Memaparkan catatan dengan label berbuka puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berbuka puasa. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Julai 2013

Sahur ke Tiga


Alhamdulillah, selesai juga dua hari kita jalani Ramadhan dan berkesempatan berpuasa dengan jayanya.

Hari pertama, berbukz dengan capati buatan sendiri. Pertama kali buat. Lanyak aje. Kalau tengah lapar, apapun sedap. Tak kesah. Bantai aje dengan sardin. Pertama kali masak sadin yang menjadi. Selama ni memang GAGAL memanjang je masak sardin.

Hari kedua aku ke Warta. Bayar bil bruk, kemudian beli barang basah. Dah tahu, mesti jem masa balik, terus je tapaw roti nan dengan ayam tandori yang rupanya macam puyuh. Ohhhhh! Sangat banyak perbezaan tahap kekecilannya. Keras juga. Kelmarin punya apa hu hu hul

Lepas berbuka dengan roti nan keras dan ayam tandori keras itu, tetiba terfikir...sahur nanti dengan apa? Mmmmmm baru sahur ke tiga, dah tak tahu nak sahur dengan apa hu hu hu

PsssssssT: best jugak pekena kopi masa migrin gila2 ni...lain kali nak buat lagilah hu hu hu

Pssst: Nak riak sikit...first time tulis entri tak pakai komputer hu hu hu kalau ayat lintang pukang dan salah eja merata tu, silalah maafi jari jemariku yang teramat runcing ni...nak tekan huruf lain dok pi tekan huruf lain hu hu hu



Rabu, 24 Ogos 2011

Bila Kapal Karam, Aku Sendirian Terenang Ke Tepian

Ohhhhh tajuknya memang sedikit sadis; 
sangat terpinggir dan terasing
keseorangan juga
tambah pula pada Ramadhan terpenuh keberkatan ini

semalam berbuka puasa dengan Cik Bintang
selepas solat maghrib kami ke restoren sharifah
di Syeksen 7 Bandar Baru Bangi
tak tahu nak makan apapun
pakai sebat je order
Bihun Hailam Kapal Karam hu hu hu sikit punya indah nama menunya
tak tau pun macam mana rupanya
bila sampai, inilah dia;
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Fuyoooooooooo
Chumil tak? Kak Ayu kita pandai masak tak benda lagu ni?

Namapun kapal karam,
timbul dan penuhlah dengan hidupan laut di dalamnya,
termasuk ikan goreng
pertama kali makan benda macam ni
rasanya: boleh tahan

aku memang sukakan makanan laut
patutnya sangat teruja bila tengok semua mak nenek isi laut
mendarat dengan jayanya dalam pinggan
tapi bila kolesterol dan meningkat
dan kena kurangkan makanan laut ni
nikmatipun tak sepenuh hati
makan dengan risau...diet makanan laut berbulan dah terburai
“sesekali je pun makan, tak apa” Cik Bintang cuba sedapkan telinga
makan tetap makan
dan makan juga tetap habis
walau dengan rasa risau


PssssT: tempahan untuk meruku bagi Aidilfitri ni telah ditutup dengan rasminya Ahad lepas. Untuk kerepek masih ada sedikit lagi stok kalau nak sebelum balik kampung (Jumaat boleh ambil). namun tempahan boleh dibuat semula pertengahan September 2011 untuk sesiapa yang nak buat doorgift, cenderahati atau rumah terbuka.



Maruku akan dibuat pada hari Sabtu dan Ahad berdasarkan tempahan, jadi sila buat tempahan awal sebelum majlis.



