
kalau aku pergi , gamaknya lagi meriah bersin aku tu
mengalahkan bunyi mercun dan bunga api!
Mmmmmm mata dah berat,
dah habiskan separuh nasi, sebiji oren dan dua jenis ubat
kalau aku senyap je tu, maknanya aku sedang MERDEKA
Baik punya landing!
Mudah Benarkah Jadi Seorang Anak?
Kalau tanya aku, jawabnya memang tak mudah
ataupun sebenarnya mudah, asal sahaja ibu bapa itu masih muda
kuat lagi kederat tenaganya, segar bugar tubuh badan
Bila usia dah makin renta, tenaga dah susut
nak berdiripun payah, nak berjalan tak dapat lagi
tambah pulak dengan kelupaan dan kepongohan
sangat-sangat susah untuk jadi seorang anak
apalagi jadi anak yang menyenangkan hati ibubapa
Ketika masih sihat dan berupaya, dengar suara anak di telefonpun
dah cukup menyegarkan emosi dan minda mereka
bila dah tiada upaya dan kederat, bertambah pula tahap barannya
silap letak barangpun boleh sebabkan naik angin
lambat menyahut dipanggil pun boleh mengundang bebelan
salah atur ayat juga boleh menyimbah rasa pilu
tanyanya kita terjawab “perlahan” yang tidak didengarinya
hati tersentuh dan menjeruk rasa
terlebih keras suara dek tutur kita tak didengari juga
mengundang rajuk menyentap emosi
entah bagaimana andai sampai tahap guna lampin pakai buang
Sensitif warga emas intan berlian mengalahkan budak-budak
kita cakap perlahan, mereka tak dengar
bila suara dikuatkan, dikata menengking pula
berdepan dengan situasi serba tak kena
memang menguji tahap kesabaran
sehari dua mungkin masih mampu
sebulan bagaimana? Setahun? Bertahun-tahun?
Ohhhh! Sebab tu ramai anak-anak angkat bendera putih
hantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua!
tua nanti, sama sebegitukah nasibnya?
Siapa kata mudah jadi anak-anak?
bila situasinya jadi serba tak kena
memang teruji minda…
Rabu, 29 Ogos 2012
Peniaga Ditipu Pegawai 'Bank Negara' KeRugian RM100 Ribu
Sekarang ni, mudah sangat harta benda kita nak hilang
Adakala dah hati-hatipun, dah bayar zakat pun
Dah dermapun…tetap juga akan hilang
Anggap ajelah dugaan dan ujian hidup
Allah menguji kita ikut tahap kemampuan diri kita sahaja
tak lebih dari itu...jadi yakinilah kita berjaya laluinya.
Di LIMBANG, Seorang peniaga berusia 33 tahun
kerugian RM116,769 dalam tempoh dua hari
ditipu seorang wanita yang mengaku pegawai Bank Negara.
Mangsa seorang lelaki rakyat tempatan itu menerima panggilan
dari wanita berkenaan yang memperkenalkan diri sebagai Miss Tan,
petang Isnin lalu, menyatakan mangsa mempunyai
hutang kad kredit UOB tertunggak sebanyak RM5,796,
pembayaran perlu dibuat segera bagi mengelakkan akaun lain
dibekukan Bank Negara.
Mangsa yang panik sebenarnya tidak pernah memiliki kad kredit itu
membuat pembayaran pada hari yang sama.
Keesokannya (28 Ogos) orang yang sama membuat panggilan
Dan meminta mangsa memindahkan wang dari akaun Maybank mangsa
ke akaun lain bagi mengelakkan akaunnya dibeku
mangsa segera memindahkan wang berjumlah RM111,000
ke akaun milik seorang yang bernama Azimah Abdullah.
Apabila mangsa membuat panggilan ke Bank Negara hari ini
untuk tindakan susulan, beliau dapati tiada pegawai bernama Miss Tan
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu
boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Polis Limbang,
Inspektor Kantharuban Rajoo, di telefon bimbit 012-3029896.
Komen aku:
Sekarang ni ramai sangat orang dah tak fikir pun pasal
berkat, halal dan haram pendapatan sebab tu kes tipu sebegini
berleluasa, belum campur lagi tipu dalam peperiksaan,
tipu dalam kerja dan macam-macam tipu lagi lah
asal dapat duit, asal dapat hidup mewah…semua kira jadi
huh u hu mungkin aku terlihat sedikit bongok sebab
terlalu pentingkan rezeki yang barakah itu
namun nak buat macam mana, memang benda tu besar nilainya
kalau dah bukan hak aku jangan memandai nak ambik
tapi kalau memang hak aku…sanggup buat apa saja pertahankan
huh u hu darah pendekar, nak buat lagu mana
Ok aku mengaku, kalau tersepak emas 14 jongkong
[takat syiling buang masa je kutip hu hu hu]
tepi pagar rumah esok pagi, memang aku akan ambik
kalau tak ada pemilik nak mengaku,
aku tetap tahu kat mana nak letak 14 jongkong tu
antaranya…Lebuh Raya Rakyat, okey tak gitu?
Jangan marah ya!
Masih Lagi Mengejar Dunia!
Kebelakangan ni hidup sangat suntuk
masa bagaikan terlalu laju berputar
tidur sangat tidak terurus, adakala hanya 2 jam sehari
selama berminggu-minggu
biarpun agak terdera, namun kena juga buat
itu antara urusan dunia yang perlu diselesaikan di dunia
kelak akan dituntut di akhirat, aku nak jawab apa?
Kekangan itu menyebabkan banyak perkara perlu dikesampingkan
terutama aktiviti bersosial…tak kiralah secara nyata atau maya
hingga kerap kali juga insan yang tak begitu memahami
terasa hati…namun bagi aku, andai dia tak mampu untuk faham aku,
ada gunakah untuk aku kesah tentang terasa hatinya itu?
Realitinya, kita nak orang faham kita
tanpa terlebih dahulu kita suka untuk faham orang lain
kita nak orang mementingkan kita
padahal kita sendiri tak pernah rasa orang itu penting
apalagi faham tentang kepentingan dia
Makcik sihir yang tak ada kerja lain selain menyihir orang itu
pernah suarakan tak puas hatinya padaku:
dia (merujuk seorang rakan yang mengaku aku ini sahabatnya dunia akhirat)
dah lama awak kenal, awak tak rasa rugi ke kehilangannya?
aku tahu makcik itu dah lama hidup, namun dia kena akui
hidup yang lama itu belum tentu menyumbang pengalaman yang luas
untuknya kenal erti hidup sebenar, lalunya aku menjawab:
dalam hidup ni, kita hanya seorang…jangan tamak nak buat semua benda
kita hanya mampu pilih sesuatu yang nak buat ikut kepentingan
sedangkan, darjah dan nilai kepentingan tentang sesuatu perkara itu juga
berbeza untuk setiap orang
dalam senarai hidup saya, dia bukanlah nombor wahid
kalau dia betul-betul kawan saya nan sejati
sepatutnya dia memahami tentang itu dan berada di sisi saya
seperti janjinya…sahabat dunia akhirat
bukannya menuntut sesuatu yang tidak mampu saya berikan
setelah sebegitu banyak permintaannya saya tunaikan
sekarang, saya tidak mampu menunaikan harapan itu lagi
terutama meletakkan dia sebagai nombor wahid
jika di dunia lagi dia gagal menjadi sahabat saya,
saya sangat percaya, dia tidak layak jadi sahabat di akhirat
Sejak itu, makcik sihir tersangat suka menyihir aku
kerana tidak puas hati dengan jawapan itu
salah ke jawapan yang sebegitu?
Semenjak dua menjak ini, kiranya daku tidak berkesempatan ziarahi FB
Dan blog anda, ampunkanlah daku…kerna
itu bukanlah urusan dunia yang nombor wahid
daku tahu ada yang terasa hati hinggakan sentiasa tag di fb
mohon aku baca, kemudian komen panjang-panjang
andainya urusan itu bukan nombor wahid dan boleh dikemudiankan
makanya, dipaksa pancung matipun ia tetap tidak jadi keutamaan
dalam hidupku…harap maaf!
Ada masa, aku hanya sempat ke blog & FB kalian
untuk baca catatan sepintas lalu dan membisu tanpa kata…
namun ada yang anggap, bila tak komen, maknanya tak baca
namun, ada aku kesah apa anggapan orang?
selama inipun aku bukannya kesah sangatpun
kalau kali ini tidak juga kesah…tidak jejaskan apa-apa kan?
Prinsip aku: Utamakan yang lebih utama
andai kalian rakanku, letaknya kepentingan itu berbeza
berbanding keutamaan yang lain,
usahlah memaksa untuk jadi nombor wahid,
kerna yang wahid itu tentulah bukan rakan, tidak sahabat…
itu normal bagi sesiapa pun
tak ada orang di dunia ini yang abaikan keluarga demi rakan atau sahabat
walaupun ramai yang buang keluarga demi pasangan dan cinta.
Opssss! Aku dah melalut panjang
Sebenarnya entri ni nak tulis tentang:
“maaflah tak sempat nak balas komen di FB dan blog!
aku masih lagi sibuk mengejar dunia…”
entah bila nak selesai!
Penggali Kubur Ditimbus Liang Lahad Digalinya
Ajal maut di tangan Tuhan, kita tak tahu bagaimana kita akan kembali
Itu juga yang berlaku kepada seorang penggali kubur yang
maut selepas liang lahad yang sedang digali runtuh dan menimbusnya.
kejadian berlaku di Mentakab, Pahang.
Dalam insiden jam 10.15 pagi semalam berlaku
di tanah perkuburan Kampung Penak dekat Mentakab,
mangsa, Zailan Hamid, 40, sedang menggali kubur bersama
seorang lagi rakan, Mohd Nasir Musa, 40 semasa menggali liang lahad
bagi mengebumikan jenazah seorang warga emas, Minah Ishak, 76,
yang meninggal dunia akibat sakit tua.
mangsa dipercayai meninggal akibat cedera parah di kepala dan patah leher.
Ketika menyiapkan bahagian akhir liang lahad itu,
tiba-tiba ia runtuh dan menimbus keseluruhan badan mangsa.
