Rabu, 29 November 2017

Ustaz Badli Shah Doa Keajaiban Hidup

Banyak perkara boleh mintak, doa ajelah. Mohonlah apa sahaja kepada Allah.



Tips doa bila pergi Mekah; senaraikan doa-doa ikut hari berada di sana.

Bila doa;
• Kena yakin doa itu akan dimakbulkan
• Detailkan doa tu, kena sungguh-sungguh yakin.
• Perlu bersedia untuk berubah
• Lelaki yang berjiran dengan nabi Musa di syurga
• Kisah Imam Abu Hanifah dihalau dari masjid
• Jika nak sesuatu mintaklah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.
• Berdoalah dengan tekun dan tidak terburu-buru. Jangan mudah jemu. Doa sahaja setiap masa.
• Bila doa itu tidak makbul, bukan bermakna tidak sayang tetapi itu yang terbaik untuk kita.
• Berdoa dalam semua keadaan; bukan masa susah sahaja.
• Jangan kutuk diri sendiri, keluarga, orang lain, sesiapapun, ditakuti waktu itu waktu mustajab.
• Mohonlah hanya kepada Allah
• Terjemahan Doa Dhuha agak kasar dalam Bahasa Melayu.
• Kata Ulamak, Guna asma ul husna dalam doa
• Buat sedikit pengakuan-pengakuan dosa, sikit-sikit okey tapi jangan melampau-lampau.
• Penghulu istifar


Jangan terikat dengan sajak-sajak yang ada dalam doa.
• Berdoa dengan kusyuk dan rendah diri
• Berusaha untuk taubat barulah doanya dimakbulkan. Usaha untuk bersihkan kehidupan daripada makanan haram, pakaian haram, berkatkan rezeki dll.
• Boleh bertawasul dengan kebaikan yang pernah dibuat. Ungkit kebaikan dengan Allah tak apa, jangan ungkit kebaikan dengan manusia.
• Ulang-ulang doa sebanyak 3 kali dan selawatlah juga.
• Berdoa mengadap kiblat, Angkat kedua-dua tangan, hingga nampak ketiak. Tetapi janganlah pula berteriak-teriak.
• Banyakkan wuduk sebelum berdoa.
• Berdoa sambil menangis, bukan berlakon menangis.
• Berdoa sambil merendah diri. Doa Nabi Ayub; surah anbia, ayat 83. Nabi Zakaria; surah anbia, ayat 89.
• Berdoa pada waktu-waktu yang mustajab; malam lailatul qadar, pada 2/3 malam, selepas setiap solat fardu.
• Berdoa di tempat-tempat mustajab; rumah Allah, Masjidil haram (multazam paling mustajab), makam ibrahim, hijr Ismail (solat sunat dalam ni untuk perempuan), antara rukun yamani dan hajr aswad, hajr aswad (amalan sunat), pintu mustajab, doa semasa minum zam zam, bukit safaa dan marwa.

Selasa, 28 November 2017

Ustaz Badli Shah - Suasana Kubur

Dalam Program Cinta Ilmu.



Antara intipati;
• Perelokkan/baguskan kain kapan.
• Kata-kata kubur kepada mayat
• Himpitan kubur; saat bin Muas hanya mendapat sekali himpitan kubur.

Jumaat, 24 November 2017

Kisah Mat Dan Memeluk Agama Islam

Kisah Mat Dan aku mula ambik pot bila viral kisah seorang mat saleh di pulau kapas dok cakak Ganu. Masa tu dia selebek jer, rambut panjang baju pong dok paka huhuhuhu.

IKAN SINGGANG OST MAT DAN KAKI JALAN



Lagu “Ikan Singgang” dan “Mok oh Mok” nyanyian dan lirik Naquib menjadi lagu tema Ost bagi rancangan Mat Dan Kaki Jalan. Sebelum ni ambo tak pernah tahu pun wujudnya lagu sedak nih, bila wujud rancangan Mat Dan Kaki Jalan, barulah ambo dok cari lagu gerbendanya hok sedak sangat tuh huhuhuhuhu ingatkan Mat Dan sendiri yang nyanyi. Rupanya lagu ni dah lama wujud.

Bila Mat Dan dah hensem, peluk Islam dan jadi host dalam rancangan Mat Dan Kaki Jalan, aku mula ikut perkembangan dia semula. Maklonglah dah hensem kan huhuhuhu adoi laaaa macam jujur benar pulak aku tulis.