Minggu ni semua tempahan telah dihantar kecuali tempahan “terkejut tergempar” yang tiba-tiba diterima kerana semua kilang dah kehabisan stok.  Oppssss! bukan kilang yang tempah dengan kami, tetapi ramai yang target untuk dapatkan bekalan di kilang mengalami sindrom “hampa” kerana hanya ada rak kosong di banyak kilang kerepek sekarang ni.



sekalung terima kasih kepada semua rakan-rakan yang membuat tempahan. insyaAllah, kerepek dan meruku ini akan kami usahakan sepanjang tahun. Selalu-selalulah update ke FaceBook Kerepek Rembow dan Kerepek Rembow Raya, kerana kami sentiasa kemas kini dan tambah senarai kerepek yang boleh dinikmati sepanjang masa, bukan hanya pada musim perayaan sahaja.



Tempahan untuk Aidiladha juga sudah dibuka. Kemaskini akan dibuat dari semasa ke semasa. Tempahan awal akan diutamakan.




Khamis, 2 September 2010

Kalian dah Merdeka?


31 Ogos dah berlalu. Banyak hal berlaku sempena hari kemerdekaan negara kita itu. Ramai juga yang tulis di blog masing-masing tentang semangat merdeka. Yup, memang sangat teruja untuk menulis tentang semangat kenegaraan dan keMalaysiaan, tambah lagi kita boleh jumpa dan dengar kat mana-manapun tentang segelintir orang yang cuba jatuhkan ketuanan Malaysia di mata dunia. Kita sendiri macam mana?

Sama ada kita setuju atau marah dengan Masdur yang berkobar-kobar melaung memanggil-manggil seluruh warga Indonesia yang berada di Malaysia balik berhari Raya dan tak kembali lagi ke Malaysia (tanam ubi kayu kat kebun, itupun kalau ada kebun. Kalau tak ada kebun...silalah berkebun dengan cara yang sesuai), dan mengusir warga Malaysia yang berada di Indonesia, pengertian merdeka sebenarnya lebih besar dari itu.

Aku malas nak ulas apa-apa tentang isu-isu hangit seperti ini, ataupun menyokong pendapat beberapa tokoh yang tidak pernah didendang jasa mereka mempertahankan negara semasa perjuangan untuk memperoleh merdeka negara pada 1957 lalu, walaupun sebenarnya, hati sangat meronta-ronta untuk mencatatnya. Bukan tak mahu kongsi, namun, seperti yang selalu aku katakan, bukan semua perkara boleh dan sesuai untuk dinyatakan secara terbuka. Itu juga bagi menjaga kesinambungan merdeka yang kita nikmati sekarang.

Ahad lepas, kakak ajak berbuka di rumahnya. Aku ni adik yang tak berapa nak baik pun, terpaksa menolak kerana alasan tersendiri. Memandangkan adik aku dari Sijangkang datang bertapa kat rumah bersama bayi lelakinya yang comel itu, aku suruh dia ke rumah kakak. Paling kurang terubatlah juga rindu Siti dengan sepupunya itu. Manalah aku nak tahu bahawa kakak sebenarnya hanya ajak aku seorang sahaja, ingatkan ada kenduri berbuka puasa hu hu hu ampunkanlah daku dengan khilaf ini!

Kakak kirim satu mangkuk nasi, ikan haruan bakar, kari daging dan bubur lambuk. Cukuplah sekali makan untuk sahurnya, tapi aku makan untuk dua kali...berbuka esok harinya juga. Nak buat macam mana, urat perut aku pendek sahaja kot, tak muat nak isi banyak-banyak.

Dah lama tak makan kari. Bila kakak kirim kari daging itu, rasa macam nak menangis. Aku hanya makan kari daging atau ayam tertentu sahaja, bukan semua jenis kari. Kalau kari mamak tu, dah terdesak sangat baru makan. Kari yang ada kat sini, lebih banyak kari. Pekat. Bau karinya yang kuat itu buatkan aku tak boleh telan. Tambah lagi pekat dengan kari. Kalau letak santanpun sangat sedikit santan itu. Itu yang tekak aku tak b oleh terima.

