Usah dikesali saat hari yang benderang
tetiba diterjah hujan mencurah
setelah reda tangisan awan itu
akan muncul garis pelangi nan
cantik menghiasi pandangan
dan dibawa ke mimpi indah
usah ditangisi siang semakin tua menjemput datangnya malam
pada warna sore nan sebam itu
masih ada pancaran emas menyerikan keberangkatan hari
terhampar mengundang asyik
biarpun seketika
senja nan merah...biarku sembunyikan amarah |
tidak perlu jua berduka nestapa
menyambut datangnya malam nan pekat
kelak akan ditemu gemerlap bintang
menghias dada langit
dan bulan memancar warna tembaga
doakan malammu berteman mimpi indah
selamat malam dunia!
Errr…entri ini tiada kaitan apa-apapun dengan makCik sihir yang terbang
dengan penyapu nan tiada sempat untuk aku lastik setelah mengetahui superman
sedang bercuti kerana menikmati tempe goreng kicap campur ikan bilis dan cili api.
PsssT: gambar petang semalam, mengejar mentari terbenam ;)
PsssT: gambar petang semalam, mengejar mentari terbenam ;)
5 ulasan:
selamat pagi anyss
dik, lihat keindahan malam.. k.ayu semalam bertemu arwah ayah mertua..
cantik berkaca2 matanya, segak dan tampan sekali..
hampir setahun pemergiannya...
lama mengharap arwah muncul .. syukur akhirnya
sari duo nih duk baca status fb pasal ahli sihir dengan penyapu. huhuhu, di kapom ambo ado sore....
Mujur dalam usaha mengejar matahari terbenam, kaki tidak terbenam sama di lembab paya... hehehehe
EElobor: Terserempak makCik sihir tengah tunggang penyapu la la la
Azieazah: Ada masa...rela aje kaki termasuk paya bila warna sore itu lebih indah untuk dikenang dari paya yang masih boleh dicuci lumpurnya di kaki
Catat Ulasan