Sabtu, 30 Jun 2012

Selamat Pengantin Baru Irma Hasmie dan Redza Syah


Petang tadi, ramai dah tulis entri tentang
pelakon pelawak Osman Kering telah meninggal dunia di HUKM
memandangkan aku belum pasti lagi tentang berita berkenaan
aku tak akan tulis tentangnya, maklumlah satu ketika dahulu
dah berlaku salah faham tentang khabar angin kematian Osman Kering sedangkan beliau
kritikal ketika tu. Dah sah nanti baru aku tulis tentang ni

cerita hebat yang panas, hot dan tengah meletop-letop hari ni
tentang perkahwinan pelakon dan pengacara Irma Hasmie dan Redza Syah
dalam satu majlis yang indah...Metro pun letak gambar mereka muka depan
nak tengok gambar-gambar perkahwinan Irma Hasmie dan Redza Syah
boleh tengok di Ohbulan ataupun terjah je blog my life love & herbalife
comel, cantik, menawan dan ayu sungguh gambar Irma Hasmie masa akad nikah
dekorasi dewan juga sangat comel, suka sangatttttt
tetiba je rasa nak kahwin hu hu hu sila jangan gelak!

mereka bertemu di Tanah Suci ketika mengerjakan umrah pada 14 Februari lalu
petang semalam, Irma dan Redza dinikahkan di dewan persidangan Perbadanan Putrajaya
tepat jam 4.55 petang oleh ayah pengantin perempuan sendiri
Di majlis bersejarah itu, Irma turut menerima cincin perkahwinan,
wang hantaran sebanyak RM33,333,33 serta mas kahwin RM2,200.
Majlis resepsi dilangsungkan siang tadi
di dewan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Orang kata, itulah jodoh. Kalau dah jodoh tu,
Mudah aje jadinya...senang aje langsungnya

Tahniah, Irma Hasmie Ibrahim,
Tahniah, Redza Syah Azmeer Datuk Mohd Radzuan,
Selamat pengantin baru Irma Hasmie dan Redza Syah
Semoga hidup bahagia dunia akhirat, dianugerahkan ramai anak-anak
yang akan mendoakan mereka ke syurga


PssT: Tahniah juga kepada Eelobor
yang menyambut hari ulangtahun kelahiran hari ni
semoga panjang umur, murah rezeki, dianugerahkan kesihatan yang baik,
ditambah anak-anak soleh dan solehah yang akan mendoakan ibu bapanya,
dan dirahmati seluruh kehidupan

Selain itu...

Bintang realiti TV Akademi Fantasia 3 (AF3),
Asiahtunakma Abdullah, 27, Akma AF3 selamat diijabkabulkan dengan
Farih Hamshi Mohamad Fatmi, 28, eksekutif di Petronas
di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak pagi tadi

Jom kita doakan juga Akma AF3 dan Farih Hamshi,
juga berbahagia dunia akhirat dengan perkahwinan mereka
Selamat pengantin baru Akma  AF3,
Selamat pengantin baru, Farih Hamshi...
macam tak nampak pulak gambar-gambar pernikahan Akma AF3 ni kat mana2
ada tak? ada tak?
Anggap je lah aku yang tak jumpa ;)



Jumaat, 29 Jun 2012

Kerani Bank Dibakar Depan Rumah


Serius, sadis sangat…sedih juga!
Seorang kerani bank baru 2 minggu bertunang
ditemui rentung selepas diserang dan dibakar di hadapan rumahnya
di Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran, Ampang malam tadi.

Mangsa, P Yoga Ambiga, 27, yang tinggal bersama kakak yang pekak dan bisu
sejak 5 tahun lalu, baru balik kerja di bank jam 10.15 malam
dia diserang (dipercayai lebih daripada seorang) hangus dibakar dalam keadaan tertiarap
penyerang dipercayai menunggu mangsa pulang dari kerja
tiada barangan milik mangsa yang hilang, motif: cemburu.

Adussssssssssss! Macam-macam sekarang ni
kalau tengok akhbar setiap hari, lagilah rasa dunia ni tak selamat
bukan Malaysia ya…dunia! Malaysia ni negara paling selamat
di Asia Tenggara, kena ingat tu!
nak parking kat pusat beli belah pun takut kena rompak
keluar sendirianpun risau sebab macam dah jadi fobia pulak
kalau tak kena ragut, kena rompak
…tambah bahaya kalau kena bunuh…stailnya rogol, bunuh bakar
asyik nak MEMBAKARRR aje kerjanya!

Moga kita akan sentiasa beringat
ada masa orang cemburu sebab kita ada “nilaian” dunia
ada masa orang cemburu bila kita naik pangkat
kena juga terima kenyataan, cemburu juga sebab tak memiliki
sebab penolakan juga…haaaa ingat mudah ke tolak cinta orang
dah sakit hati, macam-macam orang boleh buat
bukan senang tau nak tolak orang, kena ada cara
kena belajar taktik untuk lari, apalagi kalau suami orang yang mengejar
ingat senang?
ramai orang ingat senang ke bercinta dengan suami orang?
begitu juga bercinta dengan isteri orang, lagilah bala
cinta terlarang, jangan dok cari pasal

kalau boleh, aku tak mahu sakiti hati semua orang
andainya ada yang terguris sepanjang baca entri di blog ni
sepuluh jari aku hulur, ampun maaflah ya
tak ada niatpun…bukan soal takut kena bakar
memanglah takut mati dengan cara begitu
tapi lebih takut kena BAKAR kat sana nanti…
Opssssss! Entri insaf jap…


Rendang pun Nak Buat Isu!


Pernah tak masak spegati selain makan di Pizza atau mana-mana tempat?
agaknya, sama tak pizza yang kita buat tu
dengan buatan asalnya di negara mat saleh bermata hijau zamrud tu?
zamrud kaler hijau eh?
ataupun Pizza di Malaysia ni, sama tak dengan di tempat asal?
tak payah fikir jauh sangat, kira ambil mudah je
nasi kerabu yang jual di pasar malam,
sama tak rasanya dengan di Kelantan?

Percaya tak, kalau aku masak spageti, aku suka pedas?
aku seorang sahaja kot yang masak spegeti gaya pedas ni
siap tumis bagai macam buat ayam masak merah…
siap letak ketulan dan hirisan ayam kecil-kecil
selain yang dikisar…sebab bagi aku, tak best makan tanpa lauk
sebab tu aku tak berapa suka sangat makan laksa
mmmm bila tah aku akan buat laksa yang ada lauk pauk huh u hu

Kalau makan asam pedas, mesti ada banyak beza
antara asam pedas dari Kedah, Kelantan, Melaka dan Johor
kalau bab asam pedas, tak kira dari mana atau pesen mana
aku memang akan rembat terutama kalau asam pedas ikan kembung
jadinya, apalah sangat nak kecoh pasal rendang?
Payah betul kalau tak berapa nak tahu pasal sejarah bangsa Melayu ni
Aku kata lebih kang…kata mulut tak insuran pulak!


Siapa Tukar Status Tanah PKNS?


Padang PKNS di Kelana Jaya pernah timbul kontroversi satu ketika dulu
Penduduk dan badan bukan kerajaan membantah pembinaan kawasan komersial
kerana dikhuatiri akan mengurangkan kawasan hijau
selain menimbulkan kesesakan lalu lintas.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Selangor kata
padang awam milik PKNS itu dizonkan sebagai kawasan rekreasi
dokumen dirujuk MBPJ pula menunjukkannya sebagai zon komersial.
Soalnya: Siapa dalam Majlis Bandaraya Petaling Jaya dah tukarkan status
padang PKNS di Kelana Jaya daripada rekreasi kepada komersil?

Ada tengok satu drama bersiri bertajuk Jangan Ambil Padang Kami?
Rosyam Nor punya produksi, Elfira Loy dan Beto antara pelakonnya
best jugak drama tu…jarang orang nak buat drama macam tu
kisah anak-anak dan penghuni flat
sesiapa yang pernah tinggal di flat (bukan apartment ya)
boleh rasa perasaan dan situasi budak-budak kat situ

Aku pernah tinggal di kawasan setinggan yang padat
kawasan gitu ajelah pun yang sesuai untuk orang dari negeri miskin macam aku
nak tinggal apartmen atau kondo memang tak mampu sangatlah
masa tu baru je habis belajar, kerja pertama aku buat
namapun kawasan setinggan...penuh dengan macam-macam orang, 
macam-macam bangsa dan perangai ada
sesak sangat pepagi…malam pun masih sendat
kepala pun penuh je dengan macam-macam hal
sebab tak tahan dengan segala macam halt u
termasuk hal sosial dan gejala negative
aku berhenti kerja…tindakan pendek akal sebenarnya
patutnya aku pindah tinggal tempat lain
bukannya berhenti kerja. Namun, Alhamdulillah
dapat kerja kat sini…tempat yang lengang, tapi…mahal!
Redha ajelah!


Khamis, 28 Jun 2012

Euro 2012 Semakin Panas, Itali ke Jerman Lawan Sepanyol?


