Rabu, 29 Februari 2012
Selasa, 28 Februari 2012
Peminat Misteri tu Mengasyikkan atau Menyusahkan?
Ada peminat misteri
memang seronok kalau zaman remaja dulu
Secret admirer buat hati
rasa melambung seronok
masa tu, secret macam
mana pun paling-paling curi-curi jelling je
tak adalah sampai hantar
ayam bagai
[3 ekor tu…boleh
sembelih, masak kari sedap ayam kampong!]
ngeri lagi kalau dah
sampai tahap hantar seluar dalam bagai
kalau yang belum guna
letak dalam kotak tu masih ada tanda harga
boleh juga sedekah kat
orang
bila dah guna…fuhhhh
lain macam pulak rasa seramnya
berdiri bulu roma eden
errrr ini kisah yang
berlaku di wangsa maju yang boleh dibaca di ondscene
kalian ada kisah peminat
yang misteri sebegitu?
atau misteri hanya tahap
jelling jelling senyum senyum sipu sipu malu
dan tidak bahayakan
kesihatan awam?
jenis kedua boleh kita
jumpa di mana-mana
siap simpan jadi
kenangan indah zaman remaja
namun bila berhadapan
dengan situasi pertama,
sangat merisaukan kerana
semua gerak geri kita diperhatikan
dan kita tak tahu siapa
musuh kita itu.
Masa awal-awal kerja
dulu
aku pernah juga berdepan
dengan situasi ada secret admirer begini
bukan di rumah, tapi kat
pejabat
jadi, gerak geri aku
bagaikan diintip
macam ada cctv pulak,
apa yang aku buat dia tahu
aku dating pejabat jam
berapa, balik jam berapa
macam dia tahu. langkah
aku sampai je kat pejabat
belum duduk lagi,
telefon dah bunyi
bila angkat, SENYAP. Diam.
Sepi. Tak bersuara.
kadang-kadang bunyi
dengus nafas je
panggilan yang serupa
aku akan terima selepas jam 5 petang
macam tahu je aku balik
lambat.
Awalnya aku buat tak
tahu je, macam tak ganggu apa-apa
lama-lama makin kerap
kena ganggu dengan macam-macam gaya
tapi bila aku terima
satu surat tanpa nama pengirim
…isinya adalah gambar
18sX yang diprint dari website
sakit kepala juga
dibuatnya sebab aku mula sedar yang orang itu
serius dan jadikan aku
sebagai sasaran
setelah bincang dengan
bos, akhirnya dia jadi seketeri aku pulak
yang akan jawab semua
panggilan selepas waktu pejabat
agak lama gangguan itu
berlanjutan hingga jadi kes di bahagian keselamatan
dah tentu tak ramai
orang tahu kecuali orang tertentu
dan aku pula terpaksa
mengubah banyak rutin dalam hidup
masa pergi dan balik
kerja berubah, bos benarkan aku datang dan balik sesedap rasa
parking kenderaan juga
di tempat berbeza setiap hari
hingga pernah jadi, aku
lupa parking kat mana
makan, shoping dan
sebagainya juga berubah
semua tu untuk kelirukan
sang peminat misteri yang menyusahkan
hidupku itu
semua tu senyap dan
berhenti macam tu sahaja
aku tak sedarpun sejak
bila si peminat itu dah mula tak minat
siapa kata ada peminat
misteri itu membahagiakan?
siapa kata semua peminat
misteri berikan kita bunga-bunga
yang indah berkembang di
taman hati?
Aku memahaminya andai
selepas ini, si Jelita dihadiahi 3 ekor ayam dan
seluar dalam terpakai
itu akan alami trauma untuk berada di rumah sendiri
sebagaimana aku pernah
alami rasa cinta yang merudum
setiap kali pergi kerja
sedangkan aku sangat sukakan kerja aku itu.
PsssT: Gambar Tatoo di dada Erykah Badu, artis kulit hitam amerika
dipaparkan dalam the Star. Hari ini, diputuskan konsert Erykah badu di Kuala Lumpur
telah dibatalkan. Batal???????
