Khamis, 1 Ogos 2013

Balik Raya, Apa Yang Teruja Sangat?


Bagi kami yang berasal dari negeri paling miskin itu, keterujaan untuk beraya sangat tinggi kerana perlu redah jem. 

Sejak bergerak balik dari perantauan hingga kembali semula ke negeri paling maju ni, jem itu ada di serata negeri. Itu yang malas nak gerak pergi mana-mana tu huh u hu

Aidilfitri kali ini pula, kami kena gerak ke Kuala Krai untuk meraikan seorang sepupu kami kahwin. Hadiah dah beli siap-siap di negeri paling makmur, sumbat dalam bonet…nanti bagi aje kepadanya.

Selamat pengantin baru Muni, moga kekal abadi hingga syurga.

PsssT: Raya hanya meriah bila kita dapat beraya bersama-sama orang yang kita sayang kan?


13 ulasan:

azieazah berkata...

Jika tiada sesiapa, setidak tidak ada kengkawan yang masih menyayangi.

Tapi sebaiknya, dengan keluarga la saat paling best! Makan ramai, rebut rebut nak salam.. Then bebudak beratur mintak duit raya. Ahaaa...

PsssssT: tingin nak lihat suasana Raya Haji di Kelantan!

pena rozie berkata...

Wah... X sabar nok kelik kelate.... Hehehehe....

t.a.t.a berkata...

redah jem, excited meh? huhu.

lenguh kaki wei.

sekadar satu coretan berkata...

seronok bila dpt berkumpul ramai2 dengan adik beradik...
ziarah saudara mara...

Cetusan berkata...

eja sayang tu banyak kali sikit

kurus berkata...

hari raya kawin ? wahh sebuk tuu

eelobor berkata...

meriah bila dapat duit raya... ahahaha

anyss berkata...

Azieazah: jom ikut beraya Aidiladha di kelate tahun ni. Walaupun daku coti seminggu, boleh aje akak datang awal dengan bas. Suasana meriah hari pertama & kedua...jadi sila cuti 3 hari ;)

anyss berkata...

Pena rozie: hu huh uhu memang SANGAT tak sabar...banyak benda nak buat ni, ramai orang nak jumpa ;)

anyss berkata...

T.a.t.a: Kami dah lali dengan jem...sebenarnya banyak perkara boleh kita tengok dalam jem yang panjang itu, termasuk CUCI mata ;)

anyss berkata...

Ainnoraini: sesekali jumpa memang seronok. Masa ni je lah pun kita boleh freekan diri dan cuti serentak, lepak borak reramai

anyss berkata...

ZZ: ya sayang...kenapakah dengan sayang?

anyss berkata...

Ieda: Keluarga kami selalu buat kenduri kahwin masa raya...masing2 balik bercuti, jadi dapat raikan bersama. Kalau cuti sekolah, tak ramai yang cuti...

Tuan rumah memang akan kalut sebab nak raya n nak kenduri juga