Sabtu, 29 Mac 2014

Shalwati Dan Azizul Raheem Dipenjarakan Di Sweden


Setelah ditahan sejak Disember lepas, akhirnya pasangan Malaysia, Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awalludin, dihukum penjara oleh Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweden bagi kesalahan mengasari serta mencabuli integriti anak-anak. Mahkamah juga memerintahkan Shalwati dan Azizul Raheem masing-masing membayar ganti rugi 67,200 SEK (RM33,900) dan 36,400 SEK (RM18,362) kepada empat anak mereka. Hukuman itu akan dipendekkan jika mereka berkelakuan baik. Aku harapkan hukuman mereka dipendekkan dan mereka dapat segera balik ke tanahair.

Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan Shalwati, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman sejak 18 Disember tahun lepas kerana didakwa memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana tidak solat.

Shalwati Norshal dijatuhi hukuman penjara selama 14 bulan kerana perlakuan kasar terhadap anak perempuannya dan anak lelaki sulungnya serta atas kesalahan menyakiti dua lagi anak lelakinya.Azizul Raheem Awalluddin pula dikenakan hukuman penjara 10 bulan kerana dia didapati bersalah mengasari tiga anak anaknya, tetapi dibebaskan daripada apa-apa kesalahan terhadap anak bongsunya. Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat memaklumkan pasangan tersebut kini dalam rayuan bagi meringankan hukuman.

Pengorbanan sebegini tak pernah dilakukan ibu bapa di Malaysia lagi. Dugaan sebesar ini untuk memastikan anak-anak solat perlu mereka tanggung di negara asing; dari seorang pengawai Tourism mewakili negara akhirnya ke penjara.

Semoga mereka lebih cekal harungi pahit getir kehidupan di sana. Penjara mungkin “tidak apa-apa” bagi sebilangan orang tertentu yang memilih langkah terpesong dari undang-undang manusia, namun bagi mereka sangat besar implikasinya. Mereka hampir kehilangan hak terhadap anak-anak, Alhamdulillah akhirnya anak-anak itu dapat dibawa kembali ke tanahair dan bila kembali nanti akan kehilangan kerja pula, kecuali kes mereka dianggap sebagai kes khas.

Sekalipun ramai yang menganggap hal sebegini adalah musibah, namun aku mengharapkan tersembunyi hikmah yang kita sendiri tak dapat melihat dan rasanya kecuali mereka jua adanya. Lebih utama, dah tentu Allah menyayangi mereka dengan cara yang lain. Dan aku amat percaya, mereka akan lebih menghargai sesama sendiri dengan lebih besar berbanding kita.

Sweden merupakan negara pertama di dunia yang mengharamkan tindakan memukul kanak-kanak pada 1979 dan kemudian tindakan itu turut diikuti 36 negara lain. Berikutan penahanan pasangan itu, empat anak mereka diletakkan di bawah jagaan sementara keluarga angkat bukan Islam di Sweden sebelum dibawa pulang ke Malaysia. Kini, keempat-empat anak pasangan itu diletakkan di bawah jagaan ibu saudara mereka di Wakaf Tok Wali, Melor, Kelantan.

Adakah kalian rasa kasih sayang dalam keluarga kita telah begitu mengcukupi untuk harungi kehidupan masa depan sedangkan belum diuji sebegitu rupa? Andai keluarga kita diuji sebegini, masihkah kekal teguh atau berderai jadi serpihan?

Tidakkah kalian tahu bahawa Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan berdepan dengan ujian itu?

Semoga pengorbanan mereka berbaloi.

 

9 ulasan:

sukaxplo berkata...

salam

amat sedih dengan apa yg terjadi. Moga tidak berlaku di negara kita. kalau berlaku maka rosaklah anak bangsa kita, anak kita sendiri hidup berdasarkan logik akal & udang² manusia yg tidak bertiangkan agama Islam itu sendiri...

Kamsiah yusoff berkata...

entahlah..nak cakap pun susah...akak tak pernah sekalipun pukul anak2...rotan pun tak pernah ada kat rumah...akak lbh percaya pada pendekatan psikology..

Nor Azimah Ali berkata...

memang apa yg mereka buat tu adalah yg diajar oleh nabi, anak umur 10 tahun tak solat, boleh dipukul, cuma tengokla cara pukulnya camane..

Nor Azimah Ali berkata...

sebab tu kena stat latih solat ni seawal umur 4 tahun, dari baby lagi biasakan letak anak tu di sebelah bila kita sedang bersolat

anyss berkata...

sukaxplo: Wsalam. Lagi sedih kalau bila balik nanti, mereka kehilangan kerja. Mereka penjawat awam, kalau penjara seharipun akan lucut jawatan.

anyss berkata...

Kamsiah: saya lagi susah nak cakap, kak. tapi sya percaya kepada kedua2 pendekatan; rotan & psikologi.

Saya sendiripun kalau dulu2 tak kena bantai tibai mek ayah, tak tahulah apa jadi.

anyss berkata...

Nor Azimah: macam kecik2 biasanya kita rajin...dah besar sikit baru pandai mengelat

mamawana berkata...

Assalam,

Simpati. Saya anak tak ramai dua ajer. Tapi sungguh akak tak pernah pukul anak2, rotan pun takdak.. sejak kecil kalu anak2 nangis peluk dakap dia erat2. Dah besar ke2 masuk Universiti ni pun peluk dakap anak2 bila mrk bersedih. Walau tak tahu apa punca sebab musabab. Lepas tu baru tanya kenapa sedeh? kenapa nangis? Then, masuk nasihat2..... Kalu soal solat.. selalu berpesan... tolong jangan tinggal solat. kasihan kat emak abah dlm kubur nanti terseksa kalu anak2 tak solat. Cewah... pjg lebor plak komen sini... Im sorry permisi.

Hajjah Noraini @Nanie berkata...

Amat sedih apa yg berlaku. Sebagai ibubapa, memang 'pukul' anak2 adalah suatu yg diamalkan dari atok moyang melayu dari dulu2 lagi sbagai hukuman jika anak2 ada membuat kesalahan.
Cuma hukumam pukul tidaklah sampai memudaratkan anak2.
Pada auntie seelok2 nya hanya salah sorang saja yg patut memukul. Selalunya ayahlah yg patut mengambil tugas tu. Ibu tempat anak2 mengadu nasib setelah kena 'ayun' dari ayah.
Kes auntie pulak, auntielah yg mengambil peranan tu, uncle tak pernah jentik anak2 dia.