Khamis, 28 Julai 2016

Tembak Lagi, Berapa Banyak Tembak Daaa!



Termasuk kejadian tembakan di lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota/Jalan Genting Klang (Berhampiran Setapak Central) akibatkan kematian seorang pengurup wang, dah berlaku 6 kejadian tembakan mengorbankan mangsa sejak Januari 2016.

Wahhhhhh! Mudahnya nak lupuskan orang. Kalau tak letupkan, simen aje. Malas nak simen, tembak aje walaupun di kawasan atau tempat terbuka. Berani betul orang sekarang ni. Buat jenayahpun tempat ramai orang. Tengahari buta pulak tu. Macam tak kesahpun ada CCTV ke apa. Fuhhhhhh!!! Hebat, hebat! 

Berikut adalah kronologi kejadian tembakan melibatkan sebahagian besarkan orang yang berniaga. Aku tak nak komen banyak bab ni, tak payah buat apa-apa speklusasilah ya;


Aku sengaja tak letakkan gambar dan video kejadian tembak di lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota/Jalan Genting Klang tu ya bagi menghormati mangsa dan ahli keluarga. Tak kiralah mereka itu siapa, namun yang pasti apabila kehilangan ahli keluarga, kita akan sedih. Silalah hormati perasaan sebegitu.

Semoga selepas ni dah tak berlaku lagi kejadian jenayah melepaskan tembakan di tempat awam macam ni...macam menakutkan pulak. Apalagi kalau salah tembak orang. Tak pun nak tembak orang lain, orang lain pulak yang kena, lagi naya. 

Tapi, Malaysia masih lagi selamat kan kan kan?


Isnin, 25 Julai 2016

Sweetnya Nora Danish dan Remy Ishak

Tu dia!

Tau la Nora Danish ni duta Rania Gold. Fuhhhhh! Depa hasilkan video klip yang sangat manis;

"RANIAKU" - Official Music Video



Aku suka tengok video klip ni bukan sebab ada Nora Danish. Bukan sebab ada Aizat Hamdan walaupun lagu dia tu pun merdulah juga, jiwang karat. Bukan sebab ada Remy Ishak jugak. Lagilah bukan sebab Rania Gold pun huhuhuhu, Tapi…sebab cinematografi dia memang cantikkkkk.

Fuhhh! Kata mana tu? Teringin nak pergi lah!

Okeh…sambung berangan naik kapal layar!

Jumaat, 22 Julai 2016

Cabaran Puasa Enam



Ya, bulan Syawal memang bulan ujian. Ujian untuk puasa 6. Ujian juga untuk pertambahan berat badan selepas raya. Memang menimbulkan dilemalah bila ada rumah terbuka, pejabat terbuka yang ada masanya dibuat pada hari berkerja. Kalau pejabat terbuka tu kita fahamlah bila buat pada hari berkerja.

Macam dah jadi trend dah, ajak kawan-kawan datang rumah terbuka waktu makan tengahari. Alamak! Ingatkan hujung minggu sahaja bergelut puasa enam dengan rumah terbuka. Hari berkerjapun ada rumah terbuka. Cemana nak buat tu? Sangat serba salah dibuatnya. Pergi kang, hancur puasa. Tak pergi kanggg….mmmmm jawablah sendiri. Adakala orang boleh terima alasan “puasa” tu…kadangkala, ada juga yang tak boleh terima. Apa nak buat. Katanya tak reti bermasyarakat huhuhuhu

Kalau asyik terbatal puasa bila tiba waktu tengahari je, bila masa nak cukupnya puasa? Itu belum lagi terkejar-kejar dengan cuti bulanan. Fuhhhhh silalah gigih!

Masa masih ada lagi. Sempat tak ni?

