Selasa, 24 Disember 2019

Minggu Depan dah 2020

Semasa diperkenalkan Dasar Wawasan 2020 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991, ambo baru lepas SPM. Jadi, masa STPM tu memang sepanjang masalah tajuk karangannya libatkan Wawasan 2020 ni.

Wawasan 2020 ni telah dibentangkan di dalam satu kertas kerja yang bertajuk ‘Malaysia- The Way Forward‘ yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Ia mengandungi sembilan cabaran yang merangkumi semua aspek kehidupan daripada segi moral, ekonomi, politik dan sosial. Teras utama dasar ini ialah pembangunan menyeluruh dengan memberi keutamaan kepada perpaduan kaum di kalangan rakyat Malaysia.

Tahun depan dah 2020. Seminggu je lagi nak cecah tahun 2020. Katanya dasar ini gagal, walaupun tak sepenuhnyalah gagal. Banyak juga pencapaian boleh kita tengok sekarang ni.

Lagu Wawasan 2020


Zaman ambo sekolah dulu, paling biasa kereta yang ada di jalan kereta gini je. Itu pun hidung dah tinggi boleh bawak kereta sebab orang lain naik motor hondacup je huhuhuhu;


Ambo kagum giler bila Malaysia keluarkan kereta pertama. Macam tak percaya je.



Sekarang ni, kemain lagi kereta buatan Malaysia kat atas jalan raya. Haaaaaa hebat-hebat semua. Tak percaya, tengok Myvi tu, macam-macam aksi depa boleh buat.

Kereta 2020


Adehhhhh tetiba terjebak dengan budak-budak ni. Sekarang baru ambo faham kenapa anak-anak buah tu lelaki pompuan memerap je dalam bilik.


Sabtu, 21 Disember 2019

KEDAI MAKAN KENA SANTAU?

Kita sering dengar rungutan pekedai makan yang restoren mereka tak ada pelanggan. Ataupun semakin kurang pelanggan. Lalunya, kita terus sahaja buat kesimpulan yang kedai makan tu dah kena santau. Ada jiran kedai makan lain yang dengki dan khianat.

Ambo tak nafikan situasi sebegitu banyak juga berlaku. Sama ada kedai kena santau, atau kedai makan guna pelaris, dua-duanya tak patut jadi. Yang ambo nak tulis di sini adalah kejadian pagi tadi;

Macam biasa, hari Sabtu dan Ahad ambo ada kelas untuk pelajar dewasa. Biasanya akan bermalas-malas nak bangun, nak bersiap dan nak sarapan atau makan. Lalunya, cara paling mudah singgah sahaja mana-mana kedai makan dan bungkus. Bangi kan syurga makanan, katanyaaaaaa.

Ambo pong singgahlah satu kedai makan belakang rumah yang ambo suka sejak dahulu lagi. Sejak kedai ni buka entah tahun 2006 atau lepas tu...tapi rasanya sebelum tahun 2010 lagi kedai ni dah beroperasi. Menu paling suka mi bandung dia yang sedap hingga menjilat sudu. Biasanya ambo bungkus sahaja, tapi sebab kedai lengang sahaja, kerusi banyak kosong maka ambo buat keputusan untuk makan sahaja di situ.

Mi bandung dan neskepe ais ambo order. Macam biasa. Itu pun yang sangat ambo suka kat kedai ni. Masa bungkus sebelum ni (tahun 2019, bukan tahun-tahun sebelumnya) ambo perasan isinya dah makin togel, kalau telur tu boleh bahagi dua, harus dia letak separuh je.

Ingatkan bila makan kat situ, melimpah ruahlah isi pinggan. Tapi yang datangnya hanya begini;
Dulu diisi dalam mangkuk, kini dalam pinggan nipis. Nampak banyak kot bila letak pinggan besar macam ni. Nak hirup kuah pong sudu asyik terhantuk dengan dasar pinggan …

Sebiji telur, 2 potong daun, sepotong tauhu dan seketul dua daging tetel yang berurat tu. Dan, paling ganggu nikmatnya bila mi bandung muar itu lebih banyak sejuk berbanding suam. Ini menyebabkan mi kuning tu rasa sedikit keras, macam ratah mi kuning yang baru keluar dari plastik.

Jadinya, ambo hanya minum neskepe ais yang sedap tu, ratah telur, sekeping tauhu dan daging tetel itu sahaja kemudian bayar dan pergi. Rasanya, itu kot kali terakhir ambo akan singgah di sini padahal ambo pelanggan yang agak setia, yang akan sering merindui makanan di sini.

Dulu lempengnya sangat sedap, rasa pisang dan lembutnya itu. Sekarang dah keras kejung lempeng macam boleh guna untuk baling dinding. Kiranya, dah tak ada apa dah sedap kat sini kecuali neskepe aisnya itu sahajalah.

Pesan ambo kepada pengusaha kedai makan dan restoren: patut-patutlah nak catu isi dan tambah harga. Orang Bangi ni ramai tak kesah berlaku pertambahan harga jika kesedapannya masih sama nilai. Tapi bila harga dah naik dan rasa dah kurang, tak lama lah tu. Jangan dok kata kedai kena santau jika begini rupanya.

Lagi satu, bos kenalah tengok-tengok jugak kedai. Jangan dok harap sangat pekerja asing yang buat semua hingga abaikan apa yang sepatutnya. Nak kata pelanggan ramai hingga tak sempat panaskan kuah, ada dua tiga orang pelanggan je. Itupun yang sedang makan, bukannya baru sampai.



Khamis, 19 Disember 2019

LARAS BAHASA YANG SALAH RUPANYA

UKM ni ada macam-macam sistem yang nak kena isi dan sistem itu jenis berangkai. Tak isi di A maka tak muncul di B dan C.

Dah bertahun ambo dok beritahu pihak pentadbiran bahawa pihak pentadbiran yang kena isi A tu, kami tak boleh isi. Tapi, depa tetap dok kata bukan tugas depa, kena buat sendiri. Masalahnya kami tak boleh nak isi sebab tak ada tempat pun boleh nak isi. Jadinya, bertahun jugalah hal A tu selambak je dalam fail tak masuk dalam sistem.

Hari ni ambo print screen arahan kerja dalam sistem A dan senarai siapa yang bertanggungjawab kena masukkan. Kemudian wasap kepada orang yang dok bertahun kata bukan tugas dia tu. Tetiba hari ni dia boleh pulak kata itu tugas pentadbiran berbanding sebelum ni kata tugas kami sendiri.

Ambo pun tanyalah siapa yang bertugas untuk uruskan tu. Dan dia jawab dia lah. Ambo tanya lagi, kemasukan automatik ke kena maklumkan. Jawabnya, kena maklumkan.

Makanya, bermula hari ni tugas mengisi sistem A itu akan selesai sendirilah lepas ni. Asal terima je surat lantikan, ambo akan buat salinan dan serahkan kepada dia.

Adehhhhhhhhh! Kalau ambo tau semudah print screen je, dah lama ambo buat wehhhhhh. Dah 4 tahun tak boleh isi, lompong je dalam sistem penilaian ambo ni. Nak selesai masalah rupanya tak payah mana bila Allah berkehendak.

Entri ni sebenarnya ambio tulis pagi tadi lagi, tapi baru sekarang sempat tekan butang publish. Hujung tahun kan, selain ramai orang dok kejar nak habiskan cuti tahunan, ramai jugak dok kejar kena siapkan untuk penilaian. Mmmmm bilalah nak merasa PAC pun tak tau lah. asyik kaluttttt je sampai ke laut!