Berlaku di Nibung Tebal Pulau Pinang
Mangsa dibunuh, dikerat 6 kemudian dibakar bagi melupuskan bukti
mangsa dipercayai berusia 30-an ditemui hanya memakai seluar dalam
berdasarkan penemuan 3 tin minyak, kejadian itu merupakan
pembunuhan terancang
Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan mengerikan;
kepalanya terputus dipercayai dipenggal,
kedua-dua kakinya dipotong dari aras lutut
tangannya dikerat dari aras siku sebelum dibakar
di sebuah ladang kelapa sawit di Parit Paya Kemian, Jalan Sungai Kechil.Mayat yang telah dikerat itu dikumpul di dalam plastik hitam
sebelum dibawa ke lorong di sebuah ladang kelapa sawit dan dibakar
Mayat lelaki yang turut dibakar itu dipercayai berusia lingkungan 30-an
ditemui orang awam pada pukul 9.45 pagi tadi,
dipercayai meninggal dunia kira-kira tujuh jam sebelum ditemui.
tiada pengenalan diri ditemui bersama mayat kerana
hampir keseluruhan badannya terbakar kecuali kemaluan dan dua jari
orang awam yang melalui kawasan berkenaan ternampak unggun api
di tepi lorong ladang terbabit dan menghampirinya
sebelum ternampak mayat yang telah dikerat itu.
Lelaki itu dipercayai dibunuh dan mayatnya dikerat di tempat lain
sebelum dibawa ke ladang yang terletak kira-kira 50 meter
dari jalan besar untuk dilupuskan
jom cari akhbar esok untuk maklumat lanjut kes ni…
Komen aku:
serius sadis tak ada rasa kemanusiaan langsung dah sekarang ni...
2 ulasan:
Ngeri..serius takut dgn jenayah skrg. dimana2 ada jenayah.
Niza: Selamat datang, selamat menyambut hari raya aidilfitri dan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 55
...mmg takut, kalau ikutkan ketakutan tu, tak keluar mana2 kita
Catat Ulasan