Memaparkan catatan dengan label bercinta dengan suami orang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bercinta dengan suami orang. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Mei 2013

Bila Suami Orang Itu Sudah Tidak Cam Daku Lagi


Bagi yang dah baca entri-entri lama pasal mengapa aku belum kahwin, dan beberapa entri lain lagi berkaitan kahwin…maklumlah sekarang kan musim orang kahwin. Musim cuti sekolah. Memasing dapat undangan hingga tak tahu mana nak pergi…hingga tak sempat kan.

Aku memang tak akan bercinta dengan suami orang, (sila elakkan juga untuk bercinta dengan isteri orang ya…kok ya pun nak bercinta, carilah yang masih solo, jangan dok kalut main sebat je tak kira siapa), walaupun ada jugak suami orang yang mengejar terutama bagi golongan yang beranggapan aku tak akan kahwin kalau tak kahwin dengan dia. Kononnya dia jadi penyelamatlah tu kan.

Pertengahan tahun lepas, aku terima email dari seseorang yang aku kenal juga dia masa belajar dulu. Masa itu, aku memang bersangka baik dengan dia sebab aku kenal isterinya dan 5 anak mereka (waktu itu), dia juga berasal dari Kelantan. Jadi dia gunakan sama negeri sebagai alasan untuk jumpa dan borak-borak.

Setelah beberapa kali batal sebab masa dan tempat yang tak sesuai, maka suatu petang, lebih kurang jam 3 petang, maka berjumpalah kami di satu kedai makan kat Bangi. Disebabkan sebelum itu aku ada beritahu dia “ngeteh ramai-ramai seronok juga,”, mati-mati aku ingat dia datang bersama geng, sekurang-kurangnya dua orang. Sayangnya, dia datang seorang. Alahai!

Rasa seronok nak jumpa orang yang kita kenal yang dah lama tak jumpa dah kurang sedikit. Dia seorang yang agak BERilmu agama, kira waraklah berbanding aku, (pada anggapan akulah!). Jadi aku tak jangka langsung dia akan datang seorang. Aku memang amat jaga pergaulan, kalau dengan perempuan boleh je jumpa dengan sesiapa. Tapi kalau rakan lelaki, aku tak akan jumpa berdua sahaja. Biasanya kawan-kawan aku tahu benda tu, termasuk isteri masing-masing. Sila jumpa aku secara berjemaah ya hu hu hu 

Akhirnya aku tahu jugalah dari mana perkembangan pasal aku dia tahu, orang itupun aku kenal juga (kenal gitu-gitu je…seorang ustaz yang selalu beri ceramah agama. Beristeri dua. Kedua-dua isterinya tinggal serumah). Dia juga selalu pergi dengar tazkirah ustaz ini, malah turut mengajak aku ikut sama. Baguslah kan, tambah ilmu agama. Pada masa itu, aku menolak dengan baik dengan alasan kena pulun buat kerja sekolah sampai habis.Dah siap semua, barulah banyak plan baru dalam hidup aku akan bermula. Banyak sangat benda yang aku nak buat ni...

Lama jugak kami borak, sejam lebih kurang. Bila balik, aku perasan seperti dia tidak mahu orang tahu yang dia datang jumpa aku. Gayanya terendap-hendap macam tikus takutkan kucing. Pada masa itu, hati aku yang jahat ini dibisikkan syaitan yang direjam ini kata aku usah leka dengan dia. Karang aku kena ngap!

Bermula saat itu, dia selalu kirimkan SMS lembut manis wangi siang malam untuk selalu berjumpa. Namun ketika itu, aku selalu sahaja ke Seremban untuk beberapa gerak kerja department dan terpaksa menolaknya. Masa tidak pernah serasi untuk kami jumpa lagi selepas itu untuk acara bersosial dan makan-makan seperti diingininya. Adakala sebab memang aku sibuk. Ada masa yang lain, aku tak ada di bangi. Ada waktunya juga, sebab aku tak ada mood nak jumpa dia. Akhirnya dia menyepi. Senyap. Sunyi.

Nak jadi cerita, aku pernah bertembung dengan dia beberapa kali dalam kawasan kampus, tetapi tiada apa-apa reaksi dari wajahnya. Macam tak kenal. Tak ada tegur sapa seperti kita jumpa orang yang kita kenal. Tak ada basa basi. Kali pertama aku anggap dia tak Nampak, sebab dia juga rabun macam aku. Tapi kalau dah beberapa kali, hingga ada masanya jarak berselisih itu bukanlah jauh sangat…aku tiba-tiba jadi keliru juga.

Allah itu maha kuasa. Allah temukan juga kami dalam lif di Hentian Kajang. Juga tiada komunikasi yang berlaku. Kali ini, aku sematkan dalam otak bahawa dia memang dah tak cam aku. Nak tahu kenapa?



Sebab aku dah ambil suplemen makanan tambahan, sebab tu aku dah makin jelita. Sekarang ni pula…aku tengah berusaha keras untuk jadikan 3 Cixty Plus sebagai ramuan rahsia makanan tambahan aku. Sila dapatkan di Sihat Store.