Ramai tak kesahpun pasal Memey Suhaiza kononnya dah hamil 6 minggu
atau Raja Azmi dan Jalani Sidek dah cerai talak satu, atau macam-macam gossip
Engku Imran dah kahwin lain atau rumahtangganya bersama Erra Fazira goncang
tak pun pasal tarik tali perbicaraan cerai Rita Rudaini dan Aidil Zafuan
atau tengah panas beberapa hari ni juga tentang kehadiran Sasha Saidin
di Mahkamah Syariah Gombak Timur mahu membuat permohonan cerai
[baru nak buat permohonan dan ambil borang ya...harapnya
dibukakan pintu hati mereka untuk berdamai dan tak jadi cerai,
bila bab cerai ni aku lebih sedih pasal anak-anak mereka nanti
kesian tau...mereka sangat perlukan kasih sayang mak bapak sepanjang masa ni
tapi ibu bapa pulak dok sibuk nak pentingkan diri dan perasaan sendiri]
apatah lagi konflik Tasha Shila, Anzalna dan Neelofa
apalah sangat takat pak Ajis Satar tak mahu terima lawatan Zed Zaidi
tak ada maknapun semua tu bila kehangatan Euro 2012 makin terasa
bola sepak yang panas itu lagi menyihatkan (walaupun kurang tidur)
dari pening kepala masuk campur hal cerai berai artis semalaya ni

walaupun aku bukannya peminat fanatik mana-mana pasukan
termasuk pasukan Kelantan @ The Red warrior yang tak masuk Euro,
bila perlawanan final @ akhir euro 2012 nanti
rugilah kalau tak tengok dan sorak sama…ya tak?
siaran langsung kat TV berapa ya? TV2 ke TV3?

Hari ni, Sepanyol dah mengesahkan tempat ke aksi final euro 2012
apabila menumpaskan portugal 4-2 menerusi tendangan penalti
itupun selepas terikat 0-0 tamat masa tambahan di stadium Donbass Arena, Donetsk.

Lawan Sepanyol di final Isnin depan ditentukan
melalui perlawanan separuh akhir pagi esok antara Itali dan Jerman
Wahhhhhhh Isnin depan dah perlawanan final
Ramailah yang cuti ya…
Jadi, Itali ke Jerman akan bergasak perlawanan akhir @ final Euro 2012?

KEMASKINI:
Itali layak ke pusingan akhir Euro 2012 setelah mengalahkan Jerman 2-1.
Jadinya, Sepanyol akan bertemu Itali dalam final @ perlawanan akhir Euro 2012
best nak jerit sorak terlolong-lolong ngalahkan polong tu hu hu hu




Bercinta Dengan Isteri Orang?


Dah banyak kes aku tengok jadi depan mata sendiri
jadi usah hairan sangat bila ada orang bercinta dengan suami orang
suami orang itu boleh kahwin empat, tak jadi hal salah
hanya jadi hal dan salah bila ada huru hara je
bukan senang nak elak dikejar suami orang
tapi bila bercinta dengan isteri orang
halnya jadi lebih rumit…bukan boleh kahwin pun
kena tunggu isteri orang tu cerai dulu
kena tunggu lepas edah pulak lagi
baru boleh kahwin…itupun kalau nak kahwin
kalau hanya nak main-main je, isi masa lapang?

Secara realiti, banyak kali juga aku berdepan
situasi isteri curang atau ada orang bercinta dengan isteri orang ni
dalam masyarakat kita pun banyak, berlambak nak timbang kilo
apalagi dalam masyarakat barat…dah tengok Keeping mum?

Mr.Bean @ Encik Kekacang tu jadi suami, seorang paderi
isterinya berlaku curang dengan lelaki lain
walaupun dia tahu kecurangan tu, tapi sebab dia paderi
yang banyak berserah kepada tuhan,
tahan hati je dia dengan kecurangan tu
part yang mendebarkan bila pembantu rumah baru mereka
(sebenarnya mak si isteri itu...) adalah banduan yang baru dilepaskan parol
dah tua…tapi sangat licik.
orang-orang yang menyusahkan keluarga itu akan dibunuhnya

Paling aku suka dalam filem tahun 2005 ni
pemandangan di perkampungan kecil yang sangat cantik
teruja untuk menikmati kehidupan di situ, tenang
cantik…pendek kata, kalau dok situ
bertimbun novel boleh tulis hu hu hu alasan tak boleh blah!

Pengajarannya: Usah curang!


Rabu, 27 Jun 2012

Finalis Konsert Akhir Kilauan Emas 2


12 semi finalis kilauan emas 2 telah berentap malam ini untuk menentukan siapakah finalis yang bakal beraksi di kemuncak kilauan emas 2 nanti. Mereka ini mewakili setiap zon kilauan emas 2 yang disiarkan secara langsung malam ini di astro prima (105) dan mustika hd (134). Senarai 12 semi finalis kilauan emas adalah seperti berikut:
1. Muari
2. Jumat
3. Iwan
4. Tauraht
5. Zauyah
6. Julaini
7. Fadzil
8. Fuad

9. Mona
10. Salina
11. Zul
12. Azri
*nama yang diwarnakan biru adalah senarai finalis yang bakal berentap di final konsert kilauan emas 2 nanti.

Awalnya, hanya 4 peserta sahaja dipilih, tetapi kemudiannya 2 orang lagi turut diumumkan untuk bersaing di peringkat akhir @ final konsert kilauan emas dua yang akan berlangsung minggu depan.

Peringkat zon dulu, malas jugak nak ikuti, tapi bila dah masuk separuh akhir tadi, nampak benar mereka ni sangat berbakat. Macam penyanyi profesional dah. Paling best sebab mereka nyanyikan lagu-lagu jiwang rock kapak dangdut tahun 80-an dan 90-an yang nostalgia. Sangat mengundang kenangan.

Kita tunggulah ya siapa bakal jadi juara kilauan emas 2 minggu depan…


Bila Suami Orang Mengejar…Apa Nak Buat?


ramai orang kata andartu macam aku hanya akan kahwin dengan suami orang
huh! Usah doakan ya…aku ni tak sesuai kahwin suami orang
bercinta dengan suami orangpun aku tak sanggup…
aku tamak, ketamakan itu akan buatkan dunia jadi huru hara

namun, bila suami orang mula mengejar
bukan mudah untuk mengelak
apa nak buat ya?


Isnin, 25 Jun 2012

Wanita Bersendirian Jadi Sasaran Perompak Bersenjata


Sekarang ni, ada cara baru penjenayah cari sasaran, iaitu
wanita yang bersendirian dan sedang menghampiri kereta
dalam tempoh beberapa minggu lalu, beberapa kes jenayah
melibatkan wanita yang berseorangan diserang penyerang bersenjata.

Ahad lepas, seorang wanita hampir terputus jari
diserang berhampiran Taman Tun Dr Ismail jam 6.30 pagi
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields,
Assisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid
"Lelaki berkenaan berkulit hitam mengacukan pisau
meminta mangsa menyerahkan barangan berharga termasuk beg tangan.
wanita berkenaan berhenti di depan rumah rakannya di Jalan Datuk Sulaiaman
dan tiba-tiba seorang lelaki menaiki motosikal menghampirinya.
dalam pergelutan itu perompak berjaya melarikan diri bersama beg tangan mangsa
manakala dua jari mangsa hampir terputus apabila suspek cuba menetak”

Kurang 32 jam sebelum itu, seorang lagi wanita turut diserang
dan dirompak kurang 9 kilometer daripada tempat tersebut dan
kejadian itu berlaku di tempat letak kereta sebuah pusat membeli-belah.
wanita yang berusia lingkungan 20-an itu dikelar di kepala
ketika dia cuba masuk ke dalam keretanya di Mid Valley pada Jumaat,
wanita tersebut baru sahaja keluar dari lif berhampiran panggung wayang
pada pukul 10 malam semasa diserang. Mangsa bergelut
dengan suspek yang cuba merampas beg tangannya dan dia merayu
supaya tidak mengambil barangan tersebut namun mangsa ditetak di kepala.
Dia kehilangan iPhone, dompet yang mengandungi wang tunai,
kad pengenalan, lesen memandu dan kad-kad banknya
laporan polis dibuat pada pukul 4 pagi Ahad.

polis kini sedang menyiasat semua kes di bawah
Seksyen 395 Akta Kanun Jenayah atas kesalahan melakukan rompakan bersenjata
Pihak pengurusan Mid Valley City Sdn Bhd berkata
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian serangan
dan rompakan itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

Kes-kes yang melibatkan wanita menjadi sasaran perompak
dapat perhatian apabila seorang pedagang saham Internet, Chin Xin-Ci
menulis di Facebook mengenai serangan dan cubaan menculik
yang dilakukan oleh dua lelaki ke atasnya di sebuah pusat beli belah

Mmmmmm seram sejuklah pulak rasanya
tak kanlah macam tu sekali tak selamatnya berada di negara kita ni
nak pergi pusat beli belah pun rasa tak selamat?
biar benar, ada CCTV pun belum jadi jaminan keselamatan?
sebelum ni, aku sangat suka dan akan cuba pilih park kenderaan
di tempat yang luas, dekat dengan CCTV dan tak terlindung dek tiang
kononnya tempat macam tu boleh elak kejadian sebegini
rupanya anggapan tu tak betul sangat
kalau nak beli barang sekupang dua pun nak kena berteman
rasa macam peliklah pulak
nak kena cari body guard yang body ketul-ketul ni
ada sesiapa nak bagi perkhidmatan percuma?

kepada semua perempuan yang selalu keluar bersendirian,
sila tambah sikit tahap kawalan keselamatan diri ya
beringat sebelum kena, kalau nak kena juga memang tak boleh kata apa
tapi kalau sentiasa cuai...dan tiba-tiba berlaku
rasa menyesal juga kan?