Yupppp! batal!
Nak tengok rupa tatoo yang menyebabkan konsert ini dibatalkan
boleh dilihat di google search image
aku tak sudi nak letak wajahnya yang "tak berapa nak lawa" itu kat sini
terutama bila ada tatoo sebegitu.
dipaparkan dalam the Star. Hari ini, diputuskan konsert Erykah badu di Kuala Lumpur
telah dibatalkan. Batal???????
Yupppp! batal!
Nak tengok rupa tatoo yang menyebabkan konsert ini dibatalkan
boleh dilihat di google search image
aku tak sudi nak letak wajahnya yang "tak berapa nak lawa" itu kat sini
terutama bila ada tatoo sebegitu.
Isnin, 27 Februari 2012
Pesanan Awal Minggu
Aku salin semula pesanan awal minggu
diterima melalui email rasmi
peringatan untuk aku
untuk rakan-rakan jua
ia bukan sahaja dinilai sebagai jenayah
lebih utama Keberkatan Rezeki
Jumaat, 24 Februari 2012
Aminnnn…Makbulkanlah Doaku ini Ya Allah!
Hari Jumaat yang mulia,
penghulu hari sepanjang seminggu
hari ini makcik sihir
yang selalu kenakan seragam hitam lusuhnya
yang terbang guna
penyapu lidi pada malam yang kelam
sambil menyembunyikan
gigi rongak, hidung tingginya dek kekurangan kalsium
maka pada hari inilah
dia sedang menerbangkan
dirinya menjalani ibadah umrahnya
Haji sudah, umrah entah
berapa kali juga sudah
Alhamdulillah
Murah rezekinya
Kita ni entah bila mampu
jejak kaki di Bumi Haram itu
Mudah-mudahan suatu hari
nanti
Kita juga mampu
berteleku di hadapan kaabah
Aku hanya mengharapkan,
aku berdoa moga-moga
Setelah kembali nanti
Hatinya jadi PUTEH
Aminnnnn!
Lisa & Yusri dah Selamat...aku?
Sama ada
ramai orang terintai-intai mencari
Gambar perkahwinan atau pernikahan
artis Lisa Surihani dan Yusry KRU
Yang berlangsung
di Mariot Putrajaya,
kemudian
majlis resepsi Lisa Surihani dan Yusri
pada Ahad ni di PICC Putrajaya
ohhhhh
dah pasti jem Putrajaya Ahad nanti dengan orang pergi kenduri mereka
orang
serbu Pesta Buku Islam dan juga…lumba basikal LTDL 2012 (Le Tour de Langkawi)
opssss!
Lumba basikal tu pada hari Jumaat dan Sabtu huh u hu
merata
dah tersebar gambar hari bahagia mereka
Lisa
yang comel Yusry nan ensem
Sama-samalah
kita doakan mahligai yang mereka bina ini
Kekal
abadi hingga Syurga
Moga dapat
berdozen bebi yang comen, cun dan ensem juga
Kepada
semua jejaka idaman Malaya yang retak serpih
hati patah jiwa merana, putus
harapan
berduka nestapa dan frust menonggeng dengan perkahwinan ini
Apa salahnya
doakan kebahagiaan mereka ya
Kata orang
"Kalau
kita cintai seseorang, maka izinkan dia hidup bahagia"
Tentang
diriku…biarlah merana tanpa siapa peduli huk huk huk
Aduhaiiiii
terlebih emosi bagi PIHAK lah pulak…
Namun
bagi aku,
Lebih
teruja nak tunggu bulan Mac nanti
Walaupun
sebenarnya kalau boleh janganlah bulan Februari ini berlalu
[tahu
tak bulan April tahun ni ada 29 hari?
Sesiapa
yang lahir pada tarikh ini boleh buat pulut kuning dan
Jangan
lupa pulak ajak aku…
Ayam golek
sama ya!]
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka membuat pengumuman
mengenai
Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
dalam waktu terdekat dalam perhimpunan besar-besaran
yang
akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam
akan
diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Mac 2012.