Mangsa tertimbus lebih setengah meter, hanya kaki kanan mangsa
yang terjulur keluar. Rakan mangsa dan beberapa penduduk
yang berada di kawasan berkenaan menggali dengan tangan
dan berjaya mengeluarkan mangsa kemudiannya, tetapi
mangsa telah meninggal dunia sejurus selepas itu.
DariNya kita dating, kepadaNya jua akan kembali
alfatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan
ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Selasa, 28 Ogos 2012
Keputusan penuh Piala Malaysia 2012
Huh u hu Piala Malaysia 2012 dah bermula
Kepada kaki bola, memang tak akan lepaskan peluang
Untuk tengok dan sorak ramai-ramai
Seronok lepak kedai mamak kan?
Aku? Aku hanya suka tengok perlawanan final @ akhir sahaja
Itupun kalau pasukan yang beraksi tu menarik
Macam TRW Kelantan The Red Warriors huh u hu
BERIKUT keputusan penuh perlawanan ketiga saingan Piala Malaysia 2012:
KUMPULAN A
Johor FA (0) (0) Lions
(Stadium TSDH Hassan Yunos)
PKNS (1) (1) Johor FC
(Stadium MBPJ)
KUMPULAN B
ATM (1) (1) Kelantan
(Stadium MPS, Selayang)
Kedah (2) (1) Terengganu
(Stadium Darul Aman)
KUMPULAN C
Negeri Sembilan (0) (0) Perak
(Stadium Tunku Abd Rahman)
Felda (2) (3) Sime Darby
(Stadium Hang Jebat)
KUMPULAN D
T-Team (0) (1) Selangor
(Stadium Sultan Ismail)
Pahang (6) (0) Sarawak
(Stadium Darul Makmur)
Tak kiralah menang ke kalah, paling utama
bila bersukan tu kena ada semangat kesukanan
jangan dok baling mercun, bedil, bom atau bom atom
main je pun…apa ke halnya nak baling-baling segala
ingat kandang sarkas ka? Apa-apalah labu!!!!!
Rumah Imuda Pula DiPecah Masuk
Pelawak Imuda kerugian RM7,000 bila rumah dipecah masuk
Sebelum ni dah ramai kes pecah rumah libatkan selebriti
Seperti Mawi dan Sharifah Shahirah
Pelawak terkenal tanah air, Ab Rahim Muda atau Imuda, 52,
kerugian RM7,000 apabila kediamannya di Taman Datuk Ahmad Razali,
dipecah masuk baru-baru ini yang di sedari kira-kira jam 3 petang semalam
bila beliau dan keluarga baru pulang selepas bercuti raya 10 hari di Pulau Pinang.
Sampai rumah dia lihat semua bilik berselerak dan dapati
komputer riba milik isteri, tiga telefon bimbit, wang tunai RM300
dan koleksi jam tangan telah hilang
Berikutan itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya.
suspek kemungkinan terdiri daripada tiga atau empat individu
dan masuk melalui tingkap dan jeriji depan yang diumpil
menggunakan pemutar skru malah,
mereka sempat makan kuih raya dan minum air sirap di dapur
Opssss! Depa ni tak sabaQ nak tunggu rumah terbuka ni!
PsssssTTTT:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan
pemberian durian runtuh RM5,000 kepada anak-anak peneroka Felda
dijadualkan pada Oktober ini iaitu selepas pembentangan Bajet 2013.
Lorrrrr….lambat lagi ke? Ingatkan merasalah duit raya
Tak apa…sabaQ, masa tu Aidiladha kan?
Opssss! Macam aku pulak yang dapat dok beria lebih!
Hari ini juga PM umum pemberian dividen interim
sebanyak RM400 kepada semua peneroka hasil daripada keuntungan
penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) di Bursa Malaysia,
dua bulan lalu, selain mengumumkan keputusan Felda
menawarkan pinjaman tanpa faedah kepada semua peneroka Felda
bagi membolehkan mereka memiliki 800 unit saham FGV
yang dikhususkan kepada golongan terbabit
Wahhhhh durian runtuh asyik gugur di FELDA je…
Apple Vs Samsung, Pilihan Anda?
Pada 26 Jun lalu, Galaxy Tab 10.1 dilarang memasuki pasaran Amerika
selepas mendapati ia menyalahi 'reka bentuk paten'
Pada 25 Ogos pula syarikat teknologi Korea Selatan, Samsung
yang didakwa mengambil teknologi inovatif digunakan Apple
bagi membuat revolusi iPhone and iPad
Samsung diarahkan membayar AS$1.05 bilion (RM3.2 bilion) kepada Apple
Apple Inc. telah failkan tuntutan mahkamah
berhubung pelanggaran paten pada April tahun lalu
dan menuntut gantirugi AS$2.5 bilion (RM7.75 bilion)
Samsung Electronics Co. kemudian saman Apple semula
dan menuntut ganti rugi sebanyak AS$399 juta (RM1.2 bilion).
Keputusan memihak kepada Apple, juri menolak semua tuntutan Samsung
Juri mendapati, beberapa produk Samsung telah secara tidak sah
menggunakan ciptaan Apple seperti kebolehan membesarkan saiz teks
dengan menggunakan jari.
Sebahagian tuntutan Apple adalah tarik balik telefon bimbit
dan komputer tablet popular Samsung daripada pasaran AS.
Hari ini Apple senarai 8 produk Samsung yang perlu 'diharamkan',
perlu ditarik balik di pasaran dan dilarang memasuki Amerika Syarikat,
termasuk model popular, Galaxy.
Lapan produk telefon pintar terbabit iaitu Galaxy S 4G,
Galaxy S2 AT&T, Galaxy S2, Galaxy S2 T-Mobile, Galaxy S2 Epic 4G,
Galaxy S Showcase, Droid Charge dan Galaxy Prevail.
Fuhhhhhhh! Nasib baik kita kat Malaysia ni boleh guna kan?
kalau tak hu huh u hu akan menderitakah hidupku?
kalau boleh memanglah aku nak guna Apple,
sambil guna sambil kunyah hu hu hu Wshington apple memang sedap!
rangup! hu hu hu tak leh blah!
tapi nak buat macam mana, daku ni bukanlah orang kelas atasan
pencacai je pun…guna ajelahlah mana yang mampu
selain telefon cap ayam serama yang budak umur 6 bulan pun
tak nak pandang la la la tak apa asalkan bahagia!
Semua orang berlumba-lumba nak guna yang canggih manggih
penat nak main kutu kumpul syiling beli Apple mak Jeeeemahhhh oiiiii!
mmmmm banyak lagi senarai gajet nak kena kumpul ni
laptop ni dah nyawa-nyawa ikan...kena beli Apple jugak ke?
telefon cap ayam serama tu pun dah 4 tahun usianya
fuyoooooo nengok, betapa seramanya ayam itu hu hu hu
jom kita ramai-ramai main kutu....
Jejai Beraya Sendirian Tanpa Fasha Sandha Tercinta Di Sisi
Ketika orang lain meriah sakan sambut Aidilfitri,
Kesian kat Fasha Sandha terpaksa beraya tanpa Jejai di sisi
Namun, berbaloi-baloi bila Jejai @ Rizal Ashram Ramli berjaya
menCipta Sejarah Ketika Aidilfitri selepas memenangi dua perlumbaan
di kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia.
Tahniah Jejai…tengah bayangkan Fasha Sandha terlompat-lompat gembira
Errrrr….sebenarnya aku yang nak tompang lompat tu
Fasha sengih sampai telinga je hu hu hu
Rizal Ashram Ramli @ Jejai menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi
dua perlumbaan di kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia.
Beliau yang mewakili Lamborghini Kuala Lumpur JH Italia
menewaskan 18 pelumba lain dari seluruh Asia
untuk memenangi perlumbaan di Ordos, China, pada 18 dan 19 Ogos lalu.
Beliau sedang berusaha mengekalkan prestasinya untuk baki tiga pusingan
di Guangdong dan Shanghai, China nanti
jadi, sama-samalah kita doakan Jejai @ Rizal Berjaya ya
Rizal, 36, suami kepada pelakon Fasha Sandha sebelum ini
walaupun jejai sebelum ini sering berjauhan dengan keluarga
pada musim perayaan masa belajar di England dan Amerika Syarikat dulu
tapi dah tentulah banyak bezanya berjauhan dengan Fasha Sandha kan?
Cedih tau raya sensorang tanpa isteri terchenta!
PsssT: Ini entri bangga bila ada warga Malaysia berjaya harumkan nama negara ;)
Lagu Detik Sangat sesuai layan ketika Hujan begini
Lagu Detik nyanyian Fauziah Latiff
sangat sesuai benarlah dengan hari nan dingin dan sejuk
ketika bumi disirami hujan…
Lagu ni dah lama tapi aku baru dengar hari ni
terus terjah cari serata maya dan download
dua tiga hari ni gila dok melayan lagu ni je lah
tak kira hujan atau panas huh u hu
telinga dah penuh dengar dikir barat...8 jam tak henti la la la
Bila SEsekali Balik Kampong Awal…
Bukan selalu aku boleh balik kampong
yang wajib balik dua kali…Aidilfitri dan Aidiladha
walaupun ada kalanya terbabas juga tak TERbalik
lainnya, kalau aku balik sebab kerja
kalau nak balik sesaje dok melangut tanpa apa-apa hal,
memang payah nak bilang untuk cukupkan bilangan jari
Semua orang hairan bila raya Aidilfitri tahun ni aku cuti sakan
14 hari cuti bukan alang-alang, dan cuti masih lagi berbaki 18 hari
boleh simpan untuk aidiladha nanti,
itupun kalau boleh cuti sepanjang itu
tapi aku agak, kalau boleh cuti seminggu pun memang dah lama
masa tu antara masa yang sangat sibuk
Belum tentu lagi 18 hari baki cuti itu
mampu akau habiskan tahun ni…biasanya
lebih 25 hari cuti tahunan terpaksa dibawa ke hadapan
hujung tahun nanti baru boleh tengok berapa hari berbaki
paling sikit pernah aku bawa baki cuti ke hadapan
sebanyak 15 hari…
Bila balik kampong awal minggu lepas
sempat berbuka dan berpuasa di kampong halaman
dengan makanan idaman anak tekak walaupun semuanya beli
tapi tetap puas hati dek kesedapannya
terutama murtabak yang tiada tandingannya itu
memang tak akan jumpa di Bangi punya!