Sindiran Maut Laman Sosial


Dah baca Harian Metro tak hari ni?
gara-gara maki hamun, sindir menyindir dan kata mengata
di facebook, seorang remaja berusia 17 tahun dibelasah dan ditikam hingga mati
oleh empat lelaki di Taman Flora, Batu Pahat malam kelmarin.

kejadian jam 10 malam itu, mangsa, Aw Soon Ming didekati
empat suspek berusia 17 hingga 20 tahun di tempat letak kereta
sebuah pasar raya dan bertanya mengenai lelaki bernama Kelvin
yang dikatakan kawan mangsa kerana tidak puas hati
dengan kata sindiran yang ditulis di laman facebook.
“Berlaku pertengkaran sebelum suspek mengetuk kepala mangsa.
Mangsa yang berang kemudian menghamburkan kata kesat,
menyebabkan keadaan bertambah tegang sebelum mangsa dibelasah
dan ditikam senjata tajam dipercayai pisau,” kata
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad
Inilah namanya, lembu punya susu sapi dapat nama
kawan punya hal di facebook, dia pulak kena bunuh hu hu hu

Fuhhhhh! Macam dalam filem pulak!
kalau aku kata filem boleh beri kesan negatif kepada masyarakat
orang filem akan kutuk aku
tapi pernah tak kita analisis bahasa budak-budak sekarang?
tak ubah macam bahasa dalam filem-filem...kalau anak buah aku
dah lama kena lempang hu hu hu nasib baik dok sedar
tak boleh lempang anak orang sesuka hati
anak sendiri pun tak boleh lempang sesuka hati ya
kang depa buat aduan kena dera pulak
dah tua-tua nanti jangan nak meroyan kata anak derhaka
bila kena hantar ke rumah orang-orang tua
errrr apa yang aku melalut ni?
Mmmmmm anggap sahaja kacau bilau bahasa sebab migrine!


Jumaat, 22 Jun 2012

Doakan Kajol Kembali Ke Pangkal Jalan


Aku memang suka lagu-lagu dikir barat
Tak kira yang jenis moden, klasik, dikir patani ataupun irama bollywood
Tak kesah Seman Wau Bulan, Daud Bukit Abal, Cikgu Sulizi, Ropi
Zaidi Buluh Perindu, hinggalah Man Khan dan Halim Yazid...
memang naik angin bila dengar dikir barat ni
tak pun dengan suara merdu Faridah, ROSALINDA, adik wani
hinggalah penyanyi bergetah lain dalam kumpulan Jaguh
Elyana, Ezrin...kalau nak sebut memang tak habis

Masa pergi UM jumpa penyelia pagi tadi
Terpandang akhbar, ada gambar Kajol...
Awalnya ingatkan Kajol heroin Shah Rukh Khan tu
Rupanya Kajol si penyanyi dikir barat moden terkenal tu..

‘Kajol’ atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri, 26 kata
“Saya akan cuba insaf” selepas Mahkamah Tinggi Syariah
menerima rayuan berhubung sabitan hukuman penjara sebulan
oleh Mahkamah Rendah Syariah, Tanah Merah, tahun lalu bersabit tuduhan
“berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai”
di tapak ekspo, 15 April tahun lalu.
Tahun lalu Mahkamah Rendah Syariah, Tanah Merah menjatuhkan hukuman
penjara sebulan dan denda RM1,000 atau
lima bulan penjara jika gagal membayar denda.
Dia menjelaskan denda tersebut dan mengemukakan rayuan
supaya hukuman penjara itu diketepikan.

Hakim Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty dalam penghakimannya
bagaimanapun menggantung pelaksanaan hukuman penjara itu
selama setahun dengan syarat “Kajol berkelakuan sopan” dalam tempoh itu
iaitu, tidak ada kesalahan sama berbangkit.
Jika perayu gagal, maka hukuman akan terlaksana.

Mohd Hafiz adalah Orang Asli suku Temiar dari
Rancangan Penyusunan Semula (RPS) Orang Asli, Kuala Betis, Gua Musang.
Menurutnya, dia akan cuba berubah dan mengurangkan aktiviti
persembahan dikir barat...
“Saya akan cuba insaf secara perlahan-lahan, kalau hendak secara mendadak
saya tidak pasti tetapi perkara yang berlaku ini memberi pengajaran kepada saya,”

aku setuju sangat keputusan Pak Hakim yang berpandangan jauh ni
beri Mohd Hafiz peluang...beri dia dorongan
bukan semua perkara jadi baik dengan hukuman
sama-samalah kita doakan agar Mohd Hafiz ni diberikan lebih kekuatan
bukan mudah nak jadi baik, nak kembali ke jalan yang benar
pasti akan banyak cobaan, ujian dan setan-setan yang
cuba menariknya kembali ke arah tak betul
Jadi jahat sangat mudah, nak jadi baik tu yang susah
Orang macam Mohd Hafiz ni lah patut kita dorong,
kita dekati dan berkawan moga-moga membantu dia
bukannya kita kutuk, hina, sindir, perli atau sisih
kita bukanlah sesiapa untuk menghukum dia
sebab kita sendiripun belum tahu lagi masa depan akan bagaimana


Permohonan Tawaran Pinjaman Kerajaan Negeri Kelantan


PERMOHONAN TAWARAN PINJAMAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS BAGI PERINGKAT IJAZAH PERTAMA DAN DIPLOMA DI UNIVERSITI / INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TEMPATAN SESI 2012/2013

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia peranakan Kelantan serta berkelayakan untuk memohon pinjaman Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama / Diploma di Universiti tempatan (IPTA sahaja) dan peringkat Diploma di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Diploma / Ijazah di UniSZA (kursus selain daripada kursus Usuludin, Dakwah dan Syariah) serta Diploma dan Sijil di Politeknik Kementerian Pelajaran sahaja.

2. Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai kelayakan-kelayakan berikut:
Warganegara Malaysia Peranakan Kelantan.
Telah diterima masuk ke Universiti / Institusi tempatan (IPTA sahaja).
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu.
Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain tidak layak memohon.

3. Cara-cara memohon adalah seperti berikut :

Permohonan hendaklah dibuat menerusi borang permohonan yang boleh dibeli di pejabat YAKIN dengan harga RM1.00 secara tunai.
Permohonan untuk mendapatkan borang melalui pesanan pos bolehlah dibuat dengan menggunakan nama Kumpulanwang Yayasan Kelantan Darulnaim dan menyertakan sampul surat bersaiz 22 cm x 10 cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 serta Wang Pos RM1.00.
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti / Institusi, salinan keputusan peperiksaan akhir di Universiti / Institusi, sijil kelahiran dan sijil-sijil persekolahan berkaitan yang telah disahkan dan dikembalikan kepada Pejabat YAKIN di alamat berikut :


PENGARAH

YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN)
TINGKAT 5 , KOMPLEKS YAKIN
JALAN GAJAH MATI
15000 KOTA BHARU, KELANTAN
Tel : 09-7483213/7446127

- En. Mohd Khairil Hazmie b. Yusof
- En. Wan Mohd Sabri b. Wan Yusoff
- Pn. Rosseinni bt. Mohd Yusoff
- En. Mohd Azman b. Mohd Yusoff
- Pn. Wan Faridah bt Wan Mamat

4. Permohonan adalah dibuka pada 04.06.2012 ( Isnin ) :-
i) Permohonan yang lengkap bagi Kursus Peringkat Sijil Dan Diploma hendaklah diserahkan sebelum @ pada 31.07.2012, manakala permohonan lengkap bagi Kursus Ijazah pula hendaklah diserahkan sebelum @ pada 30.09.2012.

5. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi kriteria-kriteria di atas tidak akan dilayan.

6. Hanya pemohon-pemohon yang berjaya sahaja akan diberitahu.


Khamis, 21 Jun 2012

Astaka Runtuh Di Jertih


BESUT: Dua kritikal, manakala enam lagi masih terperangkap
bila sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan di Padang Astaka, Jertih,
runtuh, kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

Ketika kejadian, semua sembilan pekerja kontrak terbabit
sedang menyiapkan bangunan yang kini sudah 50 peratus siap,
terperangkap di dalam runtuhan bangunan itu.

Setakat jam 5 petang tadi, tiga daripadanya sudah dikeluarkan daripada runtuhan, 
dengan dua daripadanya kritikal 
mereka dibawa ke Hospital Besut.



Rabu, 20 Jun 2012

Dah Lama Berlalu Tapi Nak Tayang Juga Si Cantik Ni...Jelita Tak?








Selasa, 19 Jun 2012

Debat Sinar II Saifuddin dan Salahuddin


Sinar Harian sekali lagi buat debat antara dua orang tokoh
nama pun hampir sama, cara mereka berdebat pun comey jugak
taklah nampak sangat menang sorak kampung tergadai
itu pada peringkat awal...lama sikit nanti kita tengoklah ya

tajuk kali ni panas macam tajuk-tajuk yang pernah didebatkan
Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi
Debat Sinar kali kedua malam ini boleh diikuti secara langsung
di Astro Awani saluran 501 dan juga radio Bernama24 mulai jam 9 malam ini.
aku hanya dengar melalui saluran Radio Bernama24
walaupun awalnya tak jelas dan terdengar macam berada dalam tin biskut
akhirnya siaran langsung itu sangat jelas untuk dengar buah butir
apa yang didebatkan...hu hu aku sangat suka dengan profesor sejarah tu
kaw-kaw soalan diberikan, macam kopi kapal api terlebih sukatan

Debat kali ini “Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi".
menemukan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah
dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, dipengerusikan
Pensyarah Jabatan Strategik dan Antarabangsa,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya,
Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.

Pendengar dan penonton juga boleh mengemukakan soalan
kepada kedua-dua pendebat melalui akaun twitter
https://twitter.com/#!/sinaronline atau
http://www.facebook.com/SinarHarian
atau e-mel editor.online@sinarharian.com.my

Liputan langsung boleh diikuti menerusi www.sinarharian.com.my
mulai jam 9 malam ini, masalahnya bruk aku dah habis limit
hu hu hu sedih tak? Sangat sedihhhh okeh!

