Memaparkan catatan dengan label perjalanan balik kampung musim perayaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perjalanan balik kampung musim perayaan. Papar semua catatan

Rabu, 15 Ogos 2012

SPEEDTRAP sepanjang jalan dari KL ke KB…Dah Pun Sampai Kampong Halaman


Alhamdulillah, aku dah sampai di kampong halaman tengahari semalam
gerak dari bangi jam 4.50 pagi, perjalanan solo yang panjang itu
berjaya aku tamatkan bila sampai di ketereh jam 12.30 lebih kurang
singgah rumah kak ipaqku yang jelita tu dulu
baru balik rumah…yang betul-betul sampai rumahnya
dalam jam 1.50 tengahari…tengah panas tang-tang,
melekit semua tempat, lencun berpeluh segala
terus bersiram selepas kosongkan bonet
petangnya bantai tidur 3 jam…ohhhh indahnya dunia!

Entri ni hanya nak berkisah tentang perjalanan balik kampong je
tak ada bab makan murtabak spesel harga rm4 yang sangat mahal bagi mek
tapi penuh dengan telur dan dagingnya
padahal dengan harga yang sama di bangi
murtabak tu penuh dengan bawang huh u hu kalaulah Mek tahu!
Mmmm itu murtabak di negeri paling miskin, RM4 pun dah kata mahal
walaupun di dalamnya ada beberapa ekor lembu

Perjalanan aku bermula taklah awal sangat…nak jam 5 dah
kenderaan dah banyak di jalan raya masa tu
rasa cuak juga sebab aku tak suka banyak kenderaan lain
kalau boleh masa daku di jalan raya, orang lain jangan ada
huh u hu boleh gitu? Mmmm sebab tu lah aku tak jadi kerabat
atau mana-mana menteri…karang ada undang-undang baru
kalau aku nak keluar, orang lain kena dok rumah je la lala
sungguh kejam itu peraturan!

Walaupun dah ramai juga anak Kelantan balik hari Selasa
tapi taklah ramai bebenor hingga akibatkan jem
cuma kereta di tengah hutan sepanjang jalan sana dah berderet
bagi yang biasa balik bukan musim perayaan, memang tau lah
sebab biasanya kita akan keseorangan tengah hutan nun
tapi Selasa semalam, dah agak banyak juga kereta
pun begitu, bagi yang handal…tetap juga mampu memecut 160km/j
walaupun bukannya memandu Ferrari atau lomboghini
(sila baca sebagai: kereta nak roboh bunyi macam jet memecut
namun geraknya tak standing bunyinya tu…)

Sepanjang jalan, kenderaan besar terutama lori agak banyak
barangkali mereka kejar masa untuk musim perayaan ni
agak mengganggu sedikit perjalanan sebab ada lori yang teramat berat itu
jalannya teramat perlahan memanjat bukit
tapi banyak juga lori sederhana berat yang agak laju juga
kita masih boleh kekalkan kelajuan 80km/j
cukuplah tu bagi aku…bukannya aku bawak Ferrari pun!
namun dari sudut positif, kewujudan kenderaan besar ni bagus juga
boleh hadkan kelajuan sepanjang perjalanan
kalau tak…asyik nak memecut aje…ingat bawak JET ke apa!
yang tak bestnya bila kelajuan menjunam hingga 50km/j
perlahan sangat menyebabkan terlalu mengantuk
sangat bahaya untuk aku yang gerak berseorangan
itu yang berdikir barat sepanjang jalan macam nak pecah gegendang telinga

Walaupun ada 2-3 ekor lori yang kurang disiplin
bawak pakai redah je mentang-mentang dia besar…
namun sebahagian besarnya sangat ok
sangat membantu kenderaan kecil untuk memotong

Biasanya, kalau aku balik pada waktu yang sebegitu
memang tak ada anggota keselamatan di pondok yang mereka bina
tepi jalan tu…mungkin mereka belum buat kawalan 24 jam
tapi kali ni…sepanjang jalan tu memang terpacak je mereka
jadi jangan dok kalut nak buat onar dan loklak tak tentu hala
kalau tak mau dapat surat cinta

Namun kali ni agak berbeza sedikit pendekatan pihak berkuasa
sama ada JPJ, polis atau SPAD…spad? Ek?
mereka tak tembak pun (macam tak tembak)
tetapi mereka memaklumkan kehadiran mereka di hadapan
dengan letak kon-kon penanda sama ada polis atau jpj
jadi kita boleh tahu awal-awal…dalam 100 meter gitu je pun
kalau jenis kaki memecut, tak sempat nak brek pun kan?

Kebiasaannya, polis akan buka khemah di hadapan balai Polis
bermula di Kampung Gali, Lipis…selepas Raub tu
namun, ada juga tempat-tempat lain, pacak khemah tepi jalan
kat menara tinjau, tak Nampak pulak ada anggota
tak pastilah kalau mereka gunakan CCTV

Bila pihak berkuasa letak kon-kon beritahu mereka ada di hadapan,
walaupun ketika tu mereka tak ada
semua pemandu sedang bersopan santun la la la
namun di tengah hutan sana, tak banyak pun jumpa pos kawalan
ikut logik, dah tentu mereka tak akan susah payah dok tengah hutan jaga khemah
jadinya, kat situlah ramai yang dah JETkan kereta masing-masing
tekan minyak macam nak pergi bulan ;)

Kepada perantau-perantau yang akan mula serang Kelantan
semoga memandu dengan berhemah
kampong halaman kita tak lari pergi mana, tak kejar pun insyaAllah sampai
ingat-ingatlah orang tersayang yang bersama kita dalam kenderaan
hargai nyawa mereka tanda kasih sayang kita
ingat juga keluarga di kampong halaman
usah ubah kegembiraan mereka menyambut kita balik
dengan linangan air mata kesedihan menerima khabar duka
dan bertimbangrasalah di jalan raya
biarpun kita guna kereta paling canggih import dari bulan
orang lain pun bayar cukai jalan juga
usah nafikan hak mereka untuk guna semata-mata kita nak lalu
Semoga selamat tiba di kampong halaman masing-masing
Dan menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta
Selamat hari raya maaf zahir batin…

Mmmmmm dah jadi macam ucapan raya 1 Malaysia pulak!