Sabtu, 4 Ogos 2012

Tahanan Mati Ditembak Ketika Serang Polis


Seorang tahanan polis yang meloloskan diri dari Kompleks Mahkamah Selayang
tahanan itu mati ditembak ketika cuba menyerang seorang anggota polis
di loji air Puncak Templer di Gombak jam 3.30 petang semalam
suspek berumur 26 tahun dipercayai melonggarkan gari di tangannya
ketika pergi ke tandas selepas polis berjaya mendapatkan lanjutan tahanan reman
ke atasnya selama enam hari.

suspek meloloskan diri ketika sedang menaiki lori polis pada pukul 11.30 pagi
ketika dia hendak dibawa ke lokap tahanan.
Suspek melarikan diri melalui jalan belakang di kompleks mahkamah
dan bersembunyi di bangunan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)
yang terletak bersebelahan kompleks mahkamah
malah, dia sempat menukar pakaian lokap kepada pakaian kontraktor Syabas di stor.
Fuhhhhhh! Macam tengok CSI la pulak…hebat betul orang Malaysia ni…

Suspek turut mengambil sebilah parang panjang
sebelum melarikan diri ke loji air Puncak Templer
polis telah menjalankan Ops Tutup untuk mengesan suspek
seorang anggota polis kemudian terserempak dengannya di loji air Puncak Templer.
Suspek yang panik telah bertindak ganas dan menyerang anggota polis dengan parang
Anggota polis tersebut terpaksa mempertahankan diri
dengan melepaskan tiga das tembakan-terkena di perut dan mati di tempat kejadian
mayat suspek yang sebelum ini aktif terlibat dalam beberapa kes samun berkawan
dan curi kereta di sekitar Rawang dan Kepong dihantar ke Hospital Selayang
untuk bedah siasat

Entah kenapa, rasa sangat tak tenteram setiap kali baca akhbar akhir2 ni
terlalu banyak kisah jenayah, dera, dan salah laku
yang ada masanya tak terjangkau dek kotak fikir
kalau kat barat, bolehlah kata dah biasa tapi bila di negara kitapun
macam jadi terbiasa…sangat sukar nak terima
sebab aku rasa, agama kita yang benar itu sepatutnya mampu mengekang
banyak kebobrokan dunia, bukan sahaja jenayah
kalau aku kata hudud mampu menyelesaikan masalah,
adalah pulak yang nak kaitkannya dengan politik
bukankah hudud tu hokum Allah? Sejak bila pulak jadi isu politik?
Sejak bila pulak hokum manusia tu lebih baik dari hukum Allah?
Mmmmm tak ada niat nak politikkan isu…



6 ulasan:

azieazah berkata...

Uishhh mudah sungguh la nak tembak orang sekarang ni. Yang ditembak pun rasa memang patut pun.

eelobor berkata...

huhuhu....dio tok tembok di kaki kor?

Sharinginfoz berkata...

macam2 kisah sekarang ni kan

anyss berkata...

azieazah: hu hu hu TEMBAk je...

anyss berkata...

Eelobor: tak jumpa cari kaki la la la

anyss berkata...

sharinginfoz: kisah2 tu wat pening kepala...