Isnin, 25 Oktober 2010

Doa Cari Jodoh?

Tetiba je aku terjumpa orang terjah blog ni sebab mencari doa cari jodoh.
Doa cari jodoh? Hati siapakah yang sedang berdoa itu?



Mmmmm macam mana ya doa untuk dapat jodoh tu? Dapat jodoh ke, cepat dapat jodoh? Atau, adakah dia jodoh yang betul?

Apa-apa je lah labu! Doa ni tak semestinya dalam bahasa Arab yang kita tak faham sepatah harampun (itu akulah...tak lah sepatah harampun tak faham, tapi tak berapa banyak patah yang faham berbanding yang tak faham langsung). Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Berdoalah dalam bahasa yang kita faham. Penghayatan untuk berdoa tu pun lebih tinggi. Betul tak?

Betul tak betul pun, itulah yang aku buat. Alhamdulillah, banyak doa aku termakbul berbanding yang tidak diterima. Hanya, perlu ikhlas dan yakin sahaja.

Selamat berdoa. Moga-moga cepat jodohnya. Tolong doa untuk aku sekali ya ;)

Edit : Atas permintaan, untuk doa cari jodoh, boleh klik entri ni Doa Cari Jodoh





 

14 ulasan:

eelobor berkata...

dah jumpa doa tu nanti, jgn lupa share ngn kita ek? hihihihi

MuJE berkata...

AS6

betul tu! aku rasa ramai sangat orang yang anggap kena baca doa sejibik2 dalam buku eventho dorang tak paham ape dorang sebut tu.. baik BM sajo.. cakap dialek negeri pon lagi senang! haha...

p/s: aku ade simpan doa tu...hehe

Jom blogwalking bersama MuJE!

Awanama berkata...

ramai yg tak dapat jodoh kot sekarang ni kut...

Anaasuria berkata...

Salam anyss,
doa pun kira usaha jugak.. semoga cepat bertemu jodoh... :)

anyss berkata...

Eelobor: Errrr...doa utk kali ke berapa ya? kalau ada lesung melayang, tak nak campur hu hu hu

anyss berkata...

MuJE: ya kawan-kawan, sila serbu MuJE...dia ada doa tu ;)

anyss berkata...

mankuchai: Abe man ni dah dapat ke?

anyss berkata...

Aanas: apa2 hal memang kena usaha. Kalau dah habis usaha, baru serah kepada takdir

Awanama berkata...

Bolehlah aku baca doa tu untuk memenuhkan 3 yang kosong ni..

anyss berkata...

Fairus: Selamat datang....Errrr, berapa lagi kosong? Tiga je? ingatkan tinggal satu lagi kosong ;)

anyss berkata...

Fairus: Selamat datang....Errrr, berapa lagi kosong? Tiga je? ingatkan tinggal satu lagi kosong ;)

Unknown berkata...

berusaha dan berdoa serta pasrah pada ketentuannya..

anyss berkata...

Lana: yer...yer...yer tuan lana

anyss berkata...

Lana: yer...yer...yer tuan lana