Sabtu, 4 Ogos 2012

Royalti Petroleum: Tubuh Jawatankuasa Khas


Kerajaan Malaysia yang terchenta ni telah bersetuju
Untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas
yang akan mengkaji secara adil, saksama dan telus
berhubung isu bayaran tunai hasil petroleum
negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
[yang tak dapat hanya Kelantan aje kan? Terengganu & Pahang dapat kan?
Sebab tu kami miskin walaupun ada banyak petroleum dan emas hu hu hu]

Jawatankuasa Khas itu akan dipengerusikan oleh
bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan
dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara,
wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu
yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.
“Jawatankuasa Khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh
dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya
dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan
akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan,"

PM kata: Jawatankuasa Khas itu akan membuat kajian berhubung
mengenal pasti negeri-negeri yang layak menerima bayaran tunai
daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Mmmmmm jangan kata lepas ni masih lagi tak layak hu hu hu
"Jawatankuasa Khas itu juga akan menentukan kaedah serta
jumlah pembayaran tunai tersebut kepada negeri-negeri berkenaan,"


Komen aku: tak payahlah aku komen, kang kurang pahala puasa
tapi kena ingat, doa orang teraniaya tu cepat dimakbulkan allah
tambah lagi pada bulan ramadhan mulia ni...
aku pernah tengok sendiri bagaimana doa itu pernah makbul, mengejutkan! 
menginsafkan...baru sedar Dia mampu lakukan apa sahaja yang tak terduga
dek akal pendek kita...bila Dia kata "kun", maka "kun fa yakun"...kena yakin!
usah berhenti berdoa rakyat Kelantan
ya...aku akui semangat kenegerian aku sangat tinggi
sebabnya aku pernah hidup dalam 2 era pemerintahan tu
jadi, usah salahkan aku...usah nak chong aku
la la la...nasib baik aku tak pernah hidup zaman Jepun
kalau tak, dah tentu aku tak tahu negara kita tak pernah dijajah
hu hu hu gamaknya gemulah Tok Ayah yang selalu dok cerita pasal serangan Jepun tu
terpengaruh dengan filem kombat kot ...Alfatihah untuk arwah Tok Ayah
mmmm ayah aku lahir zaman Jepun, kecik-kecik lagi dia dah makan ubi kayu
tiap perkara jadi keliling mereka aku dengar berulang kali dari  cerita gemulah wa
Errr itu namanya persembahan welcome Jepun kot
Apa aku dah melalut ni?
Errr anggap je entri mamai dari orang tak berapa cukup tidur!





5 ulasan:

azieazah berkata...

Penganiayaan yg nampak dan tak nampak, serta yg buat-buat tak nampak. Moga termakbul doa mereka...

eelobor berkata...

sebagai anok kelate, ambo berharap HAK rakyat kelate dikembalikan...

mamawana berkata...

Pelik gak bila org kata negara kia tak pernah dijajah. Iyo ko? Arwah abah melalui zaman jadi tentera Jepang dan tentera British. Tu yg fasih omputih dan bhs Jepang walau duk kat kampung dlm hutan ajer dolu2 kala. Hait! Anatawa namaiwa nandeska?

anyss berkata...

Eelobor: PM kata dia takut Tuhan marah, nanti dia bagi HAK rakyat kelate

anyss berkata...

mamawana:pakar sejarah propesor tersohor yang kata Malaysia tak penah dijajah...daku yang kureng ilmu sejarah ni terima pakai je hu hu hu adoyahaiiiii!