Isnin, 31 Disember 2012

Kita Bebas Untuk Memilih


Kita (akulah tu!) tak mampu untuk memaksa orang lain mengikut citarasa kita (akulah tu!). Bila kita (akulah tu!) suka bau lavender, tak semestinya orang lain juga suka kecuali dia memang sukakan lavender sama macam kita (akulah tu!). Bila kita (akulah tu!) suka durian tahap gaban, tak bermakna semua orang sukakan durian segaban itu juga.

Apa yang kita (akulah tu!) tak suka, tak semestinya tidak digemari juga oleh orang lain. Bila kita (akulah tu!) tak suka cendol, bukan bermakna orang lain juga perlu ikut sama tak suka. Setiap orang ada pilihan dan citarasa sendiri.

Bila masing-masing ada pilihan sendiri, maknanya…biarlah daku dengan pilihan sendiri juga. 


Makcik Diistiharkan Muflis Kerana Jadi Penjamin.Makcik kakitangan kerajaan ni baik hati sangat jadi penjamin, akhirnya dia yang diistiharkan muflis;




Banyak masalah perlu dilalui bila diistiharkan muflis.

Moral dari kisah ini: Sila kedekut untuk jamin pinjaman orang lain. Bila dah muflis, tak ada siapa nak tolong kita pun.





Ahad, 30 Disember 2012

Hati Seorang Kekasih


Dah lama tak dengar lagu ni;



Lagu ini dipetik dari album Mata. Yang menariknya, dalam videoklip ini, Sudirman muncul sebagai bayang-bayang orang bermain viola sambil menari. Noorkumalasari adalah artis undangan dalam rancangan Puspawarna bersama Sudirman ini.

Orang kata, intro lagu Hati Seorang Kekasih sama macam lagu Teman Pengganti yang dinyanyikan Black dan Malique. Cubalah bezakan sendiri;



Lagu ini telah ditonton secara online sebanyak 3.7 Juta dengan hampir 14 ribu like, berbanding hanya sekitar hampir 500 sahaja dislike.





Sabtu, 29 Disember 2012

Runtuhan Tebing di Puncak Setiawangsa

Kejadian runtuhan tebing di puncak setiawangsa berlaku pada Jumaat awal pagi. 



Pada masa ini jalan menuju ke Puncak Setiawangsa terpaksa ditutup bagi mengelak kejadian yang lebih buruk akibat pergerakan keluar masuk kenderaan. Struktur tebing masih tidak stabil, bila-bila masa sahaja runtuhan baru boleh berlaku. Ceeewahhhhh! Ayat macam orang kaji bumi pulak ya!


Hanya 49 penghuni telah berdaftar di bilik gerakan polis sementara yang ditempatkan di kawasan kejadian untuk memaklumkan mengenai pemindahan mereka dari rumah terbabit. 


Dewan Orang Ramai Setiawangsa dijadikan pusat pemindahan sementara

Kini, semua penduduk di kawasan berlaku runtuhan tebing telah diarahkan berpindah ekoran masih berlaku gelinciran tanah. Mereka adalah sebahagian daripada 88 keluarga yang menghuni banglo mewah (30), rumah kedai (18) dan rumah teres dua tingkat (58) di Puncak Setiawangsa. Antara pemilik banglo yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Puncak Setiawangsa, adalah Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis.



Komen aku: Sekarang ni musim hujan, tanah lembab dan kandungan air dalam tanah juga tinggi. Setakat manalah sangat tebatan yang manusia buat ni, berbanding sealam yang Allah ciptakan. Silalah berhati-hati kepada sesiapa yang tinggal di kawasan ditarah.


Simpati jugak dengan mangsa. Semoga mereka sabar berdepan dengan ujian sebegini. Pak menteri lainlah, duit berkepuk-kepuk, sekejab sahaja boleh beli rumah lain. Kita golongan marhaen ni, nak bayar tiang rumah sebatangpun ambik masa entah berapa lama baru langsai ya…

Banjir di pantai Timur baru je pulih sedikit hari ni kan, tetiba runtuhlah pulak!

Sumber gambar: Bharian & Mstar




Jumaat, 28 Disember 2012

Gambar Nikah Apex dan Luiney Natasha


Malas nak tulis apa-apa, hanya nak tampal gambar pernikahan Apex Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha je kat sini;










Semua gambar ni aku ambil di THR GEGAR. Kalau nak tengok lebih banyak gambar, silalah ke sana.

Nak tengok rakaman video perkahwinan antara Khairul Fahmi @ Apex dan leuniey, boleh tengok kat bawah ni;



Semoga perkahwinan pasangan Apex dan Luiney berpanjangan hingga syurga.




Pernikahan Khairul Fahmi Che Mat


Hari ni kan Apex si Khairul Fahmi Che Mat dan Luiney Natasha nikah kan? Asalnya akan dinikahkan sendiri oleh Menteri besar kelantan iaitu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, tetapi beberapa hari lepas, Tok Guru tarik diri. Siapa ganti ya?

Maklumat lanjut tentang acara pernikahan dan majlis resepsi Apex-Leuniey aku pernah tulis.

Gambar pra perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat dan Leuney Natasha pun aku pernah tampal kat blog ni.



Selamat pengantin baru ya Khairul Fahmi Che Mat @ Apex bersama pasangannya yang cantik lawa Luiney Natasha. Moga berkekalan dunia akhirat. Jom, sama-sama doakan;




Moga-moga tak banjir juga...belarok dalam ujan laaa...errrrr depa buat di hotel kan? Mmmmm kot yang kat rumah Apex tu belarok dalam ujan. Sahlah makan budu banyak hu hu huhu

Errrrr...ApeX tak mau ajak aku ke pi makan gulai? hu hu hu




Khamis, 27 Disember 2012

Kesian, Otaknya Tak Berfungsi...Sila Bersimpati!


Seminggu dua lepas heboh tentang Sri Pentas TV3 dikerumuni penunggag motor besar yang protes tentang kempen pemasangan kamera AES yang disiarkan dalam rancangan Majalah 3. Sebabnya, mereka tidak puas hati cara Majalah 3 menyiarkan isu berkenaan sehingga menggelarkan “Pelesit Lebuhraya” kepada penunggang motor besar dalam rancangan berkenaan.