Minggu lepas bagi tau Cik Bintang pasal cerita ni, dia bantai gelak tak henggat. Adoiiii la! 

Pada pendapat kalian, kenapa dia jadi gitu? Apa salahku ya? Cer huraikan... (macam soalan periksa akhir semester pulak ya)






Ahad, 10 Mac 2013

Awak Tak Akan Kahwin Sampai Bila-Bila Kalau Tak Kahwin Dengan Saya


“Awak tak akan kahwin sampai bila-bila kalau tak kahwin dengan saya”

Apa perasaan kalau dengar ayat begitu?

Kongsi sedikit kisah pribadi kat blog ni, walaupun sebenarnya malas nak cerita bab-bab peribadi ni.

Kisahnya begini:

Aku pernah diperkenalkan oleh seseorang yang aku kenal dengan seorang lelaki ni. Menurut kakak tu, lelaki ni kawan dia masa kat kampong dulu. Dia kenal dan berkawan sejak sekolah rendah lagi. Menurutnya, kawannya itu dah berkahwin dan ada seorang anak lelaki. Isterinya sakit, jadi isterinya itu benarkan suaminya untuk kahwin seorang lagi dengan syarat tidak diceraikan. Bakal madunya itu pula mesti LEBIH berbanding dia dari segala sudut.

Aku jumpa lelaki tu sebab tak boleh nak mengelak dengan kakak itu. Tapi aku dah beritahu awal-awal lagi kat kakak tu bahawa kalau ada pilihan, aku memang tak akan pilih suami orang. Lainlah kalau dah ditentukan Ilahi, dah tertulis di Loh mahfuz yang aku memang dijodohkan dengan suami orang, memang tak boleh tolak dah.

Jadi, akupun jumpa juga dengan lelaki itu walaupun dengan hati yang berat. Maklumlah, dia kan suami orang.

Lelaki ini biasa-biasa sahaja. Bukan YB, tapi bercita-cita nak jadi YB juga suatu hari nanti. Katanya dia suka berpolitik. Dia perlukan seorang isteri muda yang boleh dibawa dalam majlis-majlis rasmi dihadiri orang-orang besar, yang boleh dibawa ke tengah dan ke tepi, boleh sentiasa senyum dan kelihatan berprestej. Bila bercakap, isteri mudanya itu perlulah kelihatan hebat. Sama hebatnya dengan gayanya.

Malangnya, aku bukanlah seorang yang cantik, gaya apalah lagi memang ke laut. Make up tak pernah calit kecuali medak nipis dan gloss. Lipstick pun jarang pakai, apalagi untuk kelihatan segak bergaya. Tak reti nak bergaul dengan orang-orang besar sebab sentiasa hidup dikalangan orang-orang kecil sahaja. Tak ada prestej. Tak ada gaya. Bercakap pun tak hebat. Pendek kata, tak ada satu ciripun yang dia nak itu aku miliki.

Masa dua jam kami makan malam di kedai makan yang biasa-biasa sahaja itu sepenuhnya dia isi dengan manifestonya. Dengan impiannya. Dengan cita-citanya. Dengan senarai isteri impiannya itu.

Hanya setengah jam terakhir itu sahaja aku terangkan bahawa aku sudi bertemunya hanya kerana hormatkan kakak itu sahaja. Kakak itu pun tahu aku cuba mengelak untuk memilih suami orang. Alasannya mudah sahaja, keluarga aku tentu tak akan izinkan. Nak kena parang dengan ayah, bolehlah cuba huh u hu

Tanpa bertanya aku yang aku ingini dalam sebuah ikatan, apa yang aku harapkan, apa yang aku dambakan…apalagi nak tanya apa yang aku tak suka, dia kemudiannya menuturkan:

“Awak tak akan kahwin sampai bila-bila kalau tak kahwin dengan saya..awak rasa ada ke orang nak kahwin dengan awak?”



Aku hanya senyum. Urusan jodoh urusan Allah. Usahlah masuk campur.

Sebelum berpisah dia berpesan: “Fikir dulu, kalau rasa ok…telefon saya”

Aku senyum lagi. Macam cari kerja pulak. Jawatannya: menjadi isteri terhebat BAKAL wakil rakyat.

Malangnya, dia tak tahu aku paling anti bila diugut. Malam itu juga aku hapuskan nombor telefonnya. Bagaimana dia boleh kuhormati dalam rumahku andai dia sendiri tidak pernah mencuba untuk kuhormati di luar rumahku.

Mungkinkah aku tak akan kahwin sampai bila-bila kalau tak kahwin dengan dia? Aku sendiri tak tahu. Tengoklah macam mana nanti. Mana kita tahu, kalau-kalau dia dapat panggilan telefon dari malaikat yang membuka loh mahfuz melihat jodohku dengan siapa. Aku sendiripun tak tahu. Kalau tahu, agak mudah juga ya…tak payah fikir apa-apa, tak perlu tertanya-tanya.

