Jumaat, 3 Ogos 2012

Olimpik: Chong Wei Ke Final, Perak Sah


Alhamdulillah, akhirnya misi mengejar Emas Negara bercahaya akhirnya
DATUK Lee Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir badminton
dalam Sukan Olimpik di London apabila menewaskan Chen Long dari China,
sekali gus membawa harapan bagi Malaysia memenangi pingat emas.

Beliau menang 21-13 dan 21-14.

Pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing Chong Wei menang perak.

Chong Wei, pilihan utama itu, akan berdepan dengan pemenang
antara Lin Dan dari China yang menewaskan Lee Hyun Il dari Korea Selatan,
pada final Ahad ini.

Sama-samalah kita doakan untuk Emas pertama Negara ya…
Ada orang dan berangan nak serbu Baskin Robin
Untuk dapatkan aiskrim percuma
Errr…ada status halal tak kat situ?
Kalau ada, aku pun nak serbu sama…


2 ulasan:

eelobor berkata...

yeay...yeay....yeay.... gomo datuk gomo

anyss berkata...

Eelobor: hu hu hu gomo tu WAJIB ada la la la