Entri ni bukannya nak cerita tentang Majalah 3 yang dah jadi macam Rancangan 999 itu, bukan juga tentang memorandum bantahan AES yang mereka serahkan kepada TV3, juga tidak berkenaan kegiatan berkonvoi yang kerap diadakan oleh kumpulan penunggang bermotor besar ni. Aku pun teringin nak berkonvoi macam mereka andainya punya fasiliti mencukupi termasuk ada lebihan masa dalam hidup ni.

Harapnya, lepas ni tak ada orang akan hantar memorandum atau berpiket depan rumah aku pula ya sebab entri ini berkaitan dengan benda-benda besar. Jadi, bila benda besar, orang besar yang disabitkan, adakala kita (akulah tu!) orang kecil ni rasa terlebih kecil pula.

Kes ini berlaku dua hari, pada hari Krismas. Lambat publish sebab jenuh nak muatnaik gambar. Jenuh dok tunggu, baru hari ni berjaya dimuatkan kedua-duanya.

Bila ada cuti perayaan ramai orang sedang bercuti. Bila cuti maknanya nak rehatkan minda. Nak seronokkan hati. Namun, bila berlaku perkara yang tak seronok disebabkan orang-orang yang terlebih besar ataupun perasan besar ni nak seronok, rasa nak maki hamun tetap ada kerana kita (aku le tu!) hanyalah insan biasa yang bukan payah benar untuk dipengaruhi oleh Syaitan Yang Direjam ni.

Balik dari Tesco semalam jam 11.30 pagi. Terus bersihkan lauk dan simpan dalam peti ais, bekalan seminggu itu. Kemudian buang semua sampah (isi perut ikan dan segala macam lebihan ayam yang tidak diingin) agar tidak menyimpan bau dan tidak diselongkar dek kucing JALANG. Tetiba nampak encik hensem ni kat depan pagar rumah;




Sekiranya TUAN PUNYA encik hensem mempunyai OTAK yang berfungsi, dah tentulah dia TAK AKAN parking menghalang pintu pagar rumah orang dari jam pagi sebegitu (sebelum jam 12 tengahari) hingga jam 5.45 petang. Nak tengok nombor platnya? Silalah besarkan gambar dan guna kanta pembesar ya;



Aku tahu aku tak mampu nak beli kereta peugeot sebegini, namun aku sangat bersyukur memiliki rasa kemanusiaan walaupun kepada binatang. Aku bersyukur kerana otak aku masih lagi berfungsi dengan baik walaupun kerapkali terlupa untuk makan kalau perut tidak ingatkan.

Terima kasihlah ya tuan punya kereta peugeot putih yang tak sempat aku tengok hensem ke tidak mukanya, tetapi telah kutahu tahap kehenseman mindanya itu kerana jadikan depan pagar rumah aku tu parking paling cun untuk tempoh sepanjang itu. Lain kali datang parking lagi ya. Sila tayang kereta yang lain pulak ya, mana tahu ketika itu aku tergolek guling meraung menengokkan betapa hebatnya gaya anda.

Terima kasih jugalah ya dengan decitan pecutan tayar mahal kereta anda tu ya...hanya kerana satu notis yang manis “Harga parking anda RM100, sila bayar cash” yang daku letak kat cermin dengan penuh kasih sayang itu ya. Nasib baik aku letak notis semanis itu, kalau kuletak barang sebatang dua paku, runtuh gamaknya Bangi ni. Maklumlah, kereta mahal...tak kan nak guna tayar murah dak? Paling-paling cikai pun kenalah pasang michelin, ye dak?

Terima kasih juga dengan ngauman bunyinya itu biarpun macam kuat juga bunyinya. Maaflah...aku tak sempat nak menangis ketakutan!

Silalah datang parking lagi sekali ya tuan enche ensem, dikau dialu-alukan dengan paluan kompang lagi!

PsssT: Akhirnya, kedua-dua gambar ini mampu jua kumuatnaikkan.





Rabu, 26 Disember 2012

Juara VOKal Bukan Sekadar Rupa


Dah lama tak ikuti rancangan realiti tv vokal bukan sekadar rupa. Rupanya malam ni dah final @ peringkat akhir, jadi hanya dua peserta sahaja iaitu Mar dan Ucop bersaing.


Dua-dua sama hebat, juri juga hebat-hebat. Kenalah tunggu hingga akhir kalau nak tahu siapz pemenangnya walaupun aku dah dapat teka. Ceewaaahhhhhh bajet juri tak bertauliah gitu!

Juara vokal bukan sekadar rupa 2012 dinobatkan kepada UCOP yang bawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100 ribu, piala dan tajaan mini studio berjumlah RM10 ribu, manakala MAR sebagai naib juara bawa pulang RM30 ribu dan piala.



Hadiah Sastera Perdana Malaysia


Singkat sangat masanya...


Lagenda Budak Setan 2 Tak Seindah Kuimpikan


Entri sejukkan hati sementara cari jalan untuk muatnaik gambar kereta ensem yang parking seharian depan pagar rumahku semalam.

Apa kata nikmati dulu filem Lagenda budak setan 2: Katerina ni;



Jom tengok keindahan Bhutan...dua tahun lepas aku dapat tahu pasal negara ni...cantik tak? Tak berapa nak cantik sinimatografinya. Sekejab pulak tu...macam rugi je pergi jenjauh tapi tak banyak scenenya.

Mmmmm tak nak komen apa-apa, kalau aku komen kang panjang lebar pulak. tengah banyak kerja nak buat hu hu hu


Selasa, 25 Disember 2012

Video Banjir 2012 Di Kelantan, Trengganu Dan Kuantan


Sekarang musim hujan. Boleh dikatakan setiap hari akan hujan, tambah lagi di negeri Pantai Timur.

Biasanya awal bulan November dah mula banjir sana sini, tahun ni lambat pulak. Dah nak habis Disember, dah nak masuk tahun baru 2013 baru banjir bermula.