Lisa Surihani dan Yusry memang dah selamat
aku? sampai bila nak kena tunggu ni?
memang umum 12 Mac ek?
Aduhaiiiii stress tau!
Lambatnya nak datang Mac!
Khamis, 23 Februari 2012
Bercinta dengan Suami Orang?
Seronok sangat ke bercinta dengan suami
orang?
hebat sangat ke jadi macam kucing yang
sentiasa terhendap-hendap?
nak keluar tengah malam buta dating pun
terhendap-hendap nyorok dari aku
(macamlah aku tak tahu ada tikus sedang
terendap keluar)
nak masuk rumah waktu subuhpun
terhendap-hendap lagi
(macamlah aku tak tahu ada tikus
berdecit masuk rumah pepagi buta)
masa orang berderet balik dari masjid
masa orang berderet balik dari masjid
tak sedarkah aku memang suka bergerak
dalam gelap?
kalian anggap aku masih lena diulit mimpi pada waktu subuh gajah itu?
tak tahukah telinga ini sangat mudah
menangkap bunyi
pagar terusik sedikitpun boleh jagakan
aku
walaupun jam loceng gempita tepi telinga
masih belum cukup kejutkan saban pagi
mahligai ini gelita bukan bermakna aku
masih diulit mimpi)
Seronok sangatkah bercinta dengan suami
orang?
Siang membuta malam berjaga
macam burung hantu
untungnya usia masih muda...masa masih panjang
untuk lakarkan arah hidup
andai masa disiakan, bekalan apa disimpan untuk hari tua
ataukah seribu sesalan tidak begitu cukup untuk dikenang?
Opssss! Maaflah ya
Sesekali seronok juga buka jerangkap
samar
Sekadar beritahu semua tingkah itu
bukannya aku tak tahu
bukan cemburu kalian berbahagia
hanya sedikit gusar kalau-kalau awal tahun depan
ada bayi tak sah taraf dilahirkan
kemudian terbuang macam sampah
tidak juga jeles cemburu buta
kalian nak poligami madu perang lesung melayang puting beliung melanda
tak ada maknapun untuk aku kesah
namun usah jadikan rumah ini sebagai markas
bukan cemburu kalian berbahagia
hanya sedikit gusar kalau-kalau awal tahun depan
ada bayi tak sah taraf dilahirkan
kemudian terbuang macam sampah
tidak juga jeles cemburu buta
kalian nak poligami madu perang lesung melayang puting beliung melanda
tak ada maknapun untuk aku kesah
namun usah jadikan rumah ini sebagai markas
Duhai para isteri budiman,
pernah tak sesekali suami tercinta
kalian hilang dari bantal sebelah
sedar tak? perasan tak? bila masa dia
keluar tengah malam buta setelah anda lena?
bila masa dia balik dengan siangnya
terisi kantuk…
tiada niat untuk hasut anda yang dia
sedang bercinta semula
hanya sedikit ingatan
perempuan zaman maju ini lebih suka
suami orang
tak tahu kenapa
kalian tahu?
cer citer...
jangan jadi tikus, boleh?
masuk jerangkap samar, aku tak tau...sendiri tanggung!
Kenaikan Gaji Penjawat Awam SBPA hingga RM2500?
Kesatuan
Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)
menuntut kenaikan gaji penjawat awam bagi tahun 2012
antara RM700 hingga RM2500
dari gred 1 hingga gred 54
yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu bawah skim SSM
sebelum diperkenalkan pergerakan gaji baru di bawah skim SBPA
Tuntutan Kenaikan Gaji CUEPACS adalah seperti berikut;
Gred 1 hingga Gred 16
(RM700)
Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000)
Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500)
Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800)
Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500)
sehingga 31 Disember 2011 juga perlu
diberi kenaikan gaji
errrr…aku tak ambik lagi ni melepaslah
ek?
