Memaparkan catatan dengan label anak yang menyenangkan ibubapa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak yang menyenangkan ibubapa. Papar semua catatan

Khamis, 30 Ogos 2012

Mudah Benarkah Jadi Seorang Anak?


Kalau tanya aku, jawabnya memang tak mudah
ataupun sebenarnya mudah, asal sahaja ibu bapa itu masih muda
kuat lagi kederat tenaganya, segar bugar tubuh badan

Bila usia dah makin renta, tenaga dah susut
nak berdiripun payah, nak berjalan tak dapat lagi
tambah pulak dengan kelupaan dan kepongohan
sangat-sangat susah untuk jadi seorang anak
apalagi jadi anak yang menyenangkan hati ibubapa

Ketika masih sihat dan berupaya, dengar suara anak di telefonpun
dah cukup menyegarkan emosi dan minda mereka
bila dah tiada upaya dan kederat, bertambah pula tahap barannya
silap letak barangpun boleh sebabkan naik angin
lambat menyahut dipanggil pun boleh mengundang bebelan
salah atur ayat juga boleh menyimbah rasa pilu
tanyanya kita terjawab “perlahan” yang tidak didengarinya
hati tersentuh dan menjeruk rasa
terlebih keras suara dek tutur kita tak didengari juga
mengundang rajuk menyentap emosi
entah bagaimana andai sampai tahap guna lampin pakai buang

Sensitif warga emas intan berlian mengalahkan budak-budak
kita cakap perlahan, mereka tak dengar
bila suara dikuatkan, dikata menengking pula
berdepan dengan situasi serba tak kena
memang menguji tahap kesabaran
sehari dua mungkin masih mampu
sebulan bagaimana? Setahun? Bertahun-tahun?
Ohhhh! Sebab tu ramai anak-anak angkat bendera putih
hantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua!
tua nanti, sama sebegitukah nasibnya?

Siapa kata mudah jadi anak-anak?
bila situasinya jadi serba tak kena
memang teruji minda…