Video fonomena hujan air batu. Pernah ada pengalaman tengok hujan air batu?



Masa kecil dulu (sekolah rendah) aku pernah tengok hujan air batu. Berketul-ketul gurur ke jemoran rumah arwah wa. Sempat aku kutip dua tiga ketul sebelum cair. Rugi betul masa tu tak ada kamera, apalagi video rakaman.


Amaran hujan lebat di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang 2012



Kepada anda yang malas nak cari di Youtube tentang tahap banjir yang melanda Kelantan, Trengganu dan Pahang, berikut adalah Video Banjir 2012 yang berlaku Di Kelantan, Trengganu Dan Kuantan.


Jambatan ke-2 Yahya Petra, Dirakam pada jam 11 pagi 25hb. Disember, 2012;




Banjir Di Kelantan Bertambah Buruk 25/12/2012




Banjir di Kuantan pada 12 Disember 2012




Banjir di Kuantan pada 24 Disember 2012




Beberapa bulan lepas, Pak Menteri kata; Terengganu Siap Sedia Hadapi Banjir. Persediaan yang rapi untuk berdepan dengan banjir boleh membantu mengurangkan kesan yang bakal didepani. Paling tidak, bolehlah bersihkan longkang, cuci parit segala...


Banjir Di Kampong Pok Tuyu, Trengganu 22 Disember 2012-12-25




25hb Dis 2012 11:37am, Banjir Di Kuala Brang, Terengganu




Kuala Brang, 25hb Dec 2012 11.43am



Musim banjir ni ramai anak-anak dan mak bapak anak-anak ambil peluang untuk main air banjir. Silalah berpada-pada, air kalau sikit memang sesuai untuk kita minum, bila dah melimpah ruah dan deras begini, sangat bahaya ya adik-adik...anak-anak dan mak bapak anak-anak.

Sebelum menyesal kehilangan nyawa, sila waspada. Kalau dah berlaku tragedi...tak guna nak menyesal, nak melolong...







Ahad, 23 Disember 2012

ApeX Khairul Fahmi dan Luiney Duet Lagu Hindustan


Pasangan bakal pengantin Apek dan Liueney berduet nyanyi lagu hindustan di THR GEGAR




Hebat tak?
Aku? No komen!

Jumaat, 21 Disember 2012

Ada Gambar Walaupun Bukan Hari Rabu




Walaupun bukan hari Rabu, entri ni nak tampal gambar.
Entri hingga hari ni;



Pada tarikh cantik orang kata akan berlaku kiamat ni...dia tu siapa boleh tau kiamat berlaku hari ni?
21/12/2012...sama cantiknya dengan tarikh indah minggu lepas dan entri cantik minggu lepas juga. nombor kali ni cantik juga kan?




Apabila Dosa-Dosa Di Siang Hari Mengikat Tidur Pada Malam Hari


Moga-moga dosaku pada siang hari tidak mengikat tidurku pada malam hari;



Mudah-mudahan kita mampu menjadi orang yang meminta ampun pada waktu sahur. Kena ada kekuatan yang luar biasa untuk buat ni…






Khamis, 20 Disember 2012

PLUS Perkenal WOW Banteras Penipuan di Lebuh Raya


Berita baik kepada semua pengguna lebuh raya…cewahhhhh, macam iklan pulak!

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah melancarkan perkhidmatan ‘bengkel bergerak’ Workshop on Wheels (WOW) sebagai strategi dan pendekatan terbaru syarikat mengelakkan penipuan kepada pengguna lebuh raya menjadi mangsa penipuan syarikat trak tunda dan bengkel yang tidak bertanggungjawab bila kenderaan mengalami masalah dan terkandas di lebuh raya.

PLUS telah bekerjasama dengan pihak AAM bagi mengelakkan pengguna terus menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain perkhidmatan sedia ada oleh PLUSRonda ketika ini, perkhidmatan asas yang diberikan oleh WOW seperti menunda kenderaan ringan (Kelas 1) ke plaza tol, kawasan rehat atau hentian sebelah, memeriksa dan membaiki kerosakan kecil diberikan secara percuma kepada pengguna lebuh raya apabila menghubungi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000 atau menggunakan telefon kecemasan.

Pada ketika ini, PLUS tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk menghalang trak-trak tunda memasuki lebuh raya, mengakibatkan pengguna lebuh raya yang terkandas terdedah kepada risiko penipuan pihak tidak bertanggungjawab.

Pengguna perlu telefon line PLUS, pasukan PLUSRonda akan diarahkan untuk ke lokasi di mana anggotanya akan memeriksa, membuat penilaian dan cuba membaiki kerosakan kenderaan tersebut. Sekiranya kerosakan tidak dapat dibaiki, PLUSRonda akan menghubungi semula Pusat Kawalan Trafik PLUS sebelum unit WOW dikerah ke lokasi untuk memberikan bantuan seterusnya.

Selain itu, WOW turut menyediakan perkhidmatan membaiki dan menukar alat ganti kenderaan seperti bateri kereta, radiator, kipas dan lain-lain dengan caj yang berpatutan. Semua kerja ini akan dikendalikan di lokasi selamat di lebuh raya tanpa perlu keluar dari kawasan lebuh raya dan membayar kos tundaan. Walau bagaimanapun, sekiranya pengguna masih mahu menghantar kenderaan mereka ke bengkel pilihan masing-masing, mereka boleh berbuat demikian dan kos ditanggung oleh pengguna itu sendiri. Bagi mengelakkan kekeliruan dan keraguan pengguna, caj menukar alat ganti kenderaan dipaparkan dengan jelas pada kenderaan unit WOW untuk pengguna membuat penilaian

Fasa Pertama WOW akan meliputi laluan Seremban-Johor Bahru dan boleh diperolehi 24 jam setiap hari. Ia akan diperluaskan ke laluan-laluan lain di rangkaian lebuh raya PLUS secara berperingkat.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di semua lebuh raya kendalian PLUS menerusi perkhidmatan Twitter di www.twitter.com/plustrafik untuk memaklumkan pengguna lebuh raya tentang keadaan trafik terkini di rangkaian lebuhraya Utara-Selatan, ELITE, NKVE, Lebuhraya Persekutuan Laluan 2, Linkedua, lebuh raya Seremban-Port Dickson, Jambatan Pulau Pinang dan lebuh raya Butterworth-Kulim.