Ramai yang buat telahan bahawa pada
2.2.2012 (tarikh cantik jugaklah tu)
CUEPACS
akan umumkan sesuatu
Jadi
itulah ya yang diumumkan selain meminta
pekerja
yang dah habis tangga gaji sebelum ini dibayar tunggakan
sebanyak
RM500 (5 tahun)
5
tuntutan CUEPACS sebelum ini dan tuntutan kenaikan gaji di bawah SSM
Sebelum
pergerakan gaji seterusnya dilaksanakan bawah skim SBPA
Kenaikan Gaji Penjawat Awam SBPA hingga RM2500?
yerrr sila percaya semua tu
bakal jadi nyata hu hu hu
tapi RM2500 tu dah pasti bukan aku
kalaulah gaji aku yang naik sebanyak tu
akan aku belanja mulut sendiri di Pizza San FRANCISCO berbulan-bulan
la la la berangan memang tak payah nak bayar
tak pakai modal apa-apa
5 tuntutan CUEPACS:
Kaji semula pindaan gaji Gred 54 ke bawah
Kaji semula pindaan gaji Gred 54 ke bawah
Kaji gaji
penjawat awam mencapai gaji maksimum
Kaji kekananan
dalam SSM sebelum bertukar kepada SBPA
Kaji kenaikan
gaji tujuh hingga 13 peratus
Semak
penstrukturan semula semua gred penjawat awam
Pasukan Petugas untuk Semak penstrukturan Semula SBPA
diberi tempoh 2 bulan,
iaitu sehingga 16 April 2012
lama
lagi tu…aku ni dah kering kontang dok tunggu hujan turun
dua
hari lepas dah bayar Yuran RM1010
nampak cantik je angka tu tapi kalau tukar dengan mesin basuh
tak payahlah aku basuh kain di sungai macam
bawang putih bawang merah lagi kan?
memanglah yuran tu boleh tolak semula
dalam borang pengistiharan cukai pendapatan bakal
isi sebulan dua nanti
tapi
yang tahun lepas pun senyap je tak bayar balik ni macam mana?
yang kontang
tetap poket aku jugak hu hu hu
PsssT: Opsssss Malaysia kena lanyak dek Jepun 0-4 dalam perlawanan kelayakan bola sepak kejohanan Olimpik London 2012. Anggap aje Harimau Malaya lupa nak mengaum malam ni. Jangan jadikan kekalahan di tangan opssss! di KAKI Jepun ni sebagai pematah semangat untuk menyokong pasukan negara. Dah namapun main bola sepak, kalau tak menang akan kalah...tak pun seri.
PSSSST: siang tadi,
Jenaka SBPA pagi ni…
Sms Isteri: Bang, kalau tuntutan CUPEK peratus naik gaji tu Berjaya, ayang akan dapat kenaikan gaji RM1800…nak beli kereta barulah
SMS Suami: ok jugak tu…abang pun ada rancangan juga…nak kahwin baru.
Jangan marah ya…ini kisah BENAR berlaku depan mata aku pagi tadi tetapi ayat SMS tu dah diubahsuai sedikit.
PSSSST: siang tadi,
Sms Isteri: Bang, kalau tuntutan CUPEK peratus naik gaji tu Berjaya, ayang akan dapat kenaikan gaji RM1800…nak beli kereta barulah
SMS Suami: ok jugak tu…abang pun ada rancangan juga…nak kahwin baru.
Jangan marah ya…ini kisah BENAR berlaku depan mata aku pagi tadi tetapi ayat SMS tu dah diubahsuai sedikit.