Balik awal juga bolehkan aku ziarahi keluarga dan sanak saudara
lebih awal…sebelum Aidilfitri lagi
tanya khabar dan bertemu mata pada Ramadhan
sambil bawa sedikit buah tangan setakat termampu
untuk persediaan mereka sambut raya
taklah terkejar-kejar musim raya nanti dengan segala lorat gaduh
mana nak urus tetamu, mana lagi nak menziarahi saudara mara
Sesuatu yang aku mula sedar bahawa
saudara mara warga emas dah makin ramai
warga intan berlian umur melebihi 70 tahun semakin kurang
dahulu mereka cergas bertandang ke rumah kami
kini kian dipagut usia, lutut mula sakit kesihatan makin uzur
ingatan makin menipis, mata juga kian kabur
suatu hari nanti, bagaimana perjalanan hidup aku gamaknya?
Siapa akan jaga bila dah tua renta
Siapa akan ziarah bila tulang belulang makin lemah
Siapa pula berbesar hati membantu kala tenaga kian susut?
Ataukah tiada bezanya antara aku dengan mereka?
Mereka punya anak-anak dan cucu cicit itu
sendirian hidup melawan takdir dan dimamah usia
Aku yang bersendirian ini, akan bagaimanakah?
Isnin, 27 Ogos 2012
Ucapan Praperkahwinan Selamat Pengantin Baru Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo
Fuhhhhhh! Awal gila ucapan Selamat Pengantin Baru
kepada Datuk Lee Chong Wei bakal menamatkan zaman bujangnya
dengan bekas pemain perseorangan badminton wanita negara,
Wong Mew Choo pada tahun depan yang belum ditetapkan tarikhnya.
Datuk Lee Chong Wei Pemenang pingat perak Olimpik London itu
sudah bersedia berkahwin dengan Wong yang dikenalinya sejak 2001
ketika mereka bersama-sama mengikuti kem latihan badminton negara.
hubungan mereka pernah retak ketika menyertai latihan
di Korea Selatan pada 2009, namun, terjalin semula setahun lalu.
Chong Wei mungkin akan mengundur diri tahun depan kerana
pertandingan penting sudah berakhir
dia juga tidak mahu kisah cintanya itu dipandang negatif
sehingga mengganggu fokus dan persiapan beliau ke Olimpik London.
Dah jenuh Chong Wei berjuang harumkan nama Negara setakat ni
cuba bilang berapa tahun berturut-turut dia
memegang status sebagai pemain badminton nombor satu dunia
apa salahnya dia bina pula kebahagiaan sendiri pula
lagipun rakan juang tradisinya, pemain perseorangan nombor satu dunia
Lin Dan dari China akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan
dengan bekas perseorangan wanita republik itu, Xie Xinfang bulan depan
kira elok sangat dah tu…selepas ni kita lawan junior sesama junior pulak!
Kemalangan Lima Kenderaan Di Melaka, Dua Maut
Alhamdulillah, jam 4.30 petang tadi selamat sampai ke teratak buruk
di bangi…bertolak dari kelantan jam 8 pagi
ok lah tu kan…taklah teruk sangat merayap merangkak-rangkak
tak juga memecut bak JET pejuang nak kejar memerang
errrr...ada kaitan ke Jet dengan memerang?
Ingatkan tak ramai orang balik hari ni,
agak ramai juga, kenderaan agak banyak berbanding masa balik hari tu
tapi paling perlahanpun boleh memecut 80km/j
selebihnya, tak lah 320km/j huh u hu ingat boeng ka?
Walaubagaimanapun, aku nak rakamkan banyak-banyak terima kasih
kepada sebahagian besar pemandu kenderaan berat sepanjang perjalanan
dari KB-Bangi kerana mereka begitu sporting
sebahagian besar daripada mereka sangat bertimbang rasa
dan banyak membantu kenderaan kecil sama ada
membantu dengan meminggir ke tepi beri laluan atau guna signal
membantu kami memotong dengan lebih selamat
siapa kata pemandu kenderaan besar bagak tu tak bertimbang rasa?
Musim perayaan, kemalangan memang meningkat
tadipun, aku hampir gesel kereta orang
nasib baik tak tergesel, kalau tak…huh u hu sendrey mau ingat!
Pagi tadi, di MELAKA, Seorang guru dan seorang jurutera
maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 197.3
Lebuhraya Utara-Selatan dekat Alor Gajah kira-kira 4 pagi tadi
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Farid Mazlan, 27,
guru di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor dan Mohamad Fakhrulrazi Baharuddin, 28.
Dalam kejadian itu, sebuah lori tiga tan yang datang dari arah Kuala Lumpur
menuju Melaka telah merempuh sebuah treler lalu melintang di tengah jalan raya.
sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu Muhammad Farid
dari arah Nilai ke Johor Baharu kemudian merempuh bahagian belakang lori
menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala
dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mohamad Fakhrulrazi yang menunggang motosikal dari arah Kuala Lumpur
ke Johor Baharu turut melanggar lori tersebut turut maut di tempat kejadian
sebuah Proton Iswara dipandu seorang lelaki dan tiga penumpang
juga merempuh lori tetapi hanya mengalami kecederaan ringan.
Pemandu lori yang patah kaki kanan ditahan bagi membantu siasatan
mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987
Kepada yang masih lagi berada dalam perjalanan pulang dari kampong
berhati-hati memandu ya
usah fikirkan nak cepat sampai aje…lambat pun akan sampai juga
terlebih cepat, kang ditangisi seluruh insan tersayang pula
Ahad, 26 Ogos 2012
Selamat Pengantin Baru Ustaz Don
Alhamdulillah, ustaz Don yang makin popular tu
Terutama di TV Al-Hijrah dah pun bertukar status jadi suami orang
Dah pun mendirikan masjid dan menamatkan zaman bujangnya
Penceramah popular, Don Daniyal Don Biyajid, 28, telah selamat dinikahkan
dengan seorang pelajar tahun akhir perubatan, sebuah universiti di Mesir,
Husna Mohd Zahry, 24, di rumah keluarga pengantin perempuan
di Taman Jelita Kuala Sungai Pinang Balik Pulau, Pulau Pinang.
Majlis resepsi pengantin perempuan diadakan di rumahnya semalam,
sementara sebelah lelaki dijangka pada 1 September
di Dewan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).
Selamat Pengantin Baru Ustaz Don dan isteri tercinta Husna
semoga perkahwinan ini bahagia dunia akhirat
dikuniakan ramai anak-anak untuk generasi masa depan lebih gemilang
hu huh u macam ucapan hari merdeka lah pulak
PsssT: Walaupun Ustaz Don dah berkahwin tetapi dia antara pendakwah
yang tetap jadi pojaan...paling penting ilmunya
Jumaat, 24 Ogos 2012
Bila Datuk Sanggup Jual Cucu Untuk Berjudi, Tak Tahu Nak Kata Apa Dah!
Taik judi punya pasal, bukan sahaja harta benda dan tanah bendang orang
ditipu dan sanggup digadai jual, cucu sendiripun boleh jual juga
sejauh itu sanggupnya dia…padahal berpuluh tahun ini
isteri yang sara dari makan, rokok hingga seluar dalam
kerja yang dia tahu buat adalah berjudi dan buat anak
Tahap kesabaran si isteri sangat tinggi
setelah berpuluh tahun, baru kini tuntut fasak?
itupun setelah berelung tanah kena jual tanpa tahu
setelah cucu sendiri dijual dagang
Setelah jadi warga emas, setelah berpuluh tahun menyara biawak hidup
setelah sendi kian lemah untuk membanting tulang lagi
tiba-tiba dia dapat kekuatan bahawa suaminya hanyalah
mainkan peranan untuk buat anak semata-mata,
tiada fungsi lain selain bebankan dia
Aku kasihankan warga emas itu pada masa sama
sangat kagum dengan kekuatannya
kasihankan anak-anak, cucu-cucunya perlu berdepan
dengan tekanan emosi
dan aku paling kasihankan datuk itu
sudah warga emas, namun masih lagi taik judi
semoga dia diberi hidayah dan dibukakan pintu hatinya
untuk kembali semula ke pangkal jalan
kita bukanlah sesiapa yang boleh menghukumnya!
Khamis, 23 Ogos 2012
Bakal Adik Ipar Kami
Masa tengah makan ramai-ramai
adik bongsu kata nak bawa balik bakal adik ipar kami
kakak ipar pesan, minta bawa ke rumahnya juga
nak kenal bakal biras
Aku cakap dengan adik;
nak cari bini, muka tak cantik tak apa
asal reti bawa diri, tahu bermasyarakat dengan orang lain
ringan tulang buat kerja dapur tolong kami
sebab aku bukanlah bibik tak bergaji
tak perlulah cari gadis Melayu comel ayu lawa menawan
anggun bukan main mengalahkan model di pentas catwalk
namun nak basuh pinggan sebiji pun payah
dek risau kukunya patah,
jari jadi kasar untuk tenyeh muka dengan bedak
lenggang turunnya bila makanan dah terhidang
tetiba adik aku kata:
sebenarnya nak kata kat sapa?
Opsssss! Bukan semua orang dianugerahkan IQ dan EQ
Ada ramai juga yang kurang IQ dan EQ, lebihnya tang perasan dan Ego je!
Rabu, 22 Ogos 2012
Terima Kasih En Maslie Sekeluarga
Semalam aku terima satu SMS di nombor kedua
talian yang jarang aku guna kecuali untuk urusan tertentu
cantik susunan katanya, indah makna terkandung didalamnya;
Ya Allah, seketika di bulan yang ceria ini,
Engkau muliakan dan sayangi penerima ucapan ini,
Berkati dirinya, keluarganya, sihatkan tubuh badannya,
Limpahkan rezekinya, jauhkan daripada fitnah, penganiayaan,
Suburkan benih keimanan dengan penih rasa kasih sayang
Serta takwa tanpa alasan. Makbulkan cita-citanya yang murni.