Khamis, 21 Julai 2016

Khalifah - Hang Pi Raya

Huhuhuhu ni pun satu lagi lagu yang buat versi raya. Lagu asalnya Hang Nak Pi Mana, tetiba dah jadi Hang Pi Raya. Moh kita dengar…kata masih raya kan kan kan;

Khalifah - Hang Pi Raya



Kalau bandingkan dengan lagu SUDAHKU TAHU versi RAYA - Projector Band tu, lagu ni lebih boleh diterima kat telinga aku, mungkin sebab rentak dia lebih laju kot. Tapi, dengarnya pun hanya sekali jugak. Mmmmmmm aku dah tua kot, tu pasal.

Rabu, 20 Julai 2016

SUDAHKU TAHU versi RAYA - Projector Band

Ramai dah dok bercakap tentang lagu SUDAHKU TAHU RAYA ni, tapi baru hari ni kerkesempatan untuk dengar. Maklumlah, kalua dah balik kampong tu, line pun tadak apalagi nak nengok yutiyub bagai kan…jom kita dengar sesame;


SUDAHKU TAHU versi RAYA - Projector Band



Tapi kan, kalau dah raya tu, memang nak dengar lagu raya je huhuhuhu tadak maknanya lagu cenggini buat versi raya. Sekali dengar bolehlah…nak dengar berkali-kali tu tidak kot huhuhuhu.

Selasa, 19 Julai 2016

Dilema Rumah Terbuka



Dah habis raya ke?

Mana bulih, belum cukup sebulan ni huhuhu kalau hujung minggu beraya sakan rumah kawan-kawan dan sanak saudara hingga jem serata ceruk negeri Selangor dan Kuala Lumpur, tengah minggu pulak meriah dengan sambutan raya di pejabat pulak. Pejabat tu buat ofis terbuka, pejabat ni buat jamuan raya, pejabat ambo je tadak jamuan bagai…tadak bajet katanya!

Elok juga buat pejabat terbuka sambutan aidilfitri. Musim lepas raya ni ramai orang ikat perut selepas berhabis sakan musim Syawal balik kampong lepas. Kalau belanja tak sakan pun, tetap juga habis. Tetap juga korek tabung senak perut nak tunggu musim gaji. Jadinya, bila ada pejabat terbuka ni, bolehlah makan sedap-sedap lagi walaupun poket dah kering. Duit cukup-cukup untuk isi tangki minyak dan beli susu anak je.

Namun, bila sepanjang bulan ni asyik ada rumah terbuka, pejabat terbuka sepanjang masa, bila masanya nak puasa 6? Dilemma betul. Puasa bulan Syawal ni memang dugaannya lebih hebat dari puasa Ramadhan. Serba salah pun ada. Tak pergi rumah terbuka kang, pendek silaturrahim pulak katanya. Kalau pergi rumah terbuka tetapi berpuasa kang, kecik hati pulak tuan rumah. Serba tak kena jadinya.

Apa-apapun, selamat jalani ibadah puasa 6 dan kunjungi rumah terbuka. 

Ambo belum makan lemang lagi ni. Lemang nismilan lebih sedap ditekakku. Ada orang nismilan buat lemang tak? Mintak sebatang!

Isnin, 18 Julai 2016

Hargai Ibu Bapa Selagi Mereka Masih Ada

Ini adalah Iklan Hari Raya Aidil Fitri 2016 terbaru yang sungguh menyentuh perasaan daripada Candy Factory Studios. Wajib ditonton. The best ads! Unexpected climax! This a very touching, meaningufl and heartfelt 2016 Iklan Raya / Eid al-Fitr TV Commercial from Candy Factory Studios Webfilm titled "Penantian" (Malay Language Without Subtitles). Please visit their website at www.candyfactorystudios.com.my



Mata masuk habuk tak?
Hebat kan makcik dan pakcik ni berlakon. Menusuk kalbu!

Jumaat, 15 Julai 2016

Sedih Cucu Tak Jadi Balik Raya

Bila anak cucu tak jadi balik beraya, kesiannya;



Kasihan atok, merindu. Cuti beku, atok...nak buat macam mana. Redha ajelah.