Aku dah ikuti perkongsian pengalamannya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam dan kehidupannya dalam masyarakat Melayu. Bila Allah nak bagi hidayah, perancanganNya itu sangat menarik.

Kisah Mat Dan Memeluk Agama Islam Buat Ramai Terharu



Jom ikuti jugak cerita Mat Dan tentang puasa dan raya yang dijalaninya;

Pengalaman MAT DAN Berpuasa & Berhari Raya



Tetiba je Mat Dan dah jadi retis kan?

Rabu, 22 November 2017

Parodi Lagu Minyak Naik Lagi

Orang Malaysia ni kreatif. Berbakat. Berseni. Cumanya semua nilai itu muncul bila terdesak je selain pembuatan mortar dan bom pada musim perayaan. Huhuhu jangan kecam ambo

Jom kita dengar beberapa lagu merdu fasal kenaikan harga minyak huhuhuhu

Aiman Tino Versi Petrol Naik



Yang ni tangkap leleh zaman ambo dok berjiwang masa naik bas nak pergi sekolah dulu-dulu huhuhuhu

Sekelip Mata Kau Naikkan Harga Barang (PARODI)



Banyak lagi lagu-lagu sebegini. Banyak jugak lagu Tak Tun Tuang punnnn hu huhuhu

TAK TUN TUANG




Merdu tak? Kannnnnnnwalaupun lagunya pasal tak mandi ha ha ha

Lagu tak tun tuang ni paling banyak fasal harga minyak naik huhuhuhu macam sedap pulak di dengar huhuhuhuhu

Selasa, 21 November 2017

Video Pertunangan Shila Amzah & Haris Elias

Shila Amzah dah bertunang. Berikut video majlis pertunangan Shila Amzah;



Manisnyaaaaaa, bersemut!

Jangan kena diabetes sudah laaaaa!

Orang tengah bahagia, lagu pun bestlah kan. Tapi, masa tengah kechiwa pun lagu dia best jugakkk  huhuhuhuhu adoi laaa entah apa-apalah aku tulis ni? Jom dengar lagu terkini Shila Amzah, Falling In Love With You.

FALLING IN LOVE WITH YOU – Shila Amzah



Hebat kan?

Dia memang kerja keras dan ambil masa yang lama untuk berada pada tahap ni. Semoga jadi bintang dunia, Shila Amzah.

Jumaat, 17 November 2017

Dia Aje Betulnyaaaaa

17.11.17

Kita ni (ambo ler tuh!), kerap sangat menuntut orang berbuat sesuatu mengikut ingin kita sendiri. 

Apa yang kita buat, boleh aje…tak apa aje. Bila orang lain buat kita merungut menyampah. Orang tampal makanan sedap di FB kita kata dia menunjuk, tiba masanya kita pula letak, alasannya... perkongsian maklumat. Orang tak bagi signal di jalanraya, kita menyumpah. Masa kita tak bagi signal, bermacam alasan ada untuk halalkan tindakan sendiri.

Pendek kata…salah orang sahaja kita nampak. Kurang orang sahaja kita tilik. Hal orang aje kita kecam.

Bila orang TIDAK berbuat seperti apa kita nak, maka kita kecam. Kita kata. Kita kritik. Padahal, pernahkah bertanya pada diri sendiri apa yang kita buat tu menyenangkan orang ke tak? 

Pernah fikir tak masa kita letak gambar merenyeh moncong-moncong itik di wall, mata orang lain tahan tengok tak? Sopan tak gitu? Bila orang swafoto nampak tersengih-sengih terus kita komen dia menggedik menggatal. Terus kita melazer bermulut puaka ketaksopanan orang. Serba serbi salah. Serba serbi tak kena. Mulalah keluar tazkirah fasal adab adat budaya bagai. 

Selingan: Lagu rakyat negeri Ganu... Ayun Buai Kokek



Pernah tak muhasabah diri sekejab dan bertanya mengapa perangai tak semenggah kita orang diamkan aje. Dia tak nak kecam ke? Dia tak nak tegur ke? Atau sebenarnya dia sedang jaga air muka kita yang mudah sentap?