Amin ra Rabbal A’lamin. Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf zahir dan batin dari Maslie sekeluarga.
Terima kasih kepada En Maslie Sekeluarga dengan doa ikhlas itu
biarpun aku tahu SMS itu sebenarnya tersasar penerimanya,
namun aku amat hargai doa itu…aku menyenangi kedatangannya.
Isnin, 20 Ogos 2012
Terbakar Kebun Dek Mercun
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua
maaf zahir batin...Selamat menjamu selera,
jangan lupa simpan lemang untuk aku ya
daku ni hantu lemang, tapi lemang tak begitu popular di Kelantan
kalau dia orang buat lemangpun
aku tak suka sangat sebab lembut sangat
aku sangat suka lemang yang orang Negeri Sembilan buat
sangat kena dengan anak tekakku beraneka ragam ni
Tengahari tadi kecoh sekejab
anak buah dok baling-baling mercun
tetiba kebun pisang sebelah rumah kami tu terbakar
kelam kabut semua
hinggakan tetamu datang berayapun kecoh sama
tarik wayar paip sembur api
Nasib baik semuanya terkawal 10 minit kemudian
sekarang ni musim kemarau…jangan nak mengada baling api
memang akan terbakau
aku memang tak pernah setujupun budak-budak main mercun,
bunga api pun…apa lagi kalau mercun dentum dentam
bukan je kejutkan anak-anak kecil dan orang tua
kan boleh terbakar…paling utama bagi aku
bakar mercun segala sama macam bakar duit
kerja yang sia-sia…tapi apa nak buat
orang sayang anak, belikan juga mercun
kalu anak mintak peluru berpandu
gamaknya beli juga…aku tak boleh komen panjang-panjang pasal ni
kang ada lah pulak akan kata
“kau tak ada anak, mana nak tahu…”
Mmmmm aku hanya harapkan nanti
kalau berpeluang ada anakpun, aku masih lagi
tak akan beli mercun atau bunga api
untuk dibakar begitu sahaja…
maaf zahir batin...Selamat menjamu selera,
jangan lupa simpan lemang untuk aku ya
daku ni hantu lemang, tapi lemang tak begitu popular di Kelantan
kalau dia orang buat lemangpun
aku tak suka sangat sebab lembut sangat
aku sangat suka lemang yang orang Negeri Sembilan buat
sangat kena dengan anak tekakku beraneka ragam ni
Tengahari tadi kecoh sekejab
anak buah dok baling-baling mercun
tetiba kebun pisang sebelah rumah kami tu terbakar
kelam kabut semua
hinggakan tetamu datang berayapun kecoh sama
tarik wayar paip sembur api
Nasib baik semuanya terkawal 10 minit kemudian
sekarang ni musim kemarau…jangan nak mengada baling api
memang akan terbakau
aku memang tak pernah setujupun budak-budak main mercun,
bunga api pun…apa lagi kalau mercun dentum dentam
bukan je kejutkan anak-anak kecil dan orang tua
kan boleh terbakar…paling utama bagi aku
bakar mercun segala sama macam bakar duit
kerja yang sia-sia…tapi apa nak buat
orang sayang anak, belikan juga mercun
kalu anak mintak peluru berpandu
gamaknya beli juga…aku tak boleh komen panjang-panjang pasal ni
kang ada lah pulak akan kata
“kau tak ada anak, mana nak tahu…”
Mmmmm aku hanya harapkan nanti
kalau berpeluang ada anakpun, aku masih lagi
tak akan beli mercun atau bunga api
untuk dibakar begitu sahaja…
Khamis, 16 Ogos 2012
Program Istimewa Aidilfitri Di TV3:
Musim raya, sila pergi beraya ya…jangan dok mengadap TV je
Tapi kalau memang dah habis tempat nak beraya
Sila hadap TV huh u hu
Sepanjang musim perayaan ni, banyak rangangan menarik kat TV3;
Filem Terbaik
Mael Lambong, Jangan Pandang-pandang, RA One, Jangan Pandang Belakang Congkak 2, Hikayat Merong Mahawangsa, Apa Celop Raya dan Vanila Coklat Raya, minggu pertama Hari Raya, setiap pukul 9 malam
Hiburan Terbaik
Sampaikan Raya 2012, malam Raya, 11 malam
Melodi Raya, raya pertama & Kelapan, 12.30 t/ hari
Dialah Juara, raya pertama, 6 petang
Ziana, Amy & Erra, raya pertama, 11 malam
Bola Pun Raya, raya kedua, 11 malam
Irama, raya ketiga, 6 petang
Mentor Raya, raya kelapan, 9 malam
Dramedi/ Variasi Terbaik
Sebelum Raya, petang raya, 6 petang
Dua Dalam Satu, raya pertama, 11.30 pagi
48 Jam, raya kedua, 6 petang
Buletin Cinta, raya keenam, 9 malam
Telefilem Terbaik
From London with Almond, raya pertama, 4 petang
Nur Ramadan, raya kedua, 9.30 pagi
Muat Tak Muat, raya kedua, 4 petang
Fatihah Untuk Abah, raya ketiga, 9.30 pagi
Takbir Along Untuk Angah, raya ketiga, 4 petang
Di Bawah Langitmu, raya keempat, 4 petang
Sabar Tak Sabar, raya kelima, 4 petang
Perempuan Tanpa Rahim, raya ketujuh, 4 petang
Lepas Raya Harap Balas, raya ketujuh, 10 malam
Pelita Buluh Tok Wan, raya kelapan, 5 petang
Kat rumah kami, TV memang kena pasang kalau tak
Berlaku gangguan orang tua nak borak
Bila pasang TV, budak-budak berhimpun tengok sambil kunyah kerepek
Rabu, 15 Ogos 2012
Aktiviti di Kampung Halaman Dah Bermula…
Semalam, sampai je rumah terus mandi manda dan
Qada tidur…fuhhhhh sangat best!
Malamnya nak online tak dapat sebab petir berdentum kilat menyabung
Guruh berdentam…akhirnya sambung tidur dengan lena
Diulit orchestra angsa dan hujan renyai…betul-betul kampong!
Hari ni, Mek kata…Jom gi rumah pakcik,
Lepas tu beli barang dapur untuk raya
Aku ok aje, bila tanya jam berapa?
Jam 8 hu huh u awal gila!
Tak apa, pergi je…aku dah jadi super bertauliah
Tiap kali balik kampong
Malam semalam lagi Mek dah melagut ke bumbung
“banyak sawang!”
Tau apa maknanya? Nak kena buang sawang dan kemas segala
Sebelum raya…jadinya, mana-mana tempat berdebu tu
Kenalah lap ya…satu rumah tu hu huh u
Itu memang nasib bagi sesiapa yang balik awal
Tahu ni aku yang kena!
Jadinya, andai entriku tak ada sepanjang tempoh 2 minggu ni
Maknanya, macam-macam benda tengah buat
Dengan cerianya…mmmm kena asah semula bakat memanjat
Errrr…nasib baik kelapa dah ada
Kalau tak kena panjat pokok kelapa huh u hu
SPEEDTRAP sepanjang jalan dari KL ke KB…Dah Pun Sampai Kampong Halaman
Alhamdulillah, aku dah sampai di kampong halaman tengahari semalam
gerak dari bangi jam 4.50 pagi, perjalanan solo yang panjang itu
berjaya aku tamatkan bila sampai di ketereh jam 12.30 lebih kurang
singgah rumah kak ipaqku yang jelita tu dulu
baru balik rumah…yang betul-betul sampai rumahnya
dalam jam 1.50 tengahari…tengah panas tang-tang,
melekit semua tempat, lencun berpeluh segala
terus bersiram selepas kosongkan bonet
petangnya bantai tidur 3 jam…ohhhh indahnya dunia!
Entri ni hanya nak berkisah tentang perjalanan balik kampong je
tak ada bab makan murtabak spesel harga rm4 yang sangat mahal bagi mek
tapi penuh dengan telur dan dagingnya
padahal dengan harga yang sama di bangi
murtabak tu penuh dengan bawang huh u hu kalaulah Mek tahu!
Mmmm itu murtabak di negeri paling miskin, RM4 pun dah kata mahal
walaupun di dalamnya ada beberapa ekor lembu
Perjalanan aku bermula taklah awal sangat…nak jam 5 dah
kenderaan dah banyak di jalan raya masa tu
rasa cuak juga sebab aku tak suka banyak kenderaan lain
kalau boleh masa daku di jalan raya, orang lain jangan ada
huh u hu boleh gitu? Mmmm sebab tu lah aku tak jadi kerabat
atau mana-mana menteri…karang ada undang-undang baru
kalau aku nak keluar, orang lain kena dok rumah je la lala
sungguh kejam itu peraturan!