Komen aku: debat kali ni nampak cerdik sikit, dah matang
berbanding debat sebelum ni, tak adalah menjerit suara
tinggi terpekik-pekik tapi isinya tadak apapun
memang berbeza kalau bandingkan debat antara
Anwar Ibrahim dan Saberi Chik, dan debat Khairy dan Rafizi
cer tengok semula video debat Khairy dan Rafizi dulu kalau tak percaya
debat hari ni pun seronok nak dengar sebab
kedua-dua tokoh ni faham bahasa Malaysia
mereka ni dapat A kot Bahasa Malaysia masa sekolah dulu
sebab tu lah mereka pandai menjawab soalan la la la

aku memang sokong kalau selalu buat debat macam ni
barulah fikiran terbuka sikit, cakap depan-depan
bahas terus...bangsa kita dah selalu sangat dituduh
suka pukul belakang, dah debat gini kita pun boleh nilai
pemimpin mana yang kita nak pilih
pilihanraya kan dah dekat hu hu hu



Saham dan Pelaburan Paling Menguntungkan


Aku suka dengar ceramah secara online kat youtube
maklumlah, zaman sekarang ni…sibuk dok kejar dunia
macamlah nak angkut bawak emas dinar masuk kubur sekali
sampai tak sempat nak pi kejar ilmu agama dah
sibuk benar kan hidup kita hari ni…tak dan nak jenguk masjid
jauhnya dari rumah sepelaung aje pun
tapi tak dan…tak sempat, tu belum kira lagi bab
ada unsur fitnah bila pergi masjid tu

Pergi masjid pun ada fitnah?
ada…apa pulak tak adanya
tambah-tambah kalau anak dara comey lawa
pergi masjid sensorang diri tanpa mahram

Zaman dah berubah, kita pun boleh ikut perubahan tu
Nak tampung zat rohani dan minda ni
nak ingatkan semula diri sendiri yang selalu sangat lupa ni
kerap jugalah aku buka youtube dan dengar ceramah
tapi kena pastikan juga ceramah tu dari Ustaz yang layak
beberapa orang yang selalu aku jenguk
Ustaz Azhar Idrus yang selalu kena kecam sebab ceramahnya
terdengar kasar dan keras dek orang tak berapa nak faham dialek trengganu
kadang-kadang Dr. Maza walaupun orang kata dia salafi
tapi paling kerap dengar ceramah Ustaz kazim Elias
walaupun ada orang kata dia UMNO

Opssss! Terpulanglah kat kalian nak labelkan mereka ni apa
Wahabi ka, UMNO ka, Pas ka, Syiah ka…ada aku heran?
bukan kita yang tentukan siapa masuk syurga dan neraka
kita sendiripun belum tahu kena masuk mana, baik tak payah buat
dosa kering tohmah pasal orang lain, apalagi kalau orang tu ustaz
paling tidak depa ni lebih alim dari kita (akulah tu maksudnya)
selagi ilmu yang mereka bagi tu tidak mengakibatkan syirik
dan menduakan Allah, aku dengar je…aku fahamkan je

Bagi sesiapa yang nak kumpul sebanyak-banyak saham
dan tinggi pula pulangannya yang akan kita dapat masa depan
bolehlah dermakan seikhlas hati ke jalan Islam

Pusat Pendidikan Al Barakah ni, sekolah tahfis…
dibina dengan usaha Ustaz Mohammad Kazim Elias.
Segala sumbangan dalam bentuk derma dapat dibuat
ke dalam akaun (boleh digunakan untuk zakat dan wakaf):

CIMB Islamic
Pusat Pendidikan Al Barakah
0816 0000 1291 07


Bank Al Rajhi
Pusat Pendidikan Al Barakah
1520 0188 1970 137


Bank Islam
Pusat Pendidikan Al Barakah
0801 3010 0547 43


Bank Simpanan Nasional
Pusat Pendidikan Al Barakah
0810 0410 0009 7966

Sayang juga, tak ada maybank, kalau tak boleh transfer je
semua yang tersenarai kat atas tu, kena masuk mesin
hu hu hu ampunnnnnn! nampak sangat kan malas hu hu hu

Secara personal, aku lebih suka melalui cara ni
berbanding hulur seringgit dua kepada anak-anak yang mintak derma
kat stesyen minyak atau masa makan kat mana-mana kedai makan
sebabnya sangat mudah: kalau tangan kanan memberi
biarlah tangan kiripun tak tahu
bila guna cara ni, papan kekunci je tahu berapa banyak kita derma,
berapa kerap kita derma, malah kita boleh buat bila-bila masa je
boleh transfer je bila-bila masa, berapa banyakpun nak bagi
seringgit pun tak apa…sepuluh ringgit pun tak apa
ratus-ratus atau ribu-ribu lagilah tak apa kalau mampu
ya tak?



Bagi sesiapa yang berada di Bandar Baru Bangi
Mungkin akan perasan bahawa di sebelah Maybank
berhampiran pasar malam tu, sedang dibina sebuah pusat pendidikan Islam
dulu satu bangunan kecil setingkat yang tak nampak pun
tak perasan pun tempat tu jadi anak-anak belajar
terlindung sebalik pokok kelapa, usang je bangunannya
sekarang ni dah bertukar dengan sebuah bangunan baru yang besar
gah, cantik dan terlihat ciri-ciri seni bina Islam
walaupun nampak macam dah siap
aku pasti masih lagi memerlukan banyak kos
menampung pengurusan dan pelbagai keperluan


Bila kita melaburkan saham dalam bentuk begini
insyaAllah pelaburan Amanah Akhirat ni berpanjangan
akan diperolehi bonus dan pendapatannya
juga sangat mudah untuk lakukannya
hanya transfer melalui maybank2u je

Kompleks Pendidikan Islam Bangi
Maybank 5622 6302 3410

Ramadhan pun dah dekat kan?
Selamat melabur! Selamat menambah pelaburan juga!





Ahad, 17 Jun 2012

Cintaku ini...


Tetiba rasa macam nak bercinta…




Ketika cinta bertasbih...




Sabtu, 16 Jun 2012

Aneh dan Pelik dalam Euro 2012


Masa belajar peribahasa sekolah rendah dulu
Cikgu beri perumpamaan “bodoh macam lembu”
Bila menjelma Euro 2012, tetiba je ada manusia merujuk kepada lembu
Untuk tanyakan pasukan mana yang akan menang atau kalah
Macam pelik pulak…ke peribahasa dah berubah?

Dulu Paul si sotong kurita yang sedap juga kalau boleh digoreng celup tepung
jadi ikutan peminat bola sepak, sekarang ni lembu pulak
malah Citta, seekor gajah juga jadi tukang ramal yang lebih tepat
ramalannya berbanding lembu peramal bola sepak bernama Yvonne
Paul dapat meramalkan dengan tepat semua keputusan perlawanan
pasukan Jerman sepanjang Piala Dunia 2010 termasuk
kekalahan negara itu kepada Sepanyol di separuh akhir
Sejak kematian Paul ketika berusia sekitar tiga tahun pada 2010,
peminat bola sepak Jerman masih mencari haiwan baharu
yang mampu membuat ramalan dengan tepat bagi menggantikan sotong

macam-macam benda pelik dan aneh dalam dunia ni
adakala tak masuk akal tapi semua tu benar
orang kata pelik tapi benar…tapi aku pulak yang jadi hairan
dia orang ni tak ada kerja lain ke nak buat?
mmmmm jangan kata ada yang pergi jumpa bomoh dah lah ya
nanti makin hangat pulak isu ni…dah la bomoh pun masuk parlimen
tak pepasal bomoh turunkan hujan api pulak halang perlawanan Euro 2012


Jumaat, 15 Jun 2012

Ratu Tidur?


Bila baca tentang kisah aneh dan pelik yang berlaku kepada
seorang remaja perempuan di London yang tidur selama 2 bulan,
hambek kau! Dua bulan tu...mana ada orang lain pernah buat
dah pecah rekod aku tu hu hu hu macamlah aku pernah buat rekod!
tetiba je aku terkenang semula kisah suka tidur yang aku alami
masa belajar tingkatan enam dulu hingga digelar “Ratu Tidur”
cikgu ekonomi kami, cikgu Zainal yang gelarkan begitu
dah sakit hati sangatlah tu…asyik tidur ajelah kerja aku dalam kelas
semua orang tahu pasal tu dari kelas sastera hingga sains tulen
cikgu-cikgu juga…cikgu kelas dah malas berleter
cikgu sejarah Islam pun dah malas nak ambik tahu
sama juga cikgu geografi fizikal…marahpun bukannya aku heran
bila ngantuk, tidur ajelah kerja aku walaupun cikgu tengah mengajar.