Itulah pengorbanan ramai pekerja di malaysia. Jururawat, doktor, tentera, polis, bomba. Kita yang mudah dapat cuti ni, bersyukur sangat-sangat mak ayah tak punah harapan kat tengah jalan macam ni.  Setiap tahun balik juga beraya walaupun terpaksa menempuh jam berbelas jam. Paling tidak, beraya juga kita bersama keluarga di kampung halaman.

Khamis, 14 Julai 2016

Hadiah Kereta Untuk Abah

Alaaaaaa syahdunya iklan raya NAZA Hari Raya 2016 - Aidilfitri yang amat bermakna ni;



Bertuahnya mak dan abah dia…dapat kereta NAZA musim raya cenggini. Mmmmm kalau mampu bagi hadiah macam ni pun ok jugak. Sangat ok lah kan.

Rabu, 13 Julai 2016

Mak Nak Raya Sorang Tahun Ni

Memang ada ek kisah cenggini berlaku?



Musim raya anak-anak balik kampung untuk meriahkan suasana, bawakan gembira untuk mak. Tapi...kalau balik kampung lagi peningkan kepala otak mak, baiklah tak payah balik. Boleh eh tak payah balik musim raya?

Dah lah kita balik sekali sekala je, kesiankanlah kat mak. Mak tu bukan babu kita yang jadi tukang masak, tukang kemas, tukang sental jamban kita. Patutnya, sekali sekala balik tu, bagilah mak rehat. Bagilah mak jadi mem besar. Bagilah mak jadi pengarah aje. Bagilah mak rasa beruntung ada ramai anak, bukannya tambahkan lagi penat mak.

Memanglah keluarga kita tak sempurna, tapi sebagai seorang anak, tak kan nak pikir pasal mak sendiri pun payah. Yang kita angkut bawak balik anak-anak ramai kemudian bebankan mak pula yang kena kemas rumah, masak nak isi perut anak bini kita, sental jamban hancing dek anak-anak kita yang kencing tu apa pasal? 

Eh, terlebih iklan pulak huhuhuhu



 

Selasa, 12 Julai 2016

Iklan Raya MAS yang Comel

Comel je iklan raya Malaysia Airlines 2016 ni.




Ingatkan adik dia nak kena tinggal huhuhuhupatutpun "adik tak boleh ikut" huhuhuhu

Sabtu, 9 Julai 2016

Pengacau Balik Raya

BSN dah kekalkan dengan Pengacau Raya dalam iklan hari rayanya beberapa tahun ni. Ianya tentang keluarga Colonel Bakar bersama menantu pengacaunya, Aloysius. Jom kita saksikan telatah keluarga ini, siapa yang akan mengacau siapa dalam sambungan episod pengacau raya kali ni?

Filem Pendek Hari Raya 2016: Pengacau Balik Raya



Apa-apapun, semoga nilai murni dalam iklan ni dapat diterjemahkan oleh penonton.

Jumaat, 8 Julai 2016

Demi Langit dan Segala Isinya

Allah telah bersumpah dengan makhlukNya cukup banyak dalam Al-Quran, contoh dalam
surah (Asy-Syams [91 : 1-7), bermaksud:

Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang; (1) Dan bulan apabila ia mengiringinya; (2) Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata; (3) Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita), (4) Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh yang melambangkan kekuasaanNya); (5) Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya); (6) Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); (7)


Demi Matahari - Snada



Di bawah adalah lirik lagu Demi Matahari - Snada

Demi Matahari - Snada 

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah

Allah mengilhamkan
Sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikanNya
Merugi bagi yang mengotoriNya

Allah mengilhamkan
Sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikanNya
Merugi bagi yang mengotoriNya

Khamis, 7 Julai 2016

Lagu Raya Paling Hits

Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri atau hari lebaran, lagu raya memang tidak dapat dipisahkan. Macam tak raya kalau tak ada lagu-lagu raya kan? Bukan sahaja dengar di radio yang terhad siarannya ikut kemahuan penerbit nak siar lagu apa, ramai yang dah mula dengar lagu raya secara online sejak hari pertama puasa lagi.