Rabu, 22 Februari 2012
Lisa Surihani Kahwin Esok Lusa Aku Lagi Teruja Kejar Formula SBPA Baru
Tetiba entri ini terpadam sebahagian daripadanya
tanpa aku sedari, dah cuba untuk baikpulih
namun aku sendiripun dah lupa tulis tentang apa
berkaitan perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU
esok lusa ni,
tinggal hanya dua perenggan ni sahaja
itupun terlompat sana sini hu huhu
berkaitan SBPA je
V
V
V
V
V
V
Alhamdulillah kalau betul-betul tambah baik
Tambah gaji…aku sokong je walaupun peluang untuk aku tu kira
ehsan je lah
Nak betul-betul naik sebab penilaian tahunan, baik tak payah
Mimpi pagi hari namanya
dan perenggan ni:
hakikatnya? Bukan semua orang dapat
kalaupun telus, bukan di semua tempat
tetap juga ada yang teraniaya. Semua tu kan ada kuota
kalau orang macam aku ni…payah sikitlah
kecuali gulingkan bos dan kroninya
boleh gitu? Ada sesiapa nak jadi talibarut tak?
Adakah aku dah terkena tulah?
apapun, harapnya perkahwinan Lisa dan Yusry akan kekal bahagia
hingga ke syurga
ada sesiapa nak jengah majlis kenduri mereka di PICC tak?
teruja nak tengok gambar perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry
mesti comelnya dia lebih terserlah
Selasa, 21 Februari 2012
Student Tu Bukan Pelanggan Ek?
Kalau rasa nak diberi layanan macam
peminta sedekah,
Mengaku ajelah diri anda sebagai student
Tak kiralah di kedai makan, atau di
pintu bank terkemuka
Anda memang akan dilayan dengan
sewajarnya
Macamlah kita bayar semua tu dengan
voucer buku 1Malaysia
Namun itulah hakikatnya
Siapa kata hebat jadi pelajar ni?
Siapa kata boleh nak bermegah? Tak ada
maknanya!
Akupun tak tahu sampai bila mentaliti orang Malaysia ni akan berubah
Suka sangat hukum orang dengan apa yang
dilihat
Apa yang didengar walaupun belum tentu
lagi semua tu betul
Kemudian buat analisis dan andaian yang
merepek
Paling tidakpun salahkan segala jenis
hantu
Mentang-mentanglah hantu tu tak boleh
nak jawab balik!
Tahu tak kenapa aku seronok jadi
pelajar?
Jadi orang yang sedang menimba ilmu?
Jawabnya terlalu mudah:
kalaupun waktu ini ditakdirkan umur aku
pendek
aku tergolong antara orang-orang yang
mati syahid
boleh gitu?
Jadi, kepada semua bank…walaupun aku
banyak hutang,
Kepada tauke kedai makan…walaupun aku tak
mampu makan sedap-sedap
(eh dah lupa ya…aku kan asal dari negeri
miskin
Mana mampu nak makan mewah dan sedap)
Kalaupun tak mampu nak bagi layanan bak
Tuan Puteri
Tak payahlah ada diskriminasi
Aku tau lah aku ni awet muda, macam
budak sekolah umur 17 tahun
Tapi mampu lagi takat nak beli behun sup
tak cukup rasa tu
PsssT: ini adalah
entri stress seorang aku yang nak kejar tarikh MATI esok, jadi sila abaikan
kelainan kromosom atau kecelaruan genetik…lebih tak boleh pakai kalau aku
katakan berlaku “kacau bilau hormon” dek
Perubahan ekstrogen, tapi belum sampai tahap menopause lagi ya…
Maaflah, Aku Pendamkan FB Kamu di Wall
Hari ni aku nak minta maaf, dah pendamkan FB Kamu di Wall
Nak SEKAT terus, tak sampai hati pula
bukan tak suka tengok wajah hensem pelbagai aksimu
yang sering ditampal itu
tapi aku malu nak menatapnya
bila dikau menyeksikan diri dengan gaya macam-macam aksi
tahu tak betapa aku tersiksa?
tahu tak betapa aku terdera?
Hari ni aku nak minta maaf, dah pendamkan FB Kamu di Wall
Nak SEKAT terus, tak sampai hati pula
Bukan tak suka tengok dikau ubah status 14 juta kali sehari itu
tapi aku malu nak menatapnya
tiap patah kata penuh sopan santunmu itu
layak ditujukan kepada rakan-rakan di zoo sahaja
aku yang tidak berada di situ amat tidak selesa nak baca
maklumlah, itu kan perasaan-perasaan bersifat pribadi
ekslusif untuk sahabat di sana
tahu tak betapa aku tersiksa?
tahu tak betapa aku terdera?