Cikgu Fauzi yang mengajar geografi fizikal adalah cikgu paling garang
Kawan sekelas lain menggigil je sepanjang masa kelas
Tapi aku yang duduk meja paling depan, sempat tidur
Padahal, cikgu tu berdiri sebelah aku je huh u hu
Cikgu Fauzi pernah uji aku tiga kali…
Mula-mula dia mengajar, kemudian dia soal aku yang tengah tidur
Ketiga-tiga ujian tu aku lulus…walaupun tidur dengan bagusnya
Tiap kali kena soal, aku boleh jawab dengan panjang lebar dan betul
Akhirnya, cikgu Fauzi hanya biarkan sahaja aku tidur masa dia mengajar
Gamaknya dia hairan macam mana aku yang tengah kusyuk tidur itu
Mampu jawab soalan dia yang susah sedangkan orang lain yang tak tidur
Tak boleh jawab pulak…ni bukan sebab aku pandai ya
Tapi sebab aku dah baca semua tu sebelum topic tu dia ajar huh u hu

Berbalik kepada kes remaja di London ni,
dia dikatakan menghidap penyakit gangguan saraf, Sindrom Kleine Levin
atau dikenali juga sebagai Sindrom Sleeping Beauty menyebabkan dia akan
tertidur secara tiba-tiba tanpa amaran, Stacey yang menjadi
antara 1,000 penghidap, pernah dijumpai tertidur di lantai dapur

Stacey memang ada sindrom tu, tapi aku tak ada
Kes aku masa sekolah dulu lain
Aku alami sindrom tinggal di asrama huh u hu pernah dengar?
Sesiapa yang pernah tinggal di asrama zaman dulu
Kebanyakannya akan alami sindrom ni sebab tak cukup tidur

Kalau ikut undang-undang atas kertas, memanglah patutnya cukup
Jadi kenapa tak cukup?
Apa nak cukupnya kalau ada kegiatan bawah tanah
selepas lampu dipadamkan jam 11 malam
apakah itu? Hu huh u biasalah tinggal di asrama kan…
air kena potong tu perkara biasa…nak tak nak kena bangun awal
untuk dapatkan sebaldi air buat mandi…jam 4 pagi dah bangun
lambat bangun, maknanya mandi macam P.Ramlee lah
bangun awalpun bukan main payah lagi nak dapat sebaldi
air paip meleleh lebih perlahan dari kita kencing
bayangkan berapa lama nak kena tunggu penuh sebaldi
bayangkan nak kena berebut dengan beratus orang
itu belum termasuk aktiviti siapkan kerja sekolah
dengan lampu suluh…atau menghafal dalam gelap
atau juga belum campur aktiviti dikejar hantu la la la

baca sendirilah cerita hantu di asrama ya…kena sorok hantu
termasuk kes kena tampar hantu Jepun
mmmm nak lagi misteri boleh check kaki kena sepak

Errrr dua tiga hari lepas sorang rakan sekerja mengusik
"Bangunan sebelah dah dua kali baca yasin"
Opsssss! bangunan indah tu baru sahaja beroperasi dan dikatakan ada gangguan
mmmmm perlukah aku risau untuk balik  lambat?
bangunan sebelah kan? bangunan sini ok je pun kan?
la la la...


Khamis, 14 Jun 2012

Neelofa Beri Tempoh Seminggu Kepada Anzalna


Entri ni aku siapkan masa tengok filem hindi semalam,

Rab Ne Bana Di Jodi…seronok tengok Shah Rukh Khan
Pegang dua watak berbeza dalam filem ni


Ini kisah artis jelita tengah naik sekarang ni
Aku tak kata Lisa Surihani, dia kan dah melumatkan hati
Ramai jejaka Malaya bila kahwin dengan Yusry
Atau pun Scha al-yahya yang dah Berjaya meletopkan hati Awal
Dengan bunga-bunga cintanya nan mewangi
Alaaaaa ini hanyalah kisah Neelofa dan Anzalna
Siapa lagi kalau tidak kawan si manis Izara Aisyah tu…
Ooohhhh aku tetap kata wawa lagi jelita dengan senyum manis
Dan lesung pipitnya yang dalam di kedua-dua belah pipi
Maksud aku, dulupun aku ada jugak lesung pipit macam wawa
Tapi dah tertimbus huh u hu ada jugak ke yang percaya?

Errrrr apa yang aku tengah merapu ni?
Kisahnya mudah je, pasal pelakon dan pengacara popular,
Nur Neelofa Mohd. Nor, 23, dah dapatkan nasihat peguam
Dan beri tempoh seminggu kepada Nur Anzalna Nasir, 24,
Untuk buat penjelasan dan berikan bukti berkaitan dakwaannya
berbaur fitnah dalam artikel bertajuk "Anzalna Bidas Neelofa"
yang tersiar menerusi akhbar Berita Minggu pada 10 Jun 2012.
terdapat sembilan perkara fitnah terdapat dalam artikel itu
Neelofa telah melantik dua peguam iaitu Ahmad Hidayat Md Nor
dan Mohd Irwan Mohd Mubarak dari firma guaman
Ahmad Hidayat Md Nor & Co untuk mengeluarkan notis tuntutan

Mereka ada krisis sejak bersaing dalam
pertandingan pencarian Dewi Remaja pada tahun 2010?
Mmmm tak senang rupanya jadi orang cantik ya
Alhamdulillah, seadanya sahaja aku ni…walaupun sakit mata memandang
paling tidak aku tak kacau ganggu minda orang
betul ke tak? Mana aku tahu tak ada kacau ganggu?

Komen aku: selesaikanlah cara baik...tak elok macham muka
ilang seri lawa ayu jelita comel rupawan nan awet muka ;)




Cikgu Aku pernah Pesan…


Aku teringat kata-kata cikgu masa sekolah dulu
tau lah cikgu tu hanya cikgu je, bukannya orang besar
tapi cikgu ni dah jadikan ramai muridnya jadi orang besar
hanya aku je belum jadi orang besar, maka berkatalah cikgu tu:
“kalau kita tak mampu menyenangkan kerja orang,
janganlah menyusahkannya pulak”

seorang lagi cikgu sejarah aku yang tak hensem langsung di mata aku
tetapi banyak mengajar aku tentang banyak sejarah tamadun besar dunia
berkata: “Semua tamadun besar runtuh disebabkan 
anak bangsa tamadun itu sendiri yang buta mata hati dan sanggup
menjual negaranya demi tembolok sendiri”
Cikgu aku yang kata, aku hanya kongsi dengan kalian je
sama ada nak jadi manusia atau nak jadi syaitan
aku tak ada hak untuk campur…kalian kan lebih cerdik pandai

Bila manusia nak buat baik,
syaitan akan hasut untuk hentikan kebaikan tu
bila manusia nak jadi baik,
syaitan akan hasut supaya manusia buat jahat

Usah Tanya kenapa syaitan hanya minat kacau orang baik je
sebabnya mudah: kalau manusia lebih jahat dari syaitan
syaitan pun bukannya suka sangat
bukankah syaitan suka jadi yang nombor wahid?
dah terang-terang manusia tu lebih jahat dari syaitan,
tak payah hasutpun memang bersedia untuk jahat
tak perlulah buang masa, baik pi hasut manusia yang baik
…manusia yang nak buat kebaikan, yang menyeru untuk jadi baik
barulah mencabar kan? Barulah macho ya dak?

Jadi, apa bezanya antara manusia dan syaitan?

PssssT: entri ni tak cakap pun pasal terdapat golongan tertentu
yang sedang sabotaj pembinaan lebuhraya rakyat sepanjang 73 kilometer
menghubungkan KB-KK dijangka siap dalam tempoh tiga tahun
lebuh raya tu tanpa tol, dengan empat lorong (dua lorong sehala)
turut dilengkapi dengan kawasan rehat dan rawat (R&R).
tapi, kalau nak kata entri ini pasal sabotaj tu pun
kira halallah ya…


Rabu, 13 Jun 2012

Sarapan Terlampau Payah Nak Jumpa

Pulut pagi kacang merah berkelapa

Selasa, 12 Jun 2012

Keputusan Rayuan permohonan ke IPTA/Politeknik Premier diUmum 14 Jun


Kepada adik-adik lepasan SPM yang buat
rayuan permohonan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA)/Politeknik Premier)
bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara
dah boleh semak keputusan rayuan IPTA/Politeknik Premier
mulai 12 tengah hari Khamis ini.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan hari ini berkata,
semakan boleh dibuat melalui:

hotline 03-88706767,
helpline 03-88706777,
talian am 03-88706755/6766,
laman web rasmi IPTA berkenaan dan
khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (no. kad pengenalan) dan SMS ke 16888.

Keputusan rayuan adalah muktamad. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA/Politeknik Premier sehingga 30 Jun ini, maka rayuan dianggap gagal.

Cepat dik, pi semak…jangan tak semak. Jangan terlepas semak!


Nak Tiket Konsert Maher Zain PERCUMA?????


Ohhhhhhh aku sangat teruja
Teruja sangat-sangat sampai “naik sheikh” orang Kelantan kata
Teruja tak nak dapatkan tiket konsert Maher Zain secara percuma?
Aku kalau benda-benda percuma ni…memang sangat teruja
Suka tau kalau dapat benda FREE walaupun hanya tisu tandas
Apalagi bila yang percuma tu tiket konsert Maher Zain - Forgive Me Live in Malaysia
Naik sawan aku dek perasaan teruja dok menggeletek juring hati

Kepada sesiapa yang suka sangat nak dapatkan tiket konsert Maher Zain percuma,
Bolehlah serbu gerai khas di pejabat Utusan Media Sales Sdn. Bhd. (UMES)
Pada hari Rabu ni…lusa lah tu, untuk dapatkan 200 tiket konsert Maher Zain diberi percuma
tiket eksklusif Konsert Maher Zain - Forgive Me Live in Malaysia
yang akan berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 16 Jun ini.
Hanya 200 keping tiket sahaja percuma ya…
Sila dapatkan di pejabat UMES di No-11A, The Right Angle, Jalan 14/22, Petaling Jaya
bermula pukul 10 pagi…opssss sebelum subuh lagi aku tunggu ya
la la la hati dah berdendang ni
ada sesiapa nak tunggu sebelum subuh lagi tak kat sini?
Aku nak kirim hu h u huh u ohhhhhhh mana ada aku curanggg
Tak kuasa nak bangun awal je la la la



Murid `Hilang’ Ditemui Selamat


Semenjak dua menjak ni selalu sangat berlaku kes kehilangan budak
Kalau dulu-dulu, budak hilang akan dirogol dan dibunuh
Sekarang ni kes culik dan mintak tebusan
Minggu lepas, seorang kanak-kanak lagi Berjaya melepaskan diri
Semasa dicekup dan cubaan culik, bagus budak tu
Macam tau aje cari jalan untuk lepaskan diri
Kes Nayati lain…bayar RM300 ribu, Alhamdulillah dibebaskan
Kalau warga Negara kita, ada ke duit banyak tu?

