Semalam aku ada tulis pasal Kalau Dah Bukan Rezeki. Ya lah, kalau dah memang bukan rezeki kita, nak buat apa. Kenalah terima walaupun syahdu.
Aku selalu pun berpegangkan kepada “Kalau dah rezeki kita, memang tak ke mana…Allah dah tentukan apa yang terbaik untuk kita”. Jadi, entri semalam bukan pasal tak puas hati dengan ketentuan itu.
Hanya rasa sayu, sendu, syahdu... sebab rasa macam tak adil. Bukan tak adil dengan ketentuan ilahi, tetapi rasa tak adil dengan pertimbangan manusia. Apapun, sendu syahdu tu dahpun dibuang jauh-jauh. Dah okey pun jiwa dan minda ni. Dah sambung buat kerja semula dengan gila-gila! Gila pun tak pa!
Bawa hati seketika mengubat rasa je. Asalnya, nak pi menabung di Parkson Alamanda. Hu huh u sila jangan amalkan shopping waktu jiwa tengah kacau, kang muflis tak pepasal.
Sebenarnya malas nak keluar. Jadi, apa nak buat bila jiwa kacau? apa nak buat bila tertekan? apa nak buat untuk ubati hati sendiri?
Kalau aku, mudah je. Makan pun boleh. Main games pun boleh. Tidurpun boleh. Kalau hati sebal sangat, pergi sental bilik air dan mop satu rumah. Banyak aktiviti bermanfaat boleh dilakukan.
Jadinya, petang semalam aku mop lantai, menyapu, sental bilik air dan mandi. Kemudian main candy crush. Alhamdulillah, lega.
Sayangnya, lega itu hanya seketika. Bila adik datang, dia bawakan berita yang buatkan suhu hati melonjak 2 ribu darjah celcius. Fuhhhhh! Kalah gunung berapi!
Ketika ini, aku sangat kesian dengan ayah. Dia memang panas baran. Dia memang bengkeng. Pongoh. Gedebe. Bering. Cik Bintang kata “pendekar”. Sangat kesian dengan dia yang tengah menahan perasaan.
Dah lama ayah tak marah orang. Tak libas orang. Aku berdoa tak ada sesiapa kena libas!
PssssT: Kami sedang lalui satu ujian yang menggugat kesabaran. Aku jadi risau bila ayah marah, sebab...ayah lambat nak marah. Bila dia marah bermakna "tiada maaf bagimu". Namun aku faham kalau ayah tidak lagi berdiam diri kerana sudah agak lama dia buat-buat tak tahu sahaja. Sabar ayah ada hadnya. Usah melampau!
Kang menyesal makan tak habis!
4 ulasan:
Doa yang terbaik buat Anyss dan keluarga. Ayah ada alasan tersendiri bila dia marah.
Rumah akak perlukan tukang kemas gak meh le kurangkan stress kat sini pulak.
JunAina: Terima kasih lalink. Errrr....errr dah cukup kot kemas umah, dah mula sambung wat keja tengah mlm semalam ;)
kadang-kala sesuatu benda tu org hanya mudah bercakap, tapi bila berlaku sebenarnya, memang berat nak hadapi.
kalau macam saya, bila jiwa kacau, istighfar byk-byk dan menangis. cari seseorang untuk luahkan atau untuk ajak bercerita aje. tak pun menulis. kira release juga tension tu.
TATA: terima kasih dengan perkongsian pengalaman.
Catat Ulasan