Memaparkan catatan dengan label dipenjara kerana pukul anak tak solat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dipenjara kerana pukul anak tak solat. Papar semua catatan

Khamis, 10 Julai 2014

Azizul Raheem Dibebaskan Petang Tadi


Pegawai Tourism Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awalludin yang dipenjara kerana memukul anaknya, dibebaskan pada 5 petang tadi (waktu Malaysia) dan disahkan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.

Pegawai Wisma Putra dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan membawa balik Azizul ke kedutaan Malaysia di sana. Usaha sedang dilakukan untuk Azizul bertemu dan melawat Shalwati (isterinya) secepat mungkin sebelum pulang ke tanahair pada 15 Julai ini. Alhamdulillah, dapat juga anak-anak beraya bersama bapa mereka.

Mahkamah mengurangkan hukuman penjara mereka apabila Azizul dan Shalwati hanya perlu menjalani satu pertiga daripada jumlah hukuman itu. Shalwati akan dibebaskan tiga bulan lagi. Mereka akan dibawa pulang ke Malaysia apabila dibebaskan dari penjara nanti.

Sabtu, 29 Mac 2014

Shalwati Dan Azizul Raheem Dipenjarakan Di Sweden


Setelah ditahan sejak Disember lepas, akhirnya pasangan Malaysia, Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awalludin, dihukum penjara oleh Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweden bagi kesalahan mengasari serta mencabuli integriti anak-anak. Mahkamah juga memerintahkan Shalwati dan Azizul Raheem masing-masing membayar ganti rugi 67,200 SEK (RM33,900) dan 36,400 SEK (RM18,362) kepada empat anak mereka. Hukuman itu akan dipendekkan jika mereka berkelakuan baik. Aku harapkan hukuman mereka dipendekkan dan mereka dapat segera balik ke tanahair.

Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan Shalwati, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman sejak 18 Disember tahun lepas kerana didakwa memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana tidak solat.

Shalwati Norshal dijatuhi hukuman penjara selama 14 bulan kerana perlakuan kasar terhadap anak perempuannya dan anak lelaki sulungnya serta atas kesalahan menyakiti dua lagi anak lelakinya.Azizul Raheem Awalluddin pula dikenakan hukuman penjara 10 bulan kerana dia didapati bersalah mengasari tiga anak anaknya, tetapi dibebaskan daripada apa-apa kesalahan terhadap anak bongsunya. Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat memaklumkan pasangan tersebut kini dalam rayuan bagi meringankan hukuman.

Pengorbanan sebegini tak pernah dilakukan ibu bapa di Malaysia lagi. Dugaan sebesar ini untuk memastikan anak-anak solat perlu mereka tanggung di negara asing; dari seorang pengawai Tourism mewakili negara akhirnya ke penjara.

Semoga mereka lebih cekal harungi pahit getir kehidupan di sana. Penjara mungkin “tidak apa-apa” bagi sebilangan orang tertentu yang memilih langkah terpesong dari undang-undang manusia, namun bagi mereka sangat besar implikasinya. Mereka hampir kehilangan hak terhadap anak-anak, Alhamdulillah akhirnya anak-anak itu dapat dibawa kembali ke tanahair dan bila kembali nanti akan kehilangan kerja pula, kecuali kes mereka dianggap sebagai kes khas.

Sekalipun ramai yang menganggap hal sebegini adalah musibah, namun aku mengharapkan tersembunyi hikmah yang kita sendiri tak dapat melihat dan rasanya kecuali mereka jua adanya. Lebih utama, dah tentu Allah menyayangi mereka dengan cara yang lain. Dan aku amat percaya, mereka akan lebih menghargai sesama sendiri dengan lebih besar berbanding kita.

Sweden merupakan negara pertama di dunia yang mengharamkan tindakan memukul kanak-kanak pada 1979 dan kemudian tindakan itu turut diikuti 36 negara lain. Berikutan penahanan pasangan itu, empat anak mereka diletakkan di bawah jagaan sementara keluarga angkat bukan Islam di Sweden sebelum dibawa pulang ke Malaysia. Kini, keempat-empat anak pasangan itu diletakkan di bawah jagaan ibu saudara mereka di Wakaf Tok Wali, Melor, Kelantan.

Adakah kalian rasa kasih sayang dalam keluarga kita telah begitu mengcukupi untuk harungi kehidupan masa depan sedangkan belum diuji sebegitu rupa? Andai keluarga kita diuji sebegini, masihkah kekal teguh atau berderai jadi serpihan?

Tidakkah kalian tahu bahawa Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan berdepan dengan ujian itu?

Semoga pengorbanan mereka berbaloi.