Orang ramai juga berpeluang mengikuti perkembangan terkini serta pelbagai promosi PLUS menerusi laman Twitter KembaraPLUS. Orang ramai juga boleh menghubungi talian PLUSLine 1800 88 0000 yang beroperasi 24 jam setiap hari untuk mengetahui apa-apa perkembangan lanjut.


Orang Kenamaan Rugi RM2 Juta


Sebuah banglo dua tingkat milik seorang kenamaan di Petaling Jaya, dipecah masuk, malam semalam, dan mengakibatkannya kerugian kira-kira RM2 juta, selain sepucuk pistol dan 62 biji peluru turut hilang.

Mangsa yang berusia 70 tahun berkata, kejadian berlaku ketika beliau dan lima penghuni lain termasuk seorang pembantu rumah keluar menghadiri satu majlis sejak jam 3 petang dan hanya kembali tengah malam tadi.

Ketika tiba di rumah, didapati tingkap dapur terbuka dan selepas masuk ke dalam rumah beliau dapati tiga bilik tidur di tingkat atas diselongkar dan enam utas jam tangan berjenama, barangan kemas, koleksi syiling emas serta wang tunai yang disimpan dalam peti keselamatan telah hilang termasuk juga beberapa gajet elektronik seperti iPad, kamera dan komputer.

Ingatkan RM2 juta tu simpan dalam bentuk tyunai macam kes yang berlaku di Sarawak hari tu. Berjuta-juta mereka ni simpan duit kat bawah bantal ya…apa kata hulur sikit kat kami masyarakat marhaen ni, dah hujung tahun banyak pulak kos kena tanggung kan? Mmmmm musim hujan pulak tu, bumbung pun bocor sana sini…ingatkan tinggal di negeri paling miskin sahaja bocor bumbungnya, berada di negeri paling maju pun masih sama juga huh u hu sila anggap ini catatan penghujung bulan di akhir tahun!

Tahniahlah kepada pelajar-pelajar yang sedang meraikan kegembiraan mendapat banyak-banyak A dalam peperiksaan Menengah rendah PMR yang dah diumumkan keputusannya siang tadi (Nampak sangat entri ni tulis semalam kan?)

Ramai mak dan bapak-bapak yang berdebar-debar mengalahkan anak-anak. Anak-anak Nampak cool je, buat tak tahu dan gembira nak jumpa kawan-kawan…dan makcik ni pulak berdebar-debar juga.

Setiap tahun, anak buah yang ambil peperiksaan akan tahu yang makcik mereka ni akan beri hadiah mengikut berapa banyak nilai A yang mereka dapat. Setiap satu A berjumlah RM100. Bayangkanlah kalau semua dapat A, memang rabak makcik huh u huhu.

Makcik nak menyesalpun tak guna sebab kalau tawaran tu ditarik balik, nanti mereka akan kata “tak adil @ tak aci” sebab yang dah lepas tu boleh dapat. Bila sampai je masa dia orang nak pulun amik periksa, tetiba hadiah dah tarik balik kan? Jadi…dengan penuh istiqamahnya, makcik kenalah bertahan walaupun kali ni dua orang serentak anak buah ambil peperiksaan PMR. Kalau dua-dua orang SCORE A semua…demam tak kebah makcik dia ni…

Errrr…bayaran boleh tunda tak?




Rabu, 19 Disember 2012

Musim Cinta Telah Berlalu?


Musim buah dah sampai ke hujung tak? Hujung minggu nanti nak ambil peluang untuk cari durian, sementara tu, jomlah kita berseronok dengan cinta yang bermusim ni;




Entah kenapa suka melodinya...macam menari-nari hati di dalam setiap kali dengar lagu ni walaupun sepatutnya lagu ni sedih;

Musim Cinta: nyanyian Aman Shah

Musim cinta telah berlalu
Kau pergi dan lukakan hatiku
Musim cinta telah berlalu
Kau pergi dan tinggalkan kenangan

Biar daku alami
Gelombang pahit cinta hidupku
Biar daku selami
Lautan racun cinta menanti
Musim cinta telah berlalu
Kau pergi dan tinggalkan kenangan


Lirik & lagu Musim Cinta Aman Shah


Selasa, 18 Disember 2012

AirAsia didenda A$200 ribu


Orang kita, guitulah. Kalau komplen berbuih mulutpun buat tak taupun. Kalau orang luar yang komplen, baru nak ambil tahu. 

aku ajepun dah tiga empat entri...ni yang sempat aku jumpa. nak baca?

Itu belum lagi kisah aku mandi kopi puteh dalam penerbangan...tang mana tah dia ...ok mandi kopi puteh bersauna di udara

Ini kisah Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dikenakan denda kerana tidak memasukkan cukai dan lain-lain caj dalam laman sesawangnya.

Syarikat penerbangan itu didenda A$200,000 di Mahkamah Persekutuan Melbourne hari ini kerana melanggar peruntukan peletakan harga tunggal Undang-Undang Pengguna Australia, kata Australian Associated Press.

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia berkata kes itu berkaitan dengan tempoh 10 bulan ketika laman sesawang www.airasia.com tidak menunjukkan beberapa harga tambang penerbangan termasuk semua cukai, duti, yuran dan lain-lain caj mandatori "dalam cara yang jelas dan sebagai angka tunggal".

Denda itu membabitkan penerbangan antara Melbourne dan Macau, London, Ho Chi Minh City, New Delhi, Hangzhou dan Chengdu, serta, dari Perth ke Taipei, Phuket, Osaka, London, Ho Chi Minh City dan Hangzhou dan dari Gold Coast ke Ho Chi Minh City.

Bezanya kita dengan orang luar adalah SAMAN. Kalau ikutkan, dah ramaipun rakyat Malaysia menceceh komen itu itu pasal Airasia…namun, selagi kita tak saman, semua cadangan, komen atau aduan tu ada mereka kesah?

Akhirnya kita juga kena mengalah bila ada mulut tak insuran kata “Kalau tak puas hati, tak payahlah guna,”

Mmmm apa-apalah labu!


Wanita Malaysia Ramai yang Curang?


Kalau baca Mstar hari ni, akan terjumpa artikel yang mengulas tentang 39 Peratus Wanita Berkahwin Curang Terhadap Pasangan seperti didakwa media baru-baru ni. Namun begitu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menafikan laporan itu.

Soalnya benarkah 39% golongan wanita kini berlaku curang kepada pasangannya? Soalnya juga, benarkah peratusan itu tidak benar sama sekali?

Ikutkan kata Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noriah Kasnon, kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) mendapati kecurangan pasangan bukan merupakan punca utama pembubaran perkahwinan atau perceraian; 41.8 peratus kes perceraian kerana tiada persefahaman, pasangan curang dan enggan dimadu sebanyak enam peratus, dan tidak bertanggung jawab 11.4 peratus.

Menurut kajian Jabatan Kemajuan Islam ke atas 3,312 pasangan pada tahun 2005 pula mendapati kurang dua peratus daripada jumlah pasangan yang berkahwin mengaku berlaku curang kepada pasangan masing-masing.

Bagi kes kaunseling, punca utama perceraian disebabkan; kurang perhatian daripada pasangan, tiada persefahaman, penyalahgunaan media sosial, pengaruh rakan, pergaulan bebas serta lemah tenaga batin.

Siapa nak mengaku curang? Cer angkat tangan!
Mak Menteri kata, curang bukanlah faktor utama penceraian. Mmmmm ada sesiapa TERniat nak curang tak??? Ish! Ish! Ish! tak baik tauuuuuu!

Beliau juga berkata kecanggihan Internet serta laman sosial yang pesat berkembang ketika ini menjadi kebimbangan kepada keharmonian institusi kekeluargaan apabila kecurangan dan hubungan sulit sukar dikesan pasangan.

Pegangan agama sangat penting tak kira zaman mana kita hidup. Selagi kuat pegangan agama, banyak perkara tak elok seperti curang, skandal atau hubungan terlarang dapat dielakkan. 









Jumaat, 14 Disember 2012

Penyakit Mata Lalat: Bergaduh Tak Habis!


Kepada manusia, ada 3 “benda penting” dalam kehidupan seharian mereka iaitu;
1. Apakah “benda” yang penting
2. Masa bila yang penting
3. Siapa yang penting




Peluang hanya datang sekali, itulah masanya. Lakukanlah sekarang!

Khamis, 13 Disember 2012

Datuk K Kemalangan Di New Zealand

Tengah semangat buat kerja sambil dengar Radio THR Gegar online, tetiba berita radio siarkan tentang Datuk K Cedera kerana Kemalangan jalan raya Di New Zealand. Terhenti buat kerja sekejab, terus cari di akhbar online. Hanya Utusan yang dah tulis pasal cerita kemalangan jalanraya Datuk K tu... aku petiklah berita tu seperti di bawah lebih kurang;

Suami penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa cedera dalam kemalangan di New Zealand hari ini dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Datuk K menunggang motosikal kuasa besar mendapat kecederaan patah bahu, tangan dan kaki, namun keadaannya tidak membimbangkan.

Siti Nurhaliza yang sepatutnya menjayakan siri terakhir Konsert Ekspresi Karya Gemilang di Banjarmasin Indonesia malam ini terpaksa membatalkan persembahannya. Beliau akan berlepas ke New Zealand esok untuk bersama suaminya di sana dengan ditemani kakak iparnya, Datin Zaiton Mohammad Jiwa.


Apapun, aku nak ucap tahniah kepada golongan pesara yang akan dapat durian runtuh 17 Disember nanti. Ini merupakan bayaran pencen dan Bayaran Khas Pesara kali kedua sebanyak RM500 kepada para pesara kerajaan.

Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan di sini hari ini berkata, perkara itu diputuskan kerajaan untuk dilaksanakan sempena sambutan Hari Krismas pada 25 Disember ini.

Sehubungan itu menurut kenyataan tersebut, penerima pencen yang dibayar melalui bank boleh menuntut bayaran berkenaan mulai 17 Disember ini manakala Bayaran Khas Pesara akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pencen termasuk penerima di bawah Skim B iaitu mereka yang tidak perlu mengisi borang tuntutan pencen di kaunter bank.

Penerima pencen yang menerima waran pencen bertarikh 18 hingga 31 Disember 2012 juga boleh menunaikan waran mereka mulai 17 Disember ini. Perkara ini juga sudah dimaklumkan kepada semua pihak termasuk bank yang terlibat bagi maksud pelaksanaan.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut berhubung pembayaran itu boleh menghubungi talian 03-88854906/4475/4476/4477/4478. 


Menyimpan Kenangan Angka 121212 Nan Comel


Selama ni pun aku memang suka nombor walaupun asal tengok nombor je aku terus blurrr. Itu kalau nombor untuk dharab, bahagi, tolak campur.

Kalau di jalan, aku suka tengok nombor-nombor kenderaan yang Nampak unik dan comel, malah aku ada nombor kegemaran sendiri. Rahsia ya…kang tak pepasal ada pulak guna nombor tu untuk tikam ekor hu huhuhu.

Masa semua orang dok bidik nombor 121212 yang istimewa itu semalam (sebenarnya entri ni aku tulis semalam, hanya paparannya sahaja set untuk hari ni), aku perasan satu perkara kat blog aku. Nak tahu apa? Cuba tengok gambar bawah ni;


Yang ni aku tengok pada tengah malam menjelang tarikh 12hb 12 tahun 2012, (lebih kurang jam 12.12 AM gitu). Masa tu aku dah ralat sikit sebab macam tak berapa nak cantik angka jadinya.Jumlah entri 1212 memang dah cantik...tapi bila tengok tarik akhir pos pada 11 Dec, macam tak comey lah pulak!

