Selasa, 7 Ogos 2012

Hantu Tumpang Airasia???


Biar betul!!!!! Huru hara jadinya kalau betul!
terkejut badak aku sekejab, badakpun tak terkejut macam aku
semalam dan kelmarin dulu tu aku sibuk dengan urusan dunia
acara kejar mengejar dengan si hensem amir tak sempat baca akhbar
walaupun semuanya online je…jadi terlepas baca pasal
penumpang airasia terjun dari belon Airbus semasa tengah berlepas
di Lapangan Terbang Miri, malam kelmarin, bertindak demikian kerana mendakwa
ternampak hantu dalam pesawat airais…Lorrrr dia Nampak hantu rupanya…
itu yang kelam kabut buka pintu kecemasan dan terjun ke landasan…
fuhhhhh! Suspen satu Malaya bang!

'Saya nampak lembaga hitam menyeramkan duduk di kerusi penumpang'
Kata Chong, menyebabkannya ketakutan dan tidak dapat berfikir secara waras.
dia meminta kebenaran untuk turun berkali-kali namun pramugari bertugas
tidak mengendahkan permintaannya dengan alasan pesawat telah pun bergerak.

Kejadian pada pukul 8.30 malam itu menyebabkan kira-kira 200 penumpang pesawat
cemas dan menjerit ketakutan.
Tindakan itu juga mengakibatkan pesawat AirAsia tersebut berhenti mengejut
penerbangan hanya dapat diteruskan pada pukul 11 malam.

Komen aku: hantu tu bayar tiket tak?
Bukan sekarang ni bulan Ramadhan ke?


4 ulasan:

Nanie Dean berkata...

hahaha... dah tentu2 bulan puasa kan??

Kakcik Seroja berkata...

Sebelum itu kakcik ada baca yang kononnya dia bergaduh dengan teman wanita. Tapi takkan tak ada yang sedar masa dia buka pintu kecemasan tu, kan?

anyss berkata...

nanie: selamat datang...bulan puasa memang setan kena ikat, tapi jin tak kena ikat. Lagi naya bila manusia pulak bertukar tempat dengan setan hu hu hu

anyss berkata...

kakcik: dahsyat betul orang zaman skrg...asal gaduh je terjun kapal terbang, asal putus cinta je telan pil darah tinggi mak hu hu hu