Ahad, 12 Ogos 2012

Pinjaman Pelajaran Selangor 2012

TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN SELANGOR SESI KEDUA TAHUN 2012

Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir "Fast Track" bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan secara Sepenuh Masa bagi Sesi Kedua Tahun 2012 bermula pada 1 Ogos 2012 (Rabu).

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan terdiri daripada rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut :


PERKARA
KETERANGAN
KELAHIRAN
  • PEMOHON lahir di Negeri Selangor; atau 
  • IBU atau BAPA pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  • Pemohon telah BERMASTAUTIN lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.  
PERINGKAT PENGAJIAN
  • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja. (Pengajian secara jarak jauh (PJJ) / luar kampus (PLK) tidak layak memohon).  
 PENAJAAN
  • Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja akan diberi keutamaan.  
PENCAPAIAN AKADEMIK
  • Pemohon yang memperolehi PENCAPAIAN AKADEMIK yang baik akan diberi keutamaan.  
TAHUN PENGAJIAN
  • Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN atau diberi tempoh pelanjutan pengajian.


Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akedemik seperti berikut :

Peringkat Pengajian
Kelayakan Akademik
Ijazah Pertama
  • Memperolehi kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau
  • Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) GRED C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
  • Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.
Diploma
  • Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM; atau   Memperolehi kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.
Sijil (IPTA)
  • Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di pringkat SPM.
Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja)
  • Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM.

TAWARAN PERINGKAT PENGAJIAN
Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:
  1. Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor:
    Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda / Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ) / Institusi Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan).
  2. Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ Negeri Selangor:
    Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.

KADAR PINJAMAN YANG DITAWARKAN
Kadar Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Peringkat Pengajian
Kadar Pinjaman (Setahun)
Ijazah (Perubatan)
RM7,000.00
Ijazah (Lain-lain)
RM6,500.00
Diploma
RM4,900.00
Sijil
RM4,000.00

Nota: Kadar tajaan pinjaman ini adalah terpakai bagi pengajian di semua IPTA dan IPTS tempatan.


PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN
  1. Pemohon dikehendaki melayari laman web rasmi Pinjaman Pelajaran http://tkwbns.selangor.gov.my.
  2. Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap mengikut panduan yang telah disediakan. Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.
  3. Permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dicetak (print) terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan pihak-pihak berkaitan di ruangan yang telah disediakan.
  4. Pemohon dikehendaki menyertakan semua salinan lampiran dokumen yang diperlukan berdasarkan senarai semak (checklist) di dalam borang permohonan dengan menandakan (/) pada kotak berkaitan.
  5. Semua salinan dokumen hendaklah diakui sah oleh mana-mana Pegawai Kerajaan (Kumpulan A / Pengurusan & Profesional / Pengetua / Guru Besar sahaja) manakala Surat Pengesahan Mastautin (jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Selangor) & Surat Pengesahan Pendapatan (jika ibu bapa tidak bekerja/pesara/bekerja sendiri) hendaklah diperakukan oleh ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung sahaja.
  6. Borang permohonan yang gagal diisi dengan lengkap atau tidak disertakan dengan salinan dokumen yang diperlukan tidak akan dilayan.
  7. Pemohon boleh membuat semakan status permohonan melalui laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor atau pun laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor selepas sebulan dari tarikh tutup permohonan.

SENARAI LAMPIRAN DOKUMEN PERMOHONAN


i.
Sijil Kelahiran
  • Salinan SIJIL KELAHIRAN Pemohon  
ii.
Kad Pengenalan
  • Salinan KAD PENGENALAN Pemohon
  • Salinan KAD PENGENALAN Ibu/Bapa Pemohon (bagi pemohon bukan lahir di Negeri Selangor sahaja)
  • Surat PENGESAHAN MASTAUTIN daripada ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung (bagi pemohon/ibu bapa bukan lahir di Negeri Selangor sahaja)  
iii.
Surat Tawaran
  • Salinan SURAT TAWARAN KEMASUKAN dari Universiti/Institusi Pengajian  
iv.
Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan
  • Salinan SIJIL BERHENTI SEKOLAH dan SURAT AKUAN (testimonial) (bagi pemohon kemasukan baru melalui SPM/SPMV/STAM/STPM sahaja)  
v.
Keputusan Peperiksaan
  • Salinan Keputusan Peperiksaan SPM/SPMV/STAM/STPM atau
  • Salinan keputusan DIPLOMA /MATRIKULASI/ASASI (jika berkenaan) atau
  • Salinan KEPUTUSAN PEPERIKSAAN bagi setiap Tahun Akademik/Semester Pengajian (bagi pemohon selain dari kemasukan baru/tahun pertama)  
vi.
Sijil Penyertaan
  • Salinan sijil penyertaan KO-KURIKULUM  
viii.
Pendapatan
  • Salinan PENYATA PENDAPATAN /PENYATA KWSP/SLIP GAJI Ibu bapa/Penjaga Pemohon (jika masih bekerja) atau
  • SURAT PERAKUAN PENDAPATAN (jika bekerja sendiri/tidak bekerja) KAD PESARA & PENYATA BAYARAN PENCEN (Jika pesara Kerajaan)  
viii.
Tanggungan Keluarga
  • Salinan SIJIL KELAHIRAN/SALINAN KAD PENGENALAN mereka yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga


PROSEDUR PERMOHONAN


1. Permohonan adalah secara atas talian/online sahaja.
2. Sila layari laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor seperti berikut bagi tujuan permohonan: http://tkwbns.selangor.gov.my
3. Borang Permohonan yang lengkap di isi hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Unit Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Sekiranya memerlukan informasi tambahan hubungi :
Tel: 03-5521 2275 / 5544 7543

Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor http://tkwbns.selangor.gov.my.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2012 (Jumaat)

Tiada ulasan: