Jumaat, 15 Oktober 2010

Bajet 2011: Banyak Tak Bonus Untuk Penjawat Awam?

Sepanjang hari ni, aku berlari-lari anak arnab kat HUKM. Sejak jam sepuluh pagi lagi. Dah jadi staf UKM, rugilah pulak kalau melepaskan peluang mendapat perkhidmatan canggih di hospital ternama sebegini kan? Untuk staf, kami ada klinik warga yang tersendiri di hospital ini. Terletak di tingkat satu bangunan utama, khas untuk kakitangan dan keluarga sahaja. Jadinya, tak payahlah berebut dengan orang awam yang lain. Itu kalau rawatan biasa sahaja, tetapi kalau perlu buat macam-macam ujian tu, kena juga ke tempat berkenaan dan ambil nombor macam orang lain.

Macam biasa, kerja aku di HUKM setiap Jumaat akan tamat jam 6 petang. Jadinya, ucapan penuh Perdana Menteri yang bentangkan belanjawan tahun 2011 aku tak boleh ikuti. Jadinya, nak juga aku tahu PM kita bagi aku bonus berapa bulan? Dapat tak 6 bulan macam aku mintak tu? Hu hu hu dah ada orang gelak sampai guling-guling masuk longkang ke?

Belanjawan 2011 telah meringankan beban penjawat awam untuk menampung persediaan persekolahan anak-anak, sejumlah RM500 diberikan kepada gred 54 dan ke bawah. Aku dapat tak? Aku pun tengah sekolah lagi ni. Masih berhutang yuran hampir RM900. Sementara kadar bantuan jenazah dinaikkan kepada RM 3 ribu berbanding RM1 ribu sebelum ini. Mmmmm kena mati tahun depanlah ya untuk dapat kemudahan tu.

Malas nak ulas panjang-panjang, sesiapa yang nak baca ucapan tersebut secara keseluruhan, bolehlah download Ucapan Belanjawan Negara 2011...nanti boleh menelaah sepanjang malam ni.

Orang kata, kalau nak kaya usah jadi penjawat awam. Kerja sampai pencenpun tak juga kaya. Kalau anda jumpa penjawat awam yang kaya hanya kerana kerja dengan kerajaan (tanpa buat bisnes lain), maknanya ada sesuatu yang tak kena.

Pendapat itu memang sangat benar. Kawan-kawan aku yang bukan kerja kerajaan, dah jadi bos di merata-rata syarikat. Ada kereta besar, rumah besar...bini @ laki juga dah besar hu huh u jangan marah aku ya...sedangkan aku masih juga begini (badan dah mula nak jadi besar hu hu hu). Namun, aku tahu apa yang aku nak. Aku suka kerja aku (buat masa ini) walaupun cabaran tetap ada. Aku tak perlu pangkat yang besar dan jadi bos, aku tak inginpun. Aku hanya nak gaji je jadi BESAR dengan kerja ikut suka aku. Jadi mak cik tukang cucipun aku tak kesah. Hu hu hu ...Boleh gitu?

Selagi aku suka dengan kerja aku, walaupun kena sihir berkali-kali, aku masih lagi tetap di sini. Kalau suatu hari nanti aku tiada lagi di sini, bermakna...apa yang buatkan aku suka berada di sini sudah tidak ada lagi. Dari aku kerja tanpa hati, baiklah aku cabut lari kan? Tak lah penat aku nak kena jawab bila malaikat bertanya nanti: kenapa kau keja jugak kalau tak suka? Kan kau buat tak sepenuh hati! Baik jawab dengan jawapan yang mantap sebelum kena pelangkung dengan tukul besi ni! Itu hanya imaginasi aku yang melampaui batas kemanusiaan, usah percaya!

Apapun perancangan yang dah dibuat, aku hanya harapkan agar negara kita semakin maju dan makmur. Hak-hak orang Melayu sentiasa terjaga. Keamanan terpelihara sentiasa. Usahlah salah guna kuasa yang kemudiannya akan kita kesali kemudian dekad. Akan bagaimana nanti perlu kita terangkan kepada anak cucu bila mereka salahkan kita kerana gadai negara sendiri, sebagaimana kita menyesali tok nenek kita pada zaman kesultanan Melaka dahulu.

18 ulasan:

Cetusan berkata...

yang penting senyummmmmmm
kerja sampai 60 kalau org bagi

eelobor berkata...

Alhamdulillah, dapat jugak kan?

anyss berkata...

ZZ: Sentiasa senyum, insyaAllah...hinggakan dr tak percaya tengah sakit hu h uhu

akan kerja selagi ikhlas, tak kira umur berapa. Kalau umo 40 dah tak ikhlas nak keja...akan berhenti kerja walaupun gaji dah cecah 4 juta RUPIAH hu hu hu

anyss berkata...

Eelobor: Tak de anak pun dapat ek? hu h uhu hu....leh la pi jejalan Bangladesh hu huhu -----> yuran bayar kemudian, boleh?

Tanpa Nama berkata...

Berlari2 anak arnab....laju tu! hehe

anyss berkata...

Pencinta pantai bersih: hu hu hu tau tak pe...mandi peluh!

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Salam Kenal.

Alhamdulillah..
ada dari yg takada..

anyss berkata...

Azrina: selamat datang...Alhamdulillah, dapat juga wat bayar yuran ;) tak elok membazir hu huhu

Relevan berkata...

Ok lah tu..

secangkir madu merah berkata...

salam anyss, paling best cuti bersalin 90hari bergaji penuh...buatnya tiap2 tahun bersalin...? haru..

abigemok berkata...

bolehla. dr takde kan? huhu. jom ramai2 kerja swasta baru jadi kaya. takpun buat business sndiri. kan ok?

anyss berkata...

Relevan: alhamdulillah

Secangkir Madu Merah: jumlah keseluruhan tetap 300 hari juga...kalau ambil 90 hari, boleh dapat 3.3 orang anak je...selebihnya kena tanpa gaji juga

Kena limit jumlah anaklah nampaknya ye ;)

anyss berkata...

Kyuubi: Nak kaya bolehlah masuk swasta dan wat bisnes...tapi kalau ada agenda tertentu, kena dok dalam gomen juga.

Saya: InsyaAllah masih di sini hingga dah tak ikhlas lagi keja ni ;)

Tanpa Nama berkata...

bestla org gomen yg selalu dpt habuan tiap kali belanjawan negara..kita swasta selalu teranaktirikan..uhuk..uhuk..

Chenta berkata...

Yup
samalah harapan awak dan saya .

moga semuanya ok kaans ..

wanita mutalib berkata...

salam kenal :)


setujuuuu :P

anyss berkata...

Mak dara terdiva: Selamat datang...tang bonus tu best, tapi tang lain banyak juga tak best. Saya pernah keja sasta dan gomen...ada best ada tak best ;)

anyss berkata...

Linda: Selamat datang.
Memang harapkan semua ok...tak best hidup kalau negara huru hara

Wanita Mutalib: Selamat datang...sila datang lagi ;)