Seorang kenalan sarankan untuk aku post entri baru pada tarikh 12 Disember untuk jadikan angka berkenaan semuanya jadi 12. Namun, rasa macam tak aci pulak kalau buat gitu, lagi pula bila tambah entri...angka kat depan tu pulak akan jadi 1213...tak comey jugak!

Siang kelmarin, bila tengok kat dashboard blog, tetiba semuanya jadi 1212 dan 12, 2012 hu huh u gimana boleh jadi macam tu? Cer tengok, tak percaya kan?


Kena upah penyoasat ni!
Siasat punya siasat, barulah tahu macam mana boleh jadi macam tu…cer tengok kat bawah ni apa dia;


Sebenarnya, aku selalu kemaskini blog secara schedule. Pos entri sekali atau dua kali je seminggu, tapi tulis untuk seminggu terus ikut bahan yang ada. Rupanya apa yang belum disiarkan kat blog pun sudah dikira dek blogspot, itu sebabnya angka untuk jumlah entri tak berubah tetapi tarikh tu tetap berubah.

Mmmmmm dah dapat satu rahsia blogspot ni hu huhu

Makanya, dengan rasmi aku dah dapat nombor yang cantik itu tanpa aku plan pun. Tanpa perlu susah payah ubahsuai untuk dapat nombor tu. Kira okeylah kan tetiba TERdapat nombor macam tu. Tak menyusahkan orang dan tak paksa sesiapa.

Psttttt: Dengar cerita ramai orang sengaja MEMberanakkan diri pada tarikh cantik ni. 




Rabu, 12 Disember 2012

Dia Orang Ngumpat Pasal Aku Tanpa Aku Faham



yang ni fahammmmm...





Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari

Ramai tak peminat jejaka terhangat di Malaya, Anuar Zain? Hari ni entri jamu mata ya...tak kan nak tengok Che Lah MasterChef 2 je...nak juga nengok jejaka idaman Malaya.

Sempena tiga dekad pembabitan beliau dalam bidang seni, Anuar Zain akan mengadakan konsert pertamanya bertajuk Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari pada pada 16 Februari 2013 depan pukul 8.30 malam di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Sumber: Sinar Harian

Harga tiket bagi konsert ini dari RM88 hingga RM698, akan dijual bermula Rabu ini pada pukul 12 tengah hari menerusi www.ticketcharge.com dan cawangan kaunter rasminya, manakala harga tiket VIP pula akan diumumkan pada Rabu ini.

Diskaun khas bagi mereka yang membuat tempahan awal adalah sebanyak 15 peratus akan diberikan kepada 1,000 pembeli pertama bagi tempoh bermula Rabu (esok) sehingga 19 Disember ini. Bagi jualan tiket secara pukal, peminat boleh menghubungi Anuar Zain Network di talian 012-4642030.

Pihak pengurusan Anuar Zain juga turut menawarkan pakej perjalanan eksklusif '3Dekad 1Destinasi' untuk para peminat di luar Kuala Lumpur termasuklah dari Kota Bharu (Kelantan), Jerteh dan Kuala Terengganu (Terengganu), Johor Bahru (Johor) dan Singapura. Maklumat lanjut, layari www.facebook.com/3Dekad1Destinasi.

Anuar Zain, 42, berkata, tiket konsert yang meraikan tiga dekad pembabitan Anuar Zain dalam bidang seni itu tak mahal dan berpatutan, bersesuaian dengan persembahan itu kelak kerana menekankan aspek kualiti selain ia adalah berskala mega yang menjanjikan persembahan terbaik dengan kualiti muzik, kesan khas dan pentas yang gah.

Komen aku: Ada sesiapa nak belanja tiket harga VVIP tak? Sila belanja! Sila belanja!



Selasa, 11 Disember 2012

Bila Che Lah (MasterChef 2) Nak Berlakon


Walaupun jarang-jarang tengok rancangan masterchef (Malaysia), tapi nama Che Lah dengan 'tagline' "siapa kata perempuan cantik tidak boleh masak", memang sentiasa berlegar dalam kepala. Mentang-mentang dia comey kan, bolehlah buat tagline serupa itu. Cuba daku yang buat tagline macam tu, harus ada yang muntah hijau!


Bekas peserta program MasterChef Malaysia 2, Che Lah atau nama sebenarnya, Shila Shereen, 40, tidak menolak untuk mencuba nasib dalam bidang lakonan atau pengacaraan sekiranya mempunyai tawaran daripada mana-mana syarikat produksi. Hasrat itu bukan semata-mata untuk mengejar populariti sebaliknya gemar mencuba pelbagai bidang bagi mengutip pengalaman.

Che Lah juga terlibat dalam dunia perniagaan produk kecantikan dan tidak pernah terfikir untuk memasuki pertandingan MasterChef sehingga menjadi enam peserta terbaik. Dia juga masih menyimpan hasrat untuk membuka sebuah restoran sendiri.

Dia dah ramai peminat sejak masuk Masterchef 2 (Malaysia) walaupun tak menang masterchef tu, kalau dia berlakon...mmmmm lagilah ramai peminat dia kan? Salah hari, ada artis tak boleh cari makan ;)




Isnin, 10 Disember 2012

Berfikir Positif Gaya Prof Muhaya


Berikut adalah biodata Profesor Dr. Muhaya mohamad yang diminati ramai orang;

NAMA: Prof Dr Muhaya Mohamad
JAWATAN: Perunding Pakar Bedah Mata, Ketua Pusat Mata dan Lasik, Pusat Perubatan Prince Court; Profesor Oftalmologi di Universiti Kebangsaan Malaysia serta Profesor Ajung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
PENDIDIKAN: M.D (UKM), MSurgery (Ophth) (UKM), M.Med (Spore), FRCS (Edin), Fellowship in Uveitis (UK), Ph.D (Occular Immunology) United Kingdom
STATUS: Kahwin
SUAMI: Dr Azmi Jamion
ANAK-ANAK: Dr Noor Aniah, 26 dan Dr Noor Atiyah 25.