Semalam akhbar siar berita 3 murid yang hilang semasa menghadiri kelas tambahan 
di Sekolah Kebangsaan Kampung Muhibbah, Sungai Siput
P Muganasundram, S Vijay dan Muhamad Nazir Hussen dikatakan
keluar rumah jam 7 pagi dengan berbasikal sambil menggalas beg kecil
tetapi hingga jam 2.30 petang masih belum pulang
walaupun kelas tambahan berkenaan dikatakan habis jam 12.30 tengah hari
apabila salah seorang ibu murid terbabit ke sekolah, pengawal keselamatan sekolah
memaklumkan tiada aktiviti di sekolah hari itu termasuk kelas tuisyen
menyebabkan laporan polis telah dibuat

balik rumah petang semalam, sempat baca akhbar online
ngendap-ngendap berita mutakhir
utusan Malaysia bagi tahu ketiga-tiga murid yang didakwa hilang itu
sudah ditemui semula dalam keadaan selamat
Mereka ditemui sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
yang menjalankan operasi mencari kanak-kanak itu kira-kira pukul 8 malam
suspen jugak tu…mana mereka pergi?

Sepanjang masa mereka hilang itu, dari jam 7 pagi hingga malam,
Mereka sebenarnya sedang bergembira dengan berbasikal
ke bandar lain sejauh 30 kilometer…fuyooooo jauh tu dik!
Ketiga-tiga mereka dijumpai sedang berbasikal
di persimpangan lampu trafik di Rimba Panjang, kira-kira 4 kilometer dari Sungai Siput
pada pukul 8 malam Ahad oleh pasukan pertahanan awam.
Sepanjang hari itu, mereka telah berbasikal ke Ulu Chepor dan bermandi-manda
di sebuah kawasan air terjun sebelum menuju ke sebuah pasar raya
yang baru dibuka di Meru Raya untuk membeli-belah.
Mereka juga duduk di luar kiosk stesen minyak di Chepor
dan berbual sehingga mengantuk sebelum tidur
di bangunan kedai yang masih dalam pembinaan
apabila kehabisan wang, mereka mengambil keputusan untuk pulang ke rumah
ketika itulah mereka kemudiannya dijumpai oleh pasukan pertahanan awam.

Komen aku: Alahai dik, kecik-kecik lagi tak payahlah kelentong ya
Sila belajar rajin-rajin, dah besar nanti nak lari pergi Paris pun tak apa
Hu huh u hari ni teruja nak tunggu Drama Seindah Sakura di slot Akasia TV3
Yang diadaptasi dari novel Seindah Sakura tulisan Liza Zahira
Drama ni arahan Zul Huzaimy dan dibintangi oleh Fasha Sandha,
Fahrin Ahmad, Dato' Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don, Wan Sharmila dan ramai lagi
hu hu aku suka lakonan Wan Sharmila dalam drama ni...memang menjadi
perangai tak bersalah bila buat jahat, memang menyakitkan hati hu hu hu
Drama Seindah Sakura menjalani pengambaran sekitar Kuantan Pahang dan Kota Paris.
Apa yang buat aku teruja? Kota Paris huh u hu
Jom tengokkkkk! sebelum ni tengok gitu-gitu je
bila dah mula penggambaran di Paris, hu hu hu aku akan tunggu depan TV
tiap petang ya...mesti Fasha Sandha bangga dengan kesungguhan aku ni la la la
Opssss! entah kenapa aku nampak macam Fahrin Ahmad tu kacak giler bila kat Paris
dapat aura kota cinta ke? la la la



Isnin, 11 Jun 2012

Osman Kering Kritikal?


Aku ada baca di beberapa blog yang menulis tentang
Kematian seorang artis pelakon dan pelawak tanahair Sdr. Osman Kering
Dikatakan telah meninggal dunia jam 7 petang tadi
Boleh tak jangan main-main dengan hidup mati orang?

Patutnya kita doakan moga-moga beliau cepat sihat
Dah banyak kali hal-hal kematian orang popular sebegini
Tersebar melaut di blog, facebook, twitter sebelum mereka dijemput
Kenapa kita tak pernah serik ya?
Dulu arwah Bob Kuman, kemudian arwah Latif Ibrahim
Adakah akan sama dengan Sdr. Osman Kering juga?

Hasil siasatan detektif tak bertauliah ni,
Aku dapati berlaku kekeliruan tentang berita ini apabila ada pihak yang melaporkan
pelawak dan pelakon Osman Kering telah meninggal dunia.
Kesilapan itu dipercayai berpunca dari masalah komunikasi
antara anak lelaki beliau dengan wartawan
anak perempuan Osman Kering pula mengatakan
 bapa beliau kini sedang kritikal di HUKM.
Berlaku salah faham sebab nadi beliau tak dapat dikesan masa di rumah
tetapi doktor berjaya memulihkannya di HUKM
Kita doakan yang terbaik untuk Osman Kering. Semoga dia kuat ya...

Tahniah kepada blogger Sinar Raudah, berani buat pembetulan
dan tulis semula entri baru, sebab ada juga blogger tersohor dah delate entri
bila dah sedar semua tu khabar angin
Ramai juga artis tanahair telah ucap takziah
kepada keluarga yang boleh kita tengok kat status FB atau twitter mereka



TERKINI: Berikut aku salin dan tampal berita dikeluarkan mstar;


Tolak Dakwaan Meninggal Dunia, Osman Kering Kritikal Di ICU


KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Osman Kering atau nama sebenarnya Osman kassim, 58, sedang dirawat di Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini, Isnin. Sehingga berita ini ditulis pada pukul 9.40 malam, keadaan Osman berada dalam keadaan kritikal dengan bantuan alat pernafasan.

Anak kedua Osman iaitu Mohd Al Amin, 27, mengesahkan perkara itu dan menolak khabar angin bapanya sudah meninggal dunia sekitar pukul 7 malam Isnin. "Alhamdulillah, ayah masih hidup dan kini dibawah pemerhatian doktor di wad kecemasan dan akan dibawa ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) untuk rawatan selanjutnya," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di HUKM malam Isnin.

Amin menjelaskan, bapanya rebah sekitar pukul 6 petang Isnin di rumah mereka di Bandar Permaisuri, Cheras selepas mengalami batuk berdarah sebanyak dua kali. Dia memberitahu seorang jiran yang datang untuk membantu kemudiannya mengesahkan bapanya telah meninggal dunia pada pukul 6.45 petang sebelum diperiksa sekali lagi oleh adiknya iaitu Nur Ain, 25, yang kebetulan bekerja dalam bidang perubatan.

"Selepas adik periksa nadi ayah, dia memberitahu ayah masih hidup tetapi nadinya lemah dan kami bergegas membawanya ke hospital," katanya. Tambah Amin, ketika kejadian, ibunya iaitu Che Norhayati Che Omar, 48, berada disisi bapanya bersama seorang lagi adiknya.

Dalam pada itu, Amin memberitahu, bapanya memang sudah lama mengalami penyakit batuk kering dan sesak nafas dan keadaannya bertambah teruk sejak akhir-akhir ini. "Doakan ayah saya kembali sihat dan dapat kembali seperti biasa," ujarnya.



Gempar Cubaan Bunuh Diri Ayah Chong Wei


Semalam pergi Tesco sekejab dengan Cik Bintang
cari keperluan rumah sikit, dah lama tak sempat melilau jamu mata
semalam pun tak adalah jamu mata mana, cukup takat
rembat 2 kotak aiskrim potong kacang merah, bliss dan
sedikit keperluan lain termasuk sayur kemudian terkejar balik
nak lepak depan TV lepas makan malam

Sambil-sambil buat apa yang patut, campak udang 2-3 ekor dalam mi
sambil dengar berita TV…tertanya-tanya juga siapakah ahli sukan
berasal dari Penang itu…mana nak sangka kisah bapa ahli sukan dalam berita TV
ada kaitannya dengan Datuk Lee Chong Wei
semalam, Buletin Utama hanya menyebut “bapa ahli sukan Negara”
berjaya diselamatkan daripada cubaan bunuh diri dengan terjun
dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2, menghala Tanah Besar
kejadian jam 4 pagi itu, Lee Ah Chai, mulanya dilihat menangis di tepi laut
berhampiran pusat beli-belah Queensbay Mall, Bayan Lepas.
Orang awam yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada polis
sebelum anggota peronda bergegas ke lokasi berkenaan
untuk memujuknya pulang ke rumah di Taman Serumpun, Butterworth.
selepas hampir tiga jam dipujuk, Ah Chai memberitahu dia mahu pulang ke rumah
dan polis mengiringi kereta dipandu lelaki itu untuk memastikan keselamatannya terjamin.

Majlis Sukan Negara (MSN) hari ni berharap Chong Wei
dapat tangani masalah peribadinya sebelum ke Olimpik
walaupun dia dilaporkan masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan
ini penting bagi memastikan pemain nombor satu dunia itu dapat membuat persediaan
menghadapi temasya Sukan Olimpik London bulan depan.

