Boleh blah tak ayat tu? Hu huh u tabahlah duhai hati!
Sejak terjebak dengan slipped disc ni, agak lama juga diperlukan masa untuk pulih sepenuhnya, tetapi masalah utama aku adalah nak dapatkan MC yang panjang hingga jumpa pakar akhir bulan Mac (hari ini). Doctor pakar je boleh bagi cuti panjang…tu pun tak tahu berapa panjang dia boleh bagi. Salah hari kena renew tiap dua minggu. Tapi, itu lebih baik dari perlu ulang alik ke klinik panel atau pusat kesihatan setiap 3 hari, malah pernah juga aku perlu menunggu hingga lebih 5 jam semata-mata nak dapatkan MC.Bukan ada sesapa nak tolong hantar kan, buat ajelah sendiri. Sendiri kayuh gitu!
Mula-mula aku buat temujanji dengan pakar di HUKM…fuhhhh! Hujung bulan April baru boleh jumpa pakar, tapi pengalaman berada di HUKM sebagai pesakit memang berbeza dari semasa aku ke sana semasa bertugas. Bersembang dengan akak manis berfikiran positif antara pengalaman indah, selain bertemu encik hensem yang stress tidak mampu angkat senjata lagi.
Aku dapat MC yang agak panjang bila ke Pusat Kesihatan UKM, di Bangi yang dikhususkan kepada pelajar dan staf sahaja. Lima hari. Setiap hari Isnin aku akan pergi lagi untuk kumpul MC berkepuk-kepuk itu hingga ada ketikanya aku tengok doctor tu stress bila tengok muka aku. Aku tebalkan sahaja muka jumpa dia dan cakap terus terang yang aku perlukan MC panjang hingga jumpa pakar.
“Doktor jangan stress jumpa saya ya…” kataku satu kali bila tengok muka doctor kali tu memang stress benar. Dia tak mengaku dia stress tapi, aku tahu dia memang stress.
Sepanjang minggu aku ada rutin tertentu selain dari kutip MC. Hari Rabu akan ke Hospital Serdang buat fisioterapi, kalau rajin pergi Ceragem Bangi…tapi sekarang dah malas. Tak tahan telinga dengar suara akak tu terpekik menjerit-jerit masa beri penerangan. Bergegau anak telinga dan segala isinya huh u hu hu
“Waaaa doctor ada assistant hari ni,” kataku sebaik bagi salam. Doktor tu ketawa ceria. Anak dia tahun satu tu pulak sipu-sipu malu. Mmmmmmm mood doktor baik je hari ni, best sikit mintak MC huh u huh u
Masa doctor buat catatan dalam computer dan isi borang MC, aku sembang dengan anak perempuannya. Tanya cita-cita dia nanti nak jadi doctor ke pilot huh u hu soalan sensitif tu musim MH370 masih belum dijumpai.
“Minggu depan dah jumpa pakar kan? (hari ni lah tu!)” kata doctor.
Aku mengiakannya sambil bergurau “doktor mesti rindu saya lepas ni,” huh u hu h u dia tergelak kuat. Boleh gitu?
Tetiba dapat surat dari insurans, mahukan laporan dari klinik panel dan Pusat kesihatan sebelum aku masuk KPJ hari tu.
Ohhhhh! Kesian doktor tu…mesti stress tengok muka tak lawa aku lagi!