Ambo ni, dah download siap-siap semua lagu raya yang sentiasa hits dan merdu didengar sepanjang zaman walaupun muncul juga banyak lagu-lagu raya yang baru. Tapi…lagu yang lama tetap tak tinggal. Haaaaa takat 16GB tu, memang penuh dengan bermacam lagu untuk diputar tengah hutan sepanjang perjalanan balik kampong. Baru ada feel raya, ya tak?

Moh kita berdendang-dendang lagu raya, ada 40 lagu dah dikompilasikan kat sini…berejam jugak nak habis tu huhuhuhuhu

40 Lagu Terbaik Hari Raya Aidilfitri




40 Lagu Hari Raya Aidilfitri Terbaik Sepanjang Zaman VOL.1

01) Saloma - Selamat Hari Raya 0:00
02) P. Ramlee - Dendang Perantau 2:36
03) Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf 5:19
04) Black Dog Bone - Cahaya Aidlfitri 9:04
05) Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran 12:48
06) DJ Dave - Menjelang Hari Raya 16:48
07) Ahmad Jais - Selamat Hari Raya 20:13
08) Aishah - Pulanglah 22:49
09) Aman Shah - Kepulangan Yang Di Nanti 27:15
10) Sharifah Aini - Suasana Hari Raya 31:02
11) Anuar & Ellina - Suasana Hari Raya 33:26
12) Fazidah Jonet - Selamat Hari Raya 37:07
13) Rahimah Rahim - Selamat Berhari Raya 39:43
14) M.Nasir - Satu Hari Di Hari Raya 43:15
15) Dayang Ku Intan - Senandung Hari Raya Untukmu 46:48
16) Azlina Aziz - Indahnya Beraya Di Desa 50:14
17) Ziana Zain - Indahnya Di Hari Raya 54:49
18) Sudirman - Balik Kampung 58:08
19) Siti Nurhaliza - Bila Hari Raya Menjelma 1:01:46
20) Junainah M. Amin - Suasana Riang Di Hari Raya 1:06:31
21) Sharifah Aini - Nostalgia Aidilfitri 1:09:45
22) Jamal Abdillah - Salam Aidilfitri 1:15:39
23) Mamat - Ku Pohon Restu Ayah Bonda 1:19:51
24) Noorkumalasari - Pulang Di Hari Raya 1:22:39
25) Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema 1:25:43
26) Ramlah Ram - Hari Raya Hari Bahagia 1:28:23
27) Siti Nurhaliza - Nazam Lebaran 1:31:26
28) M.Nasir - Salam Dunia 1:37:04
29) Raihan,Ajai,Rem & Nowseeheart - Lebaran Ini 1:41:16
30) Sanisah Huri - Aidilfitri 1:45:48
31) Sheila Majid - Hari Mulia 1:49:29
32) Al Mizan - Selamat Berhari Raya 1:53:54
33) Uji Rashid & Hail Amir - Seloka Hari Raya 1:57:45
34) Sudirman - Selamat Hari Raya 2:00:44
35) Awie & Ziana Zain - Halaman Asmara 2:03:48
36) Artis Sony BMG - Warna Warni Aidilfitri 2:08:46
37) Artis FMC - Keindahan Aidilfitri 2:13:34
38) Artis SRC - Aidilfitri Di Alaf Baru 2:19:09
39) Khairi Johari Johar - Sepasang Kurung Biru 2:23:28
40) Siti Nurhaliza - Air Mata Syawal 2:27:27


Rabu, 6 Julai 2016

Yeayyyy Dah Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin.