Aku hanya makan kari yang Mek buat sahaja. Atau yang seakan-akannya. Ada santan. Cair. Tak banyak letak serbuk kari atau rempah-rempahnya. Dan kari yang tak boleh untuk aku tolak adalah kari buatan Mek, walaupun bagi orang lain, kari itu layak dibuang sahaja (aku pernah nampak kari yang Mek buat dan hantar kepada seseorang dengan penuh kasih sayang dibuang begitu sahaja dari tingkap rumah selepas beberapa saat aku hantarkan kepadanya). Dan kari Mek ini, sudah lebih dua tahun aku tak rasanya.

Aku pernah balik kampung saat terlalu teringin untuk makan kari Mek. Kala itu, Mek begitu sibuk dengan beberapa uruisan keluarga hingga dia tidak berkesempatan untuk masak. Baliknya dah letih. Tak sampai hati pula nak minta Mek masak kari. Dan aku balik Bangi dengan satu rasa hampa. Walaupun cari di merata kedai makan, namun tak ada satupun rasa seperti kari yang Mek buat.

Satu kali yang lain, aku balik lagi. Kali ini aku nekad, sibuk macam manapun aku nak minta juga Mek masak kari ayam atau daging. Aku tak kira dah. Tekak aku masih belum jumpa kari yang sama macam Mek masak. Kali ini juga aku hampa. Mek tak sihat. Sampai hatikah seorang aku untuk mintak macam-macam? Tegakah aku? Hanya kerana tekak sendiri.

Aku kembali lagi ke Bangi dan belajar untuk melupakan kehendak anak tekak yang memang mengada-ngada ini. Bukankah otak boleh kawal segala? Lalu aku terus mengawal hati agar tidak terlalu mengikut anak tekak. Ada kala, mencuba juga kari di beberapa kedai makan, sekadar mengubat rindu. Namun, tiada satupun yang sesuai. Hingga kini. Bila kakak kirim kari daging, aku memang teruja. Memanglah rasanya tetap tak sama seperti yang Mek masak, dapat rasa sipi pun dah cukup.

Istimewa sangatkah kari Mek ini? Bagi orang lain, dah pasti tak lalu nak makan. Bagi aku, sedapnya itu lebih kepada disulam kenangan. Kari inilah yang kami makan sejak kecil walaupun jumpanya hanya sesekali. Maklumlah, keluarga kami bukannya senang. Orang buat bendang. Bendang pawah pula tu. Jadinya, sesekali sahaja ayah mampu beli daging. Itupun bukannya daging batang pinang. Tetapi daging yang banyak urat. Daging yang liat. Daging yang banyak lemak. Pendek kata, nak senang cerita, daging yang tidak bermutu dan murah.

Jadinya, Mek tak ada pilihan lain untuk masak daging ini selain buat kari. Kalau goreng, memang liat. Bila buat kari, mek perlu rebusnya lama-lama hingga liatnya itu jadi empuk. Nasib baik dulu guna kayu api untuk masak, kalau guna gas macam sekarang, mahu setengah tong gas kan? Bombastik lah pula ayat tu kan? Dan, kari Mek itu pula akan dipotong kecil-kecil untuk cepat empuk, banyak kuahnya pula. Untuk dirasa lebih banyak mulut. Kami 7 beradik, tujuh mulut tu pula boleh tahan juga kalau menyuap. Tak ingat dunia dah. Jadinya, walaupun daging yang berurat dan liat itu sudah habis, kami masih lagi hangatkan kuahnya itu berhari-hari. Penambah rasa bagi nasi. Itukan lebih sedap dari makan nasi berkuahkan air?

Dan kari yang kakak kirim itu, adalah kari yang seperti ini. Kari yang sedikit sebanyak mengubat rinduku. Kari yang pernah kami hadap masa kecil-kecil dahulu. Kari yang terpenuh kenangan.