Walaupun dah ramai juga anak Kelantan balik hari Selasa
tapi taklah ramai bebenor hingga akibatkan jem
cuma kereta di tengah hutan sepanjang jalan sana dah berderet
bagi yang biasa balik bukan musim perayaan, memang tau lah
sebab biasanya kita akan keseorangan tengah hutan nun
tapi Selasa semalam, dah agak banyak juga kereta
pun begitu, bagi yang handal…tetap juga mampu memecut 160km/j
walaupun bukannya memandu Ferrari atau lomboghini
(sila baca sebagai: kereta nak roboh bunyi macam jet memecut
namun geraknya tak standing bunyinya tu…)
Sepanjang jalan, kenderaan besar terutama lori agak banyak
barangkali mereka kejar masa untuk musim perayaan ni
agak mengganggu sedikit perjalanan sebab ada lori yang teramat berat itu
jalannya teramat perlahan memanjat bukit
tapi banyak juga lori sederhana berat yang agak laju juga
kita masih boleh kekalkan kelajuan 80km/j
cukuplah tu bagi aku…bukannya aku bawak Ferrari pun!
namun dari sudut positif, kewujudan kenderaan besar ni bagus juga
boleh hadkan kelajuan sepanjang perjalanan
kalau tak…asyik nak memecut aje…ingat bawak JET ke apa!
yang tak bestnya bila kelajuan menjunam hingga 50km/j
perlahan sangat menyebabkan terlalu mengantuk
sangat bahaya untuk aku yang gerak berseorangan
itu yang berdikir barat sepanjang jalan macam nak pecah gegendang telinga
Walaupun ada 2-3 ekor lori yang kurang disiplin
bawak pakai redah je mentang-mentang dia besar…
namun sebahagian besarnya sangat ok
sangat membantu kenderaan kecil untuk memotong
Biasanya, kalau aku balik pada waktu yang sebegitu
memang tak ada anggota keselamatan di pondok yang mereka bina
tepi jalan tu…mungkin mereka belum buat kawalan 24 jam
tapi kali ni…sepanjang jalan tu memang terpacak je mereka
jadi jangan dok kalut nak buat onar dan loklak tak tentu hala
kalau tak mau dapat surat cinta
Namun kali ni agak berbeza sedikit pendekatan pihak berkuasa
sama ada JPJ, polis atau SPAD…spad? Ek?
mereka tak tembak pun (macam tak tembak)
tetapi mereka memaklumkan kehadiran mereka di hadapan
dengan letak kon-kon penanda sama ada polis atau jpj
jadi kita boleh tahu awal-awal…dalam 100 meter gitu je pun
kalau jenis kaki memecut, tak sempat nak brek pun kan?
Kebiasaannya, polis akan buka khemah di hadapan balai Polis
bermula di Kampung Gali, Lipis…selepas Raub tu
namun, ada juga tempat-tempat lain, pacak khemah tepi jalan
kat menara tinjau, tak Nampak pulak ada anggota
tak pastilah kalau mereka gunakan CCTV
Bila pihak berkuasa letak kon-kon beritahu mereka ada di hadapan,
walaupun ketika tu mereka tak ada
semua pemandu sedang bersopan santun la la la
namun di tengah hutan sana, tak banyak pun jumpa pos kawalan
ikut logik, dah tentu mereka tak akan susah payah dok tengah hutan jaga khemah
jadinya, kat situlah ramai yang dah JETkan kereta masing-masing
tekan minyak macam nak pergi bulan ;)
Kepada perantau-perantau yang akan mula serang Kelantan
semoga memandu dengan berhemah
kampong halaman kita tak lari pergi mana, tak kejar pun insyaAllah sampai
ingat-ingatlah orang tersayang yang bersama kita dalam kenderaan
hargai nyawa mereka tanda kasih sayang kita
ingat juga keluarga di kampong halaman
usah ubah kegembiraan mereka menyambut kita balik
dengan linangan air mata kesedihan menerima khabar duka
dan bertimbangrasalah di jalan raya
biarpun kita guna kereta paling canggih import dari bulan
orang lain pun bayar cukai jalan juga
usah nafikan hak mereka untuk guna semata-mata kita nak lalu
Semoga selamat tiba di kampong halaman masing-masing
Dan menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta
Selamat hari raya maaf zahir batin…
Mmmmmm dah jadi macam ucapan raya 1 Malaysia pulak!
Selasa, 14 Ogos 2012
Nak Balik Raya!! Nak Balik Raya!!!
Balik kampong musim raya memang macam dah wajib
Kalau tak balik, umpama hidup dah musnah
Ohhhhh perumpamaan tu memang melampau, aku tahu!
Pernah beraya sendirian di perantauan?
Aku pernah…beberapa kali jugak
Aku pernah juga tulis dalam entri-entri lepas pasal ni
Memang menderita…senyap sunyi dan sepi
Hinggakan jarum jam pun kedengaran sangat kuat
Hati juga yang tak kuat untuk buka TV atau radio
Taklah sayu sangat dengar lagu-lagu raya
Tapi cukup syahdu kala takbir berkumandang huh u
Sebab tu lah ramai yang tetap usahakan juga
Untuk balik kampong musim raya walaupun pelbagai dugaan dating
Cer tengok ragam si jozan nak balik beraya ni…
Akhirnya…sampai jugak kat kampong kan?
Beraya jugak huh u hu
Lagu Raya Yaya dan Boboyboy
Hari ni dah gerak balik kampong...pepagi buta sebelum sahur lagi
Coti agak panjang tahun ni…campur tolak 13 hari
Yuuuuuuhaaaaa! Pertama kali dalam sejarah sejak aku kerja
Tak apa…dah dua minggu beradu hanya 2 jam sehari
Siapkan apa yang patut untuk meraikan 13 hari tersebut huh u hu
tapi akhirnya...tak siap 100% juga, migrin punya pasal cari bantal jua
kenalah buat kerja sambil beraya hu hu hu sangat tak comey!
Jom dengar lagu raya sepanjang jalan 8 jam ni
Selain lagu dikir, zikir, ayat qur’an segala…salah hari
Berdangdut sensorang tengah hutan ;)
Selamat hari raya, maaf zahir batin
Andai sepanjang menulis kat dinding ni
Ada hati yang terguris, ada kata yang menghiris
Ada ayat yang pedas…daku hanya insane biasa
PsssT: andai ada entri disiarkan selepas ini
Bermakna entri berjadual…nak balik uli meruku
Tak sempat kot kemas kini blog la la la
Kepada yang melintas ke Kelantan area Ketereh tu
Boleh lah roger-roger dating rumah makan kerepek ya…
Selamat hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin
Sempena Aidilfitri yang disambut dalam bulan Merdeka ini
Apa kata terimalah ucapan raya dan merdeka ni…
mmmmmmmm
Isnin, 13 Ogos 2012
Mati sakit jantung selepas meragut
Ini bukan pertama kali jadi macam ni
Ya lah, pada Ramadhan bulan penuh keberkatan ini
Syaitan digari, diikat…terpenjara,
Namun, macam kata Wardina Saifiyya;
kalau dah terlatih dengan kerja tak berapa nak elok sepanjang 11 bulan,
tunjuk ajar syaitan tak diperlukan lagi pada Ramadhan
kita dah terbiasa lakukannya.
Di Sungai Petani, Seorang lelaki mati dipercayai akibat serangan jantung
selepas menyamun seorang warga emas RM20,000 jam 10.15 pagi
…suspek berusia 46 tahun mati selepas terjatuh
secara tiba-tiba dari motosikalnya
tak payah komen banyak, kang panjang pulak kisahnya
cer tengok di Tumpat pula, Geng Tarawih dah tumpas
dengan tertangkapnya lima lelaki yang disyaki mencuri motosikal
ketika pemiliknya menunaikan solat Tarawih sejak awal Ramadan.
lima kes kecurian motosikal di beberapa masjid sekitar Wakaf Baharu,
dua di Masjid Pak Kerau dan satu di Masjid Pengkalan Kubur dilaporkan.
"Kesemua kejadian itu berlaku semasa jemaah masjid
sedang mengerjakan solat Tarawih, dan melibatkan kerugian kira-kira RM24,000,”
suspek termasuk seorang pelajar, berusia lingkungan 17 dan 26 tahun,
ditahan dalam beberapa serbuan di Wakaf Baharu,
Wakaf Che Yeh serta Pengkalan Chepa dan merampas semula
enam motosikal disyaki dicuri di daerah Tumpat,
tetapi kebanyakkan komponen kenderaan itu telah dileraikan,”
Eloklah tu! Orang cari lailatul Qadar, kita jadi penyamun
Ahad, 12 Ogos 2012
Pinjaman Pelajaran Selangor 2012
TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN SELANGOR SESI KEDUA TAHUN 2012 |
Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir "Fast Track" bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan secara Sepenuh Masa bagi Sesi Kedua Tahun 2012 bermula pada 1 Ogos 2012 (Rabu).
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan terdiri daripada rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut :
PERKARA
|
KETERANGAN
|
KELAHIRAN |
|
PERINGKAT PENGAJIAN |
|
PENAJAAN |
|
PENCAPAIAN AKADEMIK |
|
TAHUN PENGAJIAN |
|
Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akedemik seperti berikut :
Peringkat Pengajian
|
Kelayakan Akademik
|
Ijazah Pertama |
|
Diploma |
|
Sijil (IPTA) |
|
Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja) |
|
TAWARAN PERINGKAT PENGAJIAN
Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:
- Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor:
Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda / Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ) / Institusi Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan). - Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ Negeri Selangor:
Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.
KADAR PINJAMAN YANG DITAWARKAN
Kadar Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Peringkat Pengajian
|
Kadar Pinjaman (Setahun)
|
Ijazah (Perubatan)
|
RM7,000.00
|
Ijazah (Lain-lain)
|
RM6,500.00
|
Diploma
|
RM4,900.00
|
Sijil
|
RM4,000.00
|
Nota: Kadar tajaan pinjaman ini adalah terpakai bagi pengajian di semua IPTA dan IPTS tempatan.
PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN
- Pemohon dikehendaki melayari laman web rasmi Pinjaman Pelajaran http://tkwbns.selangor.gov.my.
- Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap mengikut panduan yang telah disediakan. Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.
- Permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dicetak (print) terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan pihak-pihak berkaitan di ruangan yang telah disediakan.
- Pemohon dikehendaki menyertakan semua salinan lampiran dokumen yang diperlukan berdasarkan senarai semak (checklist) di dalam borang permohonan dengan menandakan (/) pada kotak berkaitan.
- Semua salinan dokumen hendaklah diakui sah oleh mana-mana Pegawai Kerajaan (Kumpulan A / Pengurusan & Profesional / Pengetua / Guru Besar sahaja) manakala Surat Pengesahan Mastautin (jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Selangor) & Surat Pengesahan Pendapatan (jika ibu bapa tidak bekerja/pesara/bekerja sendiri) hendaklah diperakukan oleh ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung sahaja.
- Borang permohonan yang gagal diisi dengan lengkap atau tidak disertakan dengan salinan dokumen yang diperlukan tidak akan dilayan.
- Pemohon boleh membuat semakan status permohonan melalui laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor atau pun laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor selepas sebulan dari tarikh tutup permohonan.
