Ada peminat misteri
memang seronok kalau zaman remaja dulu
Secret admirer buat hati
rasa melambung seronok
masa tu, secret macam
mana pun paling-paling curi-curi jelling je
tak adalah sampai hantar
ayam bagai
[3 ekor tu…boleh
sembelih, masak kari sedap ayam kampong!]
ngeri lagi kalau dah
sampai tahap hantar seluar dalam bagai
kalau yang belum guna
letak dalam kotak tu masih ada tanda harga
boleh juga sedekah kat
orang
bila dah guna…fuhhhh
lain macam pulak rasa seramnya
berdiri bulu roma eden
errrr ini kisah yang
berlaku di wangsa maju yang boleh dibaca di ondscene
kalian ada kisah peminat
yang misteri sebegitu?
atau misteri hanya tahap
jelling jelling senyum senyum sipu sipu malu
dan tidak bahayakan
kesihatan awam?
jenis kedua boleh kita
jumpa di mana-mana
siap simpan jadi
kenangan indah zaman remaja
namun bila berhadapan
dengan situasi pertama,
sangat merisaukan kerana
semua gerak geri kita diperhatikan
dan kita tak tahu siapa
musuh kita itu.
Masa awal-awal kerja
dulu
aku pernah juga berdepan
dengan situasi ada secret admirer begini
bukan di rumah, tapi kat
pejabat
jadi, gerak geri aku
bagaikan diintip
macam ada cctv pulak,
apa yang aku buat dia tahu
aku dating pejabat jam
berapa, balik jam berapa
macam dia tahu. langkah
aku sampai je kat pejabat
belum duduk lagi,
telefon dah bunyi
bila angkat, SENYAP. Diam.
Sepi. Tak bersuara.
kadang-kadang bunyi
dengus nafas je
panggilan yang serupa
aku akan terima selepas jam 5 petang
macam tahu je aku balik
lambat.
Awalnya aku buat tak
tahu je, macam tak ganggu apa-apa
lama-lama makin kerap
kena ganggu dengan macam-macam gaya
tapi bila aku terima
satu surat tanpa nama pengirim
…isinya adalah gambar
18sX yang diprint dari website
sakit kepala juga
dibuatnya sebab aku mula sedar yang orang itu
serius dan jadikan aku
sebagai sasaran
setelah bincang dengan
bos, akhirnya dia jadi seketeri aku pulak
yang akan jawab semua
panggilan selepas waktu pejabat
agak lama gangguan itu
berlanjutan hingga jadi kes di bahagian keselamatan
dah tentu tak ramai
orang tahu kecuali orang tertentu
dan aku pula terpaksa
mengubah banyak rutin dalam hidup
masa pergi dan balik
kerja berubah, bos benarkan aku datang dan balik sesedap rasa
parking kenderaan juga
di tempat berbeza setiap hari
hingga pernah jadi, aku
lupa parking kat mana
makan, shoping dan
sebagainya juga berubah
semua tu untuk kelirukan
sang peminat misteri yang menyusahkan
hidupku itu
semua tu senyap dan
berhenti macam tu sahaja
aku tak sedarpun sejak
bila si peminat itu dah mula tak minat
siapa kata ada peminat
misteri itu membahagiakan?
siapa kata semua peminat
misteri berikan kita bunga-bunga
yang indah berkembang di
taman hati?
Aku memahaminya andai
selepas ini, si Jelita dihadiahi 3 ekor ayam dan
seluar dalam terpakai
itu akan alami trauma untuk berada di rumah sendiri
sebagaimana aku pernah
alami rasa cinta yang merudum
setiap kali pergi kerja
sedangkan aku sangat sukakan kerja aku itu.
PsssT: Gambar Tatoo di dada Erykah Badu, artis kulit hitam amerika
dipaparkan dalam the Star. Hari ini, diputuskan konsert Erykah badu di Kuala Lumpur
telah dibatalkan. Batal???????
Yupppp! batal!
Nak tengok rupa tatoo yang menyebabkan konsert ini dibatalkan
boleh dilihat di google search image
aku tak sudi nak letak wajahnya yang "tak berapa nak lawa" itu kat sini
terutama bila ada tatoo sebegitu.
dipaparkan dalam the Star. Hari ini, diputuskan konsert Erykah badu di Kuala Lumpur
telah dibatalkan. Batal???????
Yupppp! batal!
Nak tengok rupa tatoo yang menyebabkan konsert ini dibatalkan
boleh dilihat di google search image
aku tak sudi nak letak wajahnya yang "tak berapa nak lawa" itu kat sini
terutama bila ada tatoo sebegitu.
6 ulasan:
Stalker yang bahaya gitu, tak hengen lah. Menyusahkan.
Erykah Badu tu I tak pernah dengar ada penyanyi nama camtuh sebelum ni. Laaa... ada rupanya penyanyi nama gitu.
Elok la batal.
erk..betul ke ada org yg gila sgt mcm tu? kalau suka masuk je minang terus kan senang...menakutkan org je..
MCA ni mmg patut dibatalkan je lesen diorg..tak sensitip lgsung
Azieazah: tau tak pe...tak tahu macam mana dia boleh wat konsert sini kalau tak terkenal. Kot kita je yang tak kenal tapi orang lain kenal hu hu hu
Munnafendey: hu hu hu itu lagi menakutkan. Kenalpun tidak, tetiba datang rumah bawak sirih bagai...
ketika mendapat maklumat mengenai kes 3 ayam tu, saya mulanya ingatkan bergurau. apabila saya tiba di balai polis, benar, memang ada 3 ayam tu, dan pengadu juga ada bersama.
Lama juga bersoal-selidik dgnnya akan siapakah yg empunya ayam dan seluar dalam itu, tetapi semua buntu.
memang betul2 secret-admirer sehingga tiada sebarang clue diperolehi.
Bagaimanapun, akhirnya saspek berjaya dikenalpasti dan ditahan - dan cluenya juga adalah dari ayam-ayam itu juga...(kisah bagaimana pelaku itu kantoi juga adalah sesuatu yg melucukan...)
Dalam perubatan, memang ada penyakit sebegini dan banyak tindakan tidak masuk akal mampu dilakukan oleh pelakunya.
ondscene: Terima kasih dengan kunjungan. Ayam jugak yang pecahkan misteri ya...
Sebenarnya, ramai yang ada penyakit ni hanya...kronik dengan tidak sahaja. Kalau tidak mengganggu keselamatan orang lain, masih lagi boleh terima. Kalau sampai tahap ni...memang trauma
Catat Ulasan