Sabtu, 9 Oktober 2010

Saya sedang Hangat Bercinta!

Aku: Tak serbu Putrajaya ke esok?
Dia: Kenapa? Ada apa kat Putrajaya.
Aku: Dato’ Angkasawan sanding ala-ala kat bintang di PICC
Dia: Maaflah...tak tahu. Saya sibuk sikit sekarang ni, tak sempat nak pikir pasal orang lain.

Opssssss! Ayat di atas telah diubahsuai untuk entri ini, tetapi antara yang ada dalam dialog di atas adalah ayat yang menjadi tajuk utama hu hu hu . Ya, dia memang sangat sibuk sekarang. Jadi, ampunkahlah dia kalau tak tahupun tentang perkahwinan popular Dato’ Sheikh Muszaphar Shukor Al-masri yang sangat disukai ramai itu. Jangan rasa hati ya, Dato’...walaupun berderet angkasawan akan mendarat di PICC esok dengan serbuan paparazzi seluruh dunia, ada orang yang tinggal di Bangi tak tahu pun. Alahai...

Jadinya para blogger, usah terlalu memburu berita perkahwinan gemilang ini hu hu hu aku masih lagi terkedu sebenarnya ni.

Kepada semua rakyat Malaysia yang nak serbu PICC esok, sila datang awal ya. Kesesakan dijangka hingga ke lebuh raya...jadi, silalah guna jalan tikus. Bangi dah tentu akan terima limpahan pengunjung. Aku sendiri tak pasti akan tambah lagi kesesakan berkenaan (rasanya landing depan TV3 lebih best kot, boleh makan kacang putih sambil golek-golek, melainkan...ada paparazzi nak ajak aku ikut serta sebab...aku sangat teruja untuk saksikan suasana sesak itu). Dah kelaparan serbu Putrajaya, sila berkunjung ke bangi untuk isi perut pula. Mmmmm entah kenapalah aku nak promote bangi hari ni...ish! ish! Ish!

Kalau keliling Bangi hari ini, anda akan ketemu beberapa kain rentang sudah dipasang di beberapa persimpangan utama yang mengalu-alukan kedatangan para astronaut dunia yang akan menggunakan persalinan melayu. Ohhhh sangat teruja nak tengok orang putih ni pakai baju melayu...

Kain rentang paling besar dipasang di PKNS.

Aku pun rasa bangga juga nak terima kedatangan para angkasawan dunia ni walaupun mereka hanya melintas Bangi sahaja. Itupun kalau lintas!

5 ulasan:

eelobor berkata...

wakil kat anyss jer la pegi buat liputan esok yer...

azieazah berkata...

Yang nak menikahnya dia...
Yang bergumbiranya dia dan keluarga mereka.


Kita nak tumpang sesak? Aduhhh tak sanggup rasanya.

Cetusan berkata...

oo peminat juga kerr

anyss berkata...

Eelobor: Lorrrr ingatkan sdr dah tempah tempat parking sebelah tangga tu... ;)

azieazah: Dalam banyak2 kes hari bahagia orang lain pun, ramai jugak yang suka menyumbangkan kesesakan.

Saya suka tengok keterujaan orang untuk sesak bila tiba acara begini.

anyss berkata...

ZZ: bukanlah minat gila jerit2 macam kena sawan bila nampak dia...hanya sekadar tahu sebab dia orang glamer yang selalu juga mendarat di bangi. Setakat ni, acara rasmi & tak rasmi dia tak pernah ikut pun...