Yang aku sentap pada tarikh yang cantik ni apahal pulak? Adoi laaaaa....dah alang-alang TERpanjang buat status di FB, terus masuk blog ajelah kasi halau segala hantu jin puaka menetap tang sini hu huhuhu 

#TakzirahPadaTarikhCantik

Isnin, 6 November 2017

Pulau Pinang Tenggelam

Pada tahun 2014, Banjir besar melanda Kelantan hingga tenggelamkan Manik Urai. Bah Kuning. Kerajaan negeri disalahkan.

Sejak dua hari lepas, hujan tak berhenti hampir 24 jam, air laut pasang, angin, ombak... menyebabkan Pulau Pinang lumpuh. Beberapa kematian dicatatkan. Nak komen banyak hati tak kuat eh.

Banjir tenggelamkan Pulau Pinang



Hati tersentuh tengok rumah warga emas dimasuki air banjir. Mereka dah lah kekurangan tenaga, sakit dan uzur, apalah yang mampu dibuat. Tak boleh bayang macam mana mereka terendam selama berjam-jam tu. Dengan sejuknya, dengan tak sihatnya. Subhanallah.

Tidak timbul masalah Lim Guan Eng minta bantuan ATM dan bomba datang bantu atau mohon bantuan kerajaan Malaysia, sebab anggota keselamatan bukannya hak milik individu atau negeri tertentu. Pulau Pinang juga masih negeri yang bernaung di Malaysia, bukannya Negara Penang. Tak payahlah nak libatkan politik sangat. Ini kemanusiaan punya isu.



The Day After - Floods Disaster in Penang - 05 11 2017



Adik ambo di Kulim juga kena pindah. Air masuk rumah hampir paras lutut, tapi bila libatkan anak-anak, dah tentu kita kena utamakan keselamatan. Semalam adik dah balik cuci rumah, katanya air hanya ada depan rumah sahaja. Tapi anak-anak dan isteri masih di pusat pemindahan banjir, risau kalau-kalau hujan turun semula.

Penang residents overwhelmed by strong winds and flash floods




Di Kelantan, suasana begini adalah biasa setiap kali muncul hujung tahun, namun di tempat lain seperti Pulau Pinang yang PULAU, ambo fahaminya jika masyarakat panik. Namun, ambo akui jumlah kemusnahan di Penang memang besar skalanya akibat tanah runtuh, pokok tumbang dan arus deras juga. 

Kami di Kelantan tanahnya rata, tak banyak tanah runtuh kecuali air je melimpah. Sebab tu banjir di Kelantan jarang jadi macam kes di Manik Urai.



Sama-sama kita doa agar suasana kembali reda. Kita tak tahu hikmahnya apa, tapi Allah sedang menyusun sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Panjang pulak aku berleter kali ni!

Sabtu, 4 November 2017

Shila Amzah Bertunang

Alhamhamdulillah…akhirnya!

Bertunang juga penyangi comey pujaaan separuh dunia ni…ya, shila Amzah bertunang. Ribut tak ada, angin tak ada, tetiba Shila Amzah Bertunang dengan jejaka hatinya Haris Idraki Elias. Haris berusia 28 tahun bekerja dalam sektor kewangan di kota London. Biodata Haris Idraki Elias tetiba jadi buruan dan naik rangking tertinggi google ek?

Ini kata-kata atau ucapan Shila Amzah umumkan bertunang malam semalam;



Cantik tak Shila Amzah dalam majlis pertunangannya ni? Bersemut ko! Boleh dapat diabetik ni...


Eh, kejab! Mana gambar tunang Shila Amzah ni? Nak juga tengok wajah tunang Shila Amzah walaupun biodata lengkap Haris Idraki Elias masih lagi menjadi misteri. Ini dia wajah tunang Shila Amzah, Haris Idraki Elias;

  
Biodata Haris Idraki Elias tu kita serahkan kepada wartawan untuk godek-godek cari, kalau tak...tak laku pulak kerja wartawan ni kalau semua orang boleh jadi paparazzi sendiri huhuhuhu

Gambar dan video majlis pertunangan Shila Amzah



Ketika ini beberapa orang retis Malaya dah umumkan akan bertunang….AKAN ya, belum tunang. Tup tup si cantic manis Shila Amzah pulak yang bertunang. Tahniah Shila Amzah. Semoga cepat langsungnya pernikahan. Jangan tuning lama-lama tau!