Kelebihan Prof. Dr. Muhaya adalah: dia seorang doktor perubatan yang terlibat dalam motivasi. Sangat kurang pakar motivasi dari bidang perubatan walaupun ada status Dr atau professor. Jom dengar motivasi beliau agar minda kita jadi positif di awal minggu ini.



Moga aura positif itu mewarnai kita sepanjang minggu ni sampai bila-bila.


Ahad, 9 Disember 2012

Kujie2.com Kena Serang???


Hujan lebat hingga aku kena tunda untuk balik. Walaupun lapar dok teringat makan tengahari, sejak semalam tak makan nasi (semalam makan buah je untuk makan malam dak sakit kepala migrin teruk), tapi sebab hujan yang menggila lebat, aku ambil peluang untuk dengar ceramah Ustaz Kazim Elias di youtube sambil online FB dan baca blog rakan-rakan.

Ni dia ceramah Ustaz Kazim Elias yang aku tengah syok dengar tu sambil jelajah dunia maya, berkaitan Halal dan Haram dalam kehidupan;



Mengumpat dibolehkan bila;
1.  kita dizalimi
2. di hadapan pihak berkuasa
3. diminta pendapat
4. memberi peringatan kepada orang ramai
5. orang yang diumpat itu telah diumpat oleh Allah
6. orang yang nak diambil iktibar

Dalam rakaman ni juga ada diterangkan cara bagaimana nak mintak hutang dengan orang yang liat nak bayar hutang kita. 

Bila klik blog Kak Jie, tetiba benda ni yang keluar;



Hah? Reported Attack Page? apa dah jadi  ni? kena serang hendap ka? kena demam kura ka? kena sakit jantung ka?

Dok tengah pening dok fikir apa jadi dengan blog Kujie ni...komputer aku pulak hang. Tak gerak. Alamakkkkk!!! dah kena ke ni? Ishhhh! nak tutup cepat-cepat blog Kak Jie pun dah terlambat sebab dah hang. Dah tak boleh gerak apa-apa dah.

Beberapa minit kemudian, ok semula. Tak pasti memang okey macam biasa tanpa libatkan kemusnahan ataupun okey dengan didatangi makhluk asing. Mmmmmmm nasib baik komputer ofis hu hu hu adoiiiii! nak kata apa!

Tawakal ajelah ya...harap-harapnya, akan okey dan tak ada apa-apa ya...Harap-harapnya Kak KuJie juga dah berjaya atasi masalah kat blog dia. Kalau ada sesiapa yang berkepakaran tinggi, silalah tolong Kak Jie ya...tak pasti dia dah tahu ke tidak apa yang jadi dengan blognya ni.






Selimutkan Daku Dengan Wangimu, Hamparkan kaki Dengan Indah Kuntummu



Mmmmm kalaulah boleh berkolek kat sini...kepala boleh kosong ni;




Sekali seumur hidup, nak kena sampai Jepun jugak ni...



Banyaknya tempat nak kena pergi...kalaulah ada duit berkepuk-kepuk kan bagus hu hu hu


Sabtu, 8 Disember 2012

Mudahnya Kita Menghukum Tanpa Usul Periksa


Kita (akulah tu!) selalu berdepan dengan situasi pandangan serong kepada orang lain, kononnya mata kita melihat sendiri padahal, matapun boleh jadi tertipu. Telinga yang mendengar boleh jadi menipu kita...tambah lagi dalam dunia IT ni.



Moga-moga aku tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang terlalu mudah menghukum. Aminnnnn!




Jumaat, 7 Disember 2012

Ustaz Azhar Idrus Qiam With Me


Semalam balik ofis lambat, sambung buat kerja sekolah. Itupun dah nyorok bawah meja sekejab tarik bantal. Dah bangun, kepala ringan sikit, matapun terbuntang luas.

Sambil-sambil buat kerja, buka facebook, sambil tu juga buka youtube dengar lagu-lagu merdu yang jiwang mendayu-dayu, dengar zikir terapi Hafiz Hamidun, dengar juga ceramah Ustaz Azhar Idrus yang kelakar dan lucu, namun pada masa yang sama terkena ke muka sendiri. Gelak memanglah gelak, tapi gelakkan diri sendiri.

Dengar juga Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Dewan Jubli Perak Istana Negeri Kubang Kerian Kelantan 2012 semasa program Qiam With Me. Program ni dijalankan Ramadhan yang lalu, jadi…daku kongsikan kat sini ya untuk sama-sama dapat manfaatnya;




Alhamdulillah. Sama-sama kumpul manfaat untuk jadi panduan hidup.


Anugerah K-Pop 'Golden Disk Awards' Di Malaysia?


Berita baik untuk Peminat tempatan K-POP kerana ada peluang tengok acara anugerah muzik terbesar dan terbaik Korea Selatan, 'Golden Disk Awards' yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 15 dan 16 Januari 2013.

Lebih 20 artis terkemuka Korea Selatan yang telah dicalonkan menerima anugerah akan mengadakan persembahan mereka di acara tersebut seperti PSY, Big Bang, Super Junior, KARA, T-ara, CNBlue, FTIsland, Infinite, Girls Generation dan Beast.

Anugerah terkemuka ini dianjurkan oleh Mediartncomm Co Ltd, acara ditaja oleh Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, dan disokong oleh Biro Malaysia Convention and Exhibition (MyCEB).

Acara tahunan Golden Disk Awards yang dianggap sebagai Anugerah Grammy Korea paling berprestij adalah anugerah muzik K-POP bagi pencapaian terkemuka dalam industri muzik. Anugerah dikategorikan berdasarkan pada muzik K-POP paling popular tahun sebelumnya daripada muat turun digital.

Tiket-tiket berharga RM688 dan RM999 untuk kedua-dua hari acara tersebut boleh dibeli melalui www.ticketpro.com.my, ticketpro.com.my, atau menelefon03-78807999 mulai 9 Dis. Fuyooooooo gempak betul harga tiketnya. Boleh beli telefon Samsung ;)


Video Wacana Sinar Harian Siri 16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita?

Tak berpeluang nak tengok siaran langsung Wacana Sinar Siri 16.