Hari ni aku nak minta maaf, dah pendamkan FB Kamu di Wall
Nak SEKAT terus, tak sampai hati pula
bukan tak suka tengok dikau chating retis bagai
tapi aku malu menatap betapa buayanya dikau
mengayat setiap dara dan mak dara yang jadi rakanmu
bukan mesra itu kucemburui
namun bibit yang ada bak mengundang bala hubungan terlarang
kita kan ada budaya timur ada batas nan tersendiri
biarpun katamu: kat FB je…kat luar ai baik dan warak
tahu tak betapa aku tersiksa?
tahu tak betapa aku terdera?
Hari ni aku nak minta maaf, dah pendamkan FB Kamu di Wall
Nak SEKAT terus, tak sampai hati pula
bukan tak suka tengok komen dikau tentang rakan-rakan sendiri
namun bahasanya sangat menyentuh rasa
andai rakan sendiri dikau boleh sekasar itu, aku nanti bagaimana?
apa nak kujawab kepada rakan-rakanku sendiri
pastinya sangat hairan bila aku berrakan dengan orang sebegini
sejak bila pula gurauku cara sebegitu?
aku jua ada rakan yang perlu dijaga hatinya
aku juga ada hati yang perlu rakan jaga ia
tahu tak betapa aku tersiksa?
tahu tak betapa aku terdera?
Hari ni aku nak minta maaf, dah pendamkan FB Kamu di Wall
Nak SEKAT terus, tak sampai hati pula
sensitif dikau mengalahkan budak perempuan bawah umur
pantang tegur sikit meroyan berkoyan-koyan
menyembur bahasa WANGI merata alam
daku yang jauh beratus batupun tempiasnya terasa
panas telinga payah nak selindung
usah kata aku tak faham darah mudamu
aku juga pernah muda dan masih juga muda (ek?)
tak perlu tunggu tua (Bangka) untuk berubah lebih baik
usia itu hanya satu angka orang kata
tapi kalau dah bongkok sabut perangai macam bayi di bedungan
memang payah nak kata…tak terkata dah
tahu tak betapa aku tersiksa?
tahu tak betapa aku terdera?
Hari ni aku nak minta maaf, dah pendamkan FB Kamu di Wall
Nak SEKAT terus, tak sampai hati pula
tahu tak betapa aku tersiksa?
tahu tak betapa aku terdera?
sebelum aku meroyan hilang akal dek tingkahmu
baik aje diam-diam dipendam di wall
tak kacau sesiapa…
maaflah ya…memanglah sengaja tapi memang tak upaya
nak kawal diri nengok tingkahmu
bukan aku kenal pun!
Salah aku juga
asal orang add je terus terima
tak sampai hati kononnya
nak tunjuk baik kononnya
tak nak dikata sombong kononnya
akhir sekali...sendiri yang susah!
Padan muka aku!
Ahad, 19 Februari 2012
Penyanyi Latif Ibrahim Meninggal Dunia?
sambil buat kerja sambil mengadap TV
Melodi di TV3 bagi tahu tersebar khabar angin di internet mengatakan
penyanyi 80-an Latif Ibrahim meninggal dunia adalah
TIDAK BENAR sama sekali
sekarang ni beliau sedang koma di ICU
tidak dinyatakan kat hospital mana, sakit apa
sama-sama kita doakan moga beliau cepat sihat
bukannya menyebarkan berita yang sebegitu
KEMASKINI:
KEMASKINI:
KUALA LUMPUR 20 Feb.
Artis era 80an, Penyanyi dan pelakon Latiff Ibrahim telah
meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 6.10 (ada yang
kata 5.50) petang tadi akibat komplikasi
jantung pada usia 62 tahun. Turut berada di sisi arwah ketika itu ialah
ahli keluarganya. Berita itu disahkan sendiri oleh adik allahyarham iaitu Datuk
Khatijah Ibrahim. Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari IJN pada
Sabtu lalu. Jenazah Allahyarham kini berada di IJN dan akan dibawa ke kediaman
allahyarham di No 1, Jalan AU 3/16B, Taman Keramat, Kuala Lumpur dan dijangka
akan dikebumikan pada malam ini juga.
