Sabtu, 4 Ogos 2012

Puspakom tawar pemeriksaan kenderaan percuma sempena Aidilfitri


Kepada semua rakyat jelata yang ada kenderaan
Tak kiralah Ferrari ka, bmw ka, merz mata belalang ka, firstlady ka
Asalkan kenderaan atas jalan…kancil, kelisa, kenari pun boleh
Jangan pulak jet, kapal terbang atau belon panas… susah nak parking
sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Puspakom Sdn Bhd (Puspakom)
ada menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma
[Kalau bukan ditawarkan macam ni, kena bayar RM50 untuk setiap pemeriksaan]
kepada pemilik kereta persendirian di semua cawangan Puspakom seluruh negara
bermula 6 hingga 24 Ogos2012

pemeriksaan kenderaan secara menyeluruh akan dijalankan
oleh pemeriksa kenderaan Puspakom bertauliah
merangkumi pengesahan identiti kenderaan, ujian pengeluaran asap,
gelincir sisi, bahagian atas dan bawah kenderaan, ketelusan cermin dll.
Pelanggan hanya perlu menghubungi cawangan yang ingin dikunjungi terlebih dahulu
dan mereka akan diberikan satu waktu pemeriksaan yang spesifik.

Pelanggan juga boleh melayari laman web www.puspakom.com.my
untuk semak senarai cawangan Puspakom seluruh negara atau
menghubungi talian bebas tol Puspakom di 1-800-88-6927.

Pemeriksaan kenderaan secara percuma itu merupakan komitmen
dan tanggungjawab sosial Puspakom dalam usaha memastikan
kenderaan berada pada tahap selamat untuk dipandu semasa musim perayaan.
apa tunggu lagi…3 hari lagi akan bermula
kalau nak pergi servis kereta pun bukan main lagi kena tunggu
dah ramai orang bersesak serbu pusat servis

Puspakom di Bangi...hu hu hu belakang rumah aku jerrr pun...

Puspakom cawangan Bangi
No. 17, Jalan P10/18,
Taman Industri Selaman,
Seksyen 10,
43650 Bangi,
Selangor.

Tel: 03-8922 1325
Faks: 03-8922 3706

 

 


Tiada ulasan: