Selasa, 5 Oktober 2010

Magika memang Magik laaaaa

Hari minggu lepas, sekalipun peluh menitik hingga ke lantai di rumah terbuka kakak, namun berkesempatan juga tengok filem Magika arahan Edry Abdul Halim yang tengah panas ditayangkan kat panggung sekarang ni.

Macam yang ditulis orang lain di blog, aku memang sangat teruja untuk menilai kehebatan filem ni. Latar belakang dan maklumat tentang filem ini aku dah tulis dalam entri sebelum ni di Magika Macam Avatar Tak?, bolehlah selak semula kalau nak tahu maklumat pasal filem ni.

Sepanjang masa sejam setengah tu, aku sangat teruja. Kagum. Terhibur. Banyak perkara buatkan aku teruja.

Pertama: cantik sangat maya karin jadi pari-pari bunian tu. Scene ni memang aku teruja sangat nak tengok, apalagi bila ramai yang dah tengok filem ni komen sinematografinya cukup cantik. Pendek kata, aku benar-benar menghayati filem ni dari awal hingga akhir dengan rasa bangga yang amat. Fuhhhhhh! Siapa kata Malaysia tak boleh kan? Dah pasti Malaysia boleh. Lepas ni, David Teoh ada saingan baru ya hu hu hu asal positif apa salahnya kan?


Kedua: lakonan Diana Danielle tu pun hidup. Taklah nampak dibuat2 macam yang biasa dia berlakon sebelum ni. Hidup sangat. Dia gaduh dengan Fimie tu pun hidup. Lakonan dia kali ni juga nampak selamba sikit, bukannya memaksa diri untuk melakonkan satu-satu watak. Suaranya pulak...agak merdua juga.

Ketiga: Ziana Zain memang nenek sihir yang terbilanglah. Lupakan terus lakonannya dalam Maria mariana ke, Sembilu ke atau mana-mana filem masa dia anak dara dulu...lakonan dia kali ni memang cun habis dengan sanggul tingginya tu. Belum tengok lagi gaya dia jalan hu hu hu sangat menggeletek ibu jari kakilah!

Empat: Boleh tengok Mawi berambut panjang menggunakan teknik rebonding kot. Tapi sadis sikitlah sebab Mawi tak pandai sangat berlakon kecuali bila sampai bab nyanyi tu, baru keluar suara machonya. Namun, taklah sampai cacatkan filem ni. Lagipun, bakat Mawi belum teruji lagi dalam bidang lakonan kan? Takat berlakon dalam Jin Noti je, kira Magika boleh berikan dia pengalaman baru (Fuhhhh macamlah aku ni pengulas filem yang hebat pulak kan hu huhu peminat fanatik Mawi jangan marah yaaaaaa...).


Lima: M.Nasir jadi Naga Tasik Chini, nyanyi dua baris lagu je tapi diulang-ulang beberapa kali dengan nada suara yang berbeza. Macho sangat.

Enam: Teknik yang digunakan. Fuyoooooo kira setanding dengan filem-filem luarlah. Penggunaan teknologi buatkan filem ni hidup. Nampak macam real je. Begitu juga dengan cara filem ni dipersembahkan. Rasa macam tak percaya pulak aku sedang menonton filem dari Malaysia. Selain adegan anjing kejar Ayu dan Bad, monyet ganas lalu di tempat mereka, kewujudan jambatan kayu dan aksi naga tasik Chini menyerang, aku paling suka dengan paparan Diana dan Mawi sedang menyanyi di dua dunia yang berbeza. Fuyoooooo cantik sangat perbezaan kedua-dua alam itu diketengahkan.

Tujuh: Puteri Gunung Ledang memang meletop! Selama ni, ramai anggap dia tu cantik jelita dan ayu menawan. Kat dalam filem ni, dia tu dah jadi Andartu dan hodoh. Walaupun watak Bendahara yang dilakunkan Sabri Yunus hanya muncul satu scene sahaja, tetapi mampu gamatkan panggung. Apa tak gelaknya, Datok Bendahara itu rupanya “lemah lembut” orangnya bercakap kelantan campur hu hu hu naik sengal gigi aku gelak.

Awalnya, aku ingatkan Edry saja je buat gimik kosong dengan meletakkan sebegitu ramai pelakon terkenal. Sebelum ni kan cara sebegini mampu tarik pengunjung ke panggung. Namun, bila dah tengok filem Magika ni, barulah aku tahu bahawa tuan pengarah muda ini nak pastikan hasil yang terbaik sahaja. Semua watak dalam filem ni memang bagus lakonannya walaupun mereka muncul beberapa scene sahaja.

Filem Magika ni filem muzikal dengan suara penyanyi asal. Diana pelakon utamanya, dan dia menyanyi dengan baik sekali. Berlakonpun baik. Bergaduh dengan Fimie pun baik juga hu huhu dan lakonan Fimie juga comel. Dahlah muka dia memang comel.

Mmmmm malas lah aku nak puji banyak-banyak lagi, Edry tak bagi tiket percumapun kat aku sebab puji dia melambong-lambong ni. Apapun, aku bangga dengan filem Magika ni. Aku tak sabar nak tunggu Hikayat Merong Mahawangsa pula. Kalau nak tahu sehebat mana filem ni, silalah ke panggung terdekat. Kalau ada sesiapa nak bagi aku tiket FREE tu, aku masih sanggup untuk masuk tengok filem ni sekali lagi.

PsssssT: Terima kasih kepada Cik Bintang yang sudi jadi “Teman nan Mesra” semenjak dua menjak ni... Nanti kita sebat Cheese Kek Tiramitsu ya lain kali...

Pssst: Semua gambar dalam entri ni aku k utip dari data Enche Google. Terima kasih!

12 ulasan:

terokai seni berkata...

blom tengok dan tak tau bila akan tengok, dengo crita tu cam best je

eelobor berkata...

yang no.4 tuh x sesuweiiiiiii

ubipanas berkata...

mcm best je filem ni, semua org kata best tp aku x sempat nk tgk lg... huhu

anyss berkata...

Cemomoi: Kalu ambo kata best...dah semestinya best hu hu hu Edry tak rasuah tiket free ya ;)

anyss berkata...

Eemobor: hu hu hu iklan syampu sesuweiiii gamaknyeee

anyss berkata...

Kyuubi: Baik pi tengok...pendek kata, rasa tak malulah nak ngaku ni orang Malaysia yang buat! terlebih2 bangga ada gak...

Kujie berkata...

belum tengok lagi, baca review orang je

azieazah berkata...

Nak pegi tengokkk...! Nak pegi tengokkk...! Nak pegi tengokkk...!

anyss berkata...

kak Kujie: filem ni "sampai" kepada penonton kalau penonton tahu tentang beberapa kisah dogeng, mitos dan lagenda melayu seperti Badang, Bawang putih bawang merah, pak pandir, naga tasik chini, puteri gunung ledang dan lain-lain. Bagus juga untuk dedahkan kepada anak-anak generasi kini...

anyss berkata...

Azieazah: hu huhu jom kita wat sambutan raya kat panggung wayang...

Mr. Asada berkata...

cam best giler je movie ni d ulas.. huhu.. nak tengok jugak la nanti..

tp hikayat merong mahawangsa tu dah lama seyh teringin nk tengok. cam ala-ala lord of the ring gak kan. huhu..

anyss berkata...

Asada: saya memang pandai manipulasi kata-kata hu hu hu. Sesuatu yang indah makin menawan, apa yang busuk pun boleh jadi wangi, namun...sesungguhnya Magika memang magik ;)