DariNYA kita datang,
kepadaNya jua kita akan kembali. Alfatihah. Semoga rahnya dicucuri rahmat.
Amin.
Takziah buat keluarga
Latiff Ibrahim.
Mek Naik Darah Kelantan Jadi Negeri Paling Miskin?
Pagi-pagi Mek telefon kejutkan aku bangun
pada pagi minggu hu hu hu
"Berapa hari bulan balik?" tanyanya masa aku masih mamai tak cukup tidur
"Jumaat..." boleh bayangkan tak suara seksi aku kala tu?
"Tak gi kijo ko?...tak ingat Ahad coti"
dah pasti Mek dah perasan suara mamai aku baru bangun tidur
"Tidur lambat semaleee..." aku memang tak tipu pun
semalam memang tidur agak lambat juga
walaupun bercita-cita untuk tak nak tidur
pot pet pot pet segala mak nenek Mek cerita itu ini
akhirnya pecah rahsia:
darah tinggi dan gula dia dah naik
banyak fikirlah tu...
Adussssss! aku pulak boleh terenjat emosi ni
apa tak risaunya, banyak yang dia fikir
Perdana Menteri kita masa di Sabah kata:
Kelantan negeri paling miskin,
tapi Mek risau dok fikir macam mana nak kemas dan hias rumah kecilnya tu
maklumlah, dia seorang je kat rumah
sesekali menantu dan cucunya balik kemas
tapi dah tentu tak begitu cukup ikut citarasanya
Mek pula tak suka nak mengarah menantu sangat
walaupun kakak ipar aku tu tak kesahpun
Mek lebih suka kerah anak-anak perempuannya buat semua tu
sayangnya semua anak perempuan Mek berada di negeri paling maju
nak cari rezeki kan...kami semua ni kan miskin papa kedana
kalau tak kerja di Selangor,
karang kebulur la pulak kami anak beranak makan ANGIN
makan angin???? fuhhhhh aku memang SUKA makan angin la la la
orang miskin macam kami layak makan angin je hu hu hu
Mek dah gembira dengan langsir baru,
gembira juga akan dapat bunga-bunga hiasan yang baru
setelah hampir 15 tahun tak tukar
(Kamikan miskin, mana mampu nak tukar bunga bungaan segala
walaupun plastik dan palsu)
dia juga sedang tambah gembira nak dapat cucu baru dalam masa terdekat
akan gembira bila dapat menantu baru
(bukan aku yang kahwin)
wahhhhhh dalam gembira yang berganda-ganda itu
darah tinggi dan kencing manis Mek juga boleh mencanak naik?
Huh! banyak sangat dia stress tu...
Sekarang...aku pulak dapat stress yang berganda
Aduhaiiiiiiiii!