SENARAI LAMPIRAN DOKUMEN PERMOHONAN
i.
|
Sijil Kelahiran |
|
ii.
|
Kad Pengenalan |
|
iii.
|
Surat Tawaran |
|
iv.
|
Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan |
|
v.
|
Keputusan Peperiksaan |
|
vi.
|
Sijil Penyertaan |
|
viii.
|
Pendapatan |
|
viii.
|
Tanggungan Keluarga |
|
PROSEDUR PERMOHONAN
1. Permohonan adalah secara atas talian/online sahaja.
2. Sila layari laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor seperti berikut bagi tujuan permohonan: http://tkwbns.selangor.gov.my
3. Borang Permohonan yang lengkap di isi hendaklah dihantar ke alamat berikut:
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Unit Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Sekiranya memerlukan informasi tambahan hubungi :
Tel: 03-5521 2275 / 5544 7543
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Unit Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Sekiranya memerlukan informasi tambahan hubungi :
Tel: 03-5521 2275 / 5544 7543
Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor http://tkwbns.selangor.gov.my.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2012 (Jumaat)
Sabtu, 11 Ogos 2012
Namewee Yang Hina Lin Dan, Chong Wei Pulak Kena Mohon Maaf??? Patutpun Monorel Terkandas di Landasan!
Setahu aku, orang yang biasa keluar dari Malaysia
ramai yang meningkat semangat patriotiknya
mungkin sebab rindu sambal belacan dan budu
atau juga sebab syukuri, biar serendah dan sedhaif mana negara kita
malaysia tetap tempat yang paling nak kita kenang
apa lagi kalau musim durian kan? walaupun di chinapun
ada jual durian huh u hu
Tapi ramai juga orang yang lama sikit je hidup luar Negara
bila balik tetiba dapat alahan dengan bau durian dan belacan
tak berselera lagi nak makan budu…
paling tak boleh terima bila seleranya dah bertukar spageti
macamlah sebelum ni tak pernah makan spageti di pizza hut
kemudiannya, mencari aje salah silap orang
untuk diejek, dimaki, digelak, di apa-apa ajelah segalanya
macam tak ada kerja lain pula, tak pernah pulak tu nak serik,
apa yang dia cari dalam hiduppun...aku tak tahu
Terkini, Datuk Lee Chong Wei terpaksa memohon maaf
Ekoran meluasnya klip video menghina bintang badminton China, Lin Dan.
dirapkan Wee Meng Chee atau Namewee, kononnya
mengandungi maki-makian terhadap Lin Dan dalam bahasa Hokkien
selepas Chong Wei kalah menentang Lin Dan
dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik London,
di Arena Wembley.
Klip itu kemudiannya, tersebar ke seluruh forum utama
dan menimbulkan kemarahan di kalangan peminat badminton di China.
Media dalam talian China, Souhu melaporkan bahawa
Nameweemempertahankan dirinya dengan berkata,
dia hanya meluahkan perasaannya seperti seorang peminat biasa.
Kata Lee Chong Wei dalam laman web peribadinya di
microblogging weibo, laman web di China yang bersamaan dengan Twitter:
"Saya memohon maaf atas video tersebut, saya juga tidak tahu apa-apa
tentang lagu itu, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua,
diharap peminat (badminton) China boleh memaafkannya,"
Adoiiii la! Tetiba je aku Nampak betapa kacak dan hensemnya
Lee Chong Wei hari ni…tebal muka je minta maaf
Dengan benda tak senonoh yang orang lain buat
Padahal orang tu…tak rasa bersalahpun!
PsssT: aku sendiripun tak tau apa hubungannya dengan monorel terkandas!
183
penumpang monorel terperangkap 1 jam
Seorang
wanita yang sedang sarat mengandung pengsan,
dua lagi
penumpang cedera ringan di bahagian kaki terkena serpihan kaca
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia September Ini
Semester baru dah nak mula…lepas raya nanti
Berbondong-bondong adik-adik kita daftar masuk university
Semester baru dah mula ya…bermakna,
Seramai 1.5 juta pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA)
akan menikmati kemudahan potongan harga sehingga 60 peratus
ketika membeli-belah di pasaraya dan kedai terpilih
apabila Kad Diskaun Siswa 1Malaysia dilaksanakan September ini.
Wahhhhhhhhhhhh! tak sabar ni!
Kad ini membolehkan penuntut mendapat potongan harga
10 hingga 60 peratus di 100 buah kedai terpilih termasuk pasaraya,
kedai sukan, kedai cermin mata, kedai buku, kedai makanan segera
dan sebagainya diharap dapat meringankan bebanan pelajar
di samping membolehkan mereka membeli-belah dengan harga murah
rundingan sedang dilakukan dengan Syarikat Penerbangan Malaysia
dan AirAsia untuk membolehkan kedua-dua syarikat terbabit
memberikan potongan harga kepada pelajar.
turut diusahakan juga Keretapi Tanah Melayu, bas ekspres
dan lain-lain syarikat korporat menyertai skim iTU.
Yuuuuu haaaaaaaaaaaaaaa! Bolehlah aku keliling dunia nanti ya
Aku suker! Suker! Suker!
Masa aku skulah-skulah dulu, KTM memang dah bagi potongan harga 50%
Tak tahulah kalau nak tambah jadi 99% pulak
Sukanya je aku…masalahnya, semua tu hanya untuk pemegang kad
Tak dapatlah aku belanja kalian ya hu huh u
Tips Rumah Selamat Musim Perayaan
Beberapa hari lagi ibu Negara akan lengang,
Orang kata boleh main bola sepak atas jalan
Tapi aku tak pernah tengok pula setakat mana lengangnya
Walaupun bukan tak pernah aku raya sensorang kat sini
Sebelum masing-masing bergerak balik kampong
Pastikan dahulu kediaman @ rumah selamat untuk ditinggalkan musim perayaan
Sebaiknya singgah dulu di balai polis berdekatan atau SMS Rakan cop pun boleh
Selain tu, boleh tengok tips yang Yaya bagi kat dalam video berikut;
Selamat balik kampong ya…hati-hati di jalan raya
Pandu cermat jiwa selamat…ingatlah keluarga tersayang
Sedang menunggu kita di kampong halaman
cer dengar apa pesan Yaya kepada semua pemandu di Malaysia
Janjinya Nak Kerat Anu Kalau Pandelela Menang, Ada Berani??? Tak Cukup Tanah Nak Lari!!!
Perangai orang memang macam-macam
Allah nak uji pun macam-macam jugak
nampak sangat dia terlalu yakin atlet renang negara tak mampu
bawa balik pingat dalam sukan olampik london 2012
hingga sanggup bertaruh untuk potong @ kerat anu sendiri
nak jadi cerita bertambah menarik …tetiba Pandelela menang
Pandelela Berjaya juga bawa balik pingat gangsa Olimpik
walaupun dia sendiri kata dia tak sangka boleh dapat
jadinya, bila nak tunaikan janji tu?
Bila nak buat upacara potong @ kerat anu tu?
Gara-gara pertikai kebolehan penerjun negara, Pandelela Rinong,
para peminatnya menuntut seorang pemegang akaun laman sosial Facebook,
Johari Pain agar menunaikan janji yang dia sanggup memotong kemaluan
jika Pandelela memperoleh pingat dalam acara Sukan Olimpik yang disainginya.
Johari membuat kenyataan itu beberapa jam sebelum Pandelela bersaing
dalam peringkat akhir acara 10m Platform Wanita dan Berjaya bawa balik
pingat gangsa, sekali gus mencatatkan rekod sebagai atlet wanita pertama
membawa pulang pingat.
Johari antara lain menulis:
"Gua berani kerat xxxx laa kalau Pandelela menang pingat malam nih..
(saya berani memotong anu kalau Pandalela menang pingat malam ini...)."
Tindakannya itu berhadapan dengan reaksi marah dan tersinggung,
yang rata-ratanya menggesa dia memohon maaf.
Johari yang menggunakan akaun Twitter @JohariPain dalam mesej meminta maaf
berkata, "saya sudah memohon maaf, tapi tidak pulak orang nak print screen...
siap suruh buat permohonan maaf dekat @buletintv3 lagi."
Sedangkan Nabi boleh ampunkan umat, takkanlah manusia biasa
tidak boleh memaafkan orang lain... saya sedihlah,"
katanya dalam mesej Twitter berikutnya.
laman sosial itu telah pun ditutup, senangnya buat kerja…tutup je kan?
Hu huh u masa cabar tu Nampak sangat semangat JANTANnya tu
tak Nampak semangat patriotik langsung, dah jadi gitu
tetiba macam tukar jantina pulak oppps! Sasul pulak mak!!
Aku pun tertanya-tanya jugak bilalah si Johari Yahiko dan @JohariPain,
Nak tunaikan janji ni…ramai yang dok tunggu
Aku rasa TV3 pun boleh buat siaran langsung kalau ASTRO tak minat
Lagi pula dah banyak timbul nama FB
"Johari Pain Mohon Kerat", "Johari Pain dah potong ke belum",
"Johari Pain ku tunggu janji mu", "Janji Johari Pain Janji Dikerat."
"janji kerat" nya tu bila akan dilaksanakan ya? Tak sabar nak tunggu ni!
Wat malu orang Kelantan je!
Mari alik ulu legeh mano tok tahulah!
Komen aku: kalau ADUN pun tak ada semangat patriotik,
nak heran apa dengan orang lagu ni...lagilah ramai!
orang-orang macam ni patutnya kita hantar ke Syiria sebulan dua
biar kikis karat dalam otak tu sikit hu hu hu
Jumaat, 10 Ogos 2012
Suami dituduh bunuh Eksekutif Pentadbiran TV9
Susulan kisah Eksekutif TV9 ditemui meninggal
Suami kepada Eksekutif Pentadbiran wanita TV9 itu,
dituduh di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas tuduhan
membunuh isterinya di kediaman mereka di Damansara Damai, bulan lalu.
Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31,
bekas pekerja bahagian teknologi maklumat (IT) Bernama
dilihat mengangguk faham sebaik tuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah
Tertuduh kini bertugas sebagai eksekutif IT di sebuah syarikat gas dan minyak.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Norazman Bashah dituduh membunuh mangsa di rumah bernombor 115,
Tingkat 1, Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C,
Damansara Damai, Sungai Buloh antara jam 12.30 tengah hari
dan 7.30 malam, 28 Julai 2012
tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
yang membawa hukuman mati mandatori
komen aku: tertuduh baru didakwa, belum lagi diputuskan
bersalah ke tak bersalah oleh mahkamah
jadi, boleh tak kita tidak terlalu lancang mengeluarkan hukuman
sebagaimana tuduhan terhadap arwah Nur Syaleza Jaffar dulu?
belajarlah dari sejarah
patutnya kita doakan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
bukan terus menghukum seakan kita tahu apa berlaku sebaliknya.
tapi…memang budaya kita macam tu pun
suka sangat menghukum walaupun kita sendiri tak tahu
kalau tak, tak wujudlah aktiviti mesorat jendela ya hu hu hu
Diskaun, Rebat Tol Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri
Sempena sambutan Aidilfitri dah tak berapa lama lagi,
Minggu depan berbondong-bondonglah kita terjah lebuhraya
Untuk balik kampong dan beraya bersama keluarga di kampong halaman
haaaaaa dah lama kan dok tunggu pengumuman rebat diskaun tol ni...
Sebanyak 24 lebuh raya di seluruh negara bersetuju memberi diskaun
dan rebat tol antara 10 hingga 37.5 % selama empat hari secara berperingkat
mulai 15 hingga 23 Ogos rebat tol sempena sambutan Aidilfitri
Opsssss! Aku tak dapat nikmati rebat tu!
Tak apa…bukan banyak sangat pun berbanding rakan-rakan yang balik Utara dan Selatan
Menteri Kerja Raja, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata,
diskaun dan rebat tol itu adalah kadar tertinggi yang pernah diberikan
Bagi semua Jalan Persekutuan, had laju diturunkan
daripada 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80 km/j mulai 12 hingga 26 Ogos.
Opssss! Yang ni diawalkan pulak…nape rebat tol lambat? Hu huh u
semua kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan lebuh raya
akan dihentikan sementara…ada sekatan untuk kenderaan berat tak?
Boleh kurang kemalangan, tapi…impak ekonomi besar juga tu…
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan pula,
dua lebuh raya menawarkan tol percuma dan 22 lagi memberi diskaun
dan rebat antara 10 hingga 30 peratus…
setakat ini, senarai lebuhraya terbabit belum keluar lagi…
masa pun ada, sila ingat ya kawan-kawan,
rebat tu jugak bergantung kepada jam berapa kita keluar lebuh raya ya
bukan sepanjang masa huh u hu
Komen aku: ada rebat ke tak ada, tetap nak berbondong-bondong
Balik kampong gak…tahun ni aku coti panjang
Tak pernah ada dalam sejarah hidup lagi ni…
Kata P.Ramlee: buang tabiat nak mamposss apa!
Yang penting…sangat teruja!
Resipi Cucur Kodok Pisang Warisan Mak
Sempena Ramadhan...saksikan resipe cucur pisang warisan bonda
untuk anak-anak yang tinggal di perantauan...
sila jangan bakar rumah ya!
Bila Karpal Singh Berkata Pasal Hudud, Aku Rasa Nak Luku Je Kepala Orang Islam Yang Sokong Membabi Buta Ikut Kepala Otak Tok Nenek Dia
Tu namanya jahil tukil, sila Tanya Mek aku apa maksudnya
Malas nak ulas panjang tapi begitulah perasaannya
Aku bukan marah Karpal Singh bila dia kata
hudud hanya sesuai untuk negara islam, tak boleh pakai di negara sekular
sekejab negara kita ngaku jadi negara islam
sekejab lain jadi sekular pulak…sama jugak macam sekejab kena jajah
kemudian beria-ria pacak bendera banyak-banyak sambut ulangtahun kemerdekaan
padahal sekejab yang lain pakar sejarah kata Malaysia tak pernah dijajah
memanglah Malaysia tak pernah dijajah, yang kena jajah tu Tanah Melayu
sekarang ni Malaysia sedang dijajah …perasan tak?
Menurut Karpal: "Hudud hanya boleh diguna pakai dalam negara Islam.
Ia tidak boleh dilaksana di negara sekular seperti Malaysia.
Negara sekular seperti Malaysia mesti mempunyai undang-undang sekular.
Ini diputuskan pada 1988 apabila bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan
(kemudiannya Mahkamah Agung) Tun Salleh Abas membuat keputusan
negara ini ditadbir melalui undang-undang sekular yang bermakna
Malaysia merupakan negara sekular,"
Entri ni tak ada kaitan tentang mana-mana fahaman politik
tapi fahaman islam…Islam yang kita anuti
entah kenapa ramai sangat orang kita sanggup persendakan hukum Allah
sanggup juga mengulas ikut kepala otak tok nenek dia je
bab-bab hukum hakam agama, kemudian menolaknya dengan bangga
istiharkan kepada umum pulak betapa dangkalnya ilmu sendiri
yang boleh kita tengok melalui komen-komen membuta membabi
apa yang kita dapat? Bangga?
Bangga sangatkah persendakan agama sendiri?
Bangga sangatkah tunjuk kebodohan diri dengan agama sendiri?
Bangga sangatkah?
Aku bukan nak bela Karpal Singh, dia bukan umat nabi Muhammad S.A.W,
Bukan tahu apa pun pasal Islam, tapi kita sendiri belum tahu
penyudahnya dia macam mana…Kalau Allah kata “kun” maka “kun fa yakun”
hidayah Allah bukan payah nak dapat, kita yang dah Islam ni…
usah terlalu perasan dapat masuk syurga tanpa hisab
Boleh tak jangan jual akidah sendiri dengan nilaian dunia?
Khamis, 9 Ogos 2012
Keputusan kemasukan ke IPTA lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi esok
Bermula malam ni, adik-adik kita lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi
Dah tak berapa lena nak tidur…berdebar-debar je rasa kan?
Berbuka puasapun rasa tak bersemangat ya…maklumlah
Esok akan diumumkan keputusan kemasukan ke IPTA
Bagi lepasan STPM, Matrikulasi, dan Asasi
untuk calon yang tidak ditawarkan dalam pemilihan awal,
semakan boleh dibuat mulai 12 tengah hari.
calon boleh mendapatkan maklumat itu melalui
hotline 03-8870 6767,
helpline 03-8870 6777,
talian am 03-8870 6755/6766 atau
laman web:
http://upu.mohe.gov.my.
http://www.jpt.utm.my,
http://jpt.uum.edu.my,
https://jpt.unimas.my
dan http://jpt.ums.edu.my.
Semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip
UPU RESULT (no kad pengenalan) dan hantar ke 15888,
calon yang terpilih merupakan calon yang
tidak mendapat tawaran ke IPTA dalam pemilihan awal
kerana tidak bersetuju ditawarkan program pengajian luar pilihan,
dan melibatkan mereka yang mendapat PNGK 2.8 ke atas.
keputusan tawaran ini adalah muktamad dan calon tidak dibenar
mengemukakan rayuan terhadap tawaran itu.
"Proses pemilihan dilaksanakan mengikut pilihan calon atau rayuan, atau pilihan bidang calon, atau mengikut program pengajian yang mempunyai kekosongan dan bersesuaian dengan bidang pilihan calon,"
Calon yang berjaya akan mendaftar pada 1 dan 2 September,
sebarang pertanyaan boleh hubungi
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
Jabatan Pengajian Tinggi di talian 03-8870 6767 atau 03-8870 6777
Olimpik: Pandelela Mara Ke Final, Ada Aiskrim Percuma Lagi Tak?
RATU terjun negara Pandelela Rinong menghidupkan harapan Malaysia
dalam usaha memburu pingat kedua Sukan Olimpik 2012
selepas berjaya menduduki tangga kelima pada pusingan separuh akhir
acara 10m platform individu wanita, sebentar tadi.
Doakan dapat emas ya…masih ramai yang nak beratur
Tuntut aiskrim percuma di Baskin Robin ni…
errrrr ada tak ni? ada tak?
Kemaskini: Tahniah kepada ratu terjun negara Pandelela Rinong yang
mengutip gangsa negara jadikan itu pingat kedua Malaysia
selepas Lee Chong Wei meraih Perak dalam perlawanan badminton sengit
Nuffnang Berwajah Baru
Terkejut badak sekejab bila buka nuffnang hari ni
Fuyoooooooooooooooo nuffnang dah berwajah baru
Comel! Comey! Jelita! Ayu!
Pendek kata…Nampak ekslusif sensangatlah!
nampak mewah tak?
nampak comey sebab ada BUDU ek?
Rabu, 8 Ogos 2012
Bila Ku Li Bersuara…Apa Kata Ikut Je Nasihat Ku Li?
Bila Ku Li bersuara minta Selesai segera isu royalti minyak petroleum,
Sebelum PRU13 nanti, aku rasa orang politik patut dengar nasihat tu
Ku Li memang banyak pengalaman dalam politik Kelantan sejak berzaman
Sejak kecik lagi aku dah kenal Ku Li…glamer tak dia?
Tengku Razaleigh Hamzah berharap isu tuntutan royalti minyak Kerajaan Negeri Kelantan
akan diselesaikan segera kerana ia bukan rumit dan tidak melibatkan Kerajaan Pusat.
Bekas Pengerusi Petronas itu berkata, isu berkenaan timbul hanya kerana
Petronas tidak menunaikan hak Kerajan Negeri Kelantan
seperti yang termaktub dalam perjanjiansemasa Kelantan menyerahkan sepenuhnya
hak milik Petroleumkepada syarikat minyak negara itu.
persoalannya, siapa di belakang petronas yang mungkir janji itu?
