Sempena sambutan maulidur Rasul, ada tiga drama aku tengok:
Al-Ikhlas, Pelangi Ada 7 Warna dan Runtuhnya Sebuah Dosa
Surah al-Ikhlas dihayati dengan mendalam dalam drama
al-Ikhlas
Dramanya mudah sahaja, konflik pun tak kompleks sangat
Tapi sangat mendalam maknanya menusuk kalbu
Aku suka watak Zaki dalam drama ni
Taklah ganas sangat jahatnya tapi ekspresi mukanya
Memang menjengkelkan
Cara kematiannya juga menginsafkan, saat dia dikuasai takbur
Di laman ewarga, ada pengumuman berikut:
“Warga UKM dialu-alukan menonton Drama "Pelangi Ada
7 Warna"
hasil Penulisan Dr. Mohd Faizal Musa (Felo
Penyelidik ATMA)
arahan Bade, terbitan Erma Fatima
akan ditayangkan pada 4 Februari 2012 ,
Saluran TV 2, Jam 2.00 petang.
Selamat menonton”
Aku menontonnya. Bukan sebab iklan di atas,
sebab Cik Bintang yang warwarkan
ceritanya taklah sensitif sangat sampai kena GAM
berzaman
tentang kahwin mishar
[opsssss! Masa kahwin mishar jadi isu hangat empat
lima tahun lepas
Ada jugak orang ajak aku sahut cabaran ni hu hu hu
Sebab aku TAMAK, tak macam watak Fardha dalam cerita
ni
Dah tentu aku tolak…namapun tamak kan!]
Aku lebih teruja nak tengok Runtuhnya
Sebuah Dosa,
Ada Tiz Zakyah dengan hero pujaan Malaya: Remy
Ishak
sempat tengok intro drama yang dramatis
sesangat:
dua keluarga terlibat dalam runtuhan
rumah mereka akibat gelinciran tanah
sebuah keluarga terlibat dalam runtuhan
ketika mereka hidup dalam kesesatan
[comel je tiz zakyah mabuk hu hu hu
Macam bahlol je bapaknya boleh kata
“kalau nak minum, jangan sampai mabuk” hu hu
hu]
sebuah keluarga lain, turut terlibat dalam
runtuhan
namun menerimanya dengan redha
sayangnya, aku migrin kronik ketika itu,
tidak sempat nak tunggu sampai habis
Tahniah kepada TV di Malaysia
dah pandai tayang drama-drama yang bermutu dan
terpilih
maklumlah, penonton di malaysia juga dah makin
bijak
kalau drama dan rancangan tak best
banyak sumber lain mereka boleh cari
tahniah juga kepada pengarah dan penerbit
drama
yang makin kreatif dan berjaya hasilkan drama
yang bagus
tahniah terbanyak juga kepada penulis skrip
bukan mudah hasilkan skrip dan cerita bermutu
perlu kajian mendalam, bijak mental dan cerah
jurus fikir
bukan sekadar tangkap muat
paling tidak ada juga tanggungjawab sosial.
Hari ni masih cuti lagi kan?
Harapnya migrin aku dah hilang sepenuhnya
Seharian kepala ditekan denyut tak mampu buat
apa
Hanya baring sepanjang hari sampai lupa makan
Hari ni...aku kena qada kerja untuk dua hari
Moga-moga hasrat itu tercapai.
Doakan ya...
2 ulasan:
Assalamualaikum..
terpaksa miss drama hero pujaan Malaya berlakon kerana menonton 'the message' di Hijrah...
banyak drama2 yg best2 sempena MaulidurRasul...tak tahu mana satu nk tenguk..
Nyanyisunyi: betul tu...semua chanel berlumba-lumba tayang drama yang bagus-bagus. Nanti-nanti boleh dapat dalam youtube pula atau ulang tayang.
Catat Ulasan