Aku juga ada baca beberapa blog tulis pasal benda ni
Macam-macam pendapat dan pandangan mereka,
terpulang kepada masing-masing nak buat andaian ke apa
namun bagi aku…selagi hal sebegitu tak kena batang hidung sendiri
kita tak mampu nak salami apa yang berlaku sebalik semua tu
kita juga tak tahu apa sebenarnya terjadi
jadi tak payahlah jadi hakim yang menetapkan hukuman
tuding jari hokum siapa salah siapa betul…
dah tentu kita selalu anggap diri kita je yang betul

Tak mustahil semua ni bakal mengganggu prestasi Chong Wei nanti
bila MSN tidak beri tekanan kepadanya
moga-moga Chong Wei tetap jadi pemain nombor satu dunia


Orang besar sukan di Buletin Utama malam tadi kata
"Chong Wei ada banyak duit, boleh selesaikan semua  ni"
kalian rasa duit boleh selesaikan segala-galanya ke?
Adussssssss! macam pelik je keluarkan kata-kata tu
aku yang tak berapa nak banyak duit ni pun tahu duit tak mampu bayar segala benda
tak tahulah orang lain...tapi yang sangat aku pasti
kalau bagi aku takat 4-5 juta tu, dalam masa seharipun aku boleh habiskannya
percaya tak? kalau tak percaya, silalah bagi...barulah tau la la la

mmmmm tengah berangan pergi mencadat sotong atas bot harga RM1 juta hu hu hu


KEMASKINI:

Menurut Sinar Harian, Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Lee Ah Chai, 59,
menafikan laporan media yang mengaitkannya cuba membunuh diri 
di atas Jambatan Pulau Pinang tetapi mengakui ada memberhentikan kenderaan,
namun bukan berniat untuk membunuh diri.

“Ketika itu, saya dalam perjalanan dari pantai Queensbay dan mahu pulang ke rumah.
ketika melalui jambatan pulau pinang saya berasa tidak selesa lalu
menghentikan kenderaan di tepi jalan untuk mengambil angin dan tenangkan fikiran.
namun orang salah sangka dan anggap saya ingin bunuh diri...ini tidak betul," katanya.

Kita patut terima penjelasan ni dan beri peluang kepada mereka
untuk atasi semua masalah yang ada
mereka juga macam kita, manusia biasa
bezanya, mereka terkenal. salah faham sikitpun heboh satu negara
boleh tak kita jangan tambah lagi kekalutan yang ada?



Puteri Coraline Juara Mentor Musim 6


Konsert minggu ini adalah konsert final @ akhir Mentor Musim 6
dan akan dinobatkan siapa yang menjuarai mentor musim 6 kali ni
tiga peserta akhir yang akan berentap malam ni adalah Zatul, Caroline dan Anas
malam ni mereka akan nyanyikan tiga buah lagu;
sebuah lagu duet, lagu solo dan lagu baru

Jom kita lihat mereka berentap dalam konsert final Mentor Musim 6 sekejab lagi

nak tahu kenapa aku teruja nak tunggu final?
sebab ada dua orang peserta pilihan iaitu:
Mohd Shahrul Mohammad dan Najua Nasir
paling nak tunggu tentulah Najua Nasir cucunda lagenda negara Tan Sri P.Ramlee
rupanya mereka berdua ni juga bersaing untuk tentukan juara
hasil undian hakim, 3 dari 4 orang hakim memilih Najua
dia bawa pulang hadiah kemenangan sebanyak RM1 ribu dan sejambak bunga
aku jugak pilih Najua hu hu hu suara dia memang merdu

malam ni juga ramai penyanyi gah Malaysia suatu masa dulu
buat persembahan pembukaan seperti Zainal Abidin, Amy Search, Erra Fazira,
Mas Idayu…akan ada juga kumpulan SLAM...wah rindu Zamani wehhh!
dah lama tak layan lagu-lagu musim 90-an...terkonang-konang pulak!

Setelah tengok persembahan ketiga-tiga peserta malam ni
Nanti kita boleh tengok keupayaan mereka
Dan cer teka siapa pemenangnya….

Malam ni Anas Ridzuan nyanyi lagu Najwa Latiff, Cinta Muka Buku, 
bergandingan dengan Hazama untuk lagu Selamat Malam, dan lagu baru Hanya Dirimu


Zatul pula nyanyi lagu Pelesit Kota & Pawana, berduet dengan Ziana Zain
lagu Sedang Ingin Bercinta & Nakal, lagu barunya pula Tinggalkan Yang Lalu


manakala Puteri Caroline pilih lagu inggeris untuk persembahan pertama,
berduet dengan Azlan typewriter lagu Kau Kekasihku
lagu baru Melawan Arus Cintamu

komen aku: saingan memang hebat dan sengit.


Keputusan final Mentor Musim 6

Pertama @ Juara: Puteri Caroline [71 markah]
Hadiah wang tunai bagi juara ialah RM 100,000 untuk mentor dan protege.

Kedua: Zatul [60 markah]

Ketiga: Anas [50 markah]

Tahniah kepada ketiga2 mentor dan protege...hari ni kaya eh hu hu hu



Ahad, 10 Jun 2012

Mewayang Bersama Snow White and the Huntsman


Snow White and the Huntsman Trailer. The First HD Trailer of Snow White and the Huntsman Movie, the grown-up version of the children's tale with Kristen Stewart Chris Hemsworth and Charlize Theron. Bored of Kristen Stewart's Twilight Role? It's time to check out SnowWhite and the Huntsman Trailer. In theaters: June 1st, 2012 Snow White and the Huntsman Not yet rated



Nak tengok promo yang lebih panjang?




Tahu kenapa aku teruja? pemandangannya sangat cantik. pokoknya...
sinimatografinya mabeles macam cheese kek

Puas hati tak? Belum lagi?
Apa kata kita terjah panggung sama2...jom! Seremban 2 ya!

Komen aku: fuyoooooo bila dewasa, putera william tu hensem gilerrrr!





Sabtu, 9 Jun 2012

Cerita Tarik Tali PTPTN dan Kerajaan Negeri Selangor


Kisah ni macam cerita pak pandir yang bertemu Lebai Malang
Bermula dengan Debat Sinar tentang pemansuhan PTPTN
Yang sengit antara Khairy Jamaluddin dan Rafizi,
Boleh lihat video debat Khairy-Rafizi ni

Kemudiannya debar berlanjutan di akhbar
Rakyat yang pening, aku yang serabuk peruk peda
Kalau Tanya golongan pelajar sendiri
Mereka kata “hutang kenalah bayar” tak baik tak bayar hutang
Mereka hanya tuntut dihapuskan caj perkhidmatan tu je
Kalau pinjam 16K, banyak tu jugak kena bayar
Bukannya melambung jadi 25K selepas itu
Namun, orang politik ni lain pulak debatnya
Nyata benar mereka pun tak tahu isu sebenarnya apa

Beberapa hari lepas panas dengan isu
PTPTN bekukan pinjaman pelajar di UNISEL
Yang berada di negeri Selangor, bagi peluang kerajaan negeri
Buktikan tentang pendidikan percuma tu
Ekoran itu…Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor
Dikatakan sanggup menyalurkan peruntukan bahagian masing-masing
jika Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
memang nak sekat pinjaman kepada pelajar-pelajar baru Universiti Selangor (Unisel).
Opssss! Kerajaan negeri Selangor belajar dari Kelantan ke
Buat sendiri lebuh raya rakyat walaupun dapat kritikan ramai pihak?

Tetiba pulak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
menyekat dananya bukan sahaja kepada penuntut Universiti Selangor (Unisel),
malah turut membabitkan penuntut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis)
gedebuk gedebak geger gegak gempita dalam akhbar
riuh rendah dalam dunia maya di facebook, blog, twitter, pelan-pelan masuk TV
tetiba PTPTN batal beku pinjaman pelajar Unisel

tak dapek lah nak nolongnya Jang eh
kok ya pun nak main tarik tali ke, lari dalam guni ka, tarik upih ka
boleh tak jangan buat pening kepala aku yang berjerebu ni?
antara Pak Pandir dan lebai Malang, rasanya Pak kadok ke Mat Jenin
yang mati jatuh gedebuk kena jolok ni?
Aku macam dok dengar serakkk serakkk jula mano tah dok sekoh
Bbbaik wehhhh kang timpa palor kang!


Demam Piala Euro 2012 dah Bermula


Demam bola sepak kejohanan Euro 2012 dah bermula
Dengan perlawanan pertama Pertemuan Poland dan Greece,
disusuli perlawanan antara Rusia dan Republik Czech jam 2.45 pagi
Gol pertama kejohanan dari Poland dijaringkan oleh Robert Lewandowski minit ke-17
Bagaimanapun perlawanan sulung ini mencetuskan sedikti kontroversi
apabila pengadil melayangkan kad merah & menafikan tendangan penalti
kepada pasukan Greece, Pemain Greece Jose Holebas mempertikaikan keputusan pengadil
yang menafikan tendangan penalty, diberikan kad kuning, mencetuskan kontroversi.
Itu piala Euro

Berikut jadual perlawanan pasukan kejohanan Euro 2012
Boleh semak masa bila nak berjaga bila nak jadi burung hantu:


Perlawanan antara Malaysia dan Singapura juga seri satu sama
Manakala, pertemuan antara Kelantan FA dan
Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia kerkesudahan dengan
Kelantan FA mengatasi 4-1…Gomo Kelate Gomo!
Semua gol dijaringkan oleh hero pujaan Malaya berikut;
Norfarhan, Venish Elpi (atm), K.Izuan Rosli, Ramzul & Azlan Ismail
Mmmmm tak larat dah nak tunggu Rusia lawan Czech huh u hu


Jumaat, 8 Jun 2012

Mi Boleh Turunkan Berat Badan?