Isu royalti lima peratus itu adalah antara Kerajaan Negeri dan Petronas,
tak ada kaitan dengan BN, UMNO, PKR atau Anwar Ibrahim…apa lagi Sharizat Jalil
Sekarang ni Petronas yang bertanggungjawab menyelesai perkara ini
dengan kerajaan negeri…tak berbangkit soal pertikaian antara sesiapa
tetapi sebenarnya kelemahan Petronas kerana tidak membayar kepada kerajaan negeri
aku memang tak berkenan pun penubuhan Jawatankuasa Tuntutan Royalti
Negeri-negeri Pantai Timur yang diumumkan Perdana Menteri, Sabtu lalu.
Jawatankuasa itu akan dianggotai wakil kerajaan Pahang, Kelantan dan
Terengganu yang diperkenan sultan masing-masing.
Ia akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.
Macam-macam hal boleh jadi dalam siasatan yang hanya akan diumumkan
Selepas enam bulan hu huh u macam sinetron lah pulak
Padahal, masa nak gali dulu…berapa lama ambik masa untuk setuju?
Tengku Razaleigh adalah Pengerusi Petronas yang menandatangani perjanjian tersebut
dengan Kerajaan Negeri Kelantan pada 1975…macam tu punya lama?
Jadi, apa guna wujudnya Akta 144 - Akta Kemajuan Petroleum 1974?
yang menyatakan dengan jelas kedudukan royalti minyak
untuk Kelantan dan lain-lain negeri.
Berapa orang baca entri ni dah lahir masa tu?
Jadi kalian tahu kan kena aku sokong R?
Macam Ku Li kata, mudah je: rujuk balik kepada akta dan perjanjian
Dah habis ke segala peguam bijak pandai di Malaysia ni?
Mintak tolong karpal sigh tak leh?
Komaen aku: sebenarnya dah tulis komen panjang lebar
tapi dah padamkan semula…
Cerita Tentang Negeri Paling Miskin di Malaysia...
Novel Barbara inspirasi hidup masyarakat Kelantan
|
BERCAKAP mengenai wayang kulit, ternyata kebudayaan yang wujud lebih
1,000 tahun dahulu diasimilasi secara berperingkat dari beberapa negara,
sebelum ia meresap ke dalam budaya masyarakat Melayu.Wayang kulit Melayu yang agak popular di Malaysia rata-ratanya adalah
dari pantai timur Malaysia dengan kebanyakan mempunyai ciri dan
sentuhan Siam.Antaranya ialah wayang kulit Kelantan atau lebih dikenali sebagai
wayang kulit Siam. Ia dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk
melalui Patani, selatan Thailand.Dasarnya, kisah-kisah yang dipersembahkan adalah berdasarkan Hikayat
Ramayana dan penglipur lara tempatan dan disampaikan menggunakan loghat
Kelantan. Antara watak penting ialah Hanuman, Sri Rama, Sita Dewi,
Maharaja Rawana dan Laksamana.
Sebagai negeri yang bersempadan dengan selatan Thailand, Kelantan
mempunyai persamaan dari segi elemen kebudayaan, sosial dan
sesetengahnya memiliki loghat serta gaya hidup masyarakatnya.
Kekayaan budaya Kelantan
“Berdiri sebagai sebuah negeri yang khusus, Kelantan kaya dengan
kerja kraf, seni, makanan dan bahasa yang sangat unik. Tidak ketinggalan
wayang kulit dan lain-lain seni persembahan yang menjadikan warga
Kelantan bangga dengan siapa diri mereka,” kata seorang penulis buku
bersiri misteri Shadow Play, Barbara Ismail dari Brooklyn, New York,
Amerika Syarikat.
Wanita berdarah Inggeris itu menjadi saksi kepada beberapa
persembahan wayang kulit di Kelantan, khususnya Kota Bahru pada era
tahun 1970-an hingga 1980-an. Tergerak hati untuk membukukan memori tersebut, novel beliau bukan
sahaja diolah seperti kisah misteri ala Sherlock Holmes, bahkan
menyentuh kehidupan masyarakat Kelantan terutamanya wayang kulit. Dalam novel itu, Barbara tampil dengan siri penyiasatan penuh
misteri membabitkan watak Maryam, seorang penjual kain songket di pasar
Kota Bharu.
Mungkin agak luar biasa untuk menceritakan bagaimana seorang wanita
yang menjual kain di pasar menjadi penyiasat dalam membantu polis
menyelesaikan sebuah pembunuhan melibatkan pemain wayang kulit.Namun, Barbara ternyata bijak menggunakan watak-watak hidup yang
ditemuinya di Kota Bahru dan memanipulasi secara bijak. Semua garapan
penulisan itu adalah hasil daripada adaptasi diri beliau dalam kalangan
penduduk tempatan.
“Saya belajar di Kolej Hamilton di New York dan menerima falsafah
kedoktoran di Universiti Yale juga di New York. Pengenalan saya dengan
wayang kulit buat pertama kali adalah ketika saya berada di Jawa semasa
belajar dulu. Profesor saya, Doug Raybeck seorang antropologis yang belajar di
Kelantan, mengajar saya bahasa Melayu,” kata wanita itu melalui temu
bual e-mel yang dilakukan baru-baru ini.
Fasih berbahasa Melayu tetapi dalam loghat Kelantan, Barbara
terpengaruh dengan Raybeck dalam melanjutkan pendidikan mengenai wayang
kulit Siam di Kelantan.
“Pertama kali saya menonton wayang kulit Siam, saya terus jatuh hati,” katanya.
Ibu kepada dua orang anak, Jerushah, 25 dan Arielle, 21, itu amat
mendalami penceritaan dan persediaan wayang kulit termasuk mempunyai
hubungan rapat dengan tok dalang sehinggalah kepada para penonton
tempatan. Mengimbas pengalaman menonton wayang kulit, masih segar dalam kotak
fikiran Barbara mengenai persembahan yang melarut hingga lewat malam
itu.
“Ada orang yang melintas ulang-alik di hadapan tabir putih dan urusan
jual beli snek serta kopi berlangsung di tepi pentas. Ada yang duduk,
merokok, berbual-bual dan makan sewaktu persembahan itu. Ia seperti
sebuah majlis keramaian,” ujar beliau yang turut mendirikan rumah tangga
dengan lelaki Melayu.
Wanita lebih berkuasa
Pemerhatian Barbara di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu turut berkisar
mengenai pengaruh wanita. Wanita tempatan dilihat bukan sahaja cantik
pada rupa, malah amat berkuasa. Laksana ketua dalam keluarga, peranan
mereka merentasi kemahiran berniaga dan menjaga kebajikan ahli keluarga. Beliau juga berpendapat, golongan lelaki pula digambarkan sebagai
kurang reputasi dalam berniaga lantas lebih suka membantu isteri dan
lepak di kedai-kedai kopi selepas bersara.
“Seperti watak utama novel saya, Maryam, wanita di Kelantan sangat
berbakat, berani dan mampu berdiri di kaki sendiri tanpa bayang-bayang
lelaki. Mungkin juga ia menjadi sebab mengapa Kelantan agak mendahului
statistik perceraian kerana wanita-wanita tidak perlu bergantung kepada
lelaki,” katanya lagi sambil menambah bahawa pada tahun 1970-an,
Kelantan agak ketinggalan dan terasing daripada bahagian barat
Semenanjung Malaysia dari segi pembangunan. Keramahan dan kemesraan penduduk di Kelantan juga menambat hati
Barbara dan dia berharap pada suatu hari nanti kedua-dua anak
perempuannya dapat merasai pengalaman yang sama.
Budaya Melayu
Kisah yang dibawa dalam novel Barbara banyak dibantu oleh rakannya, Ijan Shaari.
“Dia membaca draf novel dan banyak membantu dalam penelitian penggunaan bahasa Melayu serta penerangan tentang budaya.Jiran saya di Kota Bharu yang ketika itu berusia 12 tahun, Ashikin
Mohd. Ali, turut menawarkan bantuan dalam mendapatkan maklumat mengenai
budaya dan orang Kelantan,” ujarnya Barbara yang menetap sekitar lima
tahun di Kelantan.
Barbara juga amat berterima kasih kepada ramai lagi orang
perseorangan, jiran-jiran dan rakan-rakan beliau di Kelantan yang banyak
membekalkannya dengan pengalaman yang indah tatkala di Kelantan.
“Bryn Barnard, seorang artis yang saya kenali sejak kami di Kelantan
pada tahun 70-an, membaca draf dan memberi komen membina. Pengarang
saya, Richard Lord, memberi idea dalam saya menjayakan novel ini, tidak
dilupakan adik ipar, Shahmim Dhilawala, yang berkerja keras untuk novel
ini,” kata Barbara.
Wanita kulit putih yang lebih menyukai kehidupan fasa perlahan
Kelantan berbanding New York itu turut menggambarkan kebudayaan orang
Melayu khususnya di Kelantan.
“Orang Melayu amat menjaga hati orang lain dalam setiap tindakan dan
percakapan. Di New York, kami cakap sahaja apa yang terlintas, tanpa
memikirkan impak kepada orang lain. Pengalaman di Kelantan membuatkan
saya lebih kemelayuan. Kini saya bercakap, makan, masak, bertindak,
semuanya dipengaruhi resam Kelantan,” katanya bangga.
Walaupun sudah sekian lama tidak melawat Kelantan, negeri itu menjadi
kegemarannya di Malaysia memandangkan, dia masih mempunyai ramai
kenalan di situ selain di Melaka dan Kuala Lumpur. Merindui pemandangan semula jadi Kelantan dan makanannya seperti nasi
dagang dan kek Kelantan, Barbara mengakui, rasa cintanya terhadap
Kelantan sesuatu yang tidak dapat dipadam begitu sahaja dan akan terus
dihidupkan melalui penulisan buku beliau.
“Saya masih ingat apabila balik ke rumah selepas menonton wayang
kulit, segala-galanya gelap gelita. Apabila mendongak ke atas, saya
dapat lihat awan yang cantik dipenuhi bintang-bintang.Tidak mungkin saya mendapat perkara yang sama di New York. Itu adalah kecantikan milik Kelantan,” ujarnya.
Sumber: Kosmo
Komen aku: alangkah bertuahnya kalau boleh jumpa dengan dia...nak bawak dia nyuluh ikan, mmukat burung puyuh ;)
Langgan:
Catatan (Atom)