Sahurnya, aku bangkit dengan penuh teruja. Panaskan nasi, panaskan kari daging istimewa itu. Ikan haruan bakar nan seekor aku simpan untuk berbuka petangnya. Cukuplah dengan kari ini sahaja, urat perut aku kan tak panjang. Kebetulan Zetty balik rumah (sesekali sahaja dia bermalam di rumah) dan sedang sahur dengan biskut. Aku ajak dia sekali. Orang kata, rezeki gajah sama dilapah.

Aku makan dengan penuh selera. Walaupun bukan seratus peratus rasanya seperti kari yang Mek masak, namun, rasa itu aku tak akan jumpa di mana-mana kedai makan di Bangi ini. Waaaa, kalau kakak aku tahu aku dah puji dia melambung-lambung sebegini, aku memang pasti tidurnya malam ini bersulam dengan sengih sampai sahur.

Saat nasi di pingganku telan langsai, aku menyedari tentang sesuatu. Zetty makan dengan payahnya. Hanya berlaukkan kuah sahaja. Daging-daging liat dan urat itu semuanya terpinggir di tepi pinggan. Dan aku, tiba-tiba sahaja diurung sesal. Menyesal kerana ajak dia turut bersahur dengan kari super sedap bagiku, namun tidak mampu ditelannya. Kami dari dunia yang berbeza.

Dia anak merdeka yang biasa makan daging batang pinang. Aku anak merdeka juga, namun dihidangkan dengan kari daging berurat, liat dan berlemak gred paling rendah. Kalaupun aku mampu beli daging batang pinang kini, namun ada kala, tekak tetap teringin daging liat itu. Tetap rindukan kari daging Mek yang dahulu. Tetap mengenang betapa sukarnya mendaki tangga demi tangga yang bawakan kami ke menara ini, walaupun kerapkali juga aku terjelepuk kehilangan nafas di anak tangga yang entah ke berapa.

Pada musim kemerdekaan ini, aku belajar dan menyedari tentang banyak perkara. Terima kasih, Tuhan...temukan aku dengan banyak perkara. Belajar tentang banyak benda. Moga aku akan lebih syukuri dengan setiap apa dimiliki. Selamat menyambut merdeka...

p/s: Tekak aku tetiba je mintak ketupat pisang. Macam mana ni? Adusssssssssss!

Jumaat, 20 Ogos 2010

Apabila Berbuka Puasa Itu Adalah Membuka Selera


Sejak mula Ramadhan, aku berbuka secara sangat sederhana. Itu aku katalah. Setiap hari, hidangan berbuka aku hanyalah kurma, air kosong, cekodok bawang dan buah. Itu sahaja. Cukuplah untuk isi tembolok tanpa membazir. Sahurnya kadang-kadang nasi, banyak kalinya hanya kurma dan air kosong sahaja kerana terbangun jam 5.30 tepat. Ada masa terlajak hingga jam 6 pagi, memang sah tak sempat sahur.

Hari ini, ajak Cik Bintang Membuka Selera di
Puri Pujangga, UKM. Bufetnya memang boleh tahan dengan hanya RM30 sebatu jemala. Kalau ada sesiapa nak berbuka di sini, boleh telefon 03-8921 3361/3362 untuk buat tempahan. Tak pasti website mereka selalu kemaskini ke tak.

Malas nak tulis banyak-banyak, tengok gambar ajelah ya...





Buah celup coklat...yummy!

Labu sira (lamanya tak makan!) dan lepat labu

Murtabak

Roti John...dah lama ngidam. Memang puas hati. Tambah sampai 2 kali 4 ketul tu..

ABC...mintak kacang banyak-banyak. Ikan bakar lupa nak snap, dah kenyang...terus lupa!
Kalau setakat nak berbuka puasa sampai tak terbangun, tak payah berebut serbu hotel bintang-bintang, sinipun dah lebih dari cukup. Tempat selesa, tak sesak, ada surau yang sediakan telekung lagi. Bolehlah cuba ya...aku tak dapat apa-apa bonus untuk promosi percuma ni. Hanya sedikit perkongsian sahaja.