Memaparkan catatan dengan label aneh tapi benar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aneh tapi benar. Papar semua catatan

Ahad, 30 Mac 2014

Perempuan Tak Reti Parking Kereta?


Okeh, aku mengaku…kalau bab mengundur aku memang tak reti. Sebabnya, mata rabun. Lagipun mata aku dua-dua dok depan, dah tentulah ada masalah untuk mengundur hu h uhu cantik tak alasan?

Tapi, perlukah labelkan sebilangan perempuan yang terhegeh-hegeh parking kereta itu sampai begitu sekali? Macamlah hanya perempuan sahaja yang tak reti parking kereta. Ada jugak lelaki macho terhegeh-hegeh parking kereta dek tersangat sayangkan keretanya huh u hu

Memanglah ramai perempuan tak reti parking kereta, tapi perempuan ini buktikan bukan semua perempuan gagal parking dengan betul;



Hebat tak dia?

Masa di Paris dan Amstardam dulu, aku tersangat kagum dengan mereka parking kereta. Jarak antara kereta depan dan belakang hanya beberapa cm sahaja, kalau aku memang sah lah tak boleh parking, dah lah parking memanjang sepanjang jalan. Kalau rasa hebat sangat, cer try parking kat sana. Takat parking kat Malaysia yang besar gedabak kotak parkingnya tu…tak payah nak bangga sangat!

Isnin, 28 Mei 2012

Hantu Tompang Kereta Sinar Harian?


Nak percaya ke tak nak percaya?
Kalau baca Sinar Harian edisi utara hari ni
Ada ditulis pasal Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar
Siap ada dua keping gambar lagi sebagai bukti
Haaaaaaaaaaa nak kata apa?
Nak komen apa? Tak terkata…lebih baik tak payah komen apa
Macam-macam komen boleh kita tengok kat bawah artikel tu.

Aku tampal je berita berkenaan, pandai-pandai koranglah nak kata apa
Nak komen apa…nak percaya ke idaknya:


28 Mei 2012

KULIM - “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.

Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu. Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.

Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera. Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan. Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.

Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.

Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok. Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.

“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan. Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi. “Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok. Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya.

Komen aku: tak payah komen kalau kita tak tahu apa-apa
Kalau salah komen tunjukkan betapa tak bertamadunnya kita
Boleh gitu? Hu huh u


Khamis, 30 Jun 2011

Pelik dan Aneh Tapi Benar “Aku Dah Mati Ni”

Dah makin banyak kes
orang mengaku dirinya mati
ingatkan orang tak berapa cukup umur je buat macam tu
(macam pernah aku alami)
rupanya orang terlebih umurpun boleh buat
hal-hal tak terfikir dek akal sebegini
nampak pelik tapi sebenarnya kisah benar
peristiwa aneh yang pernah berlaku
kira macam aneh @ pelik tapi benar-benar berlaku
betul! aku tak tipu!

mula-mula, aku nak tampal hukum berdosa isytiharkan diri mati
macam kata Ustaz Hassan Mahmud dalam Harian Metro
merujuk kes peniaga wanita mengaku dirinya dah mati

Lari daripada tanggungjawab dan sanggup menipu dengan mengisytiharkan diri yang masih hidup sebagai mati, bukan langkah bijak, malah ia adalah satu dosa. Penceramah bebas, Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz berkata, perlakuan sebegitu bukan saja menyusahkan orang lain terutamanya keluarga terdekat tetapi juga diri individu itu sendiri apabila tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan sempurna seperti sebelum ini.

“Individu itu menanggung dosa kerana dia menipu orang ramai apabila menyatakan dirinya meninggal dunia” sedangkan dia mempunyai pilihan lain seperti melaporkan masalah dihadapi kepada pihak berkuasa agar keselamatan diri dan keluarga terjamin.Hassan merujuk muka depan Harian Metro semalam mengenai seorang peniaga wanita berusia 59 tahun, dikenali sebagai Halimah yang berpakat dengan keluarga mengisytiharkan kononnya dirinya mati semata-mata mengelak daripada gangguan ceti haram atau along. Wanita itu berkata, dia mengisytiharkan kematian palsu apabila keluarganya tidak tahan diancam along termasuk menerima ugutan menerusi SMS yang menyatakan rumahnya dipecah masuk dan semua barangan akan diambil.

