Memaparkan catatan dengan label cara untuk berterus terang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara untuk berterus terang. Papar semua catatan

Khamis, 27 Mac 2014

Tak Kan Nak Kena Carut Baru Faham Kot!


Inilah jadinya bila tidak mampu mengatakan TIDAK, atau lebih tepat lagi beritahu dengan jelas dan nyata bila tidak suka sesuatu. Ya…beritahu sahaja kepada orang tu bahawa kita tak suka cara dia.

Masalahnya, macam mana caranya untuk berterus terang? Terlalu terus terang kang sentap pula. Bila berkata terlalu berlapik, apa yang nak disampaikan tidak mencapai maksud.

Orang zaman sekarang ni tak mainlah dengan ayat yang bergunga-bunga. Tapi kalau terlalu tepat mengena sasaran penggunaan perkataannya, boleh jatuh kurang ajar pula. Boleh diterjemahkan tak reti berbahasa. Lalu, bagaimana?

Sebab tu aku kelihatan macam Pukul Anak Sindir Menantu. Sebab aku tak suka lukakan hati orang, guriskan perasaan orang.

Sebab itu jugalah…aku jugak yang sering terluka. Itupun orang bukan nak sedar.

Ajarkan aku bagaimana untuk berterus terang dengan orang-orang yang tidak faham dengan pelbagai bahasa Pukul Anak Sindir Menantu ini. Komunikasi tidak berlangsung seperti sepatutnya.

Contohnya: aku memang tak suka orang suka mencarut, tetapi aku hanya mampu beritahu dia “Awak tak hensem lah bila mencarut”. Hanya setakat itu sahaja.

Malangnya dia hanya ketawa. Kemudian terus mencarut. Berkali-kali lagi. Dan aku terpaksa dengar carutannya itu walaupun tak suka. Bila aku cuba menghindar disebabkan tak sanggup lagi dengar carutannya itu, dia tetap juga tak faham. Dia tetap juga nak mencarut depan aku.

Aku hanya risau, sampai satu tahap dia pula kena carut! Kang dia juga yang sentap.

Sebenarnya entri ini tak ada kaitan pun dengan mencarut. Hingga saat ini, apa yang aku nak tulis dalam entri ni masih belum memaknakan maksud sebenar.Gagal lagi!