Selasa, 18 Mac 2014

Nak Kena Sama Pendapat Baru Boleh Geng Ke?


Prinsip aku mudah sahaja: selagi tidak jatuh hukum “haram” makanya, kalian berhak memilih untuk tentukan apa yang kalian nak. Aku tak boleh nak kata apa. Aku tak boleh nak hukum apa.

Tapi, kalau kalian rasa nak mintak pendapat aku…silalah bagi tahu. Takat yang termampu aku akan kongsikan pandangan aku yang tak adalah terang benderang benar. Rabun dan kabur jua adanya. Namun, pendapat aku itu tidak libatkan mana-mana pihak kecuali aku sahaja.
kalau kalian tahu sukarnya mencari orang kita aniaya di padang mahsyar...usahlah aniaya orang biarpun dengan kata-kata. Kiranya dikau tetap memilih jalan itu jua, makanya...silalah cari aku antara sekian ramai makhluk allah itu, urusanku denganmu di dunia ini telah tamat. Teruskan rundingan di sana nanti.

Bila tanya pendapat aku, janganlah pula nak paksa aku bersetuju dengan pendapat kalian pula. Dah tentulah ada persamaan dan perbezaan. Bila pendapat itu sama, bukan bermakna aku satu geng dengan kalian…dah tentu aku ada alasan sendiri dengan setiap pendapat itu.

Begitu juga bila pendapat kita tak sama, usah paksa aku ikut arus kalian. Aku punya alasan yang tersendiri. Bila tak sama pendapat, bukan bermakna aku tak boleh geng dengan kalian. Boleh aje. Kita hanya berbeza pendapat tetapi kita masih lagi sama-sama Islam. Tak begitu?



6 ulasan:

t.a.t.a berkata...

Baca dalam gambar itu, masyaAllah, terfikir banyak kali la kalau nak aniaya orang kan?

Dr K berkata...

Cakap pasal perbezaan pendapat ni, ada seorang BEKAS RAKAN FB saya, yg unfriend saya, semata mata kerana katanya " saya ada buat post status berbau poltik"..hahahaha..padahal saya memang lantang menegur, tak kira kem..mungkin bekas rakan FB tu, tersentap kot pemimpinnya saya kritik :P

PCL berkata...

macam perangai bebudak pulak ; bagi jadi geng , tak bagi.. tak mau kawan...hahaa.

anyss berkata...

tata: bayangkan kalau umpat sehari seorang...macam mana nak cari? jumpa tak? huhuhu

anyss berkata...

Daddy Ziyyad: ramai orang anggap pendapat dia je betul...bila orang lain bagi pendapat yang tak sama dgn dia hu hu huh mulalah sentap walaupun betul.

Sib baik unfren di FB je...kalo hari2 bertembung muka, lagu mana gamaknya?

anyss berkata...

pakcik Lie: Sebenarnya perangai orang tua lagi susah dr budak2, asyik sentap aje. kalo budak2...depa gaduh sat je...pas tu baik semula