Sabtu, 18 Februari 2012
Rindu Azlina Aziz
Dah lama tak dengar suara emas Azlina Aziz
Masa kecik dulu, selalu berkumandang suara dia
Antaranya Wajah Siapa di Hatimu dan
Wajahmu di Mana-mana
Sesekali ada juga diputarkan di Klasik Nasional
Beberapa hari lepas, beberapa stesen radio ada putarkan lagu merdu ini;
Sebenarnya aku memang bukan manusia yang prihatin sangat dengan dunia
hiburan
Banyak perkara aku tak tahu dan selalunya tak ambil tahupun
Namun, bila dengar beberapa kali lagu yang indah itu
Paling utama irama dan liriknya sangat berbeza
Dengan lagu-lagu lain bersifat semasa
Aku mula tertanya-tanya gerangan penyanyinya
Mulalah Tanya Enche Google nan hensem tu…
Ohhhhh terubat juga rinduku pada si Jelita Azlina Aziz yang arwah
bondanya itu
Antara artis kesukaanku
Jom layan betapa klasiknya lirik lagu ni…
Batu Belah Batu Konkrit (Bonda)-Monoloque & Azlina Aziz
Wahai anakanda ku sayang
Ke mana hilang budaya
Diculik piring terbang
Atau ditelan buaya
Tiada peluang tiada ruang
Semua mahu cepat kaya
Pabila semua dah hilang
Barulah hendak percaya
Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepih
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit
Wahai anakanda ku sayang
Kenapa gadai pusaka
Sebab cinta atau wang
Atau kerna kurang peka
Seperti lalang-lalang
Suka belok suka leka
Ikut telunjuk bayang-bayang
Akhirnya diri terluka
Melihat semua ini
Hati bonda menjerit
Lepaskan bonda lari
Dari dihimpit putar belit
Masyarakat hipokrit
Wahai bonda jangan merajuk
Bonda jangan makan hati
Anakda disini memujuk
Dan anakanda takkan berhenti
Kini sekadar impi
Baru faham semua ini
Bonda tolong jangan pergi
Maafkan anakmu
Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepih
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit
Dari dihimpit putar belit
Hamba duit masyarakat hipokrit
Bonda rela dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit
Tiba-tiba aku rasa dah jatuh Chenta dengan lagu ni
Errrr maklumlah...aku ni kan katak yang terlolong terlalak
bawah tempurung dalam kotak di hujung kampung hu hu hu
Label:
azlina aziz,
Batu belah batu konkrit,
bonda,
lagu kreatif,
monoloque
Jumaat, 17 Februari 2012
Jommm Lastik MakCik Sihir Yang Terbang dengan Penyapu Lidi
Usah dikesali saat hari yang benderang
tetiba diterjah hujan mencurah
setelah reda tangisan awan itu
akan muncul garis pelangi nan
cantik menghiasi pandangan
dan dibawa ke mimpi indah
usah ditangisi siang semakin tua menjemput datangnya malam
pada warna sore nan sebam itu
masih ada pancaran emas menyerikan keberangkatan hari
terhampar mengundang asyik
biarpun seketika
senja nan merah...biarku sembunyikan amarah |
tidak perlu jua berduka nestapa
menyambut datangnya malam nan pekat
kelak akan ditemu gemerlap bintang
menghias dada langit
dan bulan memancar warna tembaga
doakan malammu berteman mimpi indah
selamat malam dunia!
Errr…entri ini tiada kaitan apa-apapun dengan makCik sihir yang terbang
dengan penyapu nan tiada sempat untuk aku lastik setelah mengetahui superman
sedang bercuti kerana menikmati tempe goreng kicap campur ikan bilis dan cili api.
PsssT: gambar petang semalam, mengejar mentari terbenam ;)
PsssT: gambar petang semalam, mengejar mentari terbenam ;)
Khamis, 16 Februari 2012
Dua Hari MengCek Mek Molek...Molek Benar Tuuuu!
Hah, tu diaaaaaa....sape suruh teringin nak makan benda payah nak dapat
nak beli pun susah, jarang orang jual sini
kalau adapun...adakah rasanya sama?
ke keras macam kunyah biskut bantat tak jadi
baling ke dinding...dinding yang tembus!
jadinya kawan-kawan, dua hari makan Cek mek Molek ni memang molek benarlah
tambah lagi bila adunan campak-campak itu sangat kena
cukup syarat tak keras tak juga sangat lembut
maka berpesta rialah daku mengunyahnya
PssTTT: warnanya memang sengaja digelapkan
supaya kena dengan kegelapan kulit pembuatnya hu hu hu
Errr aku memang suka kalau garing...gelap tak apa la la la
Jemput ya semua...selamat menikmati
jamu mata ajelah ya
kalau nak resipi dan cara nak buat Cek Mek Molek versi Cik Anyss Si Jelita ni
bolehlah belek entri lepas kat link atas tu ya...
Langgan:
Catatan (Atom)