Isnin, 6 Ogos 2012

Budak Perempuan Mangsa Pemujaan, Rumah Mendiang Loga Alleycats Terbakar


Baca je berita online, terus dahi jadi berkerut…fuhhh! Tak boleh jadi ni
Awet tua karang kalau selalu macam ni…

Ada dua berita sedih hari ni…pasal Rumah bekas penyanyi Alleycats terbakar
Dan kisah kanak-kanak dijadikan mangsa pemujaan keluarga sendiri
Adusssss! Tersentap hati sekejab!

Tingkat atas rumah dua tingkat bekas penyanyi Alleycats,
mendiang Datuk A. Loganathan di Jalan Azyze, Tanjung Bungah
telah musnah dalam kebakaran walaupun tingkat bawah masih tidak hangus
Balu mendiang, Datin Susan Loganathan, 56, berkata
kejadian kira-kira 11 pagi itu, beliau dan adik lelakinya Kevin Jonathan Boudville, 46,
sedang berehat di ruang tamu sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan dan
melihat kepulan asap di tingkat atas kediamannya.
mereka segera mencapai dokumen penting dan terus keluar dari rumah

Beliau mengalami kecederaan ringan pada tangan dan sedikit rambutnya terbakar,
tingkat atas kediaman itu menempatkan koleksi piring hitam nyanyian mendiang suaminya
sejak tahun 1980-an dan pelbagai barangan berharga seperti barang kemas & wang tunai
semuanya telah hangus dijilat api, tetapi kenangan lain bersama suaminya
seperti gambar kenangan, trofi dan pelbagai anugerah mendiang
yang diletak di tingkat bawah tidak terjejas.
Takziah kita ucapkan kepada Datin Susan Loganathan, moga dia sabar
dengan musibah ini…

tapi hati aku jadi sayu je bila seorang Kanak-kanak perempuan
telah maut ditindih dalam upacara pemujaan oleh 8 orang keluarganya sendiri;
ibu, bapa, nenek, bapa saudara, ibu saudara, dua sepupu termasuk pembantu rumah
berusia antara 16 tahun hingga 67 tahun…semuanya kerana upacara pemujaan
dan jampi atas sebab yang tidak diketahui.
Tak boleh bayang macam mana…kesiannya budak tu yang baru berusia tiga tahun
Dah jadi emping apa budak tu…

kejadian pukul 10 malam itu disedari bapa saudara mangsa yang secara kebetulan
berkunjung ke rumah itu… melihat pintu utama rumah tidak berkunci
dia segera naik ke tingkat atas rumah yang menempatkan bilik tidur utama.
pintu bilik itu didapati berkunci dan penghuni yang berada di dalam enggan membuka pintu,
dia segera memaklumkan kejadian kepada polis terpaksa memecah masuk bilik
dan mendapati kanak-kanak itu sedang ditindih kesemua suspek.

Komen aku: Dunia dah makin pelik, tapi itulah kebenarannya
Itulah yang berlaku…




2 ulasan:

mamawana berkata...

Sedih pelik..entah :-(

anyss berkata...

mamawana: Tak pa...bukan bangsa kita...just sedih sbb budak tu tak tau apa2. budak umur gitu biasanya hanya buatkan hati kita terhibur je dgn keletah dia...