Semoga dia dah jumpa pengisi jawatan isteri yang sebegitu. Maaf, aku bukanlah pilihan yang terbaik. Aku kurang segala-galanya.








Khamis, 28 Jun 2012

Bercinta Dengan Isteri Orang?


Dah banyak kes aku tengok jadi depan mata sendiri
jadi usah hairan sangat bila ada orang bercinta dengan suami orang
suami orang itu boleh kahwin empat, tak jadi hal salah
hanya jadi hal dan salah bila ada huru hara je
bukan senang nak elak dikejar suami orang
tapi bila bercinta dengan isteri orang
halnya jadi lebih rumit…bukan boleh kahwin pun
kena tunggu isteri orang tu cerai dulu
kena tunggu lepas edah pulak lagi
baru boleh kahwin…itupun kalau nak kahwin
kalau hanya nak main-main je, isi masa lapang?

Secara realiti, banyak kali juga aku berdepan
situasi isteri curang atau ada orang bercinta dengan isteri orang ni
dalam masyarakat kita pun banyak, berlambak nak timbang kilo
apalagi dalam masyarakat barat…dah tengok Keeping mum?

Mr.Bean @ Encik Kekacang tu jadi suami, seorang paderi
isterinya berlaku curang dengan lelaki lain
walaupun dia tahu kecurangan tu, tapi sebab dia paderi
yang banyak berserah kepada tuhan,
tahan hati je dia dengan kecurangan tu
part yang mendebarkan bila pembantu rumah baru mereka
(sebenarnya mak si isteri itu...) adalah banduan yang baru dilepaskan parol
dah tua…tapi sangat licik.
orang-orang yang menyusahkan keluarga itu akan dibunuhnya

Paling aku suka dalam filem tahun 2005 ni
pemandangan di perkampungan kecil yang sangat cantik
teruja untuk menikmati kehidupan di situ, tenang
cantik…pendek kata, kalau dok situ
bertimbun novel boleh tulis hu hu hu alasan tak boleh blah!

Pengajarannya: Usah curang!


Rabu, 27 Jun 2012

Bila Suami Orang Mengejar…Apa Nak Buat?


ramai orang kata andartu macam aku hanya akan kahwin dengan suami orang
huh! Usah doakan ya…aku ni tak sesuai kahwin suami orang
bercinta dengan suami orangpun aku tak sanggup…
aku tamak, ketamakan itu akan buatkan dunia jadi huru hara

namun, bila suami orang mula mengejar
bukan mudah untuk mengelak
apa nak buat ya?


Khamis, 23 Februari 2012

Bercinta dengan Suami Orang?

Seronok sangat ke bercinta dengan suami orang?
hebat sangat ke jadi macam kucing yang sentiasa terhendap-hendap?
nak keluar tengah malam buta dating pun terhendap-hendap nyorok dari aku
(macamlah aku tak tahu ada tikus sedang terendap keluar)
nak masuk rumah waktu subuhpun terhendap-hendap lagi
(macamlah aku tak tahu ada tikus berdecit masuk rumah pepagi buta)
masa orang berderet balik dari masjid
tak sedarkah aku memang suka bergerak dalam gelap?
kalian anggap aku masih lena diulit mimpi pada waktu subuh gajah itu?
tak tahukah telinga ini sangat mudah menangkap bunyi
pagar terusik sedikitpun boleh jagakan aku
walaupun jam loceng gempita tepi telinga masih belum cukup kejutkan saban pagi
mahligai ini gelita bukan bermakna aku masih diulit mimpi)

Seronok sangatkah bercinta dengan suami orang?
Siang membuta malam berjaga
macam burung hantu
untungnya usia masih muda...masa masih panjang
untuk lakarkan arah hidup
andai masa disiakan, bekalan apa disimpan untuk hari tua
ataukah seribu sesalan tidak begitu cukup untuk dikenang?

Opssss! Maaflah ya
Sesekali seronok juga buka jerangkap samar
Sekadar beritahu semua tingkah itu bukannya aku tak tahu
bukan cemburu kalian berbahagia
hanya sedikit gusar kalau-kalau   awal tahun depan
ada bayi tak sah taraf dilahirkan
kemudian terbuang macam sampah
tidak juga jeles cemburu buta
kalian nak poligami madu perang lesung melayang puting beliung melanda
tak ada maknapun untuk aku kesah
namun usah jadikan rumah ini sebagai markas

Duhai para isteri budiman,
pernah tak sesekali suami tercinta kalian hilang dari bantal sebelah
sedar tak? perasan tak? bila masa dia keluar tengah malam buta setelah anda lena?
bila masa dia balik dengan siangnya terisi kantuk…
tiada niat untuk hasut anda yang dia sedang bercinta semula
hanya sedikit ingatan
perempuan zaman maju ini lebih suka suami orang
tak tahu kenapa
kalian tahu?
cer citer...

jangan jadi tikus, boleh?
masuk jerangkap samar, aku tak tau...sendiri tanggung!