Selasa, 5 Julai 2016

Lepas Tu… Iklan Raya TNB 2016

Prinsipnya, Tiada kesalahan yang tidak dimaafkan.

Setiap tahun kita rindukan iklan raya jenis comel-comel cenggini. Tahun 2014, Iklan Raya Aidilfitri TM berkisar tentang ADIK.



Tahun ni TNB pulak buat iklan raya pasal Din pulak, tapi…temanya sama juga. Budak-budak yang nakal tapi comel! Moh kita tengok iklan raya TNB 2016; Lepas Tu



Comel kan? Hari raya untuk gembira, walaupun adakalanya tetap ada sedih.

Isnin, 4 Julai 2016

Selalu Di Hati, Iklan Raya MYDIN Malaysia 2016

Iklan raya MYDIN Malaysia diinspirasikan dari kisah benar katanya. Jom kita hayati;



Ya, bila dah kehilangan…baru kita rasa macam mana peritnya rasa itu. Belajarlah untuk lebih menghargai pada Syawal yang mulia ini.

Ahad, 3 Julai 2016

Erti Raya, Iklan Raya Maghfirah 2016

Apa ertinya hari raya?
Tiap orang ada erti yang tersendiri.



Sementara masih ada mak ayah, moh lah kita balik kampong raikan Hari Raya bersama mak ayah.

Sabtu, 2 Julai 2016

Rumah Untuk Abah


Masa kecik-kecik, dia tengok kesusahan ayah dan berazam untuk beli rumah untuk ayah dan mak. Dia belajar masuk U, tapi, bila dia kahwin tanpa restu, dia dihalau dari rumah.



Itulah makna hari raya.

Mmmmm sendu jugaklah. Walaupun tak jadi kat ambo, tapi terkesan sebab berlaku kat orang yang terdekat. Apa-apa jadipun, ibu bapa tetap betul. Kita tetap anak.

Jumaat, 1 Julai 2016

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin


Ketika entri ni kalian baca (kalau baca waktu diterbitkanlah, kalau baca petang tak aci tau!), maka ketika ini ambo dah pun berada entah tengah hutan belantara mana. Hah? Apasal pulak? Cari buluh nak buat lemang ke?

Hari ni, insha Allah sebelum subuh ambo akan mula gerak untuk balik kampong halaman di negeri paling miskin nun. Maklumlah, negeri miskin, jadi kena gerak awal-awal pagi sebelum subuh. Cadangnya akan bersubuh di Genting Sempah, kalau TERlambat sikit turun, akan subuh di Gombak.

Balik Kampung – Sudirman Arshad



Ishhhh! Memang ambo akan turun dari rumah awal-awal pagi sebab nak elak jem orang pergi kerja di Pandan dan Ampang. Jadi kalau berjaya lepasi dua tempat ni sebelum berlaku kesesakan, satu nikmat tak terhingga tau. Bolehlah jimat masa sikit...errr, bukan sikit masa dijimatkan, tapi banyakkkkkk!

Jadinya, sempena Ramadhan yang kian ke penghujungnya dan Syawal yang kian menghampiri, ambo ambil peluang menyusun 10 jari memohon maaf zahir batin andai sepanjang kita bermesra di blog dan FB, ada gurau senda ambo melampaui batas, ada sindir pesan ambo yang menyakitkan hati. Ambo hanya insan biasa sahaja.

Andainya, ambo masih lagi ada TERhutang dengan sesiapa yang belum bayar, lupa nak bayar, tak ingat nak bayar, mohon tuan empunya diri hubungilah ambo dan beritahu. Insha Allah ambo akan bayar dengan kadar segera, sebab ambo tak mau mati dalam keadaan berhutang.

Kepada semua, semoga selamat sepanjang perjalanan balik ke kampong halaman. Pandulah dengan selamat, berhati-hati di jalan raya. Kampung tak lari pergi mana eh, ingatlah keluarga tersayang.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin