Memaparkan catatan dengan label tempe goreng kicap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tempe goreng kicap. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Februari 2012

Jommm Lastik MakCik Sihir Yang Terbang dengan Penyapu Lidi


Usah dikesali saat hari yang benderang
tetiba diterjah hujan mencurah
setelah reda tangisan awan itu
akan  muncul garis pelangi nan cantik menghiasi pandangan
dan dibawa ke mimpi indah

usah ditangisi siang semakin tua menjemput datangnya malam
pada warna sore nan sebam itu
masih ada pancaran emas menyerikan keberangkatan hari
terhampar  mengundang asyik biarpun seketika

senja nan merah...biarku sembunyikan amarah

tidak perlu jua berduka nestapa
menyambut datangnya malam nan pekat
kelak akan ditemu gemerlap bintang
menghias dada langit
dan bulan memancar warna tembaga
doakan malammu berteman mimpi indah

selamat malam dunia!

Errr…entri ini tiada kaitan apa-apapun dengan makCik sihir yang terbang dengan penyapu nan tiada sempat untuk aku lastik setelah mengetahui superman sedang bercuti kerana menikmati tempe goreng kicap campur ikan bilis dan cili api.

PsssT: gambar petang semalam, mengejar mentari terbenam ;)