Baca berita ni mengenangkan aku satu peristiwa
pernah berlaku tiga empat tahun lalu
masa tu aku ni kononnya Sahabat dunia akhirat
yang sentiasa ambil berat tentang kawan-kawannya
termasuk keluarga mereka
dan ada masa-masanya
kena tangani hal-hal tak berapa nak cerdik yang berlaku

kawan yang mengaku aku ini Sahabat dunia akhirat
ada seorang adik yang tengah belajar di UKM masa tu
dah jadi cikgupun sekarang ni
(moga dia tak ajar anak muridnya bunuh diri)
pada satu musim orang dok kalut nak masuk peperiksaan
dia yang kononnya terlebih stress
(macamlah dia seorang sahaja stress nak exam)
telah sms seorang rakan di UNIMAS
beritahu yang “dia dah mati”
konon-konon kawan-kawannya di sini yang sms
guna telefonnya

melolonglah kawan baiknya itu di seberang laut sana
terus telefon keluarganya di kampung
masa itu kawan aku yang mengaku aku ini Sahabat dunia akhirat
di lebuhraya dari kampung datang Bangi
tengah memandu setelah habiskan cuti seminggu bersama keluarga tercinta
terus terketar-ketar tangan tak boleh nak memandu lagi
nasib baik ada orang lain di sebelah
yang boleh ambil alih

sepantas siput sedut macam talian internet yang guna broadband
dia telefon aku yang kononnya Sahabat dunia akhirat
hari tu aku ada meeting paginya
jadi telefon aku senyapkan dan lupa nak bisingkan semula
tengahari baru nampak ada 14 panggilan tak berjawab darinya
berserta sms berguni-guni
terkejut badak, kingkong, zirafah, gajah, badak sumbu, musanglah aku
(semua binatang dalam zoo dah masuk berduyun-duyun dalam blog aku
tercium-cium bau kopi Luwak pulak dah!)
terus telefonnya semula.

sepanjang lebuhraya banjir air matanya
emaknya di kampung dah melolong-lolong, meroyan tak tentu hala
aku janji akan cuba mengesahkan berita itu
setelah terjah orang itu ini dan
kerah secara paksa rela untuk mereka buat kerja
(siapa kata orang gomen lambat buat kerja,
telefon sahaja, provoke sikit sebanyak
cepat aje mereka buat kerja
yang penting, ayat kena BAIKKKK punya!
puji tu bagi melambung Sampai Syurga)
SAH lah dia hanya nak main-main
dia hanya bergurau
dia hanya nak hilangkan stress musim peperiksaan
main-main yang mengusahkan orang lain
main-main yang membazir air mata orang lain
Buang masa aku je!

sekarang ni, aku pulak yang mereka buang dari catatan sejarah hu hu hu
namun, aku tak mampu nak buang
cerita ini dari minda

Jadi, duhai pembaca nan budiman
stress macam manapun kita
nak seronok bermain macam manapun kita
nak bergurau tahap babun, Biawak Hidup atau Kungfu Panda manapun kita
usahlah sampai menyusahkan orang lain
belajarlah untuk menjadi lebih matang
dalam kehidupan yang memangnya penuh dengan porak peranda ini.
Mati itu bukan boleh dibuat main

payahpun hidup ini
payah lagi hidup selepas mati
mati memang sekali (jarang orang mati dua kali)
tapi hidup itu yang dua kali
bermakna perlu bersedia dua kali ganda.

Rabu, 13 Oktober 2010

Baling Obama Supaya Baca Buku Yang Dia Tulis. Dia Tu Siapa?

Tinggi betul adab sopan depa ni ya...nak suruh Obama baca buku tulisannya, maka...baling je Obama. Macam Bush kena baling dengan kasut dulu tu.

Bezanya, pembaling kasut Bush dahulu adalah orang yang tak suka dia. Yang baling Obama dengan objek yang tidak diketahui dengan jelas ni adalah penyokongnya sendiri. Motifnya: nak mintak Obama baca buku tulisannya. Aku pun tertanya-tanya juga, bagus sangat ke buku yang ditulisnya itu?

Kalau nak mintak orang baca buku dia pun sampai tahap baling dan malukan bakal pembaca di khalayak ramai, agak-agaknya apa yang dia tulis? Tentang kesopanan dan kesusilaan tak? Ke pasal bagaimana nak jadikan acara baling membaling ni sebagai budaya tahap tinggi?

Manusia memang pelik. Aku pun dah jadi pelik sebab suka tulis benda-benda yang pelik begini. Namun, benda-benda aneh dan pelik inilah yang sering orang nak tahu. Yang sering orang nak buat. Lepas ni, aku tak akan pelik kalau dia tu masuk dalam. Bolehlah dia tulis buku banyak-banyak kan?

Aku nak juga Duli Yang Maha Mulia Tuanku Permaisuri Agung baca blog ni, nak kena baling apa ya?

Psssst: Kalau ada orang sudi baling aku tu...balinglah dengan cakelat ka, intan berlian ka, jongkong emas ka...aku sudi terima hu hu hu