Huh u hu lepas ni mesti ramai orang serbu beli mi
Tak payah lagi beli produk-produk pelangsingan badan
Yang banyak sangat terlibat dengan penggunaan racun berjadual
Kesian buang pinggang nak kena kerja keras
Akhirnya…kurus memang dapat, sakit pun dapat juga

Ini berita baik untuk orang yang tengah merancang untuk kurus
Macam akulah tu…tengah mimpi untuk pakai semula
Baju-baju lama yang masih elok lagi tu…diet berani mati, tapi...
dah jumpa makanan, sebat tak ingat dunia hu hu hu

Penyelidik dari Pusat Pengajian Teknologi Industri USM
mencipta rekod bila berjaya mencipta mi boleh membantu menurunkan berat badan
menurut Ketua Penyelidik, Prof. Azhar Mat Easa,
produk yang dipanggil mi berlapis itu diperkaya dengan zat kapsaicin
bagi membolehkan proses pembakaran lemak berjalan secara efektif.
Kapsaicin adalah zat pedas aktif yang terkandung dalam tumbuhan seperti cili
dan tidak ramai orang boleh mengambilnya begitu sahaja dalam kuantiti banyak

moral of the story: sila makan cili banyak-banyak opssss! sambal belacan
nanti boleh kurus la la la


Khamis, 7 Jun 2012

Ada BR1M kedua???


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kata,
pihaknya sudah mencadangkan kepada Kabinet agar
kerajaan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pusingan kedua.

BR1M je? Boucer @ voucer buku ada pusingan dua tak?

Ada la! Ada lah! Banyak buku nak beli ni…

Ombak, Gerhana, Transit Venus, Gempa, Air Pasang besar



Ombak kuat melanda pantai sekitar Pulau Pinang
Di Kedah, air pasang besar melanda sekali dengan angin kuat
Di banda, Aceh…gerak gempa berlaku
Di langit pulak, ada gerhana bulan separa
Ada juga transit venus yang tidak akan kita jumpa lagi
Kecuali umur panjang hingga 2117

Dalam minggu ni…banyaknya perkara besar berlaku
Yang kecil-kecil hanya berlaku pada aku
Mmmmm selamat berjuang walaupun dengan perkara yang kecil





PsssT: 

Noorulhuda Abd Wahab, 35, atau nama komersialnya Nurul Wahab
secara rasminya telah menjadi isteri kepada jejaka Perancis,
Eric Daniel Depp, 47 atau Eric Depp setelah diijabkabulkan semalam.
Tahniah Nurul, moga rumahtangga dibina kekal abadi hingga Syurga.

kisah perkahwinan kedua Nurul aku pernah tulis dulu


Rabu, 6 Jun 2012

Makin Bertambah Tak Sabarnya Aku!!!!!


Aku memang sangat tak sabar....tak sabar gilerrrrrr!
hari ni makin tinggi tahap tak sabar tu
berulang kali terjah laman web rasmi Kementerian Dalam Negeri Malaysia
kononnya hari ni kita boleh tengok keseluruhan video bersih 3.0
sampai sekarang, masih belum ada kat sana
ke aku yang tak jumpa cari?

ada sesiapa boleh bagi jawapan?
aku sorang je ke tak jumpa cari?
aku sorang je ke tak dapat tengok video bersih 3.0 ni?

jenguk sana jenguk sini akhirnya jumpa kat Utusan Malaysia pasal ni:


Rakaman visual perhimpunan Bersih 3.0 disiar selepas diteliti panel - KDN

KUALA LUMPUR 6 Jun (Bernama) - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan bahawa rakaman visual perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu akan disiarkan kepada umum selepas Panel Penasihat Bebas selesai meneliti terlebih dahulu keseluruhan rakaman yang telah diserahkan kepada mereka sebelum ini.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi dalam satu kenyataan berkata, Panel Penasihat Bebas wajar diberikan ruang dan masa secukupnya bagi membuat penilaian ke atas setiap rakaman tersebut.

Justeru, katanya KDN akan mengambil maklum setiap pandangan dan nasihat daripada panel itu yang akan mengadakan mesyuarat Isnin ini. - BERNAMA

Berapa lama ek nak teliti? Berapa lama ya nak kena tunggu?
mmmmmmmm aku tak ada jawapan!


Aksi Terlampau Ain Si Baju Merah

Belajar Terbang dengan gigihnya!

Selasa, 5 Jun 2012

Video Pemandu Bas Dicederakan Objek Terbang


Tengahari tadi ada menonton berita
seorang pemandu bas di China meninggal dihentam objek keluli
terkedu sekejab tengok video tak sampai 2 minit tu
satu objek keluli dipercayai seberat 2kg yang melayang datang entah dari mana
telah terkena betul-betul di perut pemandu bas ni
dengan kelajuannya yang tinggi, memang dia akan cedera parah (walaupun tak nampak
kecederaan dalaman kita tak tahu...laju bukan main objek tu)
namun dia masih lagi sempat memperlahankan bas berkenaan
dan menghentikannya dengan selamat
dia akhirnya meninggal dunia tiga hari selepas kejadian berkenaan



BEIJING -- Chinese are hailing a bus driver who maintained control of his vehicle and ensured passengers' safety despite being struck by a chunk of iron that smashed through his windscreen.

Wu Bin ultimately died of his injuries from Tuesday's freak accident, but not before braking, shifting gears and telling passengers not to wander onto the highway. His hometown of Hangzhou in eastern China has praised him as a hero and a role model.

Dramatic security camera footage broadcast Sunday on state television showed the object hitting Wu and his calm handling of the situation, despite being in obvious pain. Wu died Friday.

China has a history of praising acts of selflessness and courage to inspire responsibility in an increasingly competitive and sometimes callous society. --- Huffington Post

Ni berita lanjut tentang kejadian berkenaan:





Kenapa 2 anggota panel siasat Bersih 3.0 tarik diri?


Dua anggota panel siasatan khas yang dilantik oleh kerajaan
untuk menyiasat dakwaan berkaitan perhimpunan Bersih 3.0
telah memutuskan untuk menarik diri dari anggota panel siasatan khas bersih 3.0
Mereka ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Sim dan
Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Medan Abdullah.

Anggota lain panel: Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf,
Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat undang-undang Media Chinese International,
Liew Peng Chuan dan ahli psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Ruszmi Ismail.

Kenapa? Mengapa? Ada sesiapa tahu tak?

Akhirnya dapat tahu jugak sebabnya…Menurut Sinar Harian,
Sim menarik diri atas faktor kesihatan
manakala Mohammad Medan pula disebabkan beban tugas semasa.
Sila baca Sinar harian kalau nak baca lebih lanjut,
Takat ni akhbar lain masih belum laporkan apa-apa termasuk Berita di TV


Isnin, 4 Jun 2012

Gempa Bumi di Sabah dan Gerhana Bulan?



Ada kaitan tak antara gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 pada skala Richter berlaku di Kunak, Sabah pada jam 2.36 petang tadi dengan kejadian gerhana bulan yang berlaku petang ni hingga malam nanti?

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak di Kilometer 22 selatan Kunak. Gegaran turut dirasai di Semporna dan Tawau.

Kalau ikutkan maklumat di Falak Online, jarak Zuhrah dan bumi sangat hampir hari ni, sebab aku bukanlah pakar dalam bidang kaji bintang…entah bidang apa aku pakar pun tak tau, makanya aku sarankan kita semua menelaah maklumat di blog ini untuk mengetahui fonomena yang sedang berlaku malam ni. Orang angkasa lebih tahu tentang ni…

Biasanya aku dapatkan maklumat kat Falak Online dan tengok secara live online di Falak Ustream.

Berikut maklumat tentang gerhana bulan yang bakal berlaku malam ni…jom baca dan tengok langit ya

Umat Islam disaran menunaikan solat sunat gerhana bulan berjemaah dan adakan khutbah gerhana hari ini berikutan fenomena gerhana bulan separa yang dijangka bermula pada jam 4.49 petang ini. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, berkata fasa pertama gerhana bulan bermula jam 4.49 petang itu dijangka mencapai tahap kemuncak pada jam 7.03 malam dan dijangka berakhir pada jam 9.17 malam.

JAKIM akan menganjurkan solat sunat ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan di ibu negara selepas solat Maghrib.

Seksyen Falak Jakim dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia akan mengadakan aktiviti cerapan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini. Orang ramai, terutama penduduk Putrajaya dijemput menyaksikan fenomena alam semula jadi dan bersama menunaikan solat sunat ini.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) pula turut menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam menyaksikan gerhana bulan separa di Planetarium Negara di ibu negara. Berdasarkan maklumat di laman web Angkasa, program itu akan berlangsung dari jam 8 malam hingga 10 malam ini dan masuk adalah percuma.


Tak Sabar Gila!!!!!!


Apa kes? Dah gila apa aku?
Hampir-hampirlah…belum gila lagi
Kisahnya hanyalah pasal KDN akan siar rakaman video Bersih 3.0 Rabu ini
Orang ramai boleh melihat visual rusuhan Bersih 3.0
di laman web Kementerian Dalam Negeri (KDN) mulai 6 Jun 2012.
rakaman visual tersebut sudah siap sepenuhnya dan telah disahkan sumbernya
akan dimuat naik ke laman web kementerian sehari sebelumnya.

Apalagi…hari Rabu ni ramai-ramai kita serbu laman web Kementerian Dalam Negeri
Tak payah kecoh-kocoh atau pertikaikan
Kenapa baru Rabu ni baru nak muat naik semua rakaman video berkenaan
Kalau Tanya aku, senang aje jawabnya:
Lu pikirlah sendrey! Pinjam ayat Nabil sat!