Ahli Panel Wacana Sinar Harian Siri 16 "Politik Samseng Di Mana Maruah Kita" adalah Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh; Penasihat Undang-undang Pas, Hanipa Maidin; Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan serta moderator Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.

Aku tampal je kat sini dulu, esok lusa dah bayar bil brukban, boleh tengok semula kat sini;

Video Wacana Sinar Harian Siri 16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita 1




Wacana Sinar Harian Siri 16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita 2




Wacana Sinar Harian Siri 16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita 3




Wacana Sinar Harian Siri 16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita 4



Wacana Sinar Harian Siri 16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita 5



Wacana Sinar Harian Siri 16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita 6



Wacana Sinar Harian Siri 16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita 7




Bulan ni terlupa nak bayar bil brukban, entah macam mana. Semuanya gara-gara dapat gaji awal untuk bulan lepas. Bulan Disember juga akan dapat gaji awal…sakitnya bila nak tunggu gaji bulan Januari nanti. Alahai…dahlah banyak jualan murah/gudang/akhir tahun sekarang ni. Mmmmmm ringan je tangan nak tekan-tekan kosongkan mesin ATM tu huh u hu 



Khamis, 6 Disember 2012

Takdir Diubah Dengan Doa - Ustaz Azhar Idrus


Akal manusia terlalu kecil untuk kaji tentang Allah termasuk Qada dan Qada;



Yakinilah bahawa Allah tentukan Qada dan Qada kita, juga Dia jua mampu mengubahnya.



Rabu, 5 Disember 2012

Sambungkan Daku Nyawa Tambahan!


Selasa, 4 Disember 2012

Susah Jaga Anak Perempuan


Orang dulu-dulu selalu kata “Jaga anak perempuan sorang lebih susah dari jaga kerbau sekandang”. Masih relevankah?

Pada zaman serba mencabar ni, masihkan diskriminasi sebegitu berlaku? Susah sangatkah nak jaga anak perempuan? Tang mana susahnya tu?

Itu satu pertanyaan ya kawan-kawan. Sebab daku belum ada anak, maka daku bertanya. Silalah jawab andai berkaitan.

Harapnya, mek dan ayah tak rasa susah jaga aku. Walaupun dah tua gayut macam ni pun masih lagi perlu pikul tanggungjawab jaga aku. Macam bebanlah pulak aku ni kan? Kesian dia orang tu!

Aku janji akan jadi anak yang sentiasa doakan mereka ke Jannah sama ada masa hayat atau setelah mereka tak ada nanti. Walaupun aku bukanlah solehah manapun, namun harap-harapnya aku bukanlah penyebab kepada mereka untuk mendapatkan susah di sana nanti.


Isnin, 3 Disember 2012

Gambar Pra Perkahwinan @ Pre-Wedding Apex & Lueney


foto-foto gambar pra-perkahwinan @ prewedding Khairul Fahmi che Mat @ Apex dan Lueney hanya klik sahaja di Ceritera Cinta ya! - Kredit foto dari The Photolicious





Lebih banyak gambar di Photolicious FB




Cerita Panas Di MAHA 2012


Sila percaya, MAHA memang panas! Jadi, entri ni berkaitan tentang cerita-cerita panas. Ya, cerita panas. Sangat panas. Betul! Tak tipu...semuanya panas!

Sabtu gigihkan diri berasak ke MAHA 2012 walaupun kalau ikutkan sejarah, tiap kali pergi memang cari penyakit. Patutnya pergi malam kan? Sejuk sikit hu hu hu

Aku alah dengan panas...ohhhh memang puteri lilin. Asal panas je, memang sah akan migrin, sebab tu aku mudah terkesan dengan kepanasan termasuk panas hati. Adakalanya, niat aku nak tanya tapi mungkin orang ingat aku komplen hingga ada yang ingatkan semula tentang kepanasan Padang mahsyar. Ada masa yang lain, aku nak bagi tahu, tapi orang tetap ingat aku komplen. Ya...aku kena belajar bagaimana untuk menerima aje apapun suasana tanpa bertanya, tanpa beritahu andainya tak mampu terima kenyataan orang kata aku “sedang komplen”.


Aku juga alah sesak. Pergi pasar malam pun aku akan pilih waktu tak sesak iaitu sama ada jam 5 petang atau jam 9 malam. Tak pun kalau musim Jepun menyerang, aku redah ke pasar malam waktu maghrib. Namun ada ketika, kalau tak boleh elak sesak aku redah je. Hanya, kalau nak main redah tu eloknya aku redah sesorang je. Elakkan bersama orang lain, nanti buatkan mood orang spoil je. Sekadar peringatan untuk diri.

Geram nak petik ambik mood makan kat atas pokok ;)

Aku sebenarnya sangat suka pergi tempat yang banyak ilmu ni seperti MAHA. Macam-macam ilmu baru boleh dapat walaupun kali ni tak banyak gambar boleh aku ambil dek kena boikot secara beramai-ramai. Lagi suka kalau boleh pergi tempat jualan pokok dan buah-buahan tempatan tu. Kalau boleh nak beli banyak pokok walaupun tak ada kebun. Kalau boleh nak angkut buah-buahan tempatan tu banyak-banyak untuk makan, tapi...tak belipun. Tak larat nak angkut. Parking memang jauh. Kalau beli untuk makan situ bolehlah. Errrr masih terkenangkan durian yang segar kat MAHA tu, tapi dah banyak makan durian, darahpun dah tepu dengan bau durian. Bahaya...sila tahan sabar ya hati!




Balik dah asyar, terus telan ubat migrin, mandi, solat dan tarik selimut. Bangkit hampir maghrib tu pun, denyut di kepala masih bersisa hingga lupakan je tengok perlawanan bole sepak piala AFF Suzuki pertarunagn antara Malaysia-Indonesia. Tahniah Harimau Malaya, berjaya benamkan Garuda. Keliling rumah bergegar dengan tempik sorak Gadis Malaya.

Hari Ahad masih lagi rasa melayang-layang diawangan dek terlebih tidur kot... hinggalah aku habiskan hampir satu taperware (RM10) kismis yang beli kat